Europe Trip (Day 13) - Paris, France

Hari ni hari terakhir Syieda dan kawan-kawan berada di Paris.
Pagi-pagi lagi Norh dah tinggalkan kami untuk balik ke Malaysia. Tak sempat nak muah muah.. #eh?#

Pagi tu, kami pack barang dan tinggalkan luggage kat stor di hotel. Seriyes wei, rasa macam selamat sebab stor tu dah rupa macam bilik kebal.

Plan ari ni banyak yang tunggang terbalik. Sebab nak cover ada tempat yang tak sempat pergi masa 1st day kat Paris ritu.
Pagi tu kami beli Ticket Mobilis untuk zone1-2 aje. Tempat pertama yang kami nak pergi ialah La Valle Village. La Valle Village ni ialah outlet yang jual barang branded macam JPO. Perjalanan lebih kurang sejam juga.

Ada banyak direction untuk ke sana. Tapi route Syieda cenggini..
Direction:
GDN-->Republique(M5)--> Nation(M9) --> Val de Europe(RER A4)
Memandangkan pagi tadi kami hanya beli Ticket Mobilis Zone1-2 je, sampai di Nation, kami wajib beli ticket ke Val de Europe pula sebab La Valle Village ni terletak di zone 5 .  Kalau nak tau, Val de Europe ni merupakan station sebelum ke Disneyland.

Waktu kat Nation Station kalau tak silap, ramai orang berjalan bertentangan arus dengan kami. Rupa-rupanya ada inspection tiket time tu. Patutlah ramai yang berjalan patah balik.
Bila kami dah slotkan tiket, kami tak tau macam mana nak g beli tiket ke Val de Europe pula. Subway time tu lengang. Rupa-rupanya nak beli tiket kami harus ke tingkat atas pula.
Apa yang Syieda perhatikan, pihak pengurusan metro memang tak kawal penumpang hantu daripada menggunakan metro/RER. Malah ramai je yang bersubahat gunakan tiket sendiri untuk membantu penumpang hantu tu.

Turun di hentian Val de Europe, hujan gerimis. Kami tak boleh tunggu hujan berhenti sebab masa yang terhad. Di station tersebut ada disediakan information centre. Katanya kami harus berjalan kaki ke La Valle Village selama 5 minit. Ah penipu betul. 10 minit ke 15 minit rasanya kami berjalan.
Dari train station tu, kami harus berjalan ke arah kanan hinggalah kami masuk ke sebuah shopping complex. Shopping complex tu sekadar tempat transit je. Keluar dari shopping complex tu, kami harus ke arah kiri pula sepanjang parking area (gambar atas). Di hujung shopping complex tu barulah kami jumpa La Valle Village.
Waktu kami sampai tu masih pagi, so orang tak berapa ramai. Tapi tak beli apa pun sebab ke sana hanya nak temankan member je pun.
Operation hours: 1000-1900 --> setiap Ahad ada disediakan free shuttle to/from station setiap 10 mins.

Di sana kami berpecah dan janji semula untuk berjumpa di pintu masuk jam 12 tengah hari.

Tepat jam 12 tengah hari kami berjalan ke Val de Europe untuk ke Paris semula. Owh yer, time ni kami beli tiket RER guna mesin je. Kacang goreng. Waktu nak beli tiket, andai kata nak turun kat mana-mana station yang terletak di Zone 1 atau 2, cari "Paris" yer. 

Dalam tren kami decide nak ke Champs-Elysees. Seriyes wei Syieda memang teringin nak ke sini sebab apa? Sebabnya..Champs -Elysees merupakan the most famous street and expensive real estate in the world uols.  Tak banyak duit dapat jalan kaki kat sini pun dah oke. FOC jer.
Jalan ni tak panjang pun cuma 1.91km je.

Direction:
Val de Europe (RER A4) ---> Charles de Gaulle Etoile
Keluar je dari subway ni kita dah berada di Champs-Elsyees
Dan di kanan jalan raya, megah berdirinya Arc de Tromphe
Arc de Tromphe ini dibina untuk memperingati perajurit yang gugur semasa perang revolusi di Perancis.
Pintu gerbang ini merupakan pintu gerbang yang terbesar di dunia sehinggalah diambilalih oleh Pyongyang pada tahun 1982. Dengan ketinggian 50 meter, pengunjung boleh menikmati keindahan Champs Elysees dari tingkat atas.  Tapi kami tak naik atas pun.

Bila google atau nampak gambar orang lain, selalu Syieda wonder camana dorang ambil gambar ditengah-tengah jalan ni..
Rupa-rupanya...kita kena lintas jalan. Dan sila la berhenti kat tengah-tengah tu dan berdiri macam gambar kat bawah ni. Syieda tak berani nak jalan sampai ke hujung tu, kang tak pasal-pasal kena langar pula. Tapi port ni memang selalu jammed. Almaklumlah semua nak ambil gambar posisi terbaik katanya.
Bila dah jammed, kami terus seberang jalan. Plan seterusnya teringin nak cari chanel boutique katanya. Sekali nan hado. Yang jumpa hanyalah butik LV yang giler besar ni.
Beratur uols nak masuk sini. Punyalah ramai orang kaya kat dunia ni. Syieda pun kaya gak. Tapi kaya senyuman je la. hiks. Bayangkanlah sampai tak cukup SA nak layan kita. Siap dimintanya kita naik ke level 2. Ingatkan level 2 tak ramai orang.. sekali 2x5 je kekdahnya.
Lepas lawatan sambil belajar itu, kami plan nak makan macarons. Memang Syieda saje tak nak try mana-mana macaron sebelum ni sebab nak makan yang kat Paris punya. Nasib baiklah tahun lepas ke Paris. Dapatlah rasa. Kalau tak...sampai ke sudahlah tak tau camana rasa macaron sebenarnya.

Syieda suka la bangunan kat Paris ni. Terutamanya kat Champs Elysees.  Cantik sangat!
Akhirnya....jumpa pun Laduree.  Rupa-rupanya sebaris je dengan LV boutique tu. 
Address: 75 Champs-Elysees, 75008, Paris, Fance.

Opening hours: 
Mon-Fri 7:30am-11.30 pm
Sat 8.30am - 12.30 am
Sun 8.30am -11.30pm
Tapi mak aiiiiii..
punyalah panjang beratur! Menyesal tak stick pada plan asal Syieda untuk datang makan macaroon pagi-pagi. Sudahnya kenalah gigih beratur. Nak duduk sambil minum teh kat sini memang tak mungkinlah. Sebab semuanya fullhouse. Kena buat reservation lagi uols!
Kami dibenarkan masuk dalam kiraan lima lima..kalau tak silap.
Bila kat dalam ingatkan dah boleh pilih macaroon.. rupanya tidak uols. Kena beratur lagi.
Tukang ambil order pun stok cun melecun uols. Tahap retis kat negara kita rupa dorang.
Drooling...drooling...drooling...bila nengok manisan kat atas meja tu.
Packaging punya la cantik!
Hasil google ritu, ramai suggest pistachio & rose macaron. Rasa pun best. Manis tak berapa manis gitus.. Harga dalam lingungan €1++/macaroon
Kami beli hanya untuk makan time tu je. Nak bawak balik Malaysia mestilah tidak. Sebab kami ada 2 minggu lagi nak berkelana.

Lepas je dapat makan macaroons macam dapat satu energy gitu nak teruskan misi jelajah Paris.. Hahaha melampau betul penangan makan macaroon kat Laduree ni.

Seterusnya kami plan nak ke Moulin Rouge! Tak masuk ......dapat nengok kat luar pun jadi la.

Direction:
Charles de Gaulle Etoile --->Blanche (M 2) 

Plan asalnya memang Syieda nak masuk dan menonton sendiri Feerie show ni. Tapi member macam nak tak nak je. So terpaksalah  Syieda simpan angan-angan ni untuk trip yang akan datang. "Save the best for last" la kekdahnya.
Waktu dah nyaris-nyaris nak beli tiket ni.. tiap-tiap malam Syieda asyik teringat-ingat lagu ni moulin rouge 
Aish parah betul kehendak yang tak dapat dibendung untuk masuk ke dalam.
Kat luar  tu ada train cute ni. Tak sure tram ni akan lalu jalan yang mana. Tapi memang tak ramai yang naik. Or maybe tram ni untuk penonton feerie show kot.

Lebih kurang setengah jam juga kami berada di sana. Ramai je orang yang macam kami, ambil gambar dari luar. Lepas tu, kami terus bergerak untuk pulang. Menggunakan metro yang sama, tetiba tangan salah sorang kawan Syieda tersepit kat pintu metro! Syieda pula dah lepas ke dalam perut metro time tu. Bila Syieda pusing, nampak sorang mamat tu tengah bersungguh-sungguh tarik pintu metro yang dah tertutup tu untuk meloloskan tangan partner in crime. Kaget sangat! Akhirnya tangan kawan Syieda terlepas dari pintu metro sebelum tren bergerak. Scary betul kalau ingatkan.

Bila kami sampai di GDN ......kami berhenti makan ayam goreng kat kedai semalam. Kedai ni terletak sebaris dengan GDN je. Maison Chicken Shop kalau tak silap namanya.Beli set kat bawah ni, akan dapat air free. Harga dalam €6.50. 
Lepas makan , kami ke hotel untuk ambil luggage dan bergerak ke Porte Maillot Coach Park untuk naik bas ke Tanah Ratu pula. Waktu ni masing-masing macam trauma dengan insiden tangan tersepit kat pintu metro tadi. Kami ambil pendekatan untuk tunggu metro yang agak lengang sebelum naik. Kat Paris ni tak payah risau bilangan metronya. Sebab kerap sangat. Setiap 5 minit cenggitu kalau tak silap.

Kami akan naik Megabus ke London pada pukul 11 malam. Waktu kat GDN kami macam senoneng sikit gara-gara takut tersepit lagi. Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang memakai pakaian sukan dan tertera logo metro di bajunya. Setelah menceritakan plan kami, dia suggest kami  beli tiket metro untuk zone 5. Padahal daripada study, memang coach park tu terletak di zone 2. Oleh sebab naluri hati Syieda kuat mengatakan yang coach park tu terletak di zone 2, kami guna aje mobilis ticket zone 1 - 2 yang dah dibeli pagi tadi. Kiranya kalau time slot tiket tak berjaya, baru kami plan nak beli tiket untuk zone 5. Dan naluri Syieda betul sebab kami tak de masalah sewaktu slotkan tiket metro tersebut.

Direction:
GDN --> Charles de Gaulle-Etoile (Metro Line2) --> Porte Maillot (Metro Line 1)

Maka bermulalah drama minggu ini. Oleh sebab semua station di Paris ni bertingkek-tingkek...... ada antara station yag tidak menyediakan kemudahan lift. Bayangkanlah kalau nak angkat beg seberat 30kg untuk naik lebih kurang 20 mata tangga ?? Tak ke hazab namanya tu.

Di GDN,  tiba-tiba sorang niger pegang tangan  Syieda untuk bantu angkat beg. Pergh terkejut mak!  Terpaksa tolak dengan senyuman gitu. Kemudian di Charles de Gaulle pula, sorang mamat perancis yang hensem uols nak tolong angkat. Pun Syieda tolak. Bukan bodoh sombong. Tapi malu uols. Siap la dengar bebelan 2 orang travel partner yang marah sebab menolak pelawaan mamat hensem tadi. Di Porte Maillot pula tiba-tiba sorang wanita Perancis ni beriya nak tolong angkatkan beg. Syieda bagitau lah beg ni super berat. Dia sambil terbeliakkan mata cakap apa ntah dengan bahasa perancis bersungguh-sungguh nak tolong angkat. Lepas tu, siap panggil anak teruna dia tolong angkat beg tu.Malunya masa tu tak payah cakap la.
Yang mampu cakap "Merci" "Merci" je la kan.
Sesungguhnya orang Perancis ni memang baik-baik cuma tak tahan dengan tone suara yang digunakan tu. Macam agak kasar sebab cakap dengan kuat. 

Akhirnya kami sampai di Palais des Congres de Paris.Untuk pengetahuan kawan-kawan, metro Porte Maillot terletak di bawah bangunan Palais des Congres. Semua persidangan antarabangsa akan diadakan di bangunan ini. Malam tu kami semua dapat melihat pelbagai identiti negara melalui kostum yang dipakai oleh wakil setiap negara. Warna-warni uols. Memandangkan waktu tu baru pukul 9.30 malam, kami ada sejam setengah lagi untuk naik bas. So kami duduk lepak kat dalam bangunan tu.

Owh yer waktu kami sampai tadi, kami lihat tepi pintu tu ada banyak darah. Waktu tu macam kalut sikit sebab orang ramai mengerumuni lelaki tersebut.. Rupa-rupanya seorang lelaki terjatuh dari tangga. Tak sure la sebab apa. Ntah mabuk ntah bergaduh. Yang pasti, waktu nak survey kat mana coach park tu, Syieda dan seorang member tu, sengaja je lalu lalang kat depan camera man. hihihii.. Budget muka masuk berita Paris. heehehe..

Untuk kengkawan yang naik metro nanti, ikut je signage "sortie" (keluar) dan masuk ke Palais de Congres. Sekarang kita berada di level -1. Kami duduk lepak kat sini (ada ruang legar complete dengan meja & kerusi. Wifi pun ada uols) . Dari situ terus berjalan dan naik escalator ke level 0. Ada pintu keluar di sebelah kiri. Keluar dari bangunan tersebut, coach park ada di hadapan kita, Hotel Grand Continental ada di sebelah kanan (belakang bangunan).

Tepat jam 11 malam ....kami pun naik Mega Bus untuk ke London.


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Please Come Back

Syieda rasa, rata-rata semua masih diselubungi kesedihan dengan misteri kehilangan pesawat MH370 pagi Sabtu lalu. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar mereka ditemui. Sebak sangat hati ini sampai mengalirkan air mata. Malah sekarang ni pun Syieda masih mampu untuk mengalirkan air mata. Tak tahu lah kenapa berita MH370 ini betul-betul membuatkan Syieda tak senang duduk. Sanggup ketepikan mengantuknya mata ini semata-mata nak menonton siaran secara langsung tentang status MH370.

Mungkin kekerapan menaiki pesawat setiap kali travel membuatkan Syieda rasa sangat dekat dengan situasi ini. Tak dapat Syieda bayangkan sekiranya ini berlaku pada diri sendiri. Semalaman Syieda berfikir sampaikan tak lena tidur. Sesungguhnya berat betul dugaan yang terpaksa dihadapi oleh keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Semoga mereka tabah kerana Allah hanya menguji hambanya yang mampu dan kuat untuk menghadapi dugaan tersebut. Sebagai rakyat Malaysia yang turut sama  merasai kehilangan mereka, hanya doa yang mampu kami berikan.

Dan buat semua yang suka membuat spekulasi dan menuding jari ...HENTIKANLAH!! Sesungguhnya perbuatan itu tidak memberi apa-apa impak kepada situasi sekarang ....... malah hanya akan menunjuk dan membuktikan kebodohan diri sendiri.
Tak kiralah ENGKAU seorang artis waima ahli politik sekali pun ... jangan menulis sesuatu yang boleh membuatkan orang lain bersedih. Mungkin bagi ENGKAU itu hanya gurauan.. tapi tidak bagi kami. Tolong jaga sensitiviti orang disekeliling. 

Kepada penumpang dan anak kapal MH370, kami semua masih setia menunggu kepulanganmu. Pulanglah walau apa cara sekali pun. 

Loves,
Syieda

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Maubeuge Gare du Nord Hotel, Paris

Baru perasan yang satu gambar hotel pun lupa nak ketik sepanjang berada di Paris.
Jadi terpaksalah pinjam gambar Mr Google.

Kami stay di sini selama 2 malam sahaja.
Hotel ni Syieda pilih sebab kedudukannya yang dekat dengan GDN Station. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai.

Direction: 
Head northwest on Pl Napoleon III toward Rue de Compiegne,
Continue onto Rue de Dunkerque,
Slight left onto Rue de Mauberge,
Destination will be on the right.

Senang cerita, keluar je tren, sila ikut arah Rue de Dunkerque. Bila dah berada di luar GDN station, ke arah kanan sampailah jumpa satu simpang 5. Ingat....5 tau. bukan 4 yang macam biasa tu.
Sila ikut laluan zebra yang ada di sana. Hotel ada di seberang jalan dalam deretan kedai.
Gambar atas ni ialah GDN station. Dari sini, jalan ke arah kanan.

Hotel ni terletak di jalan raya utama sebabnya, bas awam akan lalu di hadapan hotel.
Kami tak tau langsung tentang perkhidmatan bas tu sehinggalah hari kedua. Bas awam akan berhenti betul-betul di hadapan hotel untuk ke Lourve Musee.. Malah ada juga perkhidmatan bas ke Disneyland (booked dari hotel)
 Gambar di bawah ini pula, bilik untuk berdua. Kalau bertiga ada extra bed kat belakang pintu.
Hotel ni ada lift untuk memudahkan sesiapa yang bawa big luggage.
Receptionist semua baik. Kecuali ada sorang mamat muda tu tak berapa fasih English. Lain yang Syieda tanya...lain yang dia jawab. Pastu sengih-sengih.
Owh yer..email dorang tak reply. Tak paham ler kenapa.

Tak de breakfast dan kettle air. 
Water heater, towel semua ada.  Waktu kami sampai tu, ada beberapa level sedang di renovate. 
Boleh simpan luggage waktu last day FOC sajork. Free wifi. Tapi biasalah linenya mcm chipsmore.

Rate: RM225++/pax triple sharing for 2 nites.
Pictures credit to Google. 

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Europe Trip (day 12) - Paris, France

Hello uols..
Syieda rasa kena updatekan bloglist kat tepi ni la.. sebab macam ramai je bz tak update blog. Ingatkan Syieda je yang selalu tak sempat update blog. Rupa-rupanya... ramai kawan seangkatan. Almaklumlah.. hobi Syieda masa free atau buat-buat free ialah blogwalking. Baca surat khabar memang la tak sukerrr so berharap blogwalking je la untuk menambahkan ilmu pengetahuan. #eh?#

Ok berbalik cerita honeybunny ke Paris ritu,
hari ke-12 dah excited nak g jejak kaki kat tempat hilite percutian di Paris kononnya la khenn..
Disneyland Paree la apa lagi .....

Tiket masuk ke Disneyland Paree ni memang Syieda dah beli awal-awal lagi.
Dalam sebulan sebelum bertolak kot kalau tak silap.
Yang Syieda notice, waktu nak beli tiket tak payah nyatakan date untuk ke sini.
Sebab kalau tak silap, tiket tu valid selama beberapa bulan.
Print je tiket yang diemailkan pastu dah boleh enter Disneyland.

Pagi tu kami bertolak awal lebih kurang jam 7.30 kalau tak silap dan perjalanan dari GDN nak ke Disneyland ambil masa lebih kurang sejam.

Direction:
GDN--> Chatelet Les Hailes (RER B or D) -->Marne La Vallee Chessy (RER A4)
Info: Chatelet Les Hailes merupakan stesen bawah tanah terbesar di dunia kerana merupakan laluan 5 metro dan 3 RER.

Disneyland Paree ni terletak di zone 5. Kiranya kalau naik RER A4 tu memang berhenti kat hentian yang terakhir iaitu Marne La Valle Chessy. Disneyland Park dibuka kepada umum pada pukul 10 pagi hinggalah 7 malam.Untuk yang stay kat Disney Resort boleh menikmati Extra Magic Hours bermula jam 8pagi hingga 10 pagi.
Yang lebih menariknya, selain Disneyland Park, sebelah tu ada Walt Disney Studio Park. Tapi kami tak beli pun tiket masuk ke Walt Disney Park tu, sebab kami tahu dan yakin tak mampu nak abiskan Disneyland Park tu dalam masa sehari. Bila ada 2 parks sebelah menyebelah, orang tak terlalu crowded. Cuma part fireworks je la ramai sebab semua orang tertumpu kat Disneyland Park.

Kami antara yang awal sampai di Disneyland waktu tu. Dalam RER tak de pula sesak dengan orang ramai. Sekali bila turun RER tu, mak aiii ramai betul manusia. Semua mesti feeling nak jadi budak-budak semula letew.

Compare dengan HK Disneyland, kat sini tak de tren yang dikhususkan untuk pengunjung ke Disneyland. Kalau HK Disneyland, kita naik tren memang gah dengan sofa dan segala bagai benda dalam tren bercirikan Disney character  kan? Tapi sini nan hado. Even naik escalator pun macam biasa-biasa je.

Naik je escalator, memang semua beg akan kena tapis. Dorang nengok sekali imbas je. Tak de la beriya-iya sangat. Almaklumlah, punyalah panjang orang Q.

Once enter Disneyland Park, music dah sedia terpasang. Aduss sungguh menggamit jiwa uols.
Oleh kerana sorang travel partner tu tertinggal tiket yang telah di print , dia ke Guest Relation untuk dapatkan tiket.
Sementara kami pula tak abis-abis ambil gambar.
Excited punya pasal la katanya.
Abaikan rambut Syieda yang ntah apa-apa ntah tu. Kejung semacam je. Aduh stress mak!

Cuaca pagi tu tak berapa cerah. Kelam-kelam je. Masing-masing berdoa agar tak hujan. Kalau tak silap, malam tadi hujan sebab keluar je dari hotel, jalan raya memang dah basah. Berjalan musim winter memang cenggini . Cuaca tak menentu.
Terkilan dengan gambar di atas ni. Sebabnya bayang-bayang tu. Adeh, kalau dah masuk park nanti bila masa la nak keluar balik untuk ambil gambar ni semula? So bertabah je la hati ni. Kalau tak silap, bangunan kat depan tu Disney Resort. Nak masuk ke park memang kena lalu kat bawah resort tu.

Tadaaa... sekarang dah masuk ke Disneyland Park.
Super excited uols especially bila nampak sleeping beauty castle tu !!!
Jiwa terpaksa bertabah sebab cuaca tetiba makin gelap.
Ngeri betul kalau tetiba hujan. 
Rasanya Syieda pernah cakap dalam entry mana ntah yang Syieda suka travel time sejuk dan opkos bila nak dekat xmas ni. Sebabnya Syieda suka dengan xmas deco yang berwarna-warni. Rasa macam nak duduk je lama-lama kat situ sambil senyum dan berangan sorang-sorang. hehehehe
Berbekalkan map yang kami ambil kat pintu masuk tadi,
kami mula explore park ni.
Mengambil kira certain bahagian yang dah explore masa kat HK dulu, banyak juga yang Syieda skip.
Disney Character Meet & Greet memang Syieda skip langsung. Tak sanggup nak beratur panjang uols.
Cukup je la Syieda pernah ambil gambar dengan beberapa characters masa kat HK Disneyland aritu.

Disneyland Park terbahagi kepada Adventureland, Frontierland, Fantasyland dan Discoveryland.
Rata-rata semua macam sama je dengan HK Disneyland.
Memandangkan kami belum lagi sarapan, kami sempat beli sekotak popcorn dan caramel apple ni.
Manis uols tapi balance dengan apple yang juicy tu. Kiranya masih boleh telan oleh tekak Syieda yang tak berapa gemar makanan manis ni.
Memang masak la kami time tu dikerumuni dengan burung sebab popcorn diterbangkan oleh angin. Ha jangan tak tau, angin kat sini tetiba je nak bertiup. Careless sikit macam kami, memang popcorn jadi santapan burung la jawabnya.

Tiba-tiba laluan dihadapan castle di pagar. Itu menandakan 1st parade akan berlangsung.
Kami excited ni sebab kawasan kami tak ramai orang. So boleh la nengok parade dengan jelas.
Tamat je parade kami terus ke Discoveryland dahulu.
Kami pilih untuk naik rollercoaster! Well sebenarnya partner in crime is tatau yang kami heading to rollercoaster. Berjaya tipu dia sampailah kami join Q yang super panjang itu. Hahahaha.
Kami terus ke Space Mountain: Mission 2. 
Rollercoaster ni dalam kawasan tertutup. Memang gelap. Mak aiii sangat menakutkan. Tapi Syieda sukerrr.. hiks. Turun je dari rollercoaster tu, partner in crime ajak repeat. omaiii.. mana boleh. Banyak lagi tak explore.

Memandangkan rasa yang amat bersalah pada dia, terpaksalah teman dia makan nasi yang dibawa dari hotel. Siap masak nasi pagi tadi uols. Makan dengan serunding & sambal ikan bilis sajork. Walaupun kering, tapi licin nasi tu dibedal. 

Lepas makan nasi kat bench yang ada belakang space mountain tu, kami terus ke Star Tour pulak. Again!! rollercoaster. Tapi ini simulator jep. 
Tetap best naik simulator tu. Ni sepesen macam Transformer kat USS. Cuma ni penjelajahan ke Star Wars Galaxy.

Lepas tu kami ke Videopolis sebab ada toilet. Keluar je dari toilet, Wah... kami nampak pasangan artis dan celebrity yang baru berkahwin berjalan depan kami. Biasanya kalau hanimun opkos la melekat macam belangkas kan... tapi ni macam sebaliknya.. mengapakah??
Since retis tu bukan pujaan hatiku..harus buat dek je. Lain la kalau Spartakook ke...Kangin Suju ker....jonghoon Ft island ke.... mau Syieda stalk sepanjang masa. eh?

Lepas tu kami check map balik. Rupa-rupanya kami termiss Les Mysteres du Nautilus. Sebab namanya yang gempak itu, kami sanggup patah balik ke area space mountain tadi. Sekali hampeh uolss.... ntah apa-apa ntah. Terus kami keluar.

Dari Discoveryland, Syieda ke Fantasyland pula.Kebanyakan hot spot kat sini, dah pernah visit dulu. Jadi kami terus ke Alice's Curious Labyrinth. Apa lagi kalau bukan hedge maze. Kat sini memang tak sesat punya sebab ramai je orang kat depan kita tu. Ikut je depa. Sah-sah la tak sesat.
Keluar je dari maze tu, banyak tempat yang kami nak pergi kena Q panjang. So skip lagi. 
Jalan punya jalan.. kami masuk Adventureland. Time ni hari pun dah nak gelap sebab nak malam. Kami sempat masuk Pirates of the Caribbean. Yang ni pun best. Naik boat ikut je arus air tu, tiba-tiba nanti menjunam ke dalam gaung. Scary uols, sebab Syieda duduk paling depan sekali. Ada juga yang basah time tu.

Memandangkan kami nak kena tunggu pukul 7 untuk fireworks... jari badan semua dah nak beku. Keluar masuk kedai souvenir pun tak mampu nak hilangkan kesejukan kami.
Waktu tu kami dah ada kat Frontierland. Nak masuk beberapa tempat yang best kat sini pun tak mampu lagi.. Akhirnya kami plan nak makan Fish & Chip.
Kami singgah kat Lucky Nugget Saloon. Nampak macam era cowboy je kan..
Pic credit to google

Sekali bila masuk....amboiii kemain posh sangat!
Set Fish & Chips + Coke + sundae dah nak dekat RM100 sorang. Terlajak perahu boleh la diundur.. terlajak order bayar kan aje la ...
Kat depan tu ada stage. Waktu kami datang, dorang dah habis perform. Tengah berkemas alat muzik. ...Keciwa mak!...
Habis makan syieda terpaksa ke souvenir shop kat Fantasyland semula. Sebab kat sini shopping service dorang tak best macam kat HK. Kalau kat HK kita boleh ambil purchases kat customer service di luar park dan terus balik. Tapi kat sini tak. Kalau kita drop purchases kat kedai tu.. sebelum pukul 6 kena ambil balik kat kedai yang sama. So merasa la nengok fireworks dengan beg plastik yang super banyak.
Christmas tree ornament ni is super cute! Memang nak bawa balik satu. tapi kaca tu is sangat nipis. kang tak pe pasal pecah ditengah jalan.
Tapi Syieda sempat beli waterglobe ni. HoH! Super berat uols. Lepas beli baru tau yang waterglobe ni ada music. 
Lepas je habis fireworks, kami plan nak ke HRC pula.
Direction: 
Disneyland(RER A) --> Nation --> Grand Boulevards (Metro line 8 or 9)

HRC ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 pagi yer. So memang sempat dari Disneyland untuk ke HRC sebab keluar je dari subway metro di Grand Boulevards, selang 2 ke 3 buah kedai dah nampak HRC. Tak payah nak lintas bagai.

Balik HRC kami terus tapau ayam goreng kat kedai semalam sebab dah lapar tak boleh blah.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER