macau - hong kong day 1

hai semua..
alhamdullilah.. dah nak dekat seminggu dah sampai di malaysia 
selepas 10 hari berkelana di negara orang.
banyak benda yang me nak kongsikan dengan uols.
harap info-info ni berguna la untuk yg merancang ke sana nanti..

masa mengetik butang beli tix ke hong kong ni..
main taram jer..
sudahnya lepas membeli tix baru terfikir..
apa nak buat selama 10 hari kat sana???
almaklumlah.. Hong Kong tak ada banyak sgt tempat bersejarah yg nak dok kaji lelama kannn..
harus rombak plan untuk ke macau sekali.

tix pulak beli pada awal tahun dengan harga RM400++
which is mahal sebenarnya..
tapi bedalkan ajer la.

bertolak masuk ke dalam perut kapal terbang dalam pukul 4 lebih..
nasib siap-siap dah order makanan..
ni bukan promo ok.. ni kenyataan..
nasi briyani dia sgt sedapppppppppp!!!
so sampai kat chek lap kok airport (HK international airport) dalam pukul 8.25pm.
haruslah kitorang berdua berlari sakan untuk mengejarkan ferry nak ke macau malam tu. 
sebabnya last ferry dari airport pukul 10pm.
dah la punya payah nak jumpa info pasal skypier ni.
mostly info-info pasal macau semuanya untuk sehari.
so kali ni me main redah jer.

Airasia memang akan landed kat terminal 2.
manakala skypier punya kaunter kat terminal 1
korang bayangkan la macam mana kitorang berlari tak cukup tanah..
padahal tak de la jauh mana pun..
sebab kedua-dua terminal tu dihubungkan dengan automated people mover.
1)keluar jer dari perut kapal terbang.. terus nengok signage "ferries to mainland/macau"
-korang lari pecut ok! total masa berlari disamping nak mengelak-ngelak manusia yg jalan terhegeh-hegeh kat depan uols tu ada la dlm 10 minit.
2) korang akan nampak screen kaler hijau ni..
-once korang nampak.. dah bule tarik nafas lega..
3) di sini la korang kena beli tix ferry.
-rasanya perjalanan waktu malam agak kurang bilangan bersesak-sesak membeli tix..
4)ferry tix reader
- dah siap beli tix korang boleh check luggage korang dah di angkut masuk ke dlm ferry ke belum dgn cara scan barcode yg ada pada tix ferry tersebut.

macam kitaorang ari tu.. pukul 9.00pm dah settle beli tix bagai. dok la kat tepi tix reader tu asyik scan jer nak nengok luggage dah selamat masuk ferry ke belum. FYI, korang tak perlu nak angkut luggage korang drp flight angkut naik ferry. semuanya dorang yg settlekan. senang kan. sbb tu la me sanggup g humban semua luggage kat dlm perut kapal terbang. but knowing AA, habis calar balar beg-beg tu semua..

once tix reader tu dah inform luggage kitaorang selamat masuk dlm ferry baru kitaorang bergerak ke tepi kaunter tix untuk beratur naik automated people mover(train) ke pier.
seingat me la kan.. ada lah 2 kali turun naik escalator yang tinggi dgn naik APM tu.

turbojet ni sgt la bersih & besar.
seat pun lebih luas dan selesa daripada AA.
mungkin waktu malam kot, sebab tu tak berapa ramai orang.
 ni pun kitaorg naik kelas ekonomi jer..
perjalanan dlm 45 minit- sejam.
agak-agak haus & lapar dorang memang ada jual air.
jgn lupa isi arrival card yer...

i tell uuuuu..
view macau bridge dari dalam ferry adalah sgt superb!!!
seriyes tak tipu ok!!!
tapi sedeh.. tak dapat nak snap apa pun, sbb tak jumpa kat mana camera.
ayayayyyayyayaya...

keluar dari ferry dah pukul 11 lebih, 
mak datuk sejukss..
me dah la pakai jacket nipis yg hamat...
ni semua salahkan sorang kawan tu..
dia kata tak sejuk mana pun macau.. fefilin kat dalam aircond jek.
tipuuusss!!
kalau me ni memang kgdotcom kannn.. harus la sejuk sampai ke tulang kering.

immigration counter tak banyak bukak..
ada lah dalam 4 kaunter je yg bukak.
sekali tetiba satu kaunter yg akhir tu, abang imigresen hensem ok!!
terus kitorang berdua berdoa dapat ke kaunter tu..
kekkekekekeke..
dasarkannnn..
akhirnyaaa...
me ok dapat kat kaunter abang hensem!
har har har har..
terus jatuh chenta ngan macau..
#eh?#

kuar jer dari sana,
terus nak claim baggage..
orang dah mula ramai..
me pun tak tau dari mana datang manusia ni..
sbbnya tadi masa naik ferry tak berapa ramai pun..
sekali 3 troli besar keluar dgn beg-beg kami..
nak tau......
di legonya beg-beg kitaorang kat atas lantai..
lawak ok!
nasib baik beg me paling atas sekali..
tak sempat dia nak lego atas lantai, 
me dah sambar dulu.

keluar dari sana, kitorang berdua decide nak naik free shuttle bus yg di sediakan oleh casino-casino kat sana.
almaklumlah.. dah org bagi free harus la grab kan.. 

nanti sebelum kuar dari terminal maritime tu,
uols akan nampak banyak signage nak naik teksi ker, bas ker, atau nak naik free shuttle bus tu.

ikut signage free shuttle bus tu, 
korang akan gunakan subway kat luar ferry terminal tu untuk ke seberang jalan.
kat situ berlambak ok bas-bas free yg akan membawa uols ke casino.
harap maklum.. kitorang bukannya nak g casino tu..
tapi nak menumpang bas jek ke hostel kitaorang.

knowing macau ni semua orang pun kaya-raya,
wajib ok semua hotel mahal.
puas la me google sana sini hostel yg murah-murah.
nan hado!
sedeh mak rasa time tu.

nasib terbaca satu blog indonesian ni.
so apa lagi, me pun email la dia tanya itu ini..
akhirnya..............
  NEW NAM PAN HOTELyang menjadi pilihan.
rate untuk single bedroom ensuite HKD300.
kan dah namanya mula-mula nak travel sengsorang,
me email la hotel ni untuk single bedroom
sekali last minute, ada member nak ikut kannn..
me email balik hotel ni nak upgrade bilik..
so dlm email tu dia bagi tau yg bilik me book awal-awal tu memang boleh memuatkan 2 orang. 
so me pun ok jer la...

sekaliiiii..
hambik ko!!

bayangkan la... kalau dua orang yg gemssss nak tido katil single ni???

nak mintak tukar bilik lain, apek tu tak reti pulak english. adoiiiyaa..
bertabah la kitaorang ngan tilam serupa papan tu.

dan berdasarkan daripada kajian kitaorang malam tu..
bilik ni sebenarnya mungkin bilik air dan diubahsuai.. sbbnya di belakang kain-kain tu.. kitaorang punya toilet bowl ngan shower. apakah ensuite la sgt kan?????
so andai kata korang nak stay kat sini,
dan dalam email tu dorang bagitau akan gunakan mesin basuh yang ada dlm bilik,
better korang mintak bilik lain.
bilik memang la lengkap uols...
washing machine ada, microwave ada , heater(ni me rasa untuk satu bangunan punya) pun ada..


so untuk sampai ke sini senang kacang goreng jek.. (malam pertama sesat barat ok!)
naik shuttle bus grand lisboa.
bas akan turunkan uols kat basement grand lisboa.
masuk pintu casino tu (casino kat basement, hotel kat 1st floor)
ke kiri, ada escalator naik atas.
naik escalator tu, terus ke kiri, ada pintu keluar dari grand lisboa.
so sekarang uols membelakangkan grand lisboa...
ke kanan menuju ke simpang empat (main road),
uols akan nampak hotel sintra kat belah kiri uols (seberang jalan) 
so uols ke kanan menyusuri jalan utama sampai jumpa sekali lagi simpang empat.
untuk simpang empat yg ke dua ni, uols belok ke kanan.
better kalau uols lintas dulu sbbnya hotel ni terletak kat seberang jalan tu.
berdepan dengan hotel tu ada mini mart..
dlm email, org tu bagi tau nama mini mart tu OK. tapi sebenarnya nama dia Circle K.
grrrr....

or....
korang bole jugak ke arah kiri dari grand lisboa...
susur jalan tersebut sampai jumpa cartier butik ( nasib korang la kalau tetiba butik tu dah berpindah)..
seberang jalan untuk belok ke kiri.
hotel tu dalam beberapa langkah jer dari situ.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

inilah nasibku...

by the time, post ni keluar,
me ngah kematu hampir jadi orang batu menunggu flite utk bercuti..
hoyeh!! cuti lagi!!
kira penutup cuti 2012 la hendaknya..
doakan me selamat sampai selamat balik la yer..
aminnnn..
 
berbalik cerita utk plan bercuti kali ni,
tix dah beli awal tahun ari tu..
almaklumlah plan asal nak ke aussie,
sekali nak buat visa adalah super femalas,
pastu plan nak ke new zealand pulak..
plan punya plan..
sekali hambik ko bila tix kapal terbang sama dgn harga ke istanbul (MAS)
sekali lagi kensel! (gini la hidup org makan gaji)
so fikir punya fikir punya kaji punya check duit tabungan..
ke hong kong la kitew..
so bila membeli tix tu jenis tamak haloba kan..
terus ambik utk seploh hari..
dah membeli..tak reti pulak nak buat itinerary sebab HK boleh abis tour 2 atau 3 hari jer..
abis baki 7 /8 hari tu nak buat hapa??
sekali lagi stress..
 
tanya sana tanya sini..
 bermalam la 2 malam kat macau..
kalau berjudi mau kaya raya hakak balik mesia nanti..
kekkekee
 
sekali selang sebulan dua partner tarik diri pulak drp trip ni..
sekali lagi stress..
eii marahnya waktu tu tak tau la nak cakap camana.....
tapi dek masa masih panjang..
me lupakan ajer amarah tu..
 
bila baca blog org lain..
ramai jer balik dengan selamat bila backpack sengsorang kat sana..
so sedikit sebanyak terhapuslah amarah tu tadi..
pastu malas ambik tau pasal trip ni.. langsung tak sentuh apa pun sampai la bulan oktober aritu..
buat la sikit2 study mana yg patut..
 
tetiba sehari sebelum bercuti sekolah aritu..
dua org kawan tu nak ikut.
pucuk dicita ulam mendatang gitu gamaknya..
terus beli tix...AA tengah buat promo pula tu..
dapat la dorang rega murah sama mcm me dapat dulu..
sekali lagi kena rombak itinerary yg separa siap ari tu..
memandangkan me ni jenis cepat bosan..
haruslah tido jer lebih drp buat itinerary tu..
tapi gagahkan la jugak merombak apa yg perlu.
 
 
so kesimpulan daripada apa yg me membebel panjang lebar kat atas tu ialah..
amarah ni kerja syaitoonn..
banyak bersabar..insyallah reda la amarah tu..
tertutup satu pintu bahagia... terbuka 10 lagi pintu bahagia..
simple kan??

ok lah nak g try buat doyan crepes versi dapur kayu..adios..
*eh buat doyan crepes kat LCCT?? kekekkee ni namanya autopublish*

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

~SUDAH JATUH TERPIJAK TANGGA~ #EH?#


SEMUA ORANG BUAT ENTRY PASAL TRAVEL LA, PLAN NAK TRAVEL LA, MAKAN LA, SHOPPING ITU SHOPPING INI LA..
HAKAK???? 
TIME NI LA JATUH TANGGA! BENCISSS..
DAH LA ARI NI PATUTNYA EXPLORE LEGOLAND. 
 DEK JALAN PUN TERDENGKUT-DENGKUT
MAKA TERBAKAR JADI ABU LA TIKET LEGOLAND TU..

PAGI TADI PERGI KLINIK...
 DOKTOR KATA TAK DE PATAH RIUKNYA..
MUNGKIN KENA DAGING JEK(ada nada mengejek doktor ni)
TERPAKSA BERTABAH..
ISHHH..

PASTU HAKAK TERUS MINTAK SUNTIKAN FLU UNTUK TRAVEL AKAN DATANG
VAKSIN FLU TAK ADA STOK LA PULAK..
SEKALI LAGI STRESSSSS..
SO KHAMIS NI DOKTOR SURUH DATANG UNTUK  AMBIL VAKSIN FLU TU..

AISHH.. 
DAH LA PARKING KETA SUSAH KAT SANA..
BERTABAH LA HAKAK NANTI..


~SEKIAN LAPORAN DRP HAKAK YANG STRESS~



aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

~istanbul aku datang~

biarpun hampir setahun ke istanbul
baru la hari ni berkesempatan nak berkongsi segala perbelanjaan sepanjang 10 hari di bumi istanbul lewat tahun lalu.
*kekdahnya entry ni nak ambil mood filem ISTANBUL AKU DATANG gitooo*

kalau dah namanya setahun yg lalu,
haruslah banyak yg terlupa daripada yg ingat.
tapi belasah jer la kan..
janji mudah nak buat rujukan kemudian hari..

walaupun bukan utk rujukan orang lain..
tapi lebih kepada rujukan sendiri kekdahnya..
*ada nada meripit disitu*

berdasarkan tahun lepas, nilai matawang Lira(TL) lebih kurang : 1TL=RM2

Air Tix (MAS direct flight-10 jam aiyoo..kematu serba serbi) ---> RM2958.00

tips & tricks:
------tix berjaya dibeli semasa promotion pada awal tahun*kekdahnya tak perlu nak berebut-rebut mcm AA* TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII lagi sebulan nak bertolak, harga tix jadi RM2500. Dan harga tetap sama sehinggalah hari nak bertolak. Hampagas disitu!!

------Flight mesti akan delay sehingga 2 jam.
------banyakkkkkkkkkkkkkkkk seat kosong. sapa cepat masuk dalam perut kapal terbang..merasalah tido nyenyak.

Day 1 (Lokasi:Sultanahmed,Taksim Square)
Reload Akbil --------------------------------------------------> 20TL
Breakfast di Sultanahmed-------------------------------------->12.7TL
Istanbul Map --------------------------------------------------->5TL
Shopping di Arasta Bazaar(decorative plates, t-shirt dll)---------->300TL
jagung & kekacang----------------------------------------------->20TL
shopping di taksim square----------------------------------------->53TL
Fridge magnet di kaki lima sultanahmed---------------------------->33TL

tips & tricks:
------Akbil ni mcm touch & go cuma dia berbentuk mcm keychain. boleh beli akbil di airport, taksim, sultanahmed. harga tak tau, sebab saya pinjam kawan punya. kekekeke
------Akbil ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam, seperti funikuler, feri, bas, tram, metro dll. harga tetap sama walau sejauh mana iaitu 1.75TL.
-----Jumlah yg saya reload untuk akbil ni adalah untuk kegunaan kami bertiga. kami share 1 akbil untuk 3 orang.
-----harga makanan dalam entry ni berdasarkan untuk 3 orang makan. kecuali mekdi &KFC.rata-rata harga makanan di sini adalah tersangat mahal.
-----Mungkin harga shopping di dalam entry ni agak melampau.. tapi harus ingat!! saya cuma membelikan barang-barang yang dipesan oleh keluarga dan sahabat terdekat. kalau nak harap saya yg berbelanja sorang..tak de maknanya nak melaburkan duit yang sebegitu banyak.
-----Sila tawar separuh daripada harga yang di beri. sbb masa day 1,  sehelai t-shirt yang saya beli mencecah 25TL. sedangkan hari terakhir saya datang semula ke tempat yang sama, membeli t-shirt yang sama, harga menjadi 15TL.*cuma jurujual jer yang berbeza*  Ces!!
----- saya menetap di rumah kawan area bomonti, sisli. jadinya, harga penginapan adalah diluar bidang pengetahuan saya.kerkekekkekeke
budak ni saya tak beli di istanbul..cuma t-shirt ni yang saya beli di istanbul.

Day 2 (Lokasi:Sultanahmed)
Aya Sophia---------------------------------------------------->20TL
Shopping----------------------------------------------------->25TL
HOHO Bus--------------------------------------------------->35TL
Basilican Cistern--------------------------------------------->10TL
Reload Akbil ----------------------------------------------->20TL

tips & tricks:
-------perlu datang awal ke aya sophia. sbbnya akan beratur panjang!!! tapi alhamdullilah waktu kami sampai tu, tak de org langsung. kalau tak silap, di sini tak boleh bawa tripod. kita akan di scan sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.
------oleh sebab off-season, HOHO bus tu saya bayar untuk harga sehari, tapi boleh naik utk 2 hari. alhamdullilah.










frame ni saya beli di laluan pejalan kaki di hadapan aya sophia: 25TL untuk saiz paling besar

Day3(Lokasi:Golden Horn, Eminonu)
Teksi ke Taksim------------------------------------------------>10TL
Brunch di Pierre Lotti ------------------------------------------->7TL
Boat ke miniartuk----------------------------------------------->15TL
Miniartuk------------------------------------------------------->10TL
Shopping di miniartuk------------------------------------------->28TL
Balik Ekmik ---------------------------------------------------->8.7TL
Shopping di spice bazaar----------------------------------------->28TL
Teksi ke ortakoy------------------------------------------------->12TL
Teksi ke Bomonti------------------------------------------------->16TL
mineral water----------------------------------------------------->2.5TL

tips & tricks:
--------sesiapa nak ke pierre lotti ni kena datang awal. walaupun di kawasan perkuburan, tapi manusia punya la ramai minum apple tea sambil menikmati pemandangan golden horn.
-------terdapat ferry untuk menyeberangi golden horn (1.75TL). tapi kami lewat sampai dan terpaksa menunggu 1/2 jam lagi. jadi kami naik bot persendirian di tepi ferry terminal tu. nyawa memang macam di hujung tanduk.
-------keychain dan fridge magnet paling murah saya pernah jumpa di istanbul hanya di miniaturk =1TL.
-------wajib makan balik ekmek(burger ikan) di eminonu. Sedap!!
-------syurga membeli belah turkish delight, apple tea, rempah ratus di spice bazaar. saya rekemen beli barang-barang tersebut utk souvenir rakan-rakan di malaysia.

fridge magnet & keychain paling murah yang saya beli iaitu 1TL utk setiap satu di miniartuk


Day 4 (Lokasi:Princes' Island-Buyukada, ortakoy)
ferry ke Buyukada (return) ------------------------------------->10TL
breakfast ------------------------------------------------------>14.5TL
Kereta Kuda------------------------------------------------------>70TL
Lunch------------------------------------------------------------->15TL
Shopping di buyukada--------------------------------------------->45TL
waffle-------------------------------------------------------------->10TL
Kumpil------------------------------------------------------------->10TL
Shopping di ortakoy------------------------------------------------>20TL

tips & tricks:
------banyak boat/ferry ke princes' island di stesen kabatas. pergi ke buyukada iaitu pulau paling besar di dalam kepulauan princes'.
------harga kereta kuda itu adalah untuk sebuah. akan buat satu pusingan penuh buyukada. owh yer, sini tak de kenderaan bermoto yer. harap maklum.
-----sila makan waffle & kumpil di ortakoy pada waktu malam! sangat happening di tepi selat bosphorus sambil melihat 1st bridge/bosphorus bridge/jambatan gantung yang panjang.
----pasar malam/pasar pagi(hari minggu) di ortakoy sgt happening. nak dapatkan barang-barang handmade, silalah datang ke sini!!!

sempat membeli mangkuk bekas gula yang diperbuat daripada pewter dan dihiasi dengan batu delima untuk bonda terchenta.

Day 5 (Bosphorus tour)
Brunch------------------------------------------------------------>15TL
Bosphorus tour---------------------------------------------------->10TL
Teksi ke Bomonti ------------------------------------------------->12TL

tips & tricks:
------boleh buat satu round penuh untuk bosphorus tour ni. tapi kami naik ferry yang membuat separuh tour sahaja iaitu sehingga jambatan bosphorus.
------boleh lihat pemandangan istanbul yang cantik pada waktu malam.

Day 6 (Lokasi: Asian side)
Teksi dari Bomonti-------------------------------------------->12TL
Tix bas ke Denizli --------------------------------------------->55TL
B'fast di Taksim Square ----------------------------------------->14TL
Shopping di kadikoy(Asian side) -------------------------------->149TL
Shopping di Grand Bazaar ---------------------------------------->100TL
Makan di Taksim Square ---------------------------------------->14.5TL
Shopping di Taksim Square ---------------------------------------->68TL
Teksi ke Bomonti -------------------------------------------------->8TL

tips & tricks:
------boleh beli tiket bas ke Denizli (kawasan luar istanbul) di taksim square. untuk perjalanan pergi, saya naik syarikat bas yang terkenal iaitu kamil koc. 
-----bas berwifi dan diberi kudapan sepanjang perjalanan. persis mcm dalam kapal terbang!!
----- terdapat 2 ferry terminal untuk ke asian side. Untuk yang belum tahu, istanbul ni adalah tempat pertembungan 2 benua. benua asia dan benua eropah.  boleh pilih sama ada nak turun di kadikoy atau uskudar. 
------untuk plus size, boleh la membeli baju di sini.. byk butik untuk plus size di asian side.
------WAJIB naik heritage tram di asian side & juga di european side (taksim square)
------untuk menguji tahap kesabaran masing-masing di sarankan.... makan aiskrim di istanbul. kalau tak terdetik perasaan marah, tahniah..anda seorang yang sabar..*clap..clap*

Day 7 (Lokasi: sultanahmed)
Teksi ke Kabatas --------------------------------------------->12TL
B'fast di sultanahmed----------------------------------------->15,9TL
Muzium arkeologi --------------------------------------------->10TL
sewa peralatan mendengar -------------------------------------->10TL
Jeton (kabatas-sultanahmed-kabatas-taksim)---------------------->6TL
Dolmabache palace --------------------------------------------->40TL
KFC ------------------------------------------------------------->14TL

tips & tricks:
------semua palace & tempat fofular seperti, aya sophia, topkapi, dolmabahce palace ada hari akan ditutup untuk lawatan. sila prihatin!
------Jeton adalah salah satu token yang digunakan untuk naik tren. tapi harga dia mahal sikit daripada akbil iaitu, 2TL. naik tren, harganya ialah 1.75TL, tapi bila guna jeton, kira burn jek la baki tu.
------di Dolmabahce palace ada jadual berperingkat untuk english tour. tak boleh ambil gambar dalam palace. dan palace tu SANGATTTTTTTTTTTTTTT cantik!.tak boleh tour sendiri di dalam palace ni.. :(
------boleh berjalan kaki daripada stesen kabatas ke palace ni.


Day 8 (Lokasi: Denizli)
tiket bas ke Selcuk ----------------------------------------------->20TL
Dolmus ke pamukkale(return) ------------------------------------->6TL
Pamukkale -------------------------------------------------------->20TL
Muzium arkeologi -------------------------------------------------->3TL
Teksi turun dari pamukkale ---------------------------------------->20TL
Lunch  di pamukkale----------------------------------------------->23TL
Second lunch di Denizli Otogar ------------------------------------>11TL
Teksi ke pension di selcuk ---------------------------------------->7.5TL
package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul --------------------->180TL

tips & tricks:
-------dolmus (van kecil) ,  otogar (stesen bas)
-------banyak pension di sekitar pamukkale.
-------dolmush sangat banyak untuk ke pamukkale dari denizli otogar.
-------untuk bas ke selcuk, saya try syarikat bas pamukkale.
-------ada 2 pintu utama di pamukkale. kalau mendaki travertines dulu, sila jgn keluar daripada pintu masuk sebelah atas travertines tu..... sbbnya kena naik teksi untuk turun ke bawah.almaklumlah, tiket tu per entry. ces!!
-------terdapat pejabat pos di pintu masuk atas bukit tu. yang ni saya terlupa nak pos postcard sebagai kenang-kenangan. sesapa yg ke sana, bole tolong post kan postcard utk saya tak? kekekeke
------di selcuk, ada BANYAK pension.. saya bayar untuk 2 malam. sebab hari kedua tu, bas saya bertolak ke istanbul jam 10mlm.
-----harga package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul(beli di denizli) tu agak mahal sebenarnya. disebabkan beberapa faktor, saya beli jer. 
------lebih elok beli tiket dari selcuk untuk perjalanan malam. sbb nanti akan sampai istanbul jam 7 pagi. jimat masa di situ.

Day 9 (Lokasi :Selcuk)
mineral water ----------------------------------------------------->2TL
Dinner ----------------------------------------------------------->5TL
Pension (2 nites) ----------------------------------------------->140TL

tips & tricks:
------semua entrance fee(ephesus, virgin mary's house, dll)  dibayar oleh travel agen. termasuklah makan tengah hari. 
------ambil peluang untuk membeli buku tentang tempat yang kita lawati daripada penjual yang bersepah-sepah di kawasan tersebut. nanti akan diberi macam-macam free gift sehinggalah bersetuju untuk membelinya. tak rugiii..
-----kalau dah namanya ikut tour cenggini, sudah semestinya akan dibawa melawat tempat yang boleh menguntungkan mereka. sah-sah la turkey terkenal dengan permaidani dan barangan kulit. moh la kita ke sana.


Day 10 (Lokasi: istanbul)
B'fast Mc D------------------------------------------------------------->14TL
Jeton ---------------------------------------------------------------------->6TL
Galata Tower ------------------------------------------------------------->7TL
shopping di galata tower ------------------------------------------------->10TL
Topkapi palace ---------------------------------------------------------->20TL
Lunch ------------------------------------------------------------------->90TL
Turkish delights ---------------------------------------------------------->40TL
Shopping di arasta bazaar -------------------------------------------->200TL
teksi ke bomonti --------------------------------------------------------->12TL

tips & tricks:
-----ada free shuttle bus dari terminal bas ke blue mosque / sultanahmed seawal 7 pagi.
-----masa yang paling seswai untuk bergambar di hadapan blue mosque adalah pada waktu pagi!!! takat pukul 7 pagi, memang kurang bilangan pengunjung.
-----dari taksim square boleh berjalan kaki ke galata tower. sila datang waktu pagi, sbbnya, tower tu kecil jer.nak naik pun kena ikut turn.
-----dari galata tower boleh berjalan kaki menyeberangi eminonu bridge. tengok pakcik-pakcik memancing ikan, memang best. mereka tak lokek untuk memberikan kita pengalaman memancing. sila cuba!
------topkapi palace, perlu melepasi scanner. sama macam dolmabahce palace, tak boleh ambil gambar di dalam bangunan tersebut. dan yang paling penting!!!! tolong datang pada waktu pagi, sbb beratur adalah super panjang!
------wajib beli turkish delight di sepanjang sultanahmed. kalau yg kaki mengambil gambar.. sure akan dok kat tepi cermin, mengambil gambar, deretan turkish delight yang berwarna-warni itu.

satu-satunya yang saya jumpa di galata tower. 10TL ~sangat direkemen~


Day 11 (Lokasi:Ataturk Airport)
Teksi ke airport dari bomonti --------------------------------------->50TL

tips & tricks:
-------sila berada di airport lebih awal.
-------barisan di immigration adalah sgt panjang!!!!!
-------balai pelepasan adalah sgt jauh!
-------tukar siap-siap turkish lira sebelum pulang ke malaysia.
-------macam biasa, tak payah la nak ber'boots' bagai ek. menyusahkan ajer bila kena buka boots itoo.. nak-nak kalau dah last call. mau terkencing rasanya ketakutan.


*sekian laporan daripada pesaing lisa surihani untuk  istanbul aku datang.. *clap..clap..*


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

~kitew memang femalas~

holla peeps..
ni kira entry terlewat gitoo..
cerita raya yang masih berbaki..
-*-*-*-*-*-*-*-
cuti raya bebaru ni..
org lain sibuk lapah daging korban......kitew org pun sibuk gak
tapi sibuk bercamping..
camping pun tak jauh..kat kawasan tepi rumah jek. kekkekekekeke

tak kira la dalam rumah ker luar rumah ker..
janji dapat bergurau senda dgn bff dah memadai....

petang tu, sampai rumah besties pun dah agak lewat.
dek tak cukup ruang nak park keta depan rumah,
kitew terpaksa ler park keta belakang rumah
dan masuk pun lalu pintu belakang.
sedeh!

masuk jer ruang dapur,
kitew disambut oleh bunga kegemaran kitew..
haruslah suka!
nak-nak bila BFF cakap sanggup minta makcik depan rumah barang setangkai dua untuk kitew..
ada rasa terharu disitu..
sekali nengok atas meja...
perghh banyak giler makanan nak kena perabiskan..
padahal cuma 5 orang jek..
*sengaja ler tu nak suruh kitew makan lebih-lebih*
pastu kitew apa lagi...sibuk la nak bergambar.
padahal berlambak kerja tak settle lagi..
sekali kantoi bila ada org komen dlm fb..
"eh, nak ambik asparagus pun pakai penyepit kew?"
eh siotkan dorang ni.....perasan jek..
kitew adalah super femalas.
kejap-kejap kat dalam ..
kejap-kejap kat luar..
kengkonon nak tolong..
tapi sibuk usung kamera ke hulu ke hilir
hasil gambar...kelaut.
tapi tak pe..
sebab kitew disayangi..
maka mereka memaafkan kitew..
bertabah la wahai BFF.

berbalik citer camping ni..
seriyes la nak bagitau..
rasanya last sekali bercamping zaman jahiliah sekolah rendah dulu
maka.............perasaan mestilah super eksited gitoo.

nak buat bbq ni pun masalah ok!
tak reti nak buat apa ngan arang ni..
camana nak hidupkannya..
confirm kalau terdampar kat pulau sengsorang akan mati kebuluran la jawabnya..

cuba punya cuba akhirnya.......

pastu tetiba api marak..
wei..mengelupur kiteworang tak tau nak buat camana..
nasib besties sempat buang sikit arang tu..

akhirnya...
marilah kitew main bakar-bakar

gambar org femalas kena blur-blur sikit.
kang kena sembur pulak.
tada...
sudah siap..
sekarang mari kitew pasang khemah..
part ni kitew suka..
tapi kitew suke nengok jer la..
sekali lagi kitew jadi femalas..
sekarang sudah penat..
mari kitew makan..
part ni kitew rajin..
borak punya borak..
sekali hambik..
rentung ok!! rentung!!
tapi kitew suka betul itu mashmellow.
seriyes.. bila kena bbq,
lain wooo rasanya..

pastu dah nak dekat pukul 2 pagi...
 sekali lagi kiteworang buat kerja yang tak berapa nak waras sangat...
yer..
mari main tanglung..
tapi sebelum tu..
tulis masing-masing punya wish..
kira tinggi tanglung tu terbang.. mcm tu la tingginya harapan kitorang..
yg ni memang first experience kitew.
excited adalah terlebih..
nak-nak part nak lepaskan tanglung..
seriyes seronok ok!

adegan pertama ----> agak cuak yer sebab tetiba tanglung tu tersangkut kat pokok jiran belakang rumah.
adegan ke-2 ---> bersusah payah tanglung tu melepaskan diri.. akhirnya berjaya juga si tanglung tu terbang ke angkasa..
adegan ke-3 ----> owh mari kita melambai-lambai tanglung yg membawa harapan kami yg menggunung itu terbang ke angkasa..
adegan terakhir---> kami semua agak gusar di situ.. sbb memikirkan dimanakah tanglung itu akan menjunam jatuh nanti..
selesai acara tanglung pun dah nak dekat pukul 4 pagi..
acara penutup..
apa lagi..
bergambar dalam khemah la..
woweee... suka yang hamat la BFF semua termasuk la kitew.
nak dekat pukul 6 pagi baru semua tido. gitoo kan..
pastu.. adoiya..
kitew tido dalam keadaan berpeluh-peluh ok!
almaklumlah..
matahari dah terpacak kat atas khemah.

pastu..
kitew angkat bantal sambung tido dalam rumah.
hahahhaha..
tetiba sedar sebab BFF dah start angkut semua makanan ke dalam rumah..

kengkonon nak b'fast ala omputih gamaknya..
nasib matahari dah tersenyum simpul kat luar tu..
haruslah bersarapan kat dlm rumah mcm orang negara semusim..


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

tik tok tik tok tik tok

serba serbi tak kena..
nak buat itu takut yang ini tertinggal..
nak buat ini takut yang itu pulak tertinggal.

macamana ni??
dah la kurang daripada sebulan..
apa pun tak buat lagi....
yang ada hanya return air tix & hotel utk semalam..
untuk hari yang lain nak tido mana??



makanya.. berserah la pada TAKDIR..




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER