saksi bisu - jogjakarta day 1

hi semua.. sebagai tirai pembukaan tahun 2013,
me pilih negara Asia jer..
iaitu JOGJAKARTA, Indonesia sebagai destinasi percutian

almaklumlah..
konsep travel negara Asia ni.. memang bajet ciput jer pun..
dalam 1K..
paling tak pun, kalau terbabas dalam seratus dua jer..

tix beli dari last year lepas balik dari Seam Reap ari tu..
member dah terover excited nak travel lagi..
memang travel ni akan buat kita ketagih kan??
dah explore satu tempat.. kita mesti nak explore tempat lainkan..

berbekalkan RM400++ kami dapat booked return air tix dan hotel untuk 2 malam tru airasiago.
ini memang kali pertama berurusan dengan airasiago.
so, tak dapat gambaran camana proses tu berlaku..

sehari sebelum bertolak...(kes bz yang hamat..)
nak print boarding pass..
sekali login airasia account..
tak de flight iti kat dalam account tu..
mulalah mengelabah semacam..
ketik punya ketik..
barulah ada flight iti untuk ke Jogja...
bersyukur seketika..
sekali bila nak print boarding pass..mak aiiii...
semua traveller details tunggang terbalik..
update macam nak rak..semua nya error..
tak bole jadi ni..
padahal esok nak terbang dah..

email pihak airasiago...sah-sah la esok baru dorang reply..
terus call.....nasib baik service sgt tiptop..
dorang update kan semua details..
terus print boarding pass..
sekali esok check email..dorang reply bagitau memang tak boleh nak update details.. memang kena call dorang..
bersyukur sekali lagi sebab dah settle segalanya..

flight pun membawa kami berdua terbang ke kota jawa itu..
perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dan kami tiba di jogja jam 5.30ptg.

dek takut kena tipu ngan pemandu taxi kat depan airport,
kami berdua sepakat untuk tahan taxi di pintu keluar.
terus terang me katakan.. 
trip ni memang kami tak study apa-apa pun..
main redah jer..

sampai di pintu keluar airport..
banyak bas awam di situ..
tapi kami tak sure nak naik bas yang mana satu..
so terpaksalah kami naik taxi..
akhirnya kami bersetuju dengan harga IDR75000 = RM25
bila dorang tanya 'mau notanya'
terbangak-bangak la kami berdua tak paham..
rupa-rupanya.."nota" tu maksudnya resit..

macam biasalah.. bila kita berbual dengan orang tempatan.. sure dorang akan offer kita bawak ke sana ke sini..
sebab kitorang berdua sengal..
kitaorang pun ok jer apabila dia nak bawa kami ke "kota gedhe"
"gedhe" bermaksud besar..
kat sini banyak kedai yg menjual perak.
kami sekadar masuk satu kedai dan terus minta supir hantar ke homestay...

kami menginap di Delta Homestay, Jalan Prawirotaman.
dari homestay ni ke airport lebih kurang 20 minit.

secara peribadi ...
homestay ni ok!
dari luar memang tak mengambarkan langsung keunikan homestay ni..
sekali bila masuk ..
ambik ko.. siap ada swimming pool walaupun airnya tak bersih

 selesai check-in kami terus ke jalan malioboro yang femes amos itu...
menggunakan supir yang sama ..kami kena extra charge IDR100,000.
mahal nak mampssssssssssss...
100K tu katanya untuk harga dia tunggu kami kat kota gedhe & hantar kami ke malioboro..
walhal bila kami tanya kat receptionist esoknya.. tambang dari homestay ke jalan malioboro baru IDR25000.
dek kesengalan diri sendiri..
bayarkan ajer la...

malam di jalan malioboro..
sangat happening dengan manusia...
akmaklumlah malam minggu katanya..

agenda pertama kami..
ialah makan lesehan..
ini bermaksud kami perlu makan secara bersila..
sepanjang-panjang jalan malioboro tu memang banyak penjaja lesehan ni..
so kami pilih lesehan pojok.....
 mungkin bagi orang yang tak biasa makan kat tepi jalan akan rasa geli sedikit..
sebabnya .. tempat ni betul-betul kat kaki lima jalan utama..
pastu tempat orang lalu lalang..
me pun macam takut-takut gak ..
bukan sebab tak biasa makan kat kaki lima.. tapi takut tetiba sakit perut.. tak ke naya..
tapi sebab nak rasa cara orang sini makan.....
redahkan ajer la..
 untuk malam tu..
me try nasi bakar..
nasi ni macam nasi lemak sebenarnya..
dan dibakar dengan daun pisang bersama-sama sebiji telur mata lembu dengan ulam-ulam..
so untuk lauk lain.. kami pilih la udang goreng tepung , sup ayam , dan kangkung goreng..
untuk itu..kami berdua bayar sebanyak IDR74,000
mahal la kot untuk kuantiti yang tak seberapa..
last time masa kat bali, try gak la teh sosro ni..
hrmmm tak boleh telan tekak den ni..
tapi ntah apa yg terjadi malam tu..
terus vote teh botol ni sebagai salah satu minuman paling best kat indonesia.....
sambil-sambil makan tu..
memang ramai yang datang kat setiap meja untuk servis macam kat atas ni..
penyanyi jalanan tu pun banyak..
boleh la request dorang lagu apa-apa pun..
tapi kami tak request pun....
suara dorang memang power hokeh!

sejam kemudian kami berdua bershopping di seberang jalan..
ingat yer.. penjaja souvenir ni akan berhenti berniaga jam 10 malam..
sebabnya tempat tu akan disambung dengan lesehan pula.

dek harga yang ditawarkan jutaan rupiah.. kami berdua jadi takut nak membeli..
sekali bila convert.. baru seringgit dua duit kita..
kekkekeke..
paling sedih.. setiap kali nak bayar..
me sure akan bilang jumlah sifar kat duit tu..
berpinar mata nengok sifar yang banyak tu..

istimewanya lagi di sekitar Jalan Malioboro ni....
ada sekumpulan pemuda yang bermain gamelan..
leka gak kami berdua menontonnya..

untuk pulang ke homestay semula..
kami berdua bercadang untuk naik becak (beca)
bayangkanlah kalau me yg gems ni naik..
sah-sah la pengayuh beca tu boleh semput..
nasib la yer pokcik..sebab dia yang offer naik becak.

pokcik offer kami untuk beli sejenis kuih khas dari kota jogja ni iaitu bakpia.
kami pun ok.
dek terlalu banyak pengusaha bakpia di jogja ni,
maka setiap bakpia ni akan diberi nombor.
so malam tu kami dibawa ke kedai bakpia 99.
oh my gucci..
tak sedap ok!!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

teaser ----> saksi bisu .......



~saksi bisu 2013~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau & hong kong wrap - 53 tips & tricks u should know...

1) masa malaysia dan HK sama
2) guna plug 3 pin yang sama ngan malaysia
Hong Kong Airport:
3) airport HK sgt mesra pengguna. seswai nak overnite kat sana - battery kong?? tok sah risau..ada banyakkkkk soket dan kawasan memenuhkan kuasa bateri anda, ada air panas, ada tempat nak berehat, tempat solat
4) tak perlu visa ke macau & HK.
5) bawak la seberapa banyak mana pun paperbag/plastic bag naik kapal terbang. tak jadi masalah.
6) semua pengguna sematpon dapat d/load /copy n scan barcode segala aplikasi tentang HK termasuklah sistem pengangkutan mereka. buat yg tak de sematpon macam saya, memang tak boleh nak cerita banyaklah.. almaklumlah tak tau..
7) rate untuk excess baggage bagi penumpang penerbangan AA ........1kg=HKD190
Macau Terminal Ferry
8) luggage claim kat macau ferry terminal pakai troli jer.
9) kalau sesat kat macau, lebih baik tanya filipino sbb dorang willing to help. & kalau kat HK tanya la indonesian ..... daripada penduduk tetap sana. Mungkin masalah bahasa yg menyebabkan dorang tak begitu nak ramah tamah.
10) kalau nak stay kat macau, JANGAN pergi Jumaat & Sabtu sbb room rates adalah sgt tinggi.
11) sila tukar duit macau (pataca) bila berada di macau, sbb ratenya lebih murah daripada HKD.
12)semua urus niaga di Macau dijalankan dalam MOP. sekiranya bayar pakai HKD, baki tetap dipulangkan dalam MOP. jadi ada kerugian disitu..
The Venetian, Macau
13) kalau naik gondola kat the venetian dengan partner yg lain jantina....., merasalah conquer gondola tu berdua jek. if sama jantina merasalah share ngan org lain. tsk tsk (1 gondola =4 penumpang)
14) better check dulu, pameran apa yang sedang berlangsung di venetian . macam kami yang rasa terkilan sebab tak sempat nak melawat pameran titanic aritu. kesilapan agihan masa sebenarnya disitu..
House of dancing water, City of Dream-Macau
15) beli tix house of dancing water awal. biasanya sebulan sebelum tarikh yang uols dipilih,  baru dibuka talian onlinenya.
cuba riki jugak special offer : tix + hotel.
16) sila la berada awal di C0D untuk menonton house of dancing water, sebabnya, penonton yg datang lewat, hanya dibenarkan masuk semasa pertengahan setiap segmen jer.
Hong Kong China Ferry Terminal
17) sampai kat ferry terminal HK, tak payah la budget diva nak jalan terhegeh-hegeh.. confirm kena beratur panjang masa nak stamp passport.
18) symphony of light cruise tu tak de best mana pun. tak naik pun tak pe.
The Peak
19) naik tram + sky terrace pergi la hari bekerja, kalau tak alamat tumbuh janggut la korang waktu membeli tix .
20) Tix madame tussaud boleh beli online, so korang boleh pergi hujung minggu. tak payah beratur panjang untuk beli tix.
21) kaunter tiket untuk naik tram dan madame tussaud terletak bertentangan sahaja
22) naik tram di the peak, seboleh-bolehnya cari la tempat duduk sebabnya.....curam yg hamat!!!! dah namanya "steepest cable-car system in the world" kannnn...
 kalau  turun pulak and uols tak de tempat duduk, better cari tempat untuk bersandar. unless uols punya tangan memang kuat sebab buat pumpn' setiap hari.
23) dalam tram kena berhati-hati dengan lantai tram yang ntah apa-apa ntah selalu buat orang ramai nak terjatuh.
24) waktu naik peak tram, carilah tempat duduk dibahagian pintu masuk sebab boleh nampak view HK yang cantik.. kalau waktu turun pun sama..
25) jangan hilangkan tiket tram, sebab nak balik guna tiket yang sama untuk di scan.
26) boleh bayar tix tram guna octopus
27) ada bus no 15 betul-betul dekat dengan pintu keluar tram
28) dari the peak lower terminus nak ke MTR central punya la jauh nak menapak.
29) kalau nak ke the peak pada hujung minggu, better beli tix madame tussauds + tram secara online. pastu nanti kat atas the peak baru beli tix untuk naik sky terrace. kalau tak.. alamat berjanggut la beratur untuk beli tram tix.
Disneyland
30) berhati-hati semasa naik slinky dog spin kat toy story land. lantai dia boleh buat orang terjatuh.
31) duduk la kat main street awal-awal untuk nengok fireworks, sebab orang sana jenis tak de malu main menyelit jer kat tengah-tengah dunia dengan stoller baby.
32) bagi yang duduk area depan untuk nengok fireworks, pacak tripod tak boleh lebih tinggi daripada tali yang dipasangkan oleh pihak disneyland.
33) andaikata tak sempat nak beli souvenir disneyland, kat hotel disneyland pun ada jual.Malah kat airport terminal 2 pun ada shoplot yang jual disney souvenir.
34) andaikata uols ada bawak luggage yang besar, ada counter kat luar main entrance disneyland park untuk simpan luggage tu. Kena bayar untuk setiap luggage. tapi tak tau berapa dollar.
35) kalau tak stay kat disney resort dan nak b'fast kat enchanted garden, better call dulu untuk buat reservation, but if uols stay kat disney resort, uols boleh email kat dorang untuk reserved kan tempat. Biasanya pihak management akan email balik uols seminggu sebelum uols stay kat sana, so waktu tu boleh request.
36) Silalah datang awal sebelum restaurant tu bukak. sebabnya, waktu b'fast sangat la singkat. mana nak g ambik makanan lagi.. nak bergambar dengan disney character lagi.
37) kedai souvenir pertama di dalam disneyland park, tak sure namanya.. emporium kot, ada discount 10% untuk semua barang sehingga pukul 11 pagi sahaja.
38) souvenir yang dah dibayar, boleh suruh cashier kat counter tu simpankan. so boleh claim waktu nak balik nanti.
Aqua Luna Junk
39) untuk naik aqua luna junk, kena call 7 hari sebelum tarikh yang kita pilih tu. better naik pukul 5.30 petang punya ride, sebab uols akan nampak HK waktu siang dan malam. dan better juga pilih weekdays.
Octopus Card
40) octopus card adalah cara paling mudah dan murah untuk bayar tambang MTR. Senang nak topup (kat 7E boleh, kat counter MTR pun boleh) dan boleh digunakan untuk bayar barang yang dibeli (tapi tak semua la).
41) setiap kali nak scan octopus card, tak perlu nak keluarkan dari beg. scan ajer dengan beg tersebut.
Hong Kong MTR
42) dalam MTR, jarang kita nampak orang berbual. kalau ada tu pun adat la. sebabnya, semua orang bz. BZ main henpon. almaklumlah, bilangan henpon dorang lebih banyak daripada bilangan penduduk HK sendiri.
43) tak de tandas kat laluan jalan kaki bawah tanah ni yer..so pepandai adjust sendiri..
Ocean Park
44) untuk mengelakkan daripada berasak-asak semasa di OP, sila datang pagi (opening hour-10am) dan elakkan weekends.
45) tour summit (puncak gunung) dulu.. naik cable car.. dah puas hati naik rides kat atas baru turun ke waterfront..(kat waterfront tak de rides yg mencabar yer)
Jumbo Kingdom
46) ada free bot ke jumbo restaurant yang menunggu anda di jeti.
47) Untuk ke bus terminus hanya mengambil masa kurang 5 minit dari jumbo restaurant.
Tai-O fishing village
48) kalau nak tour kat tai-o fishing village, better datang pagi
49) bas mereka sgt puntual, silalah berada di stesen sebelum masa yg ditetapkan. rujuklah website bas yang berkenaan untuk masa perjalanan sebabnya masa perjalanan dari/ke tung chung berbeza.
Ngong Ping Village
50) untuk turun/naik cable car, naiklah crystal cabin, untuk mengelakkan beratur panjang.harganya yang mahal sikit drp standard cabin ini sangat fofuler dikalangan pelancong sahaja.
51) berhati-hati sewaktu berada di kaunter honeymoon dessert , sebabnya bucu kaunter tu tajam. bisa buat baju kita terkoyak. T____T
Symphony of Light
52) untuk mengambil gambar "symphony of light"  dengan lebih cantik...di avenue of star, boleh naik satu pelantar yang terletak di hadapan clock tower.
53) Bila beli barang  kat groceries store..... kena bawak beg sendiri.. beg plastik kena bayar...


Mari Tekan Kalkulator:
untuk trip kali ini.. currency rate lebih kurang HKD100=RM40

air tix -return (luggage + makan) - RM755

Day1:
1) skypier ferry tix ke macau + extra luggage(lebih 1 luggage consider extra) - HK233+ HKD60
2) bilik kat nam pan hotel -HKD 300/nite

Day 2
1) air mineral -MOP5
2) shopping di senado square - MOP490
3) buah cherry - MOP33/setengah kilo
4) koleksi setem - MOP28
5) setem untuk postcard - MOP8 (2 keping)
6) postcard - MOP6 (2 keping)
7) gondola ride di venetian - MOP118 /pax
8) gondola souvenir - MOP588
9) souvenir dari BOUTIQUE DI GONDOLA - MOP343
10) Hardrock souvenir - MOP800
11) venetian sourvenir - MOP100
12) mineral water (house of dancing water) - MOP20/bottle
13)mineral water 7E(senado square) - MOP12
14) bilik kat nam pan hotel (upgrade) - MOP580/nite
15) house of dancing water show (beli online) - MOP480

Day 3
1) souvenir di senado square- MOP500
2)Teksi dari hostel ke ferry terminal(macau) - MOP27
3) tiket turbojet (one way) - HKD160
3) teksi dari ferry terminal HK ke Mirador mansion - HKD31.50
4) GhuoangZhuo Guesthouse (8 hari) - HKD1412
5) Boots-Crocs- HKD559
6) Lane crawford - HKD800
7) air mineral - HKD9
8) octopus card - HKD150
9) Symphony of lights habour cruise-HKD160

Day 4
1) Shopping di Central - HKD1500
2) Tiket tram + sky terrace - HKD69
3) Shopping di peak market - HKD550
4)setem - HKD2.40
5) HRC - HKD1310
6) pacific coffee - HKD69

Day 5
1) disneyland Hotel & 2 days Park tix -HKD3759 ++
1) makan di Tahitian Terrace - HKD100
2) popcorn + watermelon juice - HKD140
3) supper at disney hotel - HKD457

Day 6
1) b'fast at enchanted garden restaurant - HKD305/pax
2) souvenir at Disneyland - HKD1200
3) aqua luna junk ride - HKD190
4) topup octopus - HKD100
5) beli octopus baru - HKD150
6) shopping di citygate - HKD382
7) mineral water - HKD9
8) M&M - HKD15 (M&M almond ni sgt sedap..)

Day 7
1) shopping at stanley market : HKD583
2) rickshaw bus :HKD50
3) madame tussauds tix + tram(online) : HKD 210
4) pacific coffee - HKD69
5) madame tussauds souvenirs - HKD162

Day 8
1) Islamic canteen - HKD230
2) HK 100sky -HKD150
3) souvenir 100sky - HKD118
4) Shopping di ladies street - HKD100
5) China Sim card - HKD55

Day 9
1) Reload Octopus card - HKD100
2) Ocean Park Tix (online) - HKD280
3) Bus tix ke OP (1way) - HKD10.60
4) sotong bakar - HKD25
5) OP souvenir - HKD178
6) taxi to Jumbo Restaurant - HKD20

Day 10
1) sky-land-sea tix - HKD200++
2) ezebener kebab - HKD60
3) honeymoon dessert  - HKD69
4) islamic canteen - HKD200++

Day 11
1) taxi TST - airport -HKD250
2) excess baggage - HKD1900++ (tsk..tsk..)


Apa yang saya suka..
1) untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga HK , terdapat banyak post untuk drop buku-buku yang telah dipinjam di kawasan MTR.
2) LADIES yang paling saya suka ialah di time square dan element shopping mall (berhampiran kowloon MTR). Kedua-dua tempat ini sangat bersih hingga boleh mengalahkan disneyland park.(tapi yang dalam disneyland hotel tu memang terbaik la.)
3) harga barang-barang di sini murah sikit dari negara kita.
4) HK & Macau adalah kawasan bebas anjing. ye.. agak payah nak jumpa anjing tak bertuan di sana. yang ni memang saya tabik spring toing..toing..
5) Sistem pengangkutan awam (MTR) mereka sangatlah terbaik!.Ada disediakan free wifi kat subway. Malah disediakan sekali beberapa pc untuk surf internet di sana.

Apa yang saya tak suka...
1) warga HK yang berjalan terlalu cepat  umpama kita sedang berada dalam pertandingan walkathon...
dek oii..tak sakit kaki ker jalan terkejar-kejar..
2)lambakan makanan halal middle-east.. saya nak rasa makanan orang HK.
3) tak de toilet kat subway. haiyaa.. pesen yang kuat membeser memang makan hati la bila ada kat subway.

semoga semua etry ini dapat membantu kalian semua..

Nota kaki sendiri yang besar gabak ---> semua perbelanjaan shopping tu bukan untuk sendiri punya.. tapi lebih kepada  hadiah ikhlas untuk family dan kengkawan terdekat..so jangan nak ngumpat! 
kenot!! kenot!! tak baik..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

121212 last day in HK

pagi 12.12.12 kami berdua bertolak dari TST pukul 5.30am.
apa yang boleh dikatakan pada pagi tu, 
senang untuk tahan teksi di hadapan Mirador Mansion ni..

perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir 40minit untuk ke airport.
memandangkan kami menggunakan pesawat tambang murah AA,
maka kami terus ke Terminal 2.
tambang teksi yang dikenakan ialah sebanyak HKD250 all-in.
All-in yang me maksudkan ni termasuklah 4 buah beg troli yang terpaksa dimuatkan di bahagian belakang bonet
Setiap beg yang dimasukkan kat dalam bonet memang akan dikenakan bayaran sebanyak HKD5/bag.
nilai HKD250 memang within budget kitorang pun.

sampai di T2, puaslah kami berdua ni menunggu kaunter AA ni dibuka.
sementara tu kami berdua mencari kaunter untuk menyampul beg-beg yang akan kami campakkan dlm kargo nanti.
biasalah.. AA ni ada ganas sikit bila buat kerja.
memang sah calar balar beg kitorang nanti dibuatnya.

sekali pekerja kat sana kata,
plastik dah abis (ke memang tak de..tak ingat la)..
depa guna kotak.

kotak pun kotak la.. janji puas hati..
pekerja kat situ memang baik-baik belaka ..siap rekemenkan kami apa yang patut dan tak patut..
tapi rasanya semua staff kat airport ni memang baik. 
even cleaner dia pun baik.
greet kita bila jumpa.
except yang keja kat kaunter la..
tak berapa nak friendly sangat.

beginilah rupa beg-beg setelah dibalut dengan kotak.
kemas betul kerja dorang ni..
lebih sejam juga kami menunggu kaunter AA dibuka..
sebelum tu, sempat juga kami pergi timbang beg masing-masing
sebab memang akan menjangkakan overweight punya.

dari Malaysia, me memang dah siap-siap purchase 30kg.
member pun dah beli 15kg. 
berdasarkan apa yang dia kena sebelum bertolak ke HK (kes overweight jugak) di LCCT,
kitaorang diminta untuk membayar RM105.
harga tersebut untuk nilai barang antara 1-15kg.
jadi pagi tu, 
kami membuat congak,
paling mahal pun kena bayar kejap lagi lebih kurang cenggitu la reganya..
nasib kami dah siap-siap ketepikan duit semalamnya..

kami menjadi orang pertama yang dok beratur kat kaunter AA pagi tersebut.
memandangkan kami berdua beli flight tix asing-asing..
maka luggage pun tak boleh nak kira sama.

so member pun akur. 
so satu beg dah lepas masuk dah..
kini tinggal 4 lagi beg.
sekali memang seperti yang dijangkakan..
overweight..
so bila staf tu kira jumlah yang kami kena bayar...
HKD1900++
what the chicken??????

time tu kami berdua memang dah pokai..
duit yang kami asingkan untuk luggage cuma HKD500=RM200
seluk punya seluk dalam saku masing-masing..
ada la HKD500 lagi..
so lagi HKD900++ tu mana nak carik??
time tu kami dah buntu..
so..staff tu suruh kitaorang kuarkan barang-barang yang ada kat dalam beg,
dan angkut naik cabin guna plastic bag (mcm plastik beg disney, OP dll)
tapi takkan la kami nak bukak balik beg-beg yang dah siap sedia di wrap dengan kotak tu??
so kami terpaksalah bayar pakai kad..
sekali kad kawan tu decline pulak..
sedeh..
me pun main gamble la swipe sendiri punya..
alhamdullilah.. berjaya..

terus kami berdua bergegas ke gate yang telah ditetapkan..
jauh tak payah nak cakap la kan...
siap turun naik tren lagi..

so sampai kat gate 31 dah berpeluh semacam..
nak minum air kopi pun dah tak de duit time tu..
sedeh betul bila ingatkan hari tersebut...
suka dengan airport depa..
bersih jer..

tetiba member baru teringat tak redeem lagi octopus card.
me memang dah surrender dah..
kaki yang melecet semalam tu.. semakin berdenyut-denyut pulak sakitnya.
so member tu melilau la pergi cari kaunter nak redeem.
sekali hampa..
kaunter tersebut terletak sebelum departure hall.
so tak dapek la kami nak redeem octopus card tu..
sedeh..

akhirnya selepas retime penerbangan pada hari itu..
kami berangkat pulang ke tanah air lebih kurang jam 11 pagi..
tempat duduk best sebab sebelah seat tu kosong (tempat yang sepatutnya berpenghuni)
me lambakkan semua barang kat seat sebelah tu..
bantai la tido sepuasnya..
napa rasa nasi lemak pak nassir ni dah kureng ek??

meh kita lihat apa yang sempat disambar sepanjang 10 hari berkelana di HK & Macau.....

item 1: ni semua beli kat peak market. senang tak payah nak pikir-pikir lagi..
lagi pun dorang terus jual 10 F.M = HKD100.
item 2: deretan barangan estee lauder ni memang me beli sebab murah giler uols.. beli kat lane Crawford
Missha Bb cream pun iols beli kat HK. tak tau la murah ke tidak. sebabnya ni produk koya. belasah jer la. ni beli kat subway ..
minyak wangi escada ni beli kat kowloon. kedai perfume yang murah tu uols.
rantai biru tu beli kat H&M central. rugi rasanya tak beli banyak-banyak. murah giler bebenggg..
T-shirt I L0VE HK ni iols memang beli utk diri sendiri punya jer. beli pun kat stanley market.
bag tag, selipar, pen tu beli kat disneyland. geram bila teringatkan barang-barang kat disneyland!
item 3: macao souvenir...
paling best, replika gondola tu.. limited edition. beli kat boutique Di Gondola - The Venetian
item 4: Disney pen.. super cute uolss... ada tu.. pen pun pakai veil ok!
item 5: duit paling banyak habis dekat gambar-gambar ni..
setiap kali naik ride.. semua pun pulun nak beli.. padahal bukan la lawa mana pun gambar tu..
item 6: secara peribadi.. me suka water globe! haruslah angkut balik malaysia walaupun berat.
item 7: apa lagi kalau bukan mickey....angkut la jugak.. walaupun berat.....
~ok adios~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau - hong kong day 10

bertabah la semua sebab tak habis-habis lagi cerita HK ni..
almaklumlah.. pas ni cuma ada 2 trip jer..
pastu cuti dari berjalan-jalan sehinggalah akhir tahun nanti..
OMG mampukah saya nak menunggu lama giler tak bercuti??
apakah??

hari terakhir di HK dah pun sampai..
kami berdua bertolak agak pagi pada hari tersebut sebagai langkah percubaan agar tidak terlepas kapal terbang pada keesokan harinya..

pagi tersebut.. macam biasa, kami naik MTR dari TST ke Tung Chung melalui Lai King.

kami tiba di Tung Chung dalam jam 9 pagi.
 pagi ini ..kami akan ke Tai-0 yang juga dikenali sebagai "Venice of Hong Kong"
dan untuk trip kali ini...
me pilih untuk naik bas dari stesen bas tung chung ke tai-o dan dari tai-0 naik bas ke ngong ping. dan turun ke tung chung semula naik cable car. 
pening kah???
kekekke

tiket cable car dari tung chung station untuk ke ngong ping boleh dibeli secara online seminggu sebelum bertolak.
memandangkan seminggu sebelum naik cable car ni kami dah berada di HK, maka adalah susah nak membeli tiket secara online.
tambahan pula cable car diberhentikan operasi kira-kira dua hari untuk diselenggarakan (kena sentiasa alert dengan web site dorang)

kami beli terus tix bas, boat di tai-0 dan cable car (one way) dari sebuah counter betul-betul di tingkat bawah bangunan cable car dengan harga HKD200++

dan kalau uols nak jimat sikit, tak payah beli tix tu.
naik jer bas nombor 11 di stesen bas Tung Chung (stesen bas ni betul-betul terletak di laluan escalator cable car) untuk ke tai-0.

dari tung chung untuk ke tai-o dengan bas memakan masa lebih kurang 50minit.
so memang tidolah sepanjang perjalanan.

akhirnya hampir pukul 10pagi, kami tiba di tai-o

di Tai-0 lah kita dapat melihat HK yang dahulu..
walaupun HK ni pesat membangun dan mempunyai banyak bangunan tinggi,
pihak kerajaan tempatan telah memperkenalkan pelancongan berasaskan alam semulajadi seperti di tai-o.
bagi yang kaki trekking, 
bolehlah berjalan kaki kat lantau island ni,
sejauh 14km dari tai-0 ke tung chung.

dari pemerhatian hari tu,
walaupun namanya perkampungan nelayan,
tapi tempat ni tak berbau hanyir langsung pun.
mungkin faktor cuaca yang membezakan tempat kita dengan negara mereka.
melewati kawasan tai-o ni,
kita akan lihat banyak gerai yang menjual hasil laut, sama ada berbentuk kering mahupun basah.
jangan tak tau, kat sini pun ada belacan ok!

daripada apa yg me study dulu,
kita boleh jer beli ikan kat sini, pastu suruh restoran kat sana masak.
pasti yumeh kan??
tapi sebab tak tau halal ke tak.. abaikan ajer..

akhirnya masa untuk kami naik bot melihat pemandangan perkampungan nelayan tersebut dari sudut yang berbeza pun tiba....

ginilah rupa bot yang membawa kami pusing-pusing di perairan tai-o itu.

dari pemerhatian hari tu juga,
kawasan perkampungan ini sama jer dengan negara kita,
kecuali kawasan mereka lebih bersih dan airnya sangat jernih.
memang jelas, di tepi-tepi jeti banyakkkkkk anak ikan berenang-renang.
agak terkilan sebenarnya,
tak explore sepenuhnya tai-o ni sebab kami terkejar-kejar nak ke ngong ping.

selepas naik bot tu,
kami terus menunggu bas di tepi jeti.
bas sangat la menepati masa
jadi harus alert dengan masa bertolak.

bas yang membawa kami ke ngong ping village ni mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
sepanjang perjalanan,
memang cantik pemandangan gunung-ganang.

oleh sebab bas ni mendaki gunung,
jadinya liku-liku jalan tu macam nak naik cameron highland gitu.

tahu tak ---> dekat sini, uols boleh sewa bot untuk g lihat pink dolphin.
pink dolphin hanya boleh di lihat di HK ni jer tau.
menurut company yang tak jadi ari tukannn....
sewa bot kat sini ala-ala haram gitu..
 tapikannn..
 bukannya kita nak bunuh dolphin tu kan??? takat nak nengok jer pun..
kalau ikut company tu kena bayar sebanyak HKD380
tapi kalau sewa bot kat sini baru HKD20

akhirnya sampai pun kami di ngong ping village ni...
ngong ping village ni sebenarnya hanyalah sebuah perkampungan yang dicipta untuk tourist dan merupakan pusat berkumpulnya penganut agama buddha.
so tak banyak yang dapat diceritakan tentang tempat ni.
takat nengok pemandangan jer la..
kat sini ada teater tau.
tapi kami tak sempat nak menonton pun.

memandangkan dah nak tengah hari,
kami singgah sebentar di sebuah restoran halal yang terdapat disini.
kedai tu pun baru nak buka,
so makanan adalah sangat terhad.
kami makan kebab yang mana memang bukan menjadi makanan pilihan kami.
sementara itu..
mata ni memang melilau mencari satu kedai menjual dessert yang memang dinasihatkan untuk cuba.
katanya, kalau lambat.. melepas la nak merasa kesedapan manggo pancake tu.
sekali..
kedai tu betul-betul bertentangan dengan Ebeneezer's tu jer.
walaupun masih kenyang..
kami tetap p pekena dessert tu..
la... rupa-rupanya pancake yang dimaksudkan itu ialah crepes yang orang dok sibuk makan la ni..
memang mabelesssssssss ok!

tapi kat sini..ada cerita sedeh!
baju sejukku hampir terkoyak dek bucu kaunter yang tajam itu!
bencisss.

akhirnya..kami sepakat untuk berjalan-jalan di sekitar ngong ping sebelum bertolak ke wishdom path.
 dari jauh dah boleh nampak statue buddha kat atas bukit.
 tempat mereka menggantungkan impian.

 untuk naik ke tingkat atas,
kena bayar tiket masuk.

ada tak nengok runningman semasa dorang kat HK dulu?
ha... dek reality Tv itulah,
me sanggup ni berjalan jauh semata-mata untuk ke wisdom path ni.
nak berjalan ke wisdom path ni memang la jauh.
ada la dalam 15-20 minit.
lalu kawasan hutan yang sunyi.
tapi sebab semangat yang kental..

hakak teruskan jua..
mungkin sebab kedudukannya yang tinggi,
membuatkan saujana mata memandang.
udara memang sejuk
kiranya berbaloi la menapak jauh tadi.



 kaligrafi yang terukir pada setiap kayu ini mempunyai maksud yang tertentu..
oleh sebab tak paham setiap satu tu..
kami simpulkan ala-ala.. "menuntutlah ilmu hingga ke negeri China"..

kami berada di sini hampir sejam juga untuk menikmati pemandangan serta melihat pengunjung yang menggunakan laluan kembara yang disediakan.

untuk pulang kami guna kupon yang telah dibeli awal tadi.
kami memang sengaja memilih untuk menaiki crystal cabin.
kalau pilih standard cabin,
merasalah beratur panjang.
setiap cabin boleh memuatkan 10 orang.
dan terdapat 112 cabin kesemuanya.
setiap jam, sistem ini boleh mengangkut seramai 3500 orang untuk pergi dan balik.
masa yang diperlukan  untuk perjalanan sehala hampir 30 minit mengikut cuaca dan ini boleh menjimatkan masa selama 40 minit sekiranya menggunakan perkhidmatan bas.

bagi yang gayat,
tak usahlah naik crystal cabin ni..
sebabnya..
kita boleh lihat pemandangan bukan sahaja di tepi tapi di bawah juga.

view kami hari tu,
tak berapa memuaskan hati.
almaklumlah.. berkabus jer.

ntah kenapa gambar ni serupa macam org tak berapa betul.....
ntah apa yang me happy pun tak tahu..
logo merah dibelakang itulah logo MTR

menggunakan tung chung line,
kami terus hingga ke perhentian terakhir iaitu Hong Kong stop...
dari sana kami melintasi office tower dan shopping mall untuk ke ferry terminal.

menggunakan perkhidmatan ferry,
kami terus ke TST.
alangkah malunya kalau pergi ke HK tapi tak melawat avenue of star.
samalah datang Malaysia tapi tak pergi KLCC.

kami menapaklah ke avenue of star yang terletak di ferry terminal itu.
manusia memang la ramai.
kita kena pandai-pandai menyelit untuk bergambar dengan semua statue yang ada.
avenue of star ni sebenarnya adalah tribute kepada penggiat seni mereka.

selain terdapat pelbagai statue,
disana juga terdapat banyak cap tapak tangan malah tanda tangan artis terkenal HK.
kiranya macam walk of fame la gituss..
kami ni mana la kenal ramai sangat retis HK,
so takat ambil gambar mana yang ingat jer la.
lepas bergambar lebih kurang...
kami terus menggunakan subway untuk ke nathan road..
atau lebih tepatnya Kowloon mosque sebabnya..
member tu cakap,
ada sebuah restoran KFC halal yang terletak berhampiran dengan masjid Kowloon tu.
biar betikkkkan..
mak aihhh.
punya la berjalan ke hulu-ke hilir tapi bayang KFC pun tak nampak..
sudahnya ternampak sebuah kedai ni..
nama jer pharmacy,
tapi dia jual perfume ok.
beli satu percuma satu.
tu yang paling tak tahan..

knowing me yang memang suka giler semua escada limited edition,
haruslah membeli sebotol dengan harga HKD780
pastu dapat free satu botol pulak tu.
tak ke namanya happy.
waktu tu memang dah hampir kering duit dalam poket.
nasib baik sempat mintak tolong member tu bank-in kan duit.

waktu ni..
kaki dah mula terasa sakit yang amat.
dengan kepenatan & perut lapar
kami berdua akur akan kegagalan detact dimanakah KFC tu berada..
langsung terus ke wan chai untuk ke Islamic canteen.

sampai jer di islamic canteen, 
dah pukul 8 malam.
terus kami order makanan masing-masing.
tak de nak share makanannya..
sorang sepinggan nasi goreng kami bedal.
nikmatnya ..
ya Allah.. sedapnya..

menu pilihan malam tu ialah nasi goreng.. mak aiii sangat sedap betul la nasi goreng tu.. tambah pula dia dah siap-siap tanggalkan kulit udang..
almaklumlah.. me memang femalas tahap melampau nak buang kulit udang!
dan ikan kerapu sweet sour tu tetap menjadi santapan utama.
member pulak tambah menu ayam yang memang me langsung tak lalu nak jamah.
ni memang pure makanan orang HK, 
sbbnya dia siap letak herba yang sama bau macam kedai xinxei..
bluwekk.

hampir jam 9,
kami beransur pulang dengan perut yang kenyang dan seribu satu kenangan manis..

nota untuk diri sendiri ----> kaki sakit tahap gaban, sebab tetiba timbul pulak gelembung kat tapak kaki..gelembung jenis, kalo kita pecahkan kuar air tu.. adehh..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER