sabah final episode


akhirnyaaa..
sampai pun ke hari terakhir di negeri bawah bayu ni..
 
pukul 6.30 pagi suasana kat puncak gunung Kinabalu dah mulai nampak.
lambat sikit jer..
bahagian puncak memang dah ditutupi awan.
gigih ni pakai baju tido dok kat pelantar yang disediakan
semata-mata nak nengok puncak Kinabalu
 

 bagusnya kat sini.. sebab langsung tak de orang.
so kami berdua beranak jek ada kat sini.
mak ,  kitorg tinggalkan kat bilik
nengok dari balcony je.
 
menurut pak guard kat sana..
 masa ni..
kita boleh nampak orang mendaki

 nak mendaki dah tentu la tidak mungkin..
so lihat dari kejauhan dengan baju tido je la yang mampu..
 lepas sarapan
kami terus bergerak ke KK semula.
time tu memang ketat gak kawalan jalan raya dek insiden kat Lahad Datu.
 
memandangkan flight kami petang..
so kami terus ke masjid negeri utk solat zuhur.
besar betul tempat parking
 panas betul waktu kami makan kat tepi laut tu..
owh ya.. kat KK ni ada HRC.
so bagi peminat HR boleh la beli souvenir di sana..
 
Dek panas tu lah
kami sempat menjengah ke muzium negeri
almaklumlah kalo travel tak masuk museum memang tak sah ok!

watammat lah percutian singkat kami 3 beranak..
nanti sambung dengan cerita cinta  cuti  lain yang sangat berdrama
 
Selamat berhujung minggu semua...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sabah day 3 - kundasang

kita sambung cerita Sabah yang tak habis-habis neh..
 
perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang dua jam selamat kami tempuh..
tak boring sebab masing-masing dok kagum ngan pemandangan gunung yang terasa macam dekat jek.
 
sampai di pekan kundasang
kami terus ke Kundasang Pine Resort.
tempah melalui agoda je.
tak de la mahal mana pun.
extra bed kalo tak silap baru RM70 semalam.
 
Mak & abah suka penginapan ni sebab tenang je..
plus cuaca sejuk..
boleh la fefeeling kat downunder gitu..

 ada banyak bangunan kat resort ni..
mine kat atas bukit tu..
kereta hampir-hampir mengelungsur dek salah guna gear.
senyum jek abah nengok..
malunya saya.....

banyak kemudahan yang disediakan kat sini.
taman permainan dan tempat nak bbq pun ada.
paling best............. banyakkkk bunga2 kat sini..
biasalahhh... me memang dalam hati ada taman punya stok..
harus suka bunga..
 lepas check in..
kami terus ke pekan kundasang..
mak aiii... macam pekan koboi hokey.
 
Takut tak jumpa kedai makan malam nanti..
kami terus beli roti dan makanan dalam tin..
adalah dalam 2 atau 3 buah kedai runcit..
yang lagi best..
semua makanan dalam tin tu berhabuk.
ni memang stok org tak nak beli
 
tapi di sana memang ada restoran ayam kepsi.
so tak payah risau

 tak nak buang masa..
kami bertiga ke sebuah kawasan ternakan lembu yang terletak di kundasang ni.
 
tak berapa jauh dari pekan kundasang.
dalam 20 minit dah sampai.
memang saujana mata memandang..
hijau je kawasan sana.
bayaran masuk untuk sebuah kereta pun tak mahal.
 abah belanja makan eskrim..
sama je rasa ngan eskrim kat mana-mana pun..
tapi nak merasa punya pasal..
belilah sorang sekon
 owh ya ..
kat sini boleh g nengok dan beri makanan pada lembu-lembu tersebut tau.
tapi iols tak..
takat nengok dari dalam jek.
 lembu-lembu ni tgh tunggu turn untuk menyumbangkan susu masing-masing..

walaupun tak la sehijau NZ..
tapi berbangga juga sebab Malaysia ada kawasan yang menghijau dan saujana mata memandang..


 


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sabah day 3


Assalammualaikum dan hai semua..
Punyalah lama tak jenguk blog sendiri......apatah lagi blog kengkawan semua
sampaikan dah tak ingat password hokey.
memang tahap kronik!
 
Banyak benda nak share sepanjang hilangnya 2 bulan ni..
sebelum me terlupa nak share apa yang patut..
baik habiskan dulu entry Sabah yang kukira banyak lupa drp ingat.
 
Pada hari ke-3 di bumi Sabah,
kami bersiap sedia untuk ke kundasang.
oleh sebab hari tersebut Ahad,
kami sempat gak menyinggah ke pasar Gaya yang terletak tak jauh pun dr hotel.
Sesambil nak nengok apa yang ada kat sana...sambil juga nak cukupkan souvenir yang belum dibeli lagi..
 
Harga barang-barang kat sini sama je ngan pasar malam.

 



Banyak-banyak barang yang dijual..
me paling suka batu karang ni.
eh bukan ke batu karang ni tak boleh ambil sesuka hati?
 
menjelang tengah hari
kami terus bergerak ke Kundasang
memandangkan semalam kami hanya makan KFC
 (kat sini tak de sos thai --> sedih)
so tengah hari tu kami nak makan nasi gak.
 
So far lauk-pauk kat sini memang berkenan je kat tekak ni,
pedas dan sedap..
paling sedap..
lauk ni...

me budget ni macam rumpai laut.
kata nak tegang kulit muka kan.....
harus kami anak-beranak berebut makan ulam ni...
seriyes sedap!
 
Sudah makan,
kami teruskan perjalanan sehinggalah kami bertemu dengan jambatan gantung Tamparuli yang Marsha dok nyanyi masa musim AF yang lalu..

Kami tak berhenti pun kat sana.
jalan sangat kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja.
tapi yang bestnya..
boleh g main ngan ikan kat gigi air.
banyak betul ikan kat sana.
sampaikan kami yang kat dalam kereta ni pun boleh nampak ikan berenang-renang.
 
Jalan ke Kundasang ni berliku-liku macam nak naik Cameron Highland.
Tapi yang bestnya kat tepi kereta memang nampak gunung seolah-olah kita hampir sampai ke puncak.

Ha lagi satu,
kat sana kurang lampu isyarat...
tapi banyak roundabout.
Jalan nak ke Kundasang pun straight je tak susah.
 
Cuma satu je..
macam payah nak jumpa petrol station kat sana.
so ingatan untuk diri sendiri..
pastikan tank kereta anda diisi dengan penuh.
 
Sebelum sampai ..
kami menyinggah di Pekan Nabalu.
buang la apa yang patut.
dan sempat gak merasa buah tampoi katanya..
isi manis macam manggis cuma kulitnya macam langsat dan berbentuk lebih besar.

ok lah.
nanti sambung lagi....
mood dah mulai ke laut...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

sabah day 1 & 2

hai semua,
tak sure la kenapa penyakit M ni tak nak hilang-hilang.
terbengkalai hidup kalau asyik makan tido..makan tido..
lagi malas bila banyak blog yang sunyi sebab tuan tanah bercuti..
hakak??? bertambah stress sebab dapat cuti tapi tak pergi bercuti-cuti..
acamana???

berbalik pada post hari ni..
nak stori sikit pasal percutian bersama ngan mak abah aritu ke sabah.
kalau nak tau,
kami tak pernah jejak kaki ke sabah tau.
memandangkan mereka berdua banyak berkorban tenaga untuk mengambil dan menghantar  me ke LCCT/KLIA setiap kali bercuti pastu pecut terus ke JB...
haruslah membalas jasa dengan membawa mereka ke SABAH.

Pulak tu dapat tix murah yang dibeli dari bulan 9 tahun lepas dengan harga RM80 return JB-KK
haruslah mak & abah ingat anak dia ni kaya sbb mampu nak sponser depa berdua tiket kapal terbang.
padahal murah jek tiket tu. kekekkeke

lagi best bila depa berdua dok kalut kuar masuk baju dalam beg beberapa minggu sebelum kami bertolak.
dengan ni memang sah la.. me ikut semangat depa..
sebabnya.. 
untuk percutian bulan Nov nanti, me dah siap-siap packing dah..
excited la namanya..
kekkekekekke

Flight kami dari JB lebih kurang pukul 9 malam cenggitu.
dalam flight mak & abah pulun dok kat hot seat(walhal kami tak beli seat pung) sebab memang tak ramai yg nak terbang ke KK ari tersebut.
ada lah dalam 20 orang jer yang sanggup bertolak ke KK
 almaklumlah..... tengah HOT pasal Lahad Datu.

Waktu kami sampai kat epot, semua kedai dah tutup..
 so keadaan epot kelam antara nampak-tak nampak jer...

Kemudian kami naik teksi terus ke hotel.
Untuk 2 malam ni, kami stay kat Gaya Hotel.
Nak pilih hotel pun satu masalah juga sebabnya pagi sebelum bertolak baru terhegeh-hegeh cari hotel.
kalau orang yang jenis kelam-kabut macam ni.. memang tak pikir panjang la.. terus booked hotel apa yang ada.
Memula tu nak ambil bilik yang ada 1 Queen bed pastu nak tambah extra bed..
mahal betul depa charged RM100 untuk satu malam.
lebih baik ambil 2 Queen bed yang mana lebih murah.
Nanti kalau semangat rajin sampai....
me try review pasal hotel ni yer..itu pun KALAU la..kekekekke

Lepas urusan b'fast kat hotel,
kitaorang minta pihak hotel carikan kereta untuk disewa.
dapat la sebuah saga putih walaupun memula dorang kata nak bawa Myvi.
So abah ajak kami pusing-pusing bandar KK ni.
ntah mana-mana ajer la abah pusing sebab sepanjang perjalanan keja hakak ialah tido..

Sekali bila dikejut rupa-rupanya kami dah sampai di deretan pasar yang terletak di tepi laut
Kita ke Pasar Kraftangan dulu la yer.
Harga?? mahal  sikit compare dengan pasar malam
Mahal-mahal pun, tetap membeli.
dasar wanita khennn...

Secara peribadi,
kedai-kedai kat sini jual barang yang sama.
pastu berpusing la sepanjang-panjang kedai yang ada di sana.
kalau tengah hari,
merasa la ketiak berpeluh.

Ha lagi satu...
yang orang dok sebut pasar filipin tu.. ini la pasarnya..
almaklumlah.. iols sibuk g tanya depa..kat mana pasar filipin ...
sekali depa jawab. nilah pasar filipin..
iols terkulat-kulat malu..pastu ketawakan diri sendiri..

Dekat sini,
kitaorang berpisah.
masing-masing ada benda yang nak dicari.
yang abah pula setia menunggu kat luar kengkonon takut kena saman.

Gambar kat atas ni menunjukkan gambaran kenderaan di luar pasar kraftangan.
kalau nak tau, jalan yang dua lane tu tetiba jadi satu  sebabnya banyak jer kereta double parking kat situ 
Bagi yang parking kat dalam kotak parking di sekitar bandar KK ni,
tak de pakai kupon ya.
nanti ada orang yang akan letakkan kertas kat wiper korang.
pastu boleh g bayar kat pondok-pondok kecil tepi jalan. Seriyes pondok kecil la. kecil jer untuk sorang duduk cenggitu.
Kat luar pasar ni memang ramai orang lelaki dengan mesin jahit.
tak sure kenapa.

Hujung pasar kraftangan ni,
ada pasar ikan masin.
kitaorang tak beli apa-apa pun. takat nengok jer dari luar.
selepas pasar ikan masin ada pasar buah.
waktu kami sampai tu..
tak jumpa buah lain.
yang ada buah mangga ni jer.
manis uols.
Dalam tengah hari..
kami bertiga balik semula ke hotel. sebabnya lotih yang hamat.
Owh ya...kat hotel ni tak disediakan parking.
tapi boleh parking kat basement.
rega RM20 sehari termasuk depo.

Nanti iols sambung yer..
penyakit M dah tiba..
okies....


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER