Showing posts with label Shanghai. Show all posts
Showing posts with label Shanghai. Show all posts

Shanghai accomodation

Shanghai City Central International Hostel
Hostel ni aku booked siap-siap dari Malaysia tru Agoda kalau tak silaplah. Comment kat net tak de lah teruk sangat. Mula-mula sampai tu memang terasa jauh sangat. Tapi bagi aku tak de lah jauh sangat pun.

Metro paling dekat ialah Line 3/4 di Caoyang Rd Station. Exit 6/7. Day 1 sampai macam hazabedah mengangkut beg yang besar. Sekali esoknya baru baru tau ada escalator kat metro station ni. Bedebah betul.

Landmark nak keluar dari station tu ialah McDonald.
Keluar je dari pintu station jalan ke kanan korang. Nanti korang boleh nampak banyak bangunan tinggi kat belah kiri. Sebab belah kanan korang ialah landasan metro.


Jalan je terus sampailah korang jumpa Wuning Road intersection. Lintas zebra crossing tu pastu jalan ke kanan korang. Tak jauh dari situ korang belok ke kiri. Yang ni memang agak mencabar sebab korang tak nampak pun hostel dari main road. Korang kena masuk ke kawasan rumah-rumah flat tu. Memang lalu security barrier. Nanti hostel ni ada kat belah kanan korang.

Reception memang pantas. Kami dapat bilik lebih awal daripada sepatutnya. Kena letak deposit 100 yuan kalau tak silap aku. Lift pun disediakan untuk yang bawak beg besar macam kitorang aritu.

Bilik kami hari tu triple sharing ensuite bathroom. Ok lah tu. Cuma part toilet dia aku tak puas hati sangat sebabnya air bertakung. Hadoiii.
Lain-lain ok.

4D3N= 660yuan/room

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Trip payung China - D4 (Shanghai)

4 Disember 2018

Holla peeps😁

Hari terakhir dibumi Shanghai kita mulakan dengan lambat sikit. Kasik tido puas -puas dulu. Kami check-out dalam pukul 11 pagi gitu. 

Settled di kaunter hostel, terpaksalah mengangkut semua beg. Jalan raya kelihatan basah as hujan lebat rasanya semalam. 

Menggunakan metro, kami terus gerak ke Shanghai Railway station(Line 3) sebabnya hari ni nak gerak ke Beijing pulak.

Sampai je di train station, kami nak kena kenal pasti dulu mana entrance gate nak masuk ke departure hall. Tak nak lah nanti time nak bertolak baru nak tercari-carikan?



Settled dah kenal pasti, kami cari tempat utk simpan luggage. Ada banyak store utk simpan luggage. Aku pilih betul-betul kat tepi train station.

Hari ni kami mesti cari Yuyuan Garden. Sebab tak nak nanti bila org bercerita tentang garden ni..aku terlopong tak tau.

Nak mencari tempat ni memang hazabedah. Padahal kami guna waze kot. Phuiii betul. Aku rasa berkilometer dibawaknya  kami berjalan. Actually kami buat tawaf diluar kawasan garden tu. Huhuhu.


Gentle reminder....laluan ke Yuyuan Garden ni sama je dengan laluan kami sebelum ni. Yang terlebih cerdiknya.... keluar dari metro station, kami jalan ke kanan sampai lah ke simpang empat dan cross jalan. Tetiba dah sampai taman yang ada banyak pokok- pokok. Hahahaha...

Aku dah dapat rasa ni bukan taman yang aku cari sebab hasil pembacaan aku kat blog orang...yuyuan garden ni ada kolam besar. Tapi ni tak de pe pun. Hiks...mesti orang yang berhenti kat traffic light tu gelak sakan nengok kitorang.

Kami terpaksalah menapak semula ke Fuyou Road.

Adoiii jauh pulak tu...dah alang-alang ke sana...kami terus gi makan kat kedai makan semalam dan order sebijik macam semalam. Yerlah kan asyik teringat-ingat menu yang menggiurkan tu.
Ni gambar kedainya yang bercahaya tu.(gambar bawah)

Route ke kedai makan: Yuyuan Garden Station(line 10) Exit 3--> cross jalan lalu depan Renaissance Yu Garden Hotel--> Fuyou Rd (belok kanan)--> terus sampai depan pagar park. Kedai makan ada kat belah kanan.
Betul-betul terletak berhampiran dengan pintu park yang kitorang lalu untuk ke The Bund. Kalau korang facing pintu pagar...kedai ni belah kanan korang...
 Gambar atas ni ialah pintu pagar park yang korang lalu untuk ke The Bund. Dari sini.... kedai tu ada kat sebelah kanan korang.
Tu ada simbol halal kat depan kedai. Kelihatan juga owner tengah makan time kami sampai. (Abaikan jari bambam tuh) Hihihi
Tempat masaknya alahai kecil sangat. Tabah betul tukang masaknya yang sedang sarat mengandung.

Settle makan, patah balik untuk bersolat di masjid di Fuyou Rd tu. Masjid ni memang tak nampak dari luar. So korang kena peratikan atas bumbungnya...agak-agak nampak kubah masjid..ha tu lah masjid.

Settle solat dan shopping souvenir...misi mencari Yuyuan Garden. Menggunakan waze..kami bergerak semula sampai lah ke kedai makan kami pergi tadi. Pastu buat tawaf.   Memang sesaje tau nak membakar lemak aku. Padahal tak perlu pun buat tawaf ni..
Lorong-lorong kecil berdekatan dengan kedai makan yang kami buat tawaf tu.. Ni sebab kami ikut crowd la kami lalu sini. Huhuhu
Sepatutnya, dari persimpangan yang orang sakan bergambar tu..gerak ke kanan korang masuk ke gate nombor 5 di sebarang jalan. Jalan sikit nanti jumpalah Yuyuan Garden tu.
Persimpangan jalan yang popular orang dok bergambar tu....belok kanan pastu jalan lagi until nampak nombor 5 macam gambar bawah ni.

Penat betul la kami hari tersebut. Nasib baiklah jumpa Yuyuan Garden yang orang dok bercerita tu. Tapi tak explore habis pun sebab langit pun dah gelap semacam. Ambil gambar cepat-cepat pastu terus gerak ke metro station semula.







Nasib baiklah kami sampai Shanghai Railway Station hujan makin lebat. Train kami ke Beijing pukul 6 petang. Adoii naik je atas train, terusssss aku zzzz..
Aku tak sedar apa la yang dorang buat sampai lah esok pagi pukul 9 aku tiba di Beijing.

Nihao Beijing!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Trip payung China - D3 (Shanghai Disneyland)

3 Disember 2018
Hari ni anak sedara aku super excited as tertunai sudah perjanjian yang aku buat hampir setahun lamanya. Tetibeeee

Untuk ke sini kami naik metro line 11. Walaupun kami tak perlu nak tukar train tapi agak lama jugaklah nak sampai Disneyland ni. Lagi-lagi tetiba kami kena tukar train di Luoshan Road sebab train nak kena service la pulak...

Seingat akulah..keluar dari perut metro line 11 di Disneyland Park station tu, macam ada dalam sebuah station yang sangat besar. Aku sempat withdraw duit kat station tersebut. Memandangkan kami plan nak tunggu sampai fireworks malam nanti, kami siap-siap beli tiket metro untuk balik. Takut berebut dengan orang lain. Bukan tak tau orang mainland ni.. suka naw nak berebut-rebut.

Usai urusan di station, kami terus menapak ke park. Pergh jauh gaklah. Tapi time tu tengah excited. Tak de lah rasa jauh sangat. Yang nampak lebih menarik ada boat yang dihias cantik membawa penumpang yang stay di Disney Hotel untuk ke park. Wah ini macam kena repeat balik nanti. Hiks.
Kami sampai lebih kurang 15 minit selepas park dibuka. Itu pun dah panjang gilers orang beratur. Selepas beg kami di belek-belek(perkara biasalah tu) kami pun masuklah dengan gembiranya. Dengar je lagu yang dimainkan lagilah menggelupur kegembiraan kami haritu.
Ok done satu gambar kat sini!

Masuk je kami dalam park..ehhh mickey dan minnie lalu depan kami. Dan paling bestnya, time tu tak de ramai sangat orang beratur untuk bergambar. Apa lagi.. aku pun tarik adik aku untuk beratur sama. Hahahah anak sedara aku macam paksa rela gituh.

Habis je bergambar..... tempat pertama kami terjah ialah Tron Lightcycle Power Run di Tomorrowland as kat Shanghai je yang ada. Ni kalau lambat memang hazabedah lah beratur. Itu pun dorang guna  fastpass. Bila aku nengok roller coaster tu..aishh macam takut plak. Lagi pulak lutut aku dah la sakit sepanjang trip aritu. Memang tak lerrr aku nak naik. Aku tunggu kat bawah je. Saje-saje aku klik shutter, eh aku terklik gambar dorang anak beranak. Hihihi
 Aku memang terpisah dengan dorang anak beranak as aku tak mampu nak berjalan macam orang lain. Sedih betul trip aku kali ni. Ntah nape la kaki aku time ni jugaklah nak sakit. 😓

Actually aku memang dah listkan nak makan apa sepanjang di sini. Salah satunya mestilah popcorn. Walaupun sama je rasa popcorn kat mana-mana. Tapi bila kita makan dalam bekas yang cute ni mesti lagi feel. Hihihi
 Aku memang teringin sangat nak makan aiskrim. Aku ada baca satu blog ni yang aiskrim macam kat bawah ni selalu sold out. Memang rezeki akulah dapat beli aritu. Yess.. lepas beli aku pun duduk sambil-sambil ambil gambar. Nak bagitau family kat rumah yang aku dapat beli aiskrim ni. Sekali adik aku datang pastu tanya aku..."Halal ke tu?".. Aku pun macam terkulat-kulat. Terus aku google ingredient-nya. Tak nampak macam mencurigakan. Tapi ada satu label ni bila aku google dan infonya...dorang gunakan sumber haiwan. Tapi tak cakap pulak haiwan apa. Cis bedebah sungguh. Terus aku buang dalam tong sampah sambil berlalu pilu. Huhuhuhu
Aku banyak menghabiskan masa round-round tanpa tujuan sepanjang kat sana. Aish.....Kalau la aku tau kejap lagi aku akan terkandas...memang aku dah visit semua tempat yang best kat dalam park ni awal-awal lagi.

Aku ni kerjanya asyik shopping ajelah sepanjang kat sana. Apa ntah yang aku beli pun tatau. Oleh sebab adik aku ikut...aku skip belikan souvenir untuk anak-anak dia. Hiks.

Oleh sebab aku tak tau nak buat apa..aku nampak pulak waiting time-nya 5 minit aje..terus aku ke "Voyage to the Crystal Grotto". Luckily adik aku call aku. Time tu jugaklah aku suruh dorang datang sini. sebab tak payah nak beratur bagai.


Dapatlah satu-satunya gambar dengan disney castle sepanjang hari tersebut. Waktu ni kalau tak silap aku dah noon. Perut pun dah berkeroncong. Terus kami ke Disneytown untuk cari makanan.
Lepas security border tu...jalan ke kanan korang until korang jumpa Food Republic. Kalau korang jalan terus macam kitorang aritu..nanti korang kena naik tangga bagai untuk ke foodcourt.
Ada food court halal kat hujung sekali dalam ni. Time aritu pun ada dah beberapa muslim family tengah makan.
Price sesuailah dengan namanya theme park kan.  Ni menu anak sedara aku kalau tak silap. Sebab rasanya aku makan beef noodle lagi hari tu.
Area Disneytown ni best korang boleh shopping macam-macam. Ada pandora, ada sephora and a few brands outlet. Semuanya ada kat sana. Tapi kalau beli tiket park sehari..memang tak sempatlah nak buat lawatan muhibbah.

Settle makan kami gerak semula ke park. Time ni hujan dah start turun. Adeii.. Start tak best time tu. Aku ni nak gerak laju-laju memang terbatas sangat. Sekali tu ada parade. Tunggu jugaklah. Tak habis pun aku nengok sebab hujan semakin lebat. Aku dah siap bertengkar dengan adik aku time tu. hahaha.. Bak kata aku kat anak sedara aku.. "Bila travel ni tak seindah mimpi".....agaggaga.. Ntah paham ke idok anak sedara aku tuh.

Serious aku tak tau mana arah nak tuju. Hujan makin lebat. Jalan punya jalan aku lalu area Alice in Wonderland Maze di Fantasyland. Tu pun aku jengah dari atas je sebab hujan kemain lebat. Sian orang kat dalam maze tu bertempiaran lari.
Sekali sebelah maze tu ada sleeping beauty castle. Aku try masuk. Rupa-rupanya ada "Once upon a Time Adventure". Aku pun join. Selain nak elakkan hujan, aku nak panaskan badan sebenarnya. Tu yang aku join. Sekali adventure ni memang adventure betul sebab ko kena mendaki tangga-tangga yang ada untuk naik ke chamber. Tapi memang cantiklah view dalam tu. Dengan perincian tangga, mosaic, dinding dan semua la. Aku rasa aku je lah orang terakhir yang sampai kat setiap pit. Huhuhuhu
Keluar dari situ aku tak tau nak pergi mana. Aku terpaksa beli raincoat sebab kat luar tu hujan makin lebat. Jalan punya jalan aku duduk kat kerusi-kerusi yang ada di sepanjang jalan yang ada kat laluan parade tu. Adoii sadis betul hidup aku time tuh.
Bila dah gelap, hujan mulai berhenti. But still gerimis lagi. Aku sambung shopping.


Around pukul 7.30 malam kitorang gerak balik sebab ingatkan fireworks tak de. Almaklumlah hujan kemain lebat. Bila kami dah sampai kat metro station...adehhh bunyi fireworks. Cis bedebah sungguh.

Baliklah kami dengan kekeciwaan.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER