aku agak bz sikit waktu ni,
sbb ....







ha.. ni la sbbnya..
starlit...sapa yg pernah nengok citer meteor garden, sure punya kenal hero ni..
i luv jerry yan very much!!!!!!!!!!!!!!!
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

30 oktober 2009

tarikh tu ajer dah menunjukkan betapa pentingnya dalam hidup aku.
maybe jugak sebagai ingatan & kenang-kenangan kot.
ari tu ari jumaat.
macam biasa, aku balik lewat. abis keja dlm kol 1230.
pastu aku sambung keja sampai la ke pukul 3.
aku ni pulak, jenis suka buat keja waktu tenang
jadi antara 1230 hingga kol 3 tu,
tempat keja aku memang tak de org.
so,
ari tu nak dijadikan cerita,
aku g bank utk kuar ngan masukkan duit.
oleh sbb aku ni jenis yang tak suka ingat byk perkara sgt dlm kepala hotak,
jadi aku pun tak la ingat nombor2 acc.
sudahnya aku bawak la buku2 acc semua.
pas aku settlekan sumer keja kat bank
aku patah balik ke sekolah pasal nak hantar kawan aku balik

so, lagi 1km nak sampai rumah aku tu,
aku berenti la kat simpang 4, coz traffic light tu kaler merah
tiba2 ada seorg lelaki pakai sweater maroon (padahal baru hujan, nak kata sejuk sgt tak juga)
berjalan cepat2 ke arah traffic lite
sambil tangan dia menuding ke hadapan( arah jalan utama).
n ada sorg laki lelaki kurus naik motosikal berhenti di sebelah keta aku.
mula2 aku membayangkan motor tu rosak
sbb bila traffic lite tu kaler hijau,
lelaki kurus tu, ngah bersungguh2 start kan motor dia.
dalam hati aku ~sambil nengok side mirror
*siannya dia tak boleh nak start kan motor,
mesti dia malu kat org ramai*
~moral of da story...kasihani la diri sendiri sblm mengasihani diri org lain ~

rupa2nya
itu la lelaki yg nak mencalitkan satu titik hitam dalam kotak hidup aku
ya, aku telah disamun..
rupa2nya lelaki2 itu mengekori aku sampai di rumah
silap aku ialah tak perasan yg motor itu mengekori aku masa tu
masa aku parking keta betul2 depan rumah,
mak aku baru ajer nak bukakan gate rumah utk aku.
n aku ni pulak,
baru la keluarkan sebelah kaki
tiba2, lelaki yg pakai sweater tu terus meluru ke arah aku
n tanya aku arah rumah seseorg.
maybe dia terkejut bila tiba2 mak aku menjerit2,
dia mula menerpa ke arah aku.
aku ni sgt la terkejut, n terus la meronta2
weiiiiiii, tiba2 dia gigit tangan aku..
mak aiii
sadis betul!!!!!!!!!!!!


on da day.




malam kejadian


(dah start lebam dah tu)






ari ke-3


next dia terus blah.
tup tup
rupa2nya dia pergi belakang kereta aku n pecahkan tingkap sebelah driver n ambik handbag aku!!!!!!!!!!


mak aiii, aku ni pun terkulat2 la.






so ari tu jugak, aku wat report polis.
n mlm tu, aku kena g hospital.
aku cuma diberi ubat tahan sakit n baikkan lebam ajer.
sbb doc kata aku ni cuma soft tissue injury.
sejak tu aku agak trauma bila berkaitan ngan motorcyclist bagai.
n selepas hari itu, kalo aku abis meeting kat sekolah lambat,
aku sanggup pegi jusco @ mana2 la sampai kol 6 -7 pm.
sbb kejadian tu berlaku around 4 pm.
area rumah aku ni, agak sunyi dlm waktu tu.
sbb tu aku x berani nak balik rumah dlm jam begitu.

still trauma...

masa kejadian hari tu, hingga la tgh mlm,
aku mcm blank sesangat.
mcm x de apa2 berlaku pada diri aku waktu tu,

hingga la sorang kawan aku call,
baru la aku nangis mcm nak rak...
lambat betul aku ni bertindak balas...
so monday tu, aku ambik cuti settlekan semua.
tapi tak siap gak satu hari.
aku sambung esoknya.
alhamdullilah.
semua dah settle dah.

so buat semua yg eager nak tau hidup aku,
tak payah risau tentang aku.
aku dah ok.
semua ini menjadi pengajaran yang paling bermakna dalam hidup aku n kepada semua juga.
terima kasih banyak2 atas keprihatinan dan kasih sayang u ol.
saya sayang semua!!!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

RIP~G800 (2008-30.10.2009)

ha ha ha..
entry ni sepatutnya dah kuar lama dah..
tapi disebabkan masa yg tidak mencukupi..(alasann...alasann..alasan...)
so, x sempat la nak buat apa2 entry.
owh yer..
tahun ni, aku joint rombongan cik kiah ker ayer hitam.
kami ke Tropical Village.
lama tau tak ke sana. kira ni 2nd time la.
1st time ke sana taun 1994.
now dah taun 2009.
ha ha ha ha ha ha ha..
lama gila.
org kalo kawin, dah beranak pinak dah...
~ngee..~
seperti biasa, rombongan cik kiah x sempurna without kawan kareb ku..
saper lagi.. minah ni la....





ni la kawan kareb i buat masa ni
(hopefully 4ever la)
nama dia che aisyah..
sepanjang perjalanan kami burak2..
citer2..
mkn2...
tido2...
kira kitaorg share interest yg sama..
sbb tu boleh together2.
hik hik hik
berbalik ke lawatan cik kiah kami tu, kami ke tropical village dahulu.
tropical village ni
tempat yg sangat sesuai utk dibawa budak yg baru belajar,
baru nak mengenal dunia,
coz kat sini ada byk replika bangunan2 yg famous seluruh dunia.
so, mcm preparation kat derang la
in case kena g ober~c..
(sekali ngan cikgunya la...nak g betul2 tak tau bila ntah)
mcm:


ni ha, great wall of china.

ni la budak2 aku yg jadi photographer utk aku ngan kak aisyah..

hi hi hi.. kami posing, derang yg ambikkan gambar.

bukan kami yg paksa tau..

next...


ni pulak ala2 Pisa Tower di Tuscany, Italy..

yg ala2 condong gitu ...

ni aku tak tau la... apa masalahnya..

kalo posing cam ni,

mesti idea minah tu la..

aku on ajer la..

next..

ok ni pulak di bougainvillea valley..

actually, tempat ni lawa,

xpecially kalo korg editkan gambar tu..

isk isk.. yg paling ku sedih bila nengok gambar2 ni..

sbb aku snap guna hp aku...

tapi skrg,

hp aku ni dah hilangggggg..

geram.... sayang betulllll...

nanti aku citer napa hp kesayangan aku hilang ekk..

actually, ada lagi

tempat yg menarik cam,

eiffel tower ~ france

taj mahal ~ india

statue of liberty ~ new york

spinx ~ egipt

ada kat sini.

kalo agak2 nak rasa pegang award kat hollywood tu pun boleh datang kat sini..

boleh bagi ucapan sekali kat situ..

ha ha ha ha..

tapi mak x post la gambar kat sini,

sbb ntah mana2 ntah gambar2 tu..

hi hi hi hi..

so seperti biasa,

lihat la.. gambar syok sendiri kami2 ari tu..

:)

dan lagi

dan lagi

dan yg terakhir....


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sOb...Sob!!!


sumthin' really bad happened 2 me on last friday.

so, i'm not in da mood to post any entry.

but there will be an entry about it.

owh, b4 that,

i would like to thanx all of u for the kindness n warmest comfort n sympathy wishes.

:(


The Pain
Graphics



aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

kenapa mesti cekelat??


baru2 ni, aku dilanda kesedihan (chewah!!!)
yg aku perasan,
bila budak2 darjah 6 ni, abis peksa,
bukan main degil la jadik nya..
kadang2 aku tak boleh salahkan derang sbb itu fitrah derang nak menginjak ke alam remaja.
ceritanya bermula bila aku pesan ngan derang soh bawak barang lukisan pada hari jumaat beberapa minggu yang lalu.
masa aku pesan kat derang tu,
bukan main lagi respond yg derang bagi..
macam2 ada..
wah, aku pun gumbira la
niat dihati, boleh la aku abiskan syllibus ari tu.
geram ok..
naik ari senin, cuma 6 org ajer yg bawak bahan2 yg aku pesan ari tu..
yg lagi 37 org tu, bagi mcm2 alasan.
yg paling x boleh handle...
boleh pulak bagi reason tak dgr apa yg aku pesan ari tu.
mau tak aku marah menjerit2 ari tu..
sampaikan kawan aku masuk kelas nak ambik buku pun, jadi takut
sbb aku dah naik hantu!
ok...budak2 kelas ni,
memang aku tak pernah marah pun.
kalo marah pun, aku just tegur2 yg lite2 ajer..
we had a very2 close relationship.
xpecially those girls!
bila jadi mcm ni,
mula la aku hangin satu badan.
they take 4 granted!!!
pada hari yg sama,
aku masuk ke kelas,
terus salin nota kat papan hitam.
habis satu papan hitam aku tulis.
abis ajer tulis, terus aku blah.
kalo ikutkan hati memang la aku takut.
mana la tau tiba2 budak2 tu bergaduh dlm kelas,
aku jugak yg kena.
the next day, pun aku buat sama.
bayangkan....
bila aku masuk,
supposed derang akan bangun n ucap selamat kat aku.
tapi aku buat tak tau, n tak nengok pun muka derang.
@last, derang noticed perubahan aku..
plus, kawan2 aku mencucuk2 derang..
wah bertambah2 la sadis nya cerita aku ni.
masuk ari jumaat,
a few pupils q-up nak mintak maaf ngan aku.
tapi aku lari kan diri (sungguh notti!!)
derang still kejar aku n mintak maaf,
aku apa lagi,
pulang paku buah keras la!!
membebel2...
mesti derang rasa menyesal mintak maaf kat aku.
ha ha ha ha ha.. biarkan...
welll,
apa tau yg derang buat lagi..
mula la meja aku ada benda2 yg derang sogok utk meredakan kemarahan aku..
antaranya, cekelat kat atas tu.
aku pun tak paham la..
napa mesti nak pujuk dikaitkan ngan cekelat.???
huish..
mula2 aku biarkan ajer cekelat ngan kuih2 raya tu..
tapi disebabkan nak cuti deepavali yg agak lama,
aku bawak la balik barang2 tu..
:)
perasaan marah tu mcm dah kurang2..
tapi aku still tak moh tegor derang..
ego siot aku ni!!!
gurau pun dah tak mcm dulu.
wei, yg kelakarnya,
anak murid aku yg tegar2 tu,
siap tanya aku ari2
bila nak belajar balik...
aku mula la perli2 bila diaorg tanya..
:)
sampaikan derang bawak kertas lukias ngan bahan2 lukisan
walaupun aku tak suruh!!
ha ha ha ha..
pandai betul diaorg nak ambik ati aku..
tapi ari ni,
hopefully ego aku dah terhakis kot??
napa???
nanti la aku cerita dlm entry yg lain
sbb aku dah mula mengantuk ni..
till then,
bubai!!




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

1 am

wah smlm pergi beraya umah kawan aku yg dah lama betul tak jumpa.

rasa last jumpa taun 1995.

pas g rumah kawan aku tu,

baru la aku tau

yg umah dia tu selalu sgt la aku dok ulang alik

g keja

punya la kecik dunia ni..
petang, sblm bertolak,
aiza call suruh bawakkan sekali kancing baju.
siap bagi aku warning jgn sabotaj dia.
almaklumla..
dia suka yg simple2..
aku pulak suka yg lip lap lip lap..
:)
jenuh wei,
nak cari kancing baju yg ala2 tradisional ni..
nasib baik aku jumpa satu..
tapi takut dia tak berkenan,
aku bawak gak la
satu kancing baju yg telah dimodenkan
plus 2 brooch yg paling kecik...
seperti yg dijangkakan..
aiza pilih yg kaler hijau tu..
yg paling kelako nya,
masa nak balik tu
dia siap pesan kat aku..
"ko simpan baik2 kancing baju ni..
lagi 5 taun, harga nya naik 5k tau.."
giler ke apa..
intan boleh naik harga ker??

ari ni,
aku terpikir
nak pakai baju kaler apa yek??
pikir punya pikir
ambik ajer la yg ini..
janji kawan2 tak pernah nampak lagi baju ni..
janji dgn member2 aku kol 730

sudahnya kol 815 baru jumpa.

mula la aku gelisah memanjang dok menunggu derang.


dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain.

tapi g 3 buah rumah ajer.

naik rumah ke-3,

tinggal 3 org ajer.

mula la kitaorg berborak

merepek2..


biasa la,
bila konvoi ngan org yg berfamily
mcm2 perangai ada
anak kena rashes la..
hujan la..
ntah apa2 lagi la
@d end kami bertiga ke BBU jam 12 am.
mak ai..
suka nya aku ke rumah kawan ku ini..
bapak dia sungguh kreatif la






ada mini pond gitu..

cantik sgt..





ni belum tiang seri rumah..
wah..
terasa sungguh meriah
bila duduk beraya kat sini..




kuih2 raya
yg kami tengok ajer
sbb dah kenyang mkn kat 2 buah rumah yg sebelumnya..


see..
aiza sedang menghayati sepenuhnya kelazatan kek ceklat yg dibuat oleh edy..
nyum nyum..











walaupun aku ngan aiza
bersungguh2 makan kek raya edy,
namun
posing tetap onnn..
ahaks!



me n aiza
me n edy...
actually ada kes pasal gamabr aku ngan edy ni
masa ni
aku dah siap pose giler2 ngan edy
siap kitorg sengih2
tapi c aiza ni
dia boleh pulak dok adjust camera dia
kitaorg ingatkan dia nak ambik kitaorg..
rupa2nya dia ngah menyelesaikan masalah camera nya
yg tak clear bila snap gambar..
huish mula la berangin kitaorg.
almaklumla
member pakai camera canggih sebelum ni..(D80).
bila kena pakai digital camera yg cikai2 punya,
mula la dia dok gelabah..
hasilnya...
3 pose sekali kami bagi..
setelah gelak mcm nak giler tgh2 malam semalam..
oleh sebab aku mendapat 'panggilan pulau'.....
maka harus la aku mengerakkan kaki, badan n kereta pulang ke pulau..
hu hu hu..
sbb aku tak familiar kat area ni,
kete depan ni la yg guide aku kuar..
bila dah berpisah..
rasa sedih la pulak..
tapi tak pe.. insyaalah,
next yer jumpa lagi..



aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sekitar raya 2009

sepatutnya,
aku upload gambar family di pagi rayakan??
tapi tak leh upload la, sbb

ada beberapa factor yg tak dpt dielakkan.

maybe next entry baru upload ok.

dis entry, aku nak upload sepanjang raya ke-3 n 4.

dis 2 days, khas utk member2.


raya ke-3 ari tu,

aku ke plentong.

ke umah aiza.

lama tol tak jumpa.

wei, kuih raya umah dia memang sedap giler..

next yer nak tanya dia la, g beli kat mana.



biasa la, sampai2,
mesti c bae nak capture gambo aku yg ntah apa2 ntah.

sumer gambar yg weng2 mesti dia suka ambik.




kami ni,


kalo berjumpa memang tak sah kalo tak bergambar.


walaupun muka berminyak2..


bergambar harus n wajib.





lama betul kami berkawan.



dari form 1



hingga la sekarang



byk suka duka dikongsi bersama.



n yg tak boleh aku lupakan kata sorg kawan aku ni



"kita kena keep in touch, sbb kita dah makin pupus!"



owh tidak!!!



kami lah species yg harus dipelihara..



ahaks!





kalo ikut plan awal,



kami nak jenjalan beraya umah rakan2 yg lain.



tapi napa ntah, last minute,



kami tukar plan.



kitaorg g lepak2



wei.. bayangkan la g tebrau city



ngan pakai baju kurung.



tapi bila sampai kat sana tak malu apa pun



sbb ramai gak org melayu yg beraya kat sini..



:)



end up kami ke starbucks ajer.



dari kol 2 sampai la ke kol 8.



tak rasa pun lama. sbb byk cerita yg keluar.



ini la yg aku suka bila berjumpa rakan2 lama.





dlm gambar ni, aiza tak de,

sbb dia punya la pemalu nak bergambar.

alasannya,



dia lebih suka jadik belakang tabir ajer..



:(




c...



kan aku dah kata aiza ni pemalu.



keja dia ambik gambar kitaorg secara candid ajer..




ini pulak,

hasi kerja bae la


aku pun pelik ngan dia ni.


setiap kali outing,


sure punya



gambar kaki kitaorg diambiknya.


hmmmmm






when princess meet princess.


ewah..perasan.


aku geram ngan ana ni


makan punya la banyak



tapi badan tak naik2 pon


sungguh aku tak boleh terima kenyataan!!!!


jadi, pada hari itu,



aku cuma memerhatikan dia makan ajer..


geram!!!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

so, hari ini,


aku luangkan masa bergumbira ngan my really2 old fren


kami dah kenal since 1988.


member aku ni skrg keja kat kl.



so nak jumpa memang payah.


dis raya,


she wish to meet me..


kitaorg g nengok 'momok the movie'



film ni bagi aku so~so la


tak ler tak best sgt.


n tak ler best sgt.



pas g nengok movie ngan makan kat kenny rogers,


akmal req nak nengok jb town waktu mlm.


so aku pun bawak ler dia jenjln.



pastu kami singgah ke danga bay.

wei, aku suka betul la kat danga bay

waktu mlm.

ada liveband,

ada lampu2..

memang best n happening!



seperti biasa,
penutup entry,
mesti la ada muka sendiri..
ahaks!




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER