hari ini dalam sejarah

sabtu, 23hb Jan...
ada meeting di arena bestari.
hadoi, sampai2 ajer dah abis meeting.
jadi kejanya makan ajer la.


proses tapau menapau..

mee goreng mamak tu,
sedapnya.
terhinggat2 sampai hari ni.
sudah licin satu tray.
jap lagi masuk satu tray,
aku sambung balik makan.
:)

1st captured of d day.

aku paksa semua ambik gambo sbb nak masuk kat dlm blog punya pasal.


me wif 2 org kuat arena bestari.

acara gembira2 dihati..

bila lagi nak ketawa2.

motif pegang penyepit??

ntah tak dpt dikenal pasti.

finally, tuan punya arena bestari.

kenalan dr sek rendah.

sek rendah sama, sek men sama

cuma u ajer tak sama.

jodoh..... nak wat camana.


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

banyak vs sikit

1 more entry b4 bed.

gitu la kalo dah tak de keja. napa ntah ari ni aku rasa cam tak de keja pulak...
kui kui kui..
padahal keja melambak2.
aku still nak citer tentang masalah kulit muka ku yg agak mendukacitakan ini..
akhir tahun lepas, aku ada la membeli produk muka ni..
almaklumla, bila umo dah menjelang ala2 senja ni, kulit muka mula la nak kendur sana la sini la, kedut sana la, kedut sini la..
some quote says: prevention is better than cure.
:)




beli sikit la punya banyak.

tapi tak seswai la pulak..

udahnya, g jumpa doc, dia bagi ni hah..

2 ajer???

cleanser ngan cream ni.

hadoi tak berbaloi beli byk2. tapi yg kena pakai 2 botol ni..

geram... melayang duit lagi.

:(


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sedih vs gembira

masih lagi bercerita tentang balik kampung hari tu....

tengah hari ari tu, aku berdiri sehari suntuk mencuci pinggan mangkuk utk mkn tengah hari selepas upacara pengebumian arwah nenda ku itu.
wah!!!! [rajinkan aku..~wink ~wink]
hasil berdiri berjam2 itu>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kakiku bengkak siot...

tahap maksima.. teruk sgt.

tapi adalah malu menayangkan kaki ku yg huduh tahap mangkuk jamban ni!!

benci... i really need pedicure.

tulun tulun tulun...

ke ke ke ke ke...

utk mengembirakan hatiku pada hari tu, kami semua ke pekan banting utk?????

makan.

kalo ke pekan banting, harusla singgah makan cendol yg perghhh tak bole nak kata.

sedapnya hingga termimpi2.

sambil2 minum cendol yg perghh tu, makan pulak rojak mamak yg sedap giler

[ini ajer xceptional kalo makan mamak masak]


rugi kalo tak mkn!!

meh la dtg banting mkn cendol yg sedap giler ni.

:)


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

berita sedih dr kampung

2hb ari tu, seawal pagi
kitaorg dpt call dr kampung.
nenek aku dah kembali ke rahmatullah.
so, kena la aku bangun pagi2 buta.
hadoii.. ngantuk betul.
so, sepanjang perjalanan aku tido tido n tido..
~kalo balik kampung petang pun aku tetap tido n tido n tido..~
itu taktik tak moh drive la!!
tapi mula2 tu tak tau nak buat apa.
apa lagi ambik la gambo yg ntah apa2 ntah..


gambo mak aku ngah baca surat khabar pun aku ambik.

ke ke ke ke ke ke

tapi yg paling penting self pic tu wajib.

:)




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

kek penyek!!

bila menginjak akhir tahun,
rumah ni memang akan penuh ngan makan besar.


mak aku suka masak.
so.. kebanyakkan makanan pada hari tu, mak yg masak.

mcm hari ni,
aku request mkn bubur putih bubur merah.
napa ntah, memang aku suka sgt ngan bubur ni.


Dec 25th

~my abah's birthday~


ari tu mkn nasi beryani.aku tak de la suka sgt nasi beryani tu. tapi oleh sbb bapak aku yg req, layan kan ajer la.
cuma aku agak suka mkn pulut kuning yg bapak aku req jugak pada hari tu.



Dec 29th


~danish birthday~


kali ni birthday anak sedara aku, dia buat kat sekolah.so tak de la gambo kek dia.

yg penting dia kata kek dia ada gambo 'ben10'

hadoiii...

nasib baik tak buat kat umah ni..

kalo tak mesti aku kuat cam 'ben10'

Jan 3rd

aku punya tu...

:)


it's mine!!!! walaupun aku x berapa suka sgt kek ni.

tapi org dah belikan..

terima ajer la..

nak wat camanakan

takkan nak byk cekadak.

Jan 10th

~ birthday noor~


ha ha ha ha ha...... kek adik aku terpenyek!!

aku ckp ngan adik aku,

ni mesti tulah suka makan 'nasi ayam penyek'

ke ke ke..

sebenarnya kek ni jadi cam ni,

sbb tadi masa aku drive ter'miss turn'..

so, telah membuat satu emergency breakkkkkk!!!

owh tidakkkkk...

dush2x tergolek2 kek tu terjatuh..

ke ke ke..

anak sedara aku kat belakang siap jerit2..

kekekeke...

n pada hari jugak, aku yg req mak aku buat mee, sbb aku nak mkn pakai chopstick.

almaklumla baru beli chopstick ari jumaat ari tu.

semua dlm rumah cakap aku poyo.

poyo pun poyo la.

aku tak kesah..

ni ngah kemaruk ngan korea punya pasal la.


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

unxpected plan!

hari pertama aku sampai kat kampung,
adik2 aku paksa aku drive all da way ke alamanda.

fyi, aku ni adalah pemandu professional ok.
maksudnya aku tak memandu diluar kawasan keja aku..
hik hik hik..


adalah sgt mencabar utk drive di tempat yg asing gitu..
kalo nak ikutkan kampung aku ke putrajaya tak sampai 10 minit pun.
tapi aku drive ambik masa 30 minit ok..
punya la payah nak g alamanda.


adik aku yg bongsu belajar kat kolej mara banting.
so dia pernah la g alamanda.
ada ke patut,
dia soh aku g ikut belakang bas yg nak g alamanda.


weiiiiii
apa ke giler.. kalo seratus bus stop
bas tu berenti,
ada gamaknya aku pun berhenti seratus tempat persinggahan.


akhirnya kitaorg buat keputusan,
ikut signboard.


nak pegi memang la senang,
sudahnya nak balik......
haru biru dibuatnya.


bukan aku tau pun persint berapa nak kuar kat tempat tadi,
sbb tadi ,masa dtg,
adik aku kata kita guna shortcut.
hmmmmmmmphhh!!


tak puas hati aku masa shopping ari tu.
sentiasa berpikir jln nak balik. sudahnya, aku paksa semua adik aku balik semula kepangkal jalan..


hik hik hik..

motif: kena cari jln pulang sblm malam.



on da way ke alamanda. ni jln kat kampung aku.. wah sukanya aku ada kampung walaupun jarang2 balik kampung...




cantikkan....almaklumlah 1st time dtg sini.. kagum betul.ni pun tak abis berjalan keliling alamanda..


owh yer,
ari tu sempat beli sepasang baju ajer.
sbb aku x bawak byk baju yg ala2 kasual ari tu.
almaklumlah, g rumah org kawen.
oleh sbb nak terus g kl,
harus aku capai sepasang 2 baju.
tapi sudahnya,
sepasang ajer yg sempat aku beli..

kalo u'ols noticed, kat atas dahi aku tu, sudah berkedut mcm nenek umor 90 tahun. geramnya... sbb tu gambar ni terpaksa di edit. ni semua angkara kulit aku yg mengelupas teruk bila kepanasan.

owh yer, baju kat atas tu la yang sempat aku beli. tu pun ambik gambo kat fitting room..ke ke ke

sepanjang berada kat kl, aku tak de la berjalan ke mana pun.

cuma kuar ke sunway lagoon on da 1st day. pastu last day, g jenjalan kat jln bonus..

mcm biasa la, jln bonus ni memang wajib aku g setiap kali ke kl..

apa lagi, beli la kain2 buat baju keja.. ke ke ke..

lagi pun, spanjang berada kat kl,

adoiii

aku disogok dengan satu program reality tv dr korea.memang aku jadi kemarukkkk ngannya.

even sampai skrg ni, aku still download lagi program reality tv ni.

u'ols yg memang sukakan korean movies ker, drama ker, lagu2 ker, should watch this programme...

mintak maaf zahir dan batin ekk...

sbnarnya, aku nak postkan sikit video reality tv tu,

tapi mcm dah lupa pulak camana.

almaklumlah.. dah berkurun lama tak menghupdate blog!!

masa ni, kulit muka ala2 ok,

sbb belum kuar dr keta utk menggelilingi jalan bonus..

jadi, nampak la kulit muka mcm licin giler...

tapi, bila dah terdedah kat cahaya matahari,

hadoiiiiya....

mcm gambar kat bawah ni!!

mlm akhir kat kl, kami semua kuar ke bangi.

saja teman kawan aku ni, nak ambil barang kat tempat cousin dia.

pastu, kami pun menyinggah makan.

aku pun tak tau ni tempat apa.

yg penting, aku suka sbb ada jus jumbo gitu..

perghhh

kenyang air la mlm tu..

:)


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

12/12/2009


kalau nak ikutkan ramai rakan2 fb wonder,
napa aku nunggu 12/12 ari tu.
macam2 spekulasi yg kuar.


acually aku menghadiri majlis perkahwinan kezen aku.
yg menjadi masalah aku ialah muka ni..


lately, muka aku sgt bermasalah.
bila musim panas, kulit aku akan mengelupas tahap teruk giler.
sampai aku malu sendiri.

tapi bila aku g jumpa doktor,
dia cuma kata kulit aku ni sensitif ajer.
oleh sbb kulit muka yg agak haru ni,
aku jadi mem besar ajer la ari tu.
langsung tak buat apa2 keja. (hinanya aku!!)

gambar yg paling atas tu, pada hari majlis berlangsung..

sebenarnya muka tu ala2 bengkak!!

tapi sure punya korg tak perasan sbb muka aku memang dah sedia kalanya besar.

tapi tak kisah, aku nak bagi tau gak.muka aku masa tu berada di tahap kritikal!!




ni pun masa muka aku ngah tahap kehinaan ni!!
lagi kehinaan kalo entry ni tak citer pasal pengantin.
ok2.
ni masa hari pertama aku sampai.
sementara menunggu pelamin siap di pasang.
aku jadik mandor ajer ari tu..
ini lah muka mandor yg berpuas hati pada hari tu..
the next day,
acara tukar2 baju(tak ingat la pulak official namenya)
kezen aku tukar 3 baju ajer.
yg last one tu aku tak sempat nak ambik gambo..
kat bawah ni masa mlm berinai.
n masa tu mak aku yg ngah menepung tawar ~mak uda pegantin la katakan~



semasa ngah bersanding kat atas pelamin ni,
pihak pengantin dah buat satu show ala2 tradisional gitu.
tapi aku tak tau la pulak nama bendalah ni.
aku mcm lupa la pulak.
tapi seriously,
ni la first time aku nengok.
n funnynyer,
bila kita org beberapa kerat ajer yg nengok
agak2 jakun sedikit.
org lain nengok jap2 ajer..
ha ha ha ha ha..
memang aku mcm terkagum gak la pada malam tu..
oleh sbb takut derang suruh org pompuan joint,
adalah menjadi satu perkara wajib utk kitaorg angkat kaki dgn segera..
takut!!




gitu la gamaknya
masa hujung minggu aku dihabiskan.
tak de la best sgt.
tapi yg bestnya
masa kenduri tu,
ala kampung2 style gitu.
tu yg mahal tu.
semua sedara mara sibuk tolong kat khemah belakang rumah.
n patutnya, ari tu aku bergumbira2 ngan semua sepupu sepapat,
tapi terbalik bila makcik2 aku pulak dok keliling berborak ngan aku..
ha ha ha ha..
adakah maksudnya,
saya sudah setua mereka??
owh tidak!!


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER