sabah day 3


Assalammualaikum dan hai semua..
Punyalah lama tak jenguk blog sendiri......apatah lagi blog kengkawan semua
sampaikan dah tak ingat password hokey.
memang tahap kronik!
 
Banyak benda nak share sepanjang hilangnya 2 bulan ni..
sebelum me terlupa nak share apa yang patut..
baik habiskan dulu entry Sabah yang kukira banyak lupa drp ingat.
 
Pada hari ke-3 di bumi Sabah,
kami bersiap sedia untuk ke kundasang.
oleh sebab hari tersebut Ahad,
kami sempat gak menyinggah ke pasar Gaya yang terletak tak jauh pun dr hotel.
Sesambil nak nengok apa yang ada kat sana...sambil juga nak cukupkan souvenir yang belum dibeli lagi..
 
Harga barang-barang kat sini sama je ngan pasar malam.

 



Banyak-banyak barang yang dijual..
me paling suka batu karang ni.
eh bukan ke batu karang ni tak boleh ambil sesuka hati?
 
menjelang tengah hari
kami terus bergerak ke Kundasang
memandangkan semalam kami hanya makan KFC
 (kat sini tak de sos thai --> sedih)
so tengah hari tu kami nak makan nasi gak.
 
So far lauk-pauk kat sini memang berkenan je kat tekak ni,
pedas dan sedap..
paling sedap..
lauk ni...

me budget ni macam rumpai laut.
kata nak tegang kulit muka kan.....
harus kami anak-beranak berebut makan ulam ni...
seriyes sedap!
 
Sudah makan,
kami teruskan perjalanan sehinggalah kami bertemu dengan jambatan gantung Tamparuli yang Marsha dok nyanyi masa musim AF yang lalu..

Kami tak berhenti pun kat sana.
jalan sangat kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja.
tapi yang bestnya..
boleh g main ngan ikan kat gigi air.
banyak betul ikan kat sana.
sampaikan kami yang kat dalam kereta ni pun boleh nampak ikan berenang-renang.
 
Jalan ke Kundasang ni berliku-liku macam nak naik Cameron Highland.
Tapi yang bestnya kat tepi kereta memang nampak gunung seolah-olah kita hampir sampai ke puncak.

Ha lagi satu,
kat sana kurang lampu isyarat...
tapi banyak roundabout.
Jalan nak ke Kundasang pun straight je tak susah.
 
Cuma satu je..
macam payah nak jumpa petrol station kat sana.
so ingatan untuk diri sendiri..
pastikan tank kereta anda diisi dengan penuh.
 
Sebelum sampai ..
kami menyinggah di Pekan Nabalu.
buang la apa yang patut.
dan sempat gak merasa buah tampoi katanya..
isi manis macam manggis cuma kulitnya macam langsat dan berbentuk lebih besar.

ok lah.
nanti sambung lagi....
mood dah mulai ke laut...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sabah day 1 & 2

hai semua,
tak sure la kenapa penyakit M ni tak nak hilang-hilang.
terbengkalai hidup kalau asyik makan tido..makan tido..
lagi malas bila banyak blog yang sunyi sebab tuan tanah bercuti..
hakak??? bertambah stress sebab dapat cuti tapi tak pergi bercuti-cuti..
acamana???

berbalik pada post hari ni..
nak stori sikit pasal percutian bersama ngan mak abah aritu ke sabah.
kalau nak tau,
kami tak pernah jejak kaki ke sabah tau.
memandangkan mereka berdua banyak berkorban tenaga untuk mengambil dan menghantar  me ke LCCT/KLIA setiap kali bercuti pastu pecut terus ke JB...
haruslah membalas jasa dengan membawa mereka ke SABAH.

Pulak tu dapat tix murah yang dibeli dari bulan 9 tahun lepas dengan harga RM80 return JB-KK
haruslah mak & abah ingat anak dia ni kaya sbb mampu nak sponser depa berdua tiket kapal terbang.
padahal murah jek tiket tu. kekekkeke

lagi best bila depa berdua dok kalut kuar masuk baju dalam beg beberapa minggu sebelum kami bertolak.
dengan ni memang sah la.. me ikut semangat depa..
sebabnya.. 
untuk percutian bulan Nov nanti, me dah siap-siap packing dah..
excited la namanya..
kekkekekekke

Flight kami dari JB lebih kurang pukul 9 malam cenggitu.
dalam flight mak & abah pulun dok kat hot seat(walhal kami tak beli seat pung) sebab memang tak ramai yg nak terbang ke KK ari tersebut.
ada lah dalam 20 orang jer yang sanggup bertolak ke KK
 almaklumlah..... tengah HOT pasal Lahad Datu.

Waktu kami sampai kat epot, semua kedai dah tutup..
 so keadaan epot kelam antara nampak-tak nampak jer...

Kemudian kami naik teksi terus ke hotel.
Untuk 2 malam ni, kami stay kat Gaya Hotel.
Nak pilih hotel pun satu masalah juga sebabnya pagi sebelum bertolak baru terhegeh-hegeh cari hotel.
kalau orang yang jenis kelam-kabut macam ni.. memang tak pikir panjang la.. terus booked hotel apa yang ada.
Memula tu nak ambil bilik yang ada 1 Queen bed pastu nak tambah extra bed..
mahal betul depa charged RM100 untuk satu malam.
lebih baik ambil 2 Queen bed yang mana lebih murah.
Nanti kalau semangat rajin sampai....
me try review pasal hotel ni yer..itu pun KALAU la..kekekekke

Lepas urusan b'fast kat hotel,
kitaorang minta pihak hotel carikan kereta untuk disewa.
dapat la sebuah saga putih walaupun memula dorang kata nak bawa Myvi.
So abah ajak kami pusing-pusing bandar KK ni.
ntah mana-mana ajer la abah pusing sebab sepanjang perjalanan keja hakak ialah tido..

Sekali bila dikejut rupa-rupanya kami dah sampai di deretan pasar yang terletak di tepi laut
Kita ke Pasar Kraftangan dulu la yer.
Harga?? mahal  sikit compare dengan pasar malam
Mahal-mahal pun, tetap membeli.
dasar wanita khennn...

Secara peribadi,
kedai-kedai kat sini jual barang yang sama.
pastu berpusing la sepanjang-panjang kedai yang ada di sana.
kalau tengah hari,
merasa la ketiak berpeluh.

Ha lagi satu...
yang orang dok sebut pasar filipin tu.. ini la pasarnya..
almaklumlah.. iols sibuk g tanya depa..kat mana pasar filipin ...
sekali depa jawab. nilah pasar filipin..
iols terkulat-kulat malu..pastu ketawakan diri sendiri..

Dekat sini,
kitaorang berpisah.
masing-masing ada benda yang nak dicari.
yang abah pula setia menunggu kat luar kengkonon takut kena saman.

Gambar kat atas ni menunjukkan gambaran kenderaan di luar pasar kraftangan.
kalau nak tau, jalan yang dua lane tu tetiba jadi satu  sebabnya banyak jer kereta double parking kat situ 
Bagi yang parking kat dalam kotak parking di sekitar bandar KK ni,
tak de pakai kupon ya.
nanti ada orang yang akan letakkan kertas kat wiper korang.
pastu boleh g bayar kat pondok-pondok kecil tepi jalan. Seriyes pondok kecil la. kecil jer untuk sorang duduk cenggitu.
Kat luar pasar ni memang ramai orang lelaki dengan mesin jahit.
tak sure kenapa.

Hujung pasar kraftangan ni,
ada pasar ikan masin.
kitaorang tak beli apa-apa pun. takat nengok jer dari luar.
selepas pasar ikan masin ada pasar buah.
waktu kami sampai tu..
tak jumpa buah lain.
yang ada buah mangga ni jer.
manis uols.
Dalam tengah hari..
kami bertiga balik semula ke hotel. sebabnya lotih yang hamat.
Owh ya...kat hotel ni tak disediakan parking.
tapi boleh parking kat basement.
rega RM20 sehari termasuk depo.

Nanti iols sambung yer..
penyakit M dah tiba..
okies....


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

teaser -~dejavu~




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

saksi bisu - jogjakarta wrap

1) sekiranya supir (teksi ka, becak ka, kereta kuda ka) offer nak tunggu uols sampai abis bershopping TAK PAYAH!! nanti dorang kenakan bayaran tinggi yg hamat. jgn percaya kalau dorang kata FOC.

2) naik teksi bermeter lagi murah drp naik becak.

3) if uols nak jenjalan sekitar pekan jogja, boleh naik bas yang dikhususkan untuk pelancong ke beberapa tempat pelancongan macam kraton, taman sari dll. harga tak mahal dlm IDR6K. kalau tak silap la..tunggu jer kat bus stop.

4) berhati-hatilah dengan beg anda.. sebabnya banyak pickpocket disekitar jalan malioboro ni..
(jalan sempit + ramai orang)

5) banyak kenderaan lalu lalang di Jalan Malioboro ni.. sampaikan kami takut nak melintas.

6) terlalu ramai peminta sedekah di sekitar Jln malioboro. mula-mula memang kesian.. tapi makin lama makin tak best. sebab depa akan pegang-pegang tangan uols terutama sekali waktu nak buat pembayaran.

7) Waktu pagi adalah terbaik untuk ke Borobudur. sebab cahaya matahari memang akan pancar direct jer kat kepala uols. tak de tempat nak selindung-selindungnya..

8) boleh singgah ke beberapa buah candi lain di bahagian belakang Prambanan.

9) Persembahan Ramayana ada dipentaskan berdekatan dengan Candi Prambanan. Setiap hari akan ada persembahan yang berbeza.

10) Jam 10 pagi ada persembahan di kraton secara percuma.

11) Jogja juga dikenali sebagai kota ilmu sebab terdapat banyak universiti. Antara yang paling glamour ialah Universiti Gadjah Mada.

12) Kalau nak beli bakpia (sejenis kuih tradisional ) beli bakpia nombor 25. sedap uols. Makan bakpia kacang + keju panas-panas memang layan ok!


mari kira kalkulator pula:
1) return air tix + hostel (2 nites) = RM400++
2) taxi from airport = IDR75,000 + extra charge IDR100,000
3) lesehan = IDR74,000
4) Becak ke Homestay = IDR50,000
5) Driver + Kereta + fuel + entrance fee (borobudur + prambanan + kraton) + parking + tips + makan = IDR800,000 / pax
6)taxi from malioboro to hostel = IDR 15,000
7) taxi to airport = IDR120000

~sekian...wasalam~
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

saksi bisu - jogjakarta day 3 -Jalan Malioboro & souvenir

Pagi hari terakhir lepas b'fast kami terus minta receptionist tu call kan teksi.

memula niat hati nak ke taman sari..
tapi tak singgah pun.
kami terus ke Jln Malioboro ..

dah kenapa nak ke Malioboro dari Day 1 sampai dah nak naik kapal terbang??
sebabnya..
fridge magnet tak jumpa-jumpa lagi!!!

Sila jangan percaya dengan gambar ni.. muka happy padahal separuh nyawa hilang sebab berlari dari hujung jalan nak ke sini..
semata-mata nak ambil gambar dengan signboard ni... penat weiii...


pagi tersebut..
kami minta supir terus hantar ke gedung Mirota Batik.
Gedung ni terletak dihujung Jalan A Yani.
(2 hari sebelum ni.. kami tak sempat masuk sbb dah tutup)
Gedung di buka jam 8 pagi yer.

Secara peribadi..
me suka shopping kat sini.
harga tak banyak beza dengan kaki lima Malioboro.
beza pun takat seringgit dua jer.
plus kat sini aircond.
barang pun pelbagai.
nak apa.. semua ada.
dan sinilah satu-satunya tempat yang menjual fridge magnet.
(kat borobudur ada jual gak.. tapi hadoiii tak cantik)

tak paham la..
dah kenapa kat jogja ni payah betul nak cari FM.
pernah satu malam waktu kami membeli-belah kat malioboro..
kami tanya penjual kat sana.. kenapa tak de FM..
depa cakap tak de permintaan..
apakah??

lagi satu.. kalau uols sebut Fridge magnet sah-sah depa tak faham..
sila sebut Magnet kulkas ya..

memandangkan kat mirota batik ni je yang ada FM,
memang payah nak dapat yang pelbagai jenis.
waktu kami pilih tu pun..
dah tak de banyak sangat pilihan.. me borong berpuluh-puluh FM yang sama.
kesian gak kat pelancong yang baru sampai sbb tercari-cari FM..
tapi nak buat camana.. mak terdesak noks..

barang-barang hiasan rumah kat sini memang paling direkemen.
rugi betul sebab tak memborong barang-barang kat sini..
lagi satu.. kat mirota batik ni boleh claim VAT tau.
IDR5 juta kot baru boleh claim..

kalau travel memang tak sah kalau tak membeli buah tangan khenn..
Jadinya antara barang-barang yang sempat di ketik gambarnya..
almaklumlah.. dah lepas buat agihan barang baru nak ketik gambar..

 sarung kusyen + table runner - IDR125K = RM43
bahagian bunga tu corak batik.. nama pun di kota jawa.. ya harus ada batik.
ni beli kat kaki lima Jln Malioboro

 Jewellery box - IDR tak ingat la pulak.. lebih kurang duit kita dalam belas ringgit je.
tertarik dengan buatan dan kulit box ni.. yang pasti bukan kulit tiga dots ya..

 shopping bag - IDR35K = RM12
yg ni kat epot yer..

 harga tak ingat.. dalam 2 -3 Ringgit jer.

 gegirl stuf - dalam belas-belas ringgit jer.

 keychain, pen, pensel - IDR20k-IDR25k =RM8

 frame 

 IDR28K=RM9

 IDR40k = RM13
padahal boleh dapat lagi murah.. tapi waktu tu kami kesuntukan masa nak berlari ke hujung jalan malioboro.. jadi beli ajer mana yg sempat.

t-shirt - IDR30K= RM10
kualiti kain memang bagus. 
kalau corak eksklusif macam yang depan tu (ada logo kesultanan jawa) mahal sikit. beli kat bahagian dalam kedai.

Fridge magnet 

Lepas kami berdua siap beli barang-barang yang sepatut dan tak sepatutnya  
kami nak makan dulu. sebabnya perut dah mula berkeroncong..
tengah hari tu kami pilih makan bakso.

nama kedai ni tak ingat pulak..
Direction : Bertentangan dengan Ramayana Mall, ada lorong gelap
susur lorong tersebut dalam kurang seminit boleh nampak Ramai Mall.
kedai makan ni bertentangan dengan mall tersebut. 
bakso dia memang power hokey!!!

lepas makan kami sambung aktiviti membeli lagi.
kekeke

buat yang tak pernah ke jln malioboro ni..
gambar-gambar kat bawah ni boleh bagi uols gambaran jalan yg famos amos itu..
banyak becak di kaki lima  jalan tersebut..

pilihan t-shirt yg pelbagai..
rata-rata design dan harga sama je.
nak yg ekslusif sikit, boleh masuk kat dlm kedai.
harga dlm RM30 gitus....tapi kalau kat kaki lima baru RM10

Walaupun jual kat kaki lima..
kualiti kain dia bagus.

kanan kiri penuh dengan barang-barang jualan....
secara peribadi, me suka ke sini pada waktu malam sbb cuaca sejuk sikit.


agak-agak tak nak naik becak, boleh naik andong.
andong pun banyak di sekitar jalan malioboro

lebih kurang pukul 1 kami terus ke airport (walhal flight pukul 5 ptg)
sebabnya.. kami tak nak beratur masa kat airport dan nak adjust barang-barang "TER"beli kami ni..

waktu kami sampai.. memang tak de ramai sangat orang pun.
kaunter AA pun tak buka lagi..
berbekalkan pengalaman kena bayar banyakkkkk masa kat HK tempoh hari..
ni lah hasil buka katup beg masa kat airport.

waktu kami nak dapatkan kepastian berapa charge sekiranya luggage kami terlebih..
katanya RM50/kg.
sekali bila kawan tu g bayar.. rupa-rupanya depa guna charge yang sama dengan Malaysia iaitu RM105 untuk 1-15kg.
bedebah sungguh sebab kami terpaksa mengangkut hand carry yang berat. kalau tau, kami dah siap-siap masukkan semua luggage ke dalam kargo.

memandangkan epot depa ni kecil jer dan penerbangan cuma pagi dan petang ,
terpaksa la kami berdua g cari makanan dulu.
jam 4 baru kami dapat melepasi barisan imigresen dan kastam.
jangan lupa IDR100,00 untuk epot tax tau.

waktu tengah menunggu giliran naik ke pesawat..
tetiba terdengar sekumpulan traveller dok berbual kat sebelah..
eh.. nama Fatt disebutnya??
ingatkan Fatt gelemer kat m'sia jer.. rupa-rupanya kat jogja pun namanya disebut-sebut..
bertuah la badan..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

surprise..surprise...

Walaupun surprise ni dah nak dekat sebulan lamanya..
tapi me tetap nak cerita gak..

Pada satu hari kat office...
agak kaget bila sorang officemate bagitau ada parcel untuk me..
apakah??
sekali nengok.. dari MIRI.. sah ler..
super happy dowh ari tu..
sebabnya.. 
mood masa tu memang kelaut dengan kerja yang berlambak-lambak  + settlekan kerja orang...

sekali bila nengok apa yang ada kat dalam kotak tu.....
terus bertukar gembira rasa nak lompat-lompat..
especially minnie mouse tu..
macam tau-tau jer cik-anne ni..... kita terlupa nak beli minnie tu...

neway.. tenkiu cik-anne..
saya hutang dengan cik-anne 2 souvenir ni.. cukupkan 3 boleh??
kekekkeeke

p/s: ada sesapa lagi yg nak exchange souvenir?

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER