Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

~Ao Kun Cambodia~ day 1 part 2

masih lagi hari pertama...
selepas ke post office,
kami ke cambodian cultural village semula..
itu pun setelah Salim ni beriya sangat suruh kami masuk semula 
katanya
"nanti saya sesal sebab awak berdua tak menonton semua persembahan tu"
kagum tak Salim boleh berbahasa Melayu?
Ye Salim memang boleh berbahasa Melayu

dek melayan sesalan si Salim ni,
kami pun bercadang untuk masuk semula ke perkampungan budaya ini..
plan awalnya suruh salim tunggu kejap ajer..
mungkin selepas menonton 1 atau 2 show kitaorang nak balik..
sekali????
sampai habis persembahan kami tonton..
sekarang ni.. mungkin Salim betul-betul sesal sebab terpaksa tunggu kitaorang sampai pukul 8 malam..
kekekekekee..

apa-apa pun...
me tak pasti mengapakah kami dibenarkan masuk semula ke perkampungan budaya tu
adakah sebab:
a) tix itu bukan per entry
atau
b) partner telah memandrem org kat kaunter tu..

??????

pagi tadi kami cuma sempat ke bahagian wax museum yang terletak betul-betul di pintu masuk
dalam muzium cenonet ni dipaparkan sejarah orang kemboja dari first century sehinggalah sekarang
dan
juga dipaparkan antiques dan cara hidup orang khmer semasa zaman angkor.
yang pasti penduduk tempatan lebih ramai yang mengunjungi cultural village ni daripada pelancong asing..
dek tak menengok betul-betul jadual persembahan
kami berdua terlepas menonton "charming of Phahum" di mini-theater pukul 2.30 petang.

jadi masa sampai tu, 
khmer wedding show tengah dipersembahkan di millionaire house.
sekali lagi kami 'sengal' dengan beranggapan show ini sama dengan show yang kami dah tonton pagi tadi..
sekali bila nengok jadual persembahan..
huwaaaaa
yang ni sambungannya!!!
untuk tidak menghampakan uols me tepekkan jugak la gambar wedding ceremony part 1 tu..
memandangkan tak nak menjadi lebih sengal...
kami terus ke chinese village untuk menonton "dancing dragon son across border" jam 3.50 petang.
gigih cop tempat paling depan..
show mengambil masa lebih kurang 20 minit jer.
sangat terkesima dengan penari-penari ini..
kalo me sure punya patah riuk tulang-tulang yang ada..
belum sempat pun penari tu nak tutup show,
semua pengunjung dah berlari..
(yer berlari.. tapi berlari-lari anak la)
ke Kola Village untuk show seterusnya..

bila difikir-fikir memang berbaloi sangat la harga tix tu dengan show yang kami tonton ni
sebabnya setiap show menggunakan penari yang sama.
habis sahaja satu show,
mereka akan berlari ke show yang seterusnya..
sampaikan kami dah boleh hafal dah muka penari yang sama..

di Kola Village ni dipersembahkan "dreamy prince's daughter and Magic peacock show"
Orang kola sebenarnya berasal dari burma sejak tahun 1876 lagi.
mereka merupakan salah satu kaum minoriti di Daerah Pailin, barat laut Cambodia yang terkenal dengan batu-batu permata dan burung merak.
sebab itu tarian yang diberi nama Pailin Peacock Dance ini dipersembahkan sebagai gambaran kehidupan si burung merak.

seperti biasa seorang penonton akan dipilih untuk memeriahkan lagi show mereka.
selesai ajer show tersebut...
sekali lagi kami berlari-lari anak ke show seterusnya
almaklumlah gap antara satu show dengan show yang lain cuma 10 minit
berbekalkan kepandaian membaca map dan pemerhatian kawasan pagi tadi
kami dapat menjejak Kroeng Village dan sekali lagi duduk di bangku paling depan..

Orang Kroeng merupakan puak minoriti di timur laut kemboja.
puak ini tinggal di daerah Rattanakiri dan hidup dengan cara berburu dan bercucuk tanam.
mereka juga berpegang pada kepercayaan animisme

me rasa "choosing Fiance Show" ni paling kelakar..
dek gelombang mikro kpop ni,
perkataan 'sarangheyo' banyak dituturkan oleh penari-penari di sini..
oleh itu haruslah pelancong korea ni yang jadi mangsa.

mamat korea ni memang lawak tak hengat!!!
masa mula-mula kena panggil tu memang la dia ok..
sekali bila dia kena tukar pakaian
mak datuk... memang nampak sangat muka dia cuak aka malu giler...
apalagi terbahak-bahak la kitaorang ketawa..
moral of the story ------> pastikan ada 6 pack ya!!!

show seterusnya di perkampungan orang khmer.
time ni hari dah mula gelap
almaklumlah show start pukul 5.30 petang.
(sini gelap cepat..dalam pukul 6 dah gelap dah)
sekali silap jalan daaaa..
kami ikut laluan jauh
padahal boleh jer lalu shortcut dari belakang perkampungan kroeung tu....
moral of the story -----> sila la jalan berjemaah dengan pengunjung yang lain

perkampungan khemer ini menceritakan tentang kaum majoriti di bumi kemboja.
kebanyakan mereka hidup dengan bertukang, memancing, dan mahir dalam membuat tembikar.
di sini juga kita dipersembahkan dengan tarian Khantremming.
tarian masyarakat tersebut..
yang me noticed la kan kat sini..
bangku-bangku penonton telah diasingkan antara penduduk tempatan dan pelancong asing.
pelancong asing akan ditempatkan dibahagian tengah untuk memastikan kami semua dapat menonton persembahan tersebut dari sudut yang terbaik..
sekali lagi me rasa berbaloi ikan kaloi mak iloi-iloi dengan harga tix USD14 itu.

mamat baju kaler biru ni lagi la lawak..
dan rasanya dia yang menjadikan tarian tersebut bertambah havoc
kami semua bantai gelak tak hingat dek aksi spontan dia..
sekali lagi kitaorang gelak sakan bila mamat ni malu-malu kena tunjuk body nya yang ada 12 pack itew..
hahahahhahhahahaa
disebabkan kesilapan laluan jarak jauh tadi
untuk show di phnorng village ni..
kami bergerak secara berjemaah
sebab time tu memang dah gelap gulita seluruh kawasan

yang paling penting..
nyamuk sesedap rasa menikmati darah-darah manis kami semua..
tak pe... ai halal kan..

di perkampungan phnorng ni show start pukul 6.10 petang dan tamat setengah jam kemudiannya.

puak ini tinggal di daerah mondulkiri dan hidup dengan cara bercucuk tanam dan berburu.
mereka diketuai oleh "ketua air & api" yang mana dipercayai untuk menjaga pedang (preah khan) yang telah dihadiahkan oleh raja khmer.....

dah nama pun tribal group haruslah show (Water & fire Master Choosing Show) adalah yang paling ganas.
kali ini seorang omputih dipilih untuk join show.
 (tiada dalam gambar sbb semua gambar dia gegar-gegar macam org bela saka)
pak cik ni pun kelako giler..
sebab show ni kan utk mencari ketua bagi tribal group .....pak cik tu dok ajer kat atas takhta (mengenakan pakaian tutup pusat sampai lutut ajer - sudah pasti!) sambil berjoget-joget ikut rentak.
sampaikan dayang-dayang tu pun pakat gelak.
time ni hujan dah mula turun..
waduh-waduh gimana nih??
padahal ada satu lagi show di big theater..

memandangkan tak nak "sesal" (bak kata salim)
kami berdua gagahkan juga ke big theater yang tak jauh pun dari phnorng village tu.

show ini merupakan final show untuk hari itu
dan disarankan agar melawat perkampungan budaya ni pada hujung minggu
sebabnya show "the greatest King Jayavarman 7" hanya dipersembahkan pada hujung minggu ajer..

dan apa yang mampu me katakan..
inilah show yang paling terbaik dan wajib ditonton
sebab pementasan ini melibatkan lebih daripada 100 orang performers!!!!

show ini dimulakan dengan penceritaan tentang pencerobohan negara luar pada tahun 1177 di daerah angkor wat.
sehinggalah kejayaan Jayavarman 7 menakluki semula kawasan kota angkor pada tahun 1181.

tapi sayang... separuh masa pertama hujan dah mula turun dengan lebat.
nasib baik me siap-siap bawak raincoat yang me beli kat Universal Studio of Singapore tempohari.
me suka raincoat tu sebab plastiknya lebih bermutu..
maka berbungkuslah kami berdua dengan plastik pada hari itu.

agak terlopong juga lah kami berdua menonton teater tersebut.

yang me sangat sesalkan ialah langsung tak bole nak ambik gambar sebab hujan sangat lebat ditambah pula dengan kilat sabung menyabung..
tapi kami masih mampu bertahan sehinggalah show tersebut tamat...

kemudian,
kami pelancong yang boleh dikira dengan jari ni
berlari dengan pantas dari big theater tu..
tapi mereka (khmer) berlari ke big theater sebabnya nak kutip botol-botol air yang ditinggalkan oleh pelancong-pelancong.
masa ni me sangat-sangat tersentuh melihat kesungguhan mereka mencari duit tambahan..

dari big theater ke main entrance sangat ler jauh..
sekali lagi me 'sesal' sebab tak dapat nak ambil gambar pemandangan yang sangat cantik di tasik.
seluruh tasik dipenuhi dengan neon yang berwarna warni.
sempat juga minta partner berhenti sekejap dengan niat nak ambil gambar..
tapi hujan makin lebat...

sampai ajer di main entrance
salim dah melambai-lambai ke arah kami dengan senyuman sambil bertanyakan pengalaman kami menonton persembahan kebudayaan negaranya..

walaupun hujan sangat lebat,
kami minta salim hantar kami ke nite market..
selepas diberitahu bahawa nite market di sana berbumbung..
haruslah kami berdua tersenyum lebar.

kemudian kami berdua minta salim tinggalkan kami disana dan berjanji utk berjumpa semula pada esok harinya.
pesan salim agar kami tidak membeli batu permata yang banyak dijual di situ,
takut ditipu katanya..

di nite market ni,
masing-masing dah mula rambang mata..
tak sempat berjalan ke belakang lorong,
kami dah siap-siap shopping apa yang ada di bahagian hadapan kedai..
sehinggakan tak sedar bila masa partner tu tercicir USD100

berbekalkan pesanan salim,
kami nego dengan tuk tuk lain USD2 sehingga ke hotel.
walaupun pulang seawal jam 10,
lepas mencuci badan dan mengemas barang apa yang patut
kedeboooommm kami berdua di atas katil..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

~sri mersing part 2 ~

akhirnya penantian berminggu2 terlaksana jua..
awal2 lagi dah warning dgn adik n abah 
siap cepat2 sbb ni free seated
tak moh lambat2
bila tiba harinya me jugak yg jadi orang paling awal lambat..
itu pun ada niat tu nak pakai bulu mata pelsu...
muahahhaa..

so kami sampai around 8ish..
ikutkan tix pukul 830.
mula la jiwa tak tenteram sbb dari jauh nampak org dah mula beratur..
waaa.. ni tak bole jadi ni..
sekali dah nak dekat pukul 830, baru pintu di buka..
sakan la me g cari tempat
konon2.. nak cari angle yang best 
wah kengkonon based pada pengalaman nengok showcase artis kpop ari tu..
berpindah randah la kami time tu..
abah seperti biasa sibuk gak ambik gambar,
macam org ada belog nak update citer gamaknya..
tu ngah pulun nak delete apantah sbb memory henponnya dah full..
ngee~ngee
bangga tu sbb dpt bergambo ngan tix
sebenarnya xcited lebih tu...
ni pulak muka separa xcited
sbb dah nak pukul 9 pun tak ada bayang nak start..

jeng...jeng..jeng..
tetiba lampu dipadamkan..
debar suda!!!
waaaaaaa...
best gitu openingnya..
tapi yg paling tak best.. pengalaman dulu terjadi semula time nengok showcase 2am..
gigil ok!!
semua gambar tak menjadi!!
stress mak dibuatnya!
nasib baik gambar bersama artis teater ni menjadi..
kalo tak , mau g nengok semula the next day nya

nasib korang la...
janji ade gambar..
intro..
Sri Mersing(Elly Mazlein) dan rakan2 bergumbira sebelum diganggu oleh Awang anak tok penghulu (Yus Jambu)

part ni memang kelako sampai satu dewan gelak sakan sbb
baju Awang tersangkut kat tangga rumah!
Awang pun gelak sekali..
muahaha...

sila buka mulut tutup mata
hot!!!
hot!!!
walaupun tak de 6packs mcm artis2 kpop..
tapi 
tetap menjadi pojaan hatiku..


abang DAMAK!!!!
i leb u !!

sedih betul Sri Mersing sbb ditinggalkan oleh Damak
kalo me......
 mau me patah riukkan perahu Damak tu
biar Damak tak bole balik Pahang..
kepala syaitoonnn

sinopsis cerita:
Merah  anak kepada Damak
(Hairi anak wayang ~sapa ni?? tak kenal la.. ke kome semua kenal?? ke me sorg yg mcm katak bawah tempurung??) 
datang ke Mersing mencari Sri Mersing ( Rozie Othman) utk mengetahui cerita sebenarnya..
ENCORE~
 Sri Mersing (Elly Mazlien) diminati oleh anak tok pengulu Lanchang Kuning iaitu Awang (Yus Jambu). Namun Sri Mersing lebih tertarik pada anak dagang iaitu Damak (Zul Huzaimy). Dalam masa yang sama, Siantan ( Siti Fazurina) anak Mak Dara(Azizah Mahzan) dan juga merupakan anak sedara tok Penghulu Lanchang Kuning turut meminati Damak.
Angkara dendam menyebabkan Damak dituduh melarikan Sri Mersing yang mana sebenarnya penculikan itu dibuat oleh Awang..
Akhirnya kerana terhutang budi ,Pak Malau (A. Galak) ayah kepada Sri Mersing telah menjodohkannya dengan Awang menyebabkan Sri Mersing melarikan diri sewaktu majlis perkahwinannya itu.
Yang syahdunya..Sri Mersing dijumpai bersama2 dengan keluarga Damak yang telah dihalau dari kampung.Maka berlakulah pertarungan sehinggalah Awang dan Siantan dipanah petir dan kuncu2nya dikalahkan dengan bantuan orang asli.
Walaupun Pak Malau telah meminta maaf daripada Damak serta meminta agar Damak menetap di bumi Mersing,
tapi Damak tetap merajuk serta bertolak balik ke Pahang. Malah Damak memberi tahu Sri Mersing "mereka akan bertemu sekiranya ada jodoh"
30 tahun kemudian ~Merah pun datang untuk berjumpa dengan Sri Mersing (time ni Sri Mersing dilakonkan oleh Rozie Othman)..
dengan bantuan Pak Sireh (Zulkifli Zain) Sri Mersing pun berceritalah kisah cinta tidak kesampaiannya itu.. Namun kedatangan Merah tidak disukai oleh Bentayan ( Azlan Komeng~ mamat ni mcm pernah nampak.. dan suaranya sgt best!) anak kepada penghulu baru(Abu Bakar Juah). Senang citer nasib Merah sama ajer ngan nasib bapanya si Damak,  dihalau dari bumi Mersing.
kalau 30 tahun lalu kisah percintaan antara Damak dan Sri Mersing terhalang...
30 tahun kemudian kisah percintaan antara Merah dan Sri Melati (Leez AF) juga terhalang..
owh yer Sri Melati ni..ialah anak angkat Sri Mersing.
persoalannya..
yang buat me geram ni..
Sri Mersing punyalah setia menunggu Damak.. sedangkan Damak dah kawin ngan org lain. siap dapat anak lagi
adoiii.. kata cinta sejati..
geram betul cerita cam ni.. sama gak la jiwa tak tenteram bila nengok citer "becoming Jane" dolu2..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kesimpulannya..
sangat berpuas hati tahap gaban!
bintang yang nak diberi ialah ~ semua bintang yang ada kat atas langit!
cuma part stage dia tu.. pesal rendah sgt???

so bila kitaorg melangkah keluar..
Emcee dah bagitau ada sesi bertemu dengan pelakon2 yang hebat tu..
tapi aimednya satu
sapakah itu??
tentu2 hero!
gigih tu membeli booklet ni.. nasib tak mahal..RM5 ajer

yang dicari tak nampak..
so, bantai aje la ngan mana2 artis yg ada...
Sri Mersing yang memang runcing betul mukanya compare ngan yang kat sebelah tu.. sebulat buah epal

suka ngan watak Mak Dara.. paling best bila Mak dara menyanyi pada hari perkahwinan Sri Mersing.
saya sayang Mak Dara~!!~! 

Auntie Rozi yang sangat sporting...
sukanya saya sbb  muka saya lebih putih drp muka dia!!

watak yang paling saya suka!! Siantan..
Fazurina sapa yang tak kenal.. sememangnya hebat membawa watak2 cenggitu..

satu2nya artis yang adik betul2 nak bergambar..
tapi time ni best! sbb gambar ni diambil guna henpon..
tetiba pulak abah call dari luar..
 suruh cepat..
benci tau..
so utk meng'coverline' sbb mereka berdua ni dah lama ready utk bergambar,
me telah keluarkan sepotong ayat yang menyebabkan kitaorg bertiga tergelak2..
apakah ayat tu?? biarlah rahsia..
alamak... mana yang ditunggu2 ni??
tak de pun..
mula lah rasa hampa..
adik siap cakap..
"dah la tu.. balik ler.. HERO tak nak kuar.."
adus hampa ok!!!
sekali.. hambik ko.. berdesup org berlari
sbb HERO sudah muncul..
i loike!!

Abang Damak  ~ i Leb U!!
gambar akhir ni buatkan kitorg berdua tergelak.. sbb me bagitau awal2 kat abang Damak suruh dia bagi senyuman paling manis, sbb nak masuk dlm MUKABUKU..
sbb tu gambar ni masing2 tersengih2..
~ngee ~ ngee~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sri mersing

last week dah dpt dah tix utk menonton teater sri mersing
wohohohohoho
tak sabar ok..
memandangkan kat jb ni nak menonton teater amat ler terhad
so peluang keemasan ni jgn dilepaskan
pulak tu yg paling best
pelakon teaternya itu sgt la menariks
~zul hulzaimy ~ ok!!
mana yg tak kenal..
google la sendiri...
adios

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER