Showing posts with label macau. Show all posts
Showing posts with label macau. Show all posts

macau & hong kong wrap - 53 tips & tricks u should know...

1) masa malaysia dan HK sama
2) guna plug 3 pin yang sama ngan malaysia
Hong Kong Airport:
3) airport HK sgt mesra pengguna. seswai nak overnite kat sana - battery kong?? tok sah risau..ada banyakkkkk soket dan kawasan memenuhkan kuasa bateri anda, ada air panas, ada tempat nak berehat, tempat solat
4) tak perlu visa ke macau & HK.
5) bawak la seberapa banyak mana pun paperbag/plastic bag naik kapal terbang. tak jadi masalah.
6) semua pengguna sematpon dapat d/load /copy n scan barcode segala aplikasi tentang HK termasuklah sistem pengangkutan mereka. buat yg tak de sematpon macam saya, memang tak boleh nak cerita banyaklah.. almaklumlah tak tau..
7) rate untuk excess baggage bagi penumpang penerbangan AA ........1kg=HKD190
Macau Terminal Ferry
8) luggage claim kat macau ferry terminal pakai troli jer.
9) kalau sesat kat macau, lebih baik tanya filipino sbb dorang willing to help. & kalau kat HK tanya la indonesian ..... daripada penduduk tetap sana. Mungkin masalah bahasa yg menyebabkan dorang tak begitu nak ramah tamah.
10) kalau nak stay kat macau, JANGAN pergi Jumaat & Sabtu sbb room rates adalah sgt tinggi.
11) sila tukar duit macau (pataca) bila berada di macau, sbb ratenya lebih murah daripada HKD.
12)semua urus niaga di Macau dijalankan dalam MOP. sekiranya bayar pakai HKD, baki tetap dipulangkan dalam MOP. jadi ada kerugian disitu..
The Venetian, Macau
13) kalau naik gondola kat the venetian dengan partner yg lain jantina....., merasalah conquer gondola tu berdua jek. if sama jantina merasalah share ngan org lain. tsk tsk (1 gondola =4 penumpang)
14) better check dulu, pameran apa yang sedang berlangsung di venetian . macam kami yang rasa terkilan sebab tak sempat nak melawat pameran titanic aritu. kesilapan agihan masa sebenarnya disitu..
House of dancing water, City of Dream-Macau
15) beli tix house of dancing water awal. biasanya sebulan sebelum tarikh yang uols dipilih,  baru dibuka talian onlinenya.
cuba riki jugak special offer : tix + hotel.
16) sila la berada awal di C0D untuk menonton house of dancing water, sebabnya, penonton yg datang lewat, hanya dibenarkan masuk semasa pertengahan setiap segmen jer.
Hong Kong China Ferry Terminal
17) sampai kat ferry terminal HK, tak payah la budget diva nak jalan terhegeh-hegeh.. confirm kena beratur panjang masa nak stamp passport.
18) symphony of light cruise tu tak de best mana pun. tak naik pun tak pe.
The Peak
19) naik tram + sky terrace pergi la hari bekerja, kalau tak alamat tumbuh janggut la korang waktu membeli tix .
20) Tix madame tussaud boleh beli online, so korang boleh pergi hujung minggu. tak payah beratur panjang untuk beli tix.
21) kaunter tiket untuk naik tram dan madame tussaud terletak bertentangan sahaja
22) naik tram di the peak, seboleh-bolehnya cari la tempat duduk sebabnya.....curam yg hamat!!!! dah namanya "steepest cable-car system in the world" kannnn...
 kalau  turun pulak and uols tak de tempat duduk, better cari tempat untuk bersandar. unless uols punya tangan memang kuat sebab buat pumpn' setiap hari.
23) dalam tram kena berhati-hati dengan lantai tram yang ntah apa-apa ntah selalu buat orang ramai nak terjatuh.
24) waktu naik peak tram, carilah tempat duduk dibahagian pintu masuk sebab boleh nampak view HK yang cantik.. kalau waktu turun pun sama..
25) jangan hilangkan tiket tram, sebab nak balik guna tiket yang sama untuk di scan.
26) boleh bayar tix tram guna octopus
27) ada bus no 15 betul-betul dekat dengan pintu keluar tram
28) dari the peak lower terminus nak ke MTR central punya la jauh nak menapak.
29) kalau nak ke the peak pada hujung minggu, better beli tix madame tussauds + tram secara online. pastu nanti kat atas the peak baru beli tix untuk naik sky terrace. kalau tak.. alamat berjanggut la beratur untuk beli tram tix.
Disneyland
30) berhati-hati semasa naik slinky dog spin kat toy story land. lantai dia boleh buat orang terjatuh.
31) duduk la kat main street awal-awal untuk nengok fireworks, sebab orang sana jenis tak de malu main menyelit jer kat tengah-tengah dunia dengan stoller baby.
32) bagi yang duduk area depan untuk nengok fireworks, pacak tripod tak boleh lebih tinggi daripada tali yang dipasangkan oleh pihak disneyland.
33) andaikata tak sempat nak beli souvenir disneyland, kat hotel disneyland pun ada jual.Malah kat airport terminal 2 pun ada shoplot yang jual disney souvenir.
34) andaikata uols ada bawak luggage yang besar, ada counter kat luar main entrance disneyland park untuk simpan luggage tu. Kena bayar untuk setiap luggage. tapi tak tau berapa dollar.
35) kalau tak stay kat disney resort dan nak b'fast kat enchanted garden, better call dulu untuk buat reservation, but if uols stay kat disney resort, uols boleh email kat dorang untuk reserved kan tempat. Biasanya pihak management akan email balik uols seminggu sebelum uols stay kat sana, so waktu tu boleh request.
36) Silalah datang awal sebelum restaurant tu bukak. sebabnya, waktu b'fast sangat la singkat. mana nak g ambik makanan lagi.. nak bergambar dengan disney character lagi.
37) kedai souvenir pertama di dalam disneyland park, tak sure namanya.. emporium kot, ada discount 10% untuk semua barang sehingga pukul 11 pagi sahaja.
38) souvenir yang dah dibayar, boleh suruh cashier kat counter tu simpankan. so boleh claim waktu nak balik nanti.
Aqua Luna Junk
39) untuk naik aqua luna junk, kena call 7 hari sebelum tarikh yang kita pilih tu. better naik pukul 5.30 petang punya ride, sebab uols akan nampak HK waktu siang dan malam. dan better juga pilih weekdays.
Octopus Card
40) octopus card adalah cara paling mudah dan murah untuk bayar tambang MTR. Senang nak topup (kat 7E boleh, kat counter MTR pun boleh) dan boleh digunakan untuk bayar barang yang dibeli (tapi tak semua la).
41) setiap kali nak scan octopus card, tak perlu nak keluarkan dari beg. scan ajer dengan beg tersebut.
Hong Kong MTR
42) dalam MTR, jarang kita nampak orang berbual. kalau ada tu pun adat la. sebabnya, semua orang bz. BZ main henpon. almaklumlah, bilangan henpon dorang lebih banyak daripada bilangan penduduk HK sendiri.
43) tak de tandas kat laluan jalan kaki bawah tanah ni yer..so pepandai adjust sendiri..
Ocean Park
44) untuk mengelakkan daripada berasak-asak semasa di OP, sila datang pagi (opening hour-10am) dan elakkan weekends.
45) tour summit (puncak gunung) dulu.. naik cable car.. dah puas hati naik rides kat atas baru turun ke waterfront..(kat waterfront tak de rides yg mencabar yer)
Jumbo Kingdom
46) ada free bot ke jumbo restaurant yang menunggu anda di jeti.
47) Untuk ke bus terminus hanya mengambil masa kurang 5 minit dari jumbo restaurant.
Tai-O fishing village
48) kalau nak tour kat tai-o fishing village, better datang pagi
49) bas mereka sgt puntual, silalah berada di stesen sebelum masa yg ditetapkan. rujuklah website bas yang berkenaan untuk masa perjalanan sebabnya masa perjalanan dari/ke tung chung berbeza.
Ngong Ping Village
50) untuk turun/naik cable car, naiklah crystal cabin, untuk mengelakkan beratur panjang.harganya yang mahal sikit drp standard cabin ini sangat fofuler dikalangan pelancong sahaja.
51) berhati-hati sewaktu berada di kaunter honeymoon dessert , sebabnya bucu kaunter tu tajam. bisa buat baju kita terkoyak. T____T
Symphony of Light
52) untuk mengambil gambar "symphony of light"  dengan lebih cantik...di avenue of star, boleh naik satu pelantar yang terletak di hadapan clock tower.
53) Bila beli barang  kat groceries store..... kena bawak beg sendiri.. beg plastik kena bayar...


Mari Tekan Kalkulator:
untuk trip kali ini.. currency rate lebih kurang HKD100=RM40

air tix -return (luggage + makan) - RM755

Day1:
1) skypier ferry tix ke macau + extra luggage(lebih 1 luggage consider extra) - HK233+ HKD60
2) bilik kat nam pan hotel -HKD 300/nite

Day 2
1) air mineral -MOP5
2) shopping di senado square - MOP490
3) buah cherry - MOP33/setengah kilo
4) koleksi setem - MOP28
5) setem untuk postcard - MOP8 (2 keping)
6) postcard - MOP6 (2 keping)
7) gondola ride di venetian - MOP118 /pax
8) gondola souvenir - MOP588
9) souvenir dari BOUTIQUE DI GONDOLA - MOP343
10) Hardrock souvenir - MOP800
11) venetian sourvenir - MOP100
12) mineral water (house of dancing water) - MOP20/bottle
13)mineral water 7E(senado square) - MOP12
14) bilik kat nam pan hotel (upgrade) - MOP580/nite
15) house of dancing water show (beli online) - MOP480

Day 3
1) souvenir di senado square- MOP500
2)Teksi dari hostel ke ferry terminal(macau) - MOP27
3) tiket turbojet (one way) - HKD160
3) teksi dari ferry terminal HK ke Mirador mansion - HKD31.50
4) GhuoangZhuo Guesthouse (8 hari) - HKD1412
5) Boots-Crocs- HKD559
6) Lane crawford - HKD800
7) air mineral - HKD9
8) octopus card - HKD150
9) Symphony of lights habour cruise-HKD160

Day 4
1) Shopping di Central - HKD1500
2) Tiket tram + sky terrace - HKD69
3) Shopping di peak market - HKD550
4)setem - HKD2.40
5) HRC - HKD1310
6) pacific coffee - HKD69

Day 5
1) disneyland Hotel & 2 days Park tix -HKD3759 ++
1) makan di Tahitian Terrace - HKD100
2) popcorn + watermelon juice - HKD140
3) supper at disney hotel - HKD457

Day 6
1) b'fast at enchanted garden restaurant - HKD305/pax
2) souvenir at Disneyland - HKD1200
3) aqua luna junk ride - HKD190
4) topup octopus - HKD100
5) beli octopus baru - HKD150
6) shopping di citygate - HKD382
7) mineral water - HKD9
8) M&M - HKD15 (M&M almond ni sgt sedap..)

Day 7
1) shopping at stanley market : HKD583
2) rickshaw bus :HKD50
3) madame tussauds tix + tram(online) : HKD 210
4) pacific coffee - HKD69
5) madame tussauds souvenirs - HKD162

Day 8
1) Islamic canteen - HKD230
2) HK 100sky -HKD150
3) souvenir 100sky - HKD118
4) Shopping di ladies street - HKD100
5) China Sim card - HKD55

Day 9
1) Reload Octopus card - HKD100
2) Ocean Park Tix (online) - HKD280
3) Bus tix ke OP (1way) - HKD10.60
4) sotong bakar - HKD25
5) OP souvenir - HKD178
6) taxi to Jumbo Restaurant - HKD20

Day 10
1) sky-land-sea tix - HKD200++
2) ezebener kebab - HKD60
3) honeymoon dessert  - HKD69
4) islamic canteen - HKD200++

Day 11
1) taxi TST - airport -HKD250
2) excess baggage - HKD1900++ (tsk..tsk..)


Apa yang saya suka..
1) untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga HK , terdapat banyak post untuk drop buku-buku yang telah dipinjam di kawasan MTR.
2) LADIES yang paling saya suka ialah di time square dan element shopping mall (berhampiran kowloon MTR). Kedua-dua tempat ini sangat bersih hingga boleh mengalahkan disneyland park.(tapi yang dalam disneyland hotel tu memang terbaik la.)
3) harga barang-barang di sini murah sikit dari negara kita.
4) HK & Macau adalah kawasan bebas anjing. ye.. agak payah nak jumpa anjing tak bertuan di sana. yang ni memang saya tabik spring toing..toing..
5) Sistem pengangkutan awam (MTR) mereka sangatlah terbaik!.Ada disediakan free wifi kat subway. Malah disediakan sekali beberapa pc untuk surf internet di sana.

Apa yang saya tak suka...
1) warga HK yang berjalan terlalu cepat  umpama kita sedang berada dalam pertandingan walkathon...
dek oii..tak sakit kaki ker jalan terkejar-kejar..
2)lambakan makanan halal middle-east.. saya nak rasa makanan orang HK.
3) tak de toilet kat subway. haiyaa.. pesen yang kuat membeser memang makan hati la bila ada kat subway.

semoga semua etry ini dapat membantu kalian semua..

Nota kaki sendiri yang besar gabak ---> semua perbelanjaan shopping tu bukan untuk sendiri punya.. tapi lebih kepada  hadiah ikhlas untuk family dan kengkawan terdekat..so jangan nak ngumpat! 
kenot!! kenot!! tak baik..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau-hong kong day 2

hari ke-2 di macau,
kitorang berdua bangun lambat.
nak buek camano kan.. kalo dua-dua pun kaki tido..
walaupun tilam sekeras papan.. kitorang berdua tetap gak nyenyak malam tadi..
apakah??

so lepas bersarapan ngan nasi impit & sambal ikan bilis
 (ni la penyebab luggage dari m'sia jer dah 19 kg)
kitorang berdua memulakan misi yang dah di plan awal-awal lagi.
walaupun tersasar (sbb dlm itinerary misi bermula seawal 6.30pg)
kitorang gigih la menapak ke tingkat bawah.
FYI, hostel ni punya la tinggi (3 tingkat jer pun-elevator yilek ok!)
sekali... hujan!! hampa sungguh.
nasib baik hujan tak berapa nak lebat.

tanpa berbekalkan map,
kitorang terus menapak ikut sesedap rasa..
sehinggalah terjumpa senado square.
nasib baik senang nak kenalpasti senado square ni.
kalau nampak lantai berbelang-belang macam gambar bawah ni.. confirm la itu senado square.
 Direction ke senado square dari nam pan hostel:
--> turun dari hostel, terus ke arah kanan sampai jumpa simpang empat (main road)
----> belok kanan  & jalan terus  sehingga jumpa simpang 4 lagi.
---> menyeberang jalan utama ke arah "Cafe free" (nama jer free. tapi tetap kena bayar)
--->belok kiri dan jalan la terus sampai jumpa simpang pertama & belok.
# senado square tu belah kanan uols#

time kitaorang sampai kat senado square masih lagi hujan.
sana sini orang dok pakai payung & poncho..
kami...?? apa barang nak pakai payung..
redah kan ajer la.
waktu tu pun dah pukul 11pagi.
so ke money changer la kami untuk tukar duit pataca.
FYI, duit Macau lebih murah drp duit Hong Kong. 
dan Pataca tak laku diurusniagakan kat HK.
andai kata HKD atau USD tak cukup, money changer tetap terima RM yer..
berbekalkan HKD500 kitaorang pun tukar la MOP.
awal-awal lagi, member dah beli seutas jam tangan. katanya design tu tak de kat m'sia & harganya jauh lebih murah drp M'sia.
haruslah me angguk-angguk sebab memang tak ambik port pun pasal jam-jam ni.

kemudian kami berdua terus ke lokasi yang seterusnya.
owh yer bercerita tentang senado square ni..lantai berbelang-belang tu adalah mengikut stail tradisi org portugis. almaklumlah, macau ni memang banyak pengaruh portuguese-nya.

seterusnya kami ke st dominic's church tak jauh pun dr senado square.
memandangkan memang tak berminat nak kaji lebih mendalam tentang binaan ni.. kitorang bercita-cita tinggi ok nak ke tapak unesco yg seterusnya iaitu, ruins of st paul's.
owh ya.. terdapat 25 tapak unesco di macau tau.. 
dalam itinerary pulun la masukkan kesemuanya..
tapi hampeh..5 pun tak abis jejak . (risentoripit)

nak cari ruins of st paul's ni pun tak susah,
banyak signage kat sana..or boleh ke tourist information centre betul-betul kat tepi senado square tu.(bangunan kaler kuning)
dan dah alang-alang kat information centre ni, ambik la segala map yg ada, tanya soklan pun ok. sbb dorang boleh berbahasa inggeris dgn baik.

menuju ke ruins of st paul's ni, sekali lagi kitaorang tukar HKD500.
wa cakap lu... banyak giler souvenir murah kat kedai-kedai belakang senado square tu.
nak souvenir HK pun ada.
dah kata MOP lebih murah daripada HKD, tak jadi rambang matakah kami waktu tu?

menuju ke ruins of st paul ni adalah part yg paling mengerikan sebabnya......
banyak giler bebeng org jual daging salai pastu siap push kita suruh rasa..
apakah??????
fingsan!!

dalam tengah jalan-jalan tu, spot satu kedai ni..
tempat penggambaran cerita BOF scene Jan Di makan egg tart dan tertinggal purse(if i'm not mistaken lerrr.. almaklumla,. citer BOF tu pun me tak khatam2 lagi.. kekekke)
kalau boleh ku makan egg tart tu, dah lama ok maks g beli.
 gambar di atas Jan Di dan Gyu Jun Pyo versi 2012.

akhirnya.... baru la nampak tapak unesco yg ke-3 iaitu ruins of st paul's.
manusia punya la ramai..
nak mendaki tangga pun macam tak kuasa.
bergambar dari bawah jer la kami berdua
 bergambar punya bergambar tetiba pulak kan nak terkucil..
adoiiyaaa..
nasib baik kat macau ni byk public toilet.
so mendaki la kami berdua ke atas.
happy ni nak masuk..
sekaliiii..
oh em gee!!! hancing tahap tenuk ok!
pepaham la kan...pastu boleh pulak tu makcik-makcik yg kat dlm tu tak nak kunci pintu.
terus iols tak jadi nak terkucil.
~pitamss~

untuk turun....... kami bercadang nak guna tangga ..
so lepas terjengket-jengket melihat bahagian belakang ruins tu, kami pun terus ke senado square semula untuk operasi mengepos poskad.
post office betul-betul terletak bertentangan dgn bangunan information centre kat senado square.
so apa lagi.. beli la setem untuk pos poskad dan koleksi sendiri.
pastu berkenan pulak nampak cherry ni..
beli la jugak setengah kilo.
katanya..~sweet..sweet...good..~
yolah tu sweet...
 memandangkan masa tu dah nak pukul 4petang,
haruslah abaikan ajer unesco spot yg tak sempat serta macau tower itu.. (adakah ini reason meripit??)
sbbnya me nak kejarkan sebab UTAMA ke macau ni...

dah alang-alang nak guna shuttle bus casino iteww..
kitaorang singgah semula ke hostel utk letak barang-barang yang sempat di beli tadi
sambil terus upgrade bilik.

lydia host kami itu sgt la baik.
so kami dapat la upgrade ke bilik yg boleh diterima dek akal.

 gitu gini gitu gini..
kitaorang pun ke basement grand lisboa untuk naik shuttle bus.
sekali pekerja kat situ mintak kupon.
eh apakah?
me dah terkulat-kulat time tu,
so dia suruh kitorang mintak kat mana-mana kaunter dalam casino.
hahahhaha..
merasa la masuk kasino ok!

naik bas memang ada macam-macam rupa manusia..
siap kitorang buat andaian sama ada muka kalah atau menang judi.
kalau tersipu-sipu senyum tu.. sah la menang besar,
kalo yg serupa tak mandi pagi tu mungkin kalah besar..
atau yg terbangak-bangak tengok kiri & kanan mcm kitorang ni,
mungkin tourist yg bermuka tembok naik bas secara percuma.
ada aku k????

akhirnya bas pun berhenti kat ferry terminal.
yuk la kita ke the venetian.
sila lah naik bas kaler biru dihujung tu. 
#gambar atas ni ialah deretan free shuttle bus yang disediakan oleh pihak hotel & casino#

sampai kat the venetian.. memang tak nampak gah mana pun. takat nampak bangunan rupa kotak jer.
sekali bila masuk....
ya Allah kagum sejenak.
walaupun kat luar bangunan ni dah gelap..
tapi kat belah dalam masih cerah..
sebabnya langit atas tu cuma lukisan jer.
 memandangkan kena bergerak dengan pantas sebab mengejarkan show pukul 8mlm,
harus kami berdua mcm lipas kudung mencari apa yg me idam-idamkan di sini.
nasib baik ada map interaktif kat sini.
senang la mencari tempat membeli tix utk naik gondola.
ye kawan-kawan........
 naik gondola ni la sebab UTAMA me gigih nak ke macao

ada 2 tempat nak beli tix ni.
korang cari la boutique di gondola
setiap satu kedai tu, terletak kat hujung canal kalau tak silap.
 akhirnya...
tercapai la hajat nak naik gondola mcm kat venice tu..
 (maks tak mampu nak g venice, g macau pun jadi la)
nasib baik tak ramai orang.
kitorang terpaksa share gondola dgn anak beranak cina ni. nasib dorang ok. 
pulak tu the gondolier orang indonesia. bantai cakap melayu la kami bertiga.
memandangkan kami berempat ni naik satu gondola,
so si gondolier ni menyanyikan la lagu cina untuk anak beranak tu.. dan untuk kami dia nyanyikan lagu melayu.
tak tahan betul kitorang bila dia nyanyi lagu peterporn pan..
belasah jer la.
pastu sambung pulak nyanyi lagu isabella.
harus ngan kami berdua pun bantai nyanyi sama

tapi memang sesungguhnya best naik gondola kat sini. 
the gondolier sgt sporting. siap nyanyi kuat-kuat sampaikan pengunjung yg dok bertebeng kat tepi canal tu pun  bertepuk tangan.

lepas naik gondola tu,
kitaorang pun menghabiskan duit beli souvenir.
pepaham la kan..
dorang akan print gambar uols siap touch-up gambar nampak muka uols gebus pink-pink gitu..
harus tak membeli??
tetiba pulak rasa muka cantik sangat mcm model iklan safi kan....
eh?

so pukul 7pm kitaorang pun bergerak turun untuk tunggu bas ke House of Dancing Water Show
bas memang ada di sediakan di 10 tempat untuk memudahkan pengunjung menonton show tersebut.
salah satu tempat menunggu bas tersebut ialah di The Venetian ni.
ni la rupa perhentian bas untuk menonton show tersebut..
perhentian ni betul-betul terletak di bahagian luar the venetian
 dimana kita diturunkan sewaktu mula-mula sampai tadi.
member sedikit teruja apabila melihat hotel & casino yg terletak bertentangan dgn venetian ni.
the galaxy..
kiranya sebelum ni dia sangat-sangat kagum dengan mercu tanda grand lisboa (bangunan tertinggi di macau) tapi malam tersebut kekagumannya dah beralih ke the galaxy.

akhirnya bas untuk menonton House of dancing water show pun tiba.
tak lama pun menunggu. dalam 10 minit dah sampai.
dan dibawanya kita ke city of dream.
masa kat dlm bas,
tak sangka pulak yg duduk kat sebelah tu orang m'sia jugak.
orang cina penang.
apa lagi, kitaorang seronok la berborak dlm bahasa ibunda.
sampaikan dia kata seronok dpt cakap bahasa melayu kat macau.
kekkekeke..

dalam 10 - 15 minit kami pun sampai..
FYI, city of dreams ni merupakan satu tempat yang menggabungkan 3 bangunan hotel yg mewah iaitu hardrock hotel, crown tower hotel & grand hyatt macau.
di sini juga terdapat byk high-end  boutique.

bila masuk jer C0D ni,
korang ikut la anak panah ke House of dancing water.
kacang jer..

untuk memudahkan uols semua tak beratur panjang untuk membeli tix semasa berada di sana...
adalah terlebih afdal uols beli sesiap tix secara online.
cam kitorang.
confirm sampai sajer terus boleh proceed ke dlm hall
tak payah nak redeem tiket ke apa. senang.

show terbahagi kepada 2 iaitu 5pm dan 8pm.
free shuttle bus disediakan di 10 tempat berbeza

disebabkan fulus kitorang yg tak berapa nak banyak..
hanya mampu beli tix paling murah.

masuk jer dlm hall,
kitorang berdua dah sedikit excited..
almaklumlah dapat menonton water show yang terbesar di dunia la katanya..
water show yg dibuka pada tahun 2010 ini
menggabungkan efek pencahayaan, api & akrobatik yang tak tercapai dek akal.
dan kuantiti air yang digunakan melebihi 5 saiz swimming pool sukan olympic.
mana taknya, kalau orang terjun dari tingkat 5 dengan kedalaman air yang 1m sahaja, sah-sah la berkecai kepala si penerjun tu kan??
ni korang bayang kan la.....kedalaman air tu boleh ditinggi dan direndahkan

memang hebat la designer pelantar air tu.
pastu muncul pulak istana dari dalam air., kejap lagi pelantar tu kering kontang untuk pertunjukan motor pulak. memang berbaloi menonton show ni.
jalan cerita dia simple jer..
kisah seorang nelayan yang membantu sorang lelaki yg menjalinkan cinta terhalang dengan seorang puteri raja.
biasa ler kisah cinta dua darjat gitu..

the princess..
me rasa dia ni sangat cantik dengan badan yang sungguh la lemah gemalai.


 yang main motor ni, lelaki tadi tu la.
kalau la me jadi princess tu,
confirm tak layan mamat ni, baik ambik nelayan tu.
sebabnya.. apa pun mamat tu tak reti.. semua harap nelayan tu yg membantu
show habis dalam pukul 10pm.
next agenda ialah shopping kat hardrock.
tak jauh pun dari tempat show.
kalau tak silap satu level.

lepas shopping kitorang bergerak untuk naik shuttle bus semula.
seiring dengan pintu keluar tu,
sempat la menjenguk sekejap Vquarium ni.
ambik gambar pun lebih kurang jer.
yer la.. time tu pun dah nak pukul 11pm.

vquarium ni pun salah satu tarikan di C0D.
tak perlu bayar pun nak menonton vquarium ni.
 kat sini kita boleh lihat scene dlm lautan lengkap dengan mermaid bagai.
sekali lagi terpaku sebab sebenarnya layar warna biru tu ialah air. 
puas la kitorang kepoh mencari projektor. 
kot-kot la mcm wayang dolu-dolu.. guna projector pancar kat screen.
tapi yilek.
akhirnya shuttle bus tersebut turunkan kitorang di the venetian.
time ni perhentian bas yang tadi tu dah lenggang. yg ada cuma satu line sahaja untuk ke border shenzhen.
apakah???
puas la kitorang bertanya kat pekerja yg menjaga line tu,
sorang pun tak paham.
nasib baik terjumpa sorang cleaner yang boleh berbahasa inggeris.
rupa-rupanya untuk shuttle bus ke maritime terminal terletak di perhentian yang bertentangan.
nasib kami baik sekali lagi
sebabnya tidak lama selepas kami naik bas,
bas pun terus jalan.
kalau tak,
merasa la kitorang kesejukan menunggu bas yang seterusnya.

sampai di maritime terminal,
kitorang sekali lagi naik shuttle bus grand lisboa
berlatar belakangkan landmark grand lisboa.
sesungguhnya,
macau memang cantik dan berwarna warni pada waktu malam.

lepas letak beg dan souvenir,
kami berdua sepakat untuk ke ruins of st paul's.
sebab pernah terbaca kat blog mana ntah
katanya cantik ke ruins tersebut pada waktu malam.
sekaliiii..
nan hado! gulap gulita..
sudahnya kitorang patah balik ke senado square dan bergambar sakan kat sana.

salah satu unesco spot.
apa ntah nama dia.
tapi lorong ni semuanya tempat guaman.
so jgn curi pokok ikea kaler merah tu..
silap-silap boleh masuk court. 
kekkekeke
ni la bangunan tourist information centre yang terletak di senado square pada waktu malam.
dalam pukul 12.30am, kitorang menapak balik hostel
dan makan nasi impit cicah sambal ikan bilis serta serunding daging.
gigih la member tu makan nasi impit dengan banyak angkara me tak nak bawak beg berat ke HK.

note---> macau lebih tenang daripada HK, tak de anjing berkeliaran dan bandarnya sangat bersih.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau - hong kong day 1

hai semua..
alhamdullilah.. dah nak dekat seminggu dah sampai di malaysia 
selepas 10 hari berkelana di negara orang.
banyak benda yang me nak kongsikan dengan uols.
harap info-info ni berguna la untuk yg merancang ke sana nanti..

masa mengetik butang beli tix ke hong kong ni..
main taram jer..
sudahnya lepas membeli tix baru terfikir..
apa nak buat selama 10 hari kat sana???
almaklumlah.. Hong Kong tak ada banyak sgt tempat bersejarah yg nak dok kaji lelama kannn..
harus rombak plan untuk ke macau sekali.

tix pulak beli pada awal tahun dengan harga RM400++
which is mahal sebenarnya..
tapi bedalkan ajer la.

bertolak masuk ke dalam perut kapal terbang dalam pukul 4 lebih..
nasib siap-siap dah order makanan..
ni bukan promo ok.. ni kenyataan..
nasi briyani dia sgt sedapppppppppp!!!
so sampai kat chek lap kok airport (HK international airport) dalam pukul 8.25pm.
haruslah kitorang berdua berlari sakan untuk mengejarkan ferry nak ke macau malam tu. 
sebabnya last ferry dari airport pukul 10pm.
dah la punya payah nak jumpa info pasal skypier ni.
mostly info-info pasal macau semuanya untuk sehari.
so kali ni me main redah jer.

Airasia memang akan landed kat terminal 2.
manakala skypier punya kaunter kat terminal 1
korang bayangkan la macam mana kitorang berlari tak cukup tanah..
padahal tak de la jauh mana pun..
sebab kedua-dua terminal tu dihubungkan dengan automated people mover.
1)keluar jer dari perut kapal terbang.. terus nengok signage "ferries to mainland/macau"
-korang lari pecut ok! total masa berlari disamping nak mengelak-ngelak manusia yg jalan terhegeh-hegeh kat depan uols tu ada la dlm 10 minit.
2) korang akan nampak screen kaler hijau ni..
-once korang nampak.. dah bule tarik nafas lega..
3) di sini la korang kena beli tix ferry.
-rasanya perjalanan waktu malam agak kurang bilangan bersesak-sesak membeli tix..
4)ferry tix reader
- dah siap beli tix korang boleh check luggage korang dah di angkut masuk ke dlm ferry ke belum dgn cara scan barcode yg ada pada tix ferry tersebut.

macam kitaorang ari tu.. pukul 9.00pm dah settle beli tix bagai. dok la kat tepi tix reader tu asyik scan jer nak nengok luggage dah selamat masuk ferry ke belum. FYI, korang tak perlu nak angkut luggage korang drp flight angkut naik ferry. semuanya dorang yg settlekan. senang kan. sbb tu la me sanggup g humban semua luggage kat dlm perut kapal terbang. but knowing AA, habis calar balar beg-beg tu semua..

once tix reader tu dah inform luggage kitaorang selamat masuk dlm ferry baru kitaorang bergerak ke tepi kaunter tix untuk beratur naik automated people mover(train) ke pier.
seingat me la kan.. ada lah 2 kali turun naik escalator yang tinggi dgn naik APM tu.

turbojet ni sgt la bersih & besar.
seat pun lebih luas dan selesa daripada AA.
mungkin waktu malam kot, sebab tu tak berapa ramai orang.
 ni pun kitaorg naik kelas ekonomi jer..
perjalanan dlm 45 minit- sejam.
agak-agak haus & lapar dorang memang ada jual air.
jgn lupa isi arrival card yer...

i tell uuuuu..
view macau bridge dari dalam ferry adalah sgt superb!!!
seriyes tak tipu ok!!!
tapi sedeh.. tak dapat nak snap apa pun, sbb tak jumpa kat mana camera.
ayayayyyayyayaya...

keluar dari ferry dah pukul 11 lebih, 
mak datuk sejukss..
me dah la pakai jacket nipis yg hamat...
ni semua salahkan sorang kawan tu..
dia kata tak sejuk mana pun macau.. fefilin kat dalam aircond jek.
tipuuusss!!
kalau me ni memang kgdotcom kannn.. harus la sejuk sampai ke tulang kering.

immigration counter tak banyak bukak..
ada lah dalam 4 kaunter je yg bukak.
sekali tetiba satu kaunter yg akhir tu, abang imigresen hensem ok!!
terus kitorang berdua berdoa dapat ke kaunter tu..
kekkekekekeke..
dasarkannnn..
akhirnyaaa...
me ok dapat kat kaunter abang hensem!
har har har har..
terus jatuh chenta ngan macau..
#eh?#

kuar jer dari sana,
terus nak claim baggage..
orang dah mula ramai..
me pun tak tau dari mana datang manusia ni..
sbbnya tadi masa naik ferry tak berapa ramai pun..
sekali 3 troli besar keluar dgn beg-beg kami..
nak tau......
di legonya beg-beg kitaorang kat atas lantai..
lawak ok!
nasib baik beg me paling atas sekali..
tak sempat dia nak lego atas lantai, 
me dah sambar dulu.

keluar dari sana, kitorang berdua decide nak naik free shuttle bus yg di sediakan oleh casino-casino kat sana.
almaklumlah.. dah org bagi free harus la grab kan.. 

nanti sebelum kuar dari terminal maritime tu,
uols akan nampak banyak signage nak naik teksi ker, bas ker, atau nak naik free shuttle bus tu.

ikut signage free shuttle bus tu, 
korang akan gunakan subway kat luar ferry terminal tu untuk ke seberang jalan.
kat situ berlambak ok bas-bas free yg akan membawa uols ke casino.
harap maklum.. kitorang bukannya nak g casino tu..
tapi nak menumpang bas jek ke hostel kitaorang.

knowing macau ni semua orang pun kaya-raya,
wajib ok semua hotel mahal.
puas la me google sana sini hostel yg murah-murah.
nan hado!
sedeh mak rasa time tu.

nasib terbaca satu blog indonesian ni.
so apa lagi, me pun email la dia tanya itu ini..
akhirnya..............
  NEW NAM PAN HOTELyang menjadi pilihan.
rate untuk single bedroom ensuite HKD300.
kan dah namanya mula-mula nak travel sengsorang,
me email la hotel ni untuk single bedroom
sekali last minute, ada member nak ikut kannn..
me email balik hotel ni nak upgrade bilik..
so dlm email tu dia bagi tau yg bilik me book awal-awal tu memang boleh memuatkan 2 orang. 
so me pun ok jer la...

sekaliiiii..
hambik ko!!

bayangkan la... kalau dua orang yg gemssss nak tido katil single ni???

nak mintak tukar bilik lain, apek tu tak reti pulak english. adoiiiyaa..
bertabah la kitaorang ngan tilam serupa papan tu.

dan berdasarkan daripada kajian kitaorang malam tu..
bilik ni sebenarnya mungkin bilik air dan diubahsuai.. sbbnya di belakang kain-kain tu.. kitaorang punya toilet bowl ngan shower. apakah ensuite la sgt kan?????
so andai kata korang nak stay kat sini,
dan dalam email tu dorang bagitau akan gunakan mesin basuh yang ada dlm bilik,
better korang mintak bilik lain.
bilik memang la lengkap uols...
washing machine ada, microwave ada , heater(ni me rasa untuk satu bangunan punya) pun ada..


so untuk sampai ke sini senang kacang goreng jek.. (malam pertama sesat barat ok!)
naik shuttle bus grand lisboa.
bas akan turunkan uols kat basement grand lisboa.
masuk pintu casino tu (casino kat basement, hotel kat 1st floor)
ke kiri, ada escalator naik atas.
naik escalator tu, terus ke kiri, ada pintu keluar dari grand lisboa.
so sekarang uols membelakangkan grand lisboa...
ke kanan menuju ke simpang empat (main road),
uols akan nampak hotel sintra kat belah kiri uols (seberang jalan) 
so uols ke kanan menyusuri jalan utama sampai jumpa sekali lagi simpang empat.
untuk simpang empat yg ke dua ni, uols belok ke kanan.
better kalau uols lintas dulu sbbnya hotel ni terletak kat seberang jalan tu.
berdepan dengan hotel tu ada mini mart..
dlm email, org tu bagi tau nama mini mart tu OK. tapi sebenarnya nama dia Circle K.
grrrr....

or....
korang bole jugak ke arah kiri dari grand lisboa...
susur jalan tersebut sampai jumpa cartier butik ( nasib korang la kalau tetiba butik tu dah berpindah)..
seberang jalan untuk belok ke kiri.
hotel tu dalam beberapa langkah jer dari situ.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER