Europe Trip (Day 15) - London, UK


Pagi hari ke-15 di Eropah, kami bangun agak awal. Since hotel sediakan b'fast, kami makan la apa yang patut untuk mengalas perut. Al-maklumlah.. niari Syieda & the gang nak visit hilite percutian kami. Well, sebenarnya lebih kepada nak penuhi impian  Syieda je ....

As I mentioned earlier in my previous post (eh english meh?) Syieda sangat menggemari semua movie/drama yang memerlukan imaginasi yang tinggi.. .. dan salah satunya sudah semestinya Harry Potter. Yes!! Syieda peminat Harry Potter movie ni je.. tapi tak berapa suka Harry Potter boleh?
Cer teka Syieda suka sapa?
 Hari ni 1st time nak naik London tube. So ada sedikit keterujaan di situ. Waktu nak tinggalkan kunci kat reception desk, host kami Indian man ni sangat baik. Dia tanya kami nak g mana.. dan suggestkan apa yang patut kami buat. Since kami dah booked ticket online, dia ajarkan kami macam mana nak sampai ke tempat hilite percutian kami tu. Walaupun agak sangsi sikit dengan ajarannya, kami ucap terima kasih lalu stick pada itinerary asal kami. Dan alhamdullilah iti kami betul. Owh yer, pagi ni kami beli Oyster card kat kaunter dan meneruskan perjalanan walaupun mula-mula agak kelam-kabut tak reti nak naik tube yang mana.

 Memandangkan kami naik selepas pukul 9.30am which is nak murah punya pasal...kami tak sempat berasak-asak dengan orang nak g kerja. Syukur. Owh yer.. untuk yang baru pertama kali nak jejak kaki kat Tanah Ratu ni..nak bayar tambang murah sikit .. silalah beli oyster card dan travel dari jam 9.30 pagi sampai 4 petang. Tapi pagi ni je pun kami beriya tunggu pukul 9.30 pagi sebab nak murah. Balik nanti, belasah je join ngan orang balik kerja.

Hari ni kami akan ke Watford Junction yang mana merupakan special route yang terletak di zone 9.
Direction:
Victoria station ---> Euston station(underground) --> Watford Junction (overground)
Perjalanan mengambil masa sejam.
 Bersihkan ?? some more yang Syieda extra kagum is ..sila call 999 kalau nampak orang merosakkan atau menconteng dalam tube ni. ha hambik ko.. call 999 tau.. Bukan buat aduan kat petugas yang bertugas.

Finally... sampai pun kami di Watford Junction.
Dari sini, kami kena naik shuttle bus ke Warner Bros Studio pula.

Direction:-
Keluar je dari train station, ke arah kiri (ada bus station).. Sila naik bas macam gambar kat bawah ni..
Kalau tak silap bus stop nombor 4. Frequency shuttle bus ni every 20 minutes cenggitu. Tiket dari sini ke studio dalam  £2 dan boleh beli dari driver kat dalam bas tu. Yang penting... sila sertakan sekali booking confirmation masa nak naik bas. Bila dah dapat tiket bas, make sure simpan tiket bas sebab akan guna tiket yang sama untuk balik. Dan perjalanan dari Watford Junction ke studio lebih kurang 15 minit sajork. Sila berada di studio sejam awal yer kawan-kawan. Especially yang travel peak-season yer.

Tak lama lepas itu... kami pun tibalah di Warner Bro's Studio untuk melihat sendiri bagaimana Harry Potter jalani penggambaran. 
Kami ke hujung belah kanan studio untuk dapatkan tiket masuk. Memandangkan kami sampai lebih kurang pukul 11pagi, walhal tiket kami pukul 12.30, kami sempat shopping dulu dan update status masing-masing di laman sosial.. almaklumlah.. wifi free uols.
Dah dapat teka belom siapa yang Syieda suka dalam siri Harry Potter ni??
Ha sapa lagi kalo tak draco malfroy ni!
I  love bad boy. What to do? hiks.
Dalam souvenir shop ni.. ada macam-macam yang uols boleh beli.. contohnya quidditch broom ni..
atau wand. Yang ini chocolate wand. Syieda pun ada beli juga. Tapi chocolate frog. hehehe. Remember kat mana scene bila tetiba katak coklat bertukar menjadi katak hidup?
Menghampiri jam 12.30, kami mula beratur untuk dengar penerangan. Bestnya tour ni, kita bebas bergerak tanpa di guide. Untuk tour ini sahaja Syieda rasa dalam 3 jam if uols Harry Potter fans macam Syieda.
Bilik Harry Potter..
Lepas diberi penerangan, kami pun mula la masuk ke dalam set. Waktu ni semua teruja uols. Kanan, kiri, depan, belakang ada je orang dok snap gambar. Akhirnya, kami jadi orang terakhir meninggalkan Hogwarts Hall. Almaklumlah nak gambar clear daripada pengunjung yang lain.
Perlu lagikah nak diperkenalkan dengan prof snape ni? 

Bilik tidur Harry Potter .. ingat lagikah?? 
Mari belajar membuat love potion!
Waktu masuk bilik dumbledore ni..aishhh rasa nak menangis sebab teringat kisah dia mati.
Common room in Gryffindor

Ingat lagi tak gambar-gambar ni boleh bercakap? ha.. kat sana dia tak boleh bercakap. hiks

Gambar atas ni.. kita boleh nampak pergerakan knitting tanpa ada orang tau..
Yang kat bawah ni pula tak de orang iron baju tapi iron gerak sendiri sama macam kat singki tu..
ayott.. hihihihi
Kami dapat sentuh snow!!
Tapi bukan snow betul la.. Ni snow tipu-tipu jer yang digunakan semasa penggambaran.
Akhirnya tamatlah sesi pertama... Sebelum memulakan sesi ke-2, kami berhenti berehat kat sini dulu..
Masa ni banyak artificial snow turun uols. Berangan la sekejap sambil lompat-lompat tangkap snow.
Kami berkesempatan merasa butterbeer. It's alcohol free! Rasa dia memang sedap tak tipu!
Next kami masuk ke bangunan ke-2 yang mana lebih menunjukkan props yang digunakan semasa penggambaran. 

Actual size of Malfroy!
Dan akhirnya.. kami berjalan di Diagon Alley.

Replika Hogwarts

Boleh pilih nak wand yang mana. hihihi..
Harry Potter tour ni tamat di kedai souvenir tadi. Lebih kurang pukul 4 petang kami bergerak pulang. Tunggu shuttle bas kat depan pintu masuk je. Sampai di Watford Junction, kami tukar ke underground dan berhenti di Euston semula. Dari sana kami ke King's Cross St Pancras pula sebab pencarian Harry Potter kami belum habis.
Apa yang ada kat sini???
Ha jangan tak tau.. Syieda pernah nampak Gary Runningman ke sini sedikit masa dahulu. Episode yang Gary menang dan request untuk tour di Europe tu la..
Besar betul pengaruh Runningman ni.. jangan nanti Syieda pun nak pergi tempat penggambaran dorang kat Aussie pulak. aishh parah..

Direction:
Inside the King's Cross Station, follow the sign to Platform 9 to 11. Keep ahead past the ticket office, disabled meeting point and cash machines. Platform 9 3/4 is on the right.
Kalau uols ada masa lebih kat London dan willing berjalan kaki, uols boleh jejak beberapa tempat di sekitar kota London yang menjalani penggambaran series tersebut. Nanti Syieda try cari semula link tu. Ada yang kena bayar sebab ada orang yang guide.. tapi ada yang free je..yang tu kena pandai-pandai la cari tempatnya. Tapi bila Syieda review tempat-tempat tu tak susah pun nak cari. Contohnya Platform 9 3/4 ni adalah antara tempat yang terdapat dalam walking tours tu.

Di sini juga kita boleh bergambar dan ada professional photographer yang akan ambilkan gambar uols. Tapi kami tak beli pun gambar tu. Gryffindor scarf memang disediakan. Malah dorang tolong pegangkan hujung scarf tu kengkonon impak angin tiup gitus..
Lepas tu kami keluar station sebab nak lihat suasana pada waktu petang. Padahal waktu ni baru pukul 5.30 cenggitu. Dah gelap dah.
Maka tamatlah pengembaraan fantasi Syieda di London.
Next, kami plan nak ke Harrods pula. Walaupun tau barang adalah super mahal.. tapi nak jugalah jejak kaki kat sana. 

Directions:
 King's Cross station--> Knightbridge (Piccadilly Line)

Keluar dari station, ikut je signage ke Harrods. Mak aiiii meriah sungguh waktu malam uols. Kami masuk jugalah dalam Harrods tu. Deco memang sangat mewah. Tapi manusia sikit punya ramai la kat dalam tu. Dah macam pasar malam. 
Oleh sebab duit tak berapa banyak...haruslah kami sedar diri dan terus ke Primark Mall. Pesan Syieda, silalah beli barang-barang dari sini je. Tak payah nak angkut beg berat-berat dari Malaysia. Kiranya ni macam Mydin London la. Barang murah-murah ....£1 pun ada uols. Dan....kat sini pun dah macam pasar malam. Seriyes wei.. tak pernah nampak orang ramai giler berebut barang. Memang boleh sesak nafas uols. Waktu ni kami berpisah sebab masing-masing beriya mencari barang. Kalau pandai cari....boleh buat souvenir bagi kat kawan-kawan di Malaysia.

Ada banyak route dari Harrods nak ke Primark ni. Owh yer Primark yang Syieda pergi ni yang terbesar di Oxford Street. So route Syieda cenggini..

Direction:
Knightsbridge(Harrods)--->Holborn-->Marble Arch

Dari Marble Arch station tu, belok kiri, jalan terus dan Primark Mall ada kat sebelah kanan.
Bangunan ini ada beberapa tingkat. Puaslah kami pergi setiap tingkat cari apa yang berkenan. Dan harus ingat...kat sini ada wifi free uols!! Nak balik baru tau. Menyesal tak sudah. Kemudian kami bergerak pulang sebab masing-masing dah tak larat dan asyik ingat katil je.

Loves,
Syieda....


#prayformh370


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Europe Trip (day 14) - London, UK

Kami bertolak dari Paris ke London hanya dengan menaiki MegaBus sahaja. Bus ni sebenarnya agak popular di kalangan student. Almaklumlah kalau bernasib baik boleh dapat £1 jer tau . Haritu Syieda dapat grab macam £5 kalau tak silap.Yer untuk route Paris - London. Selain harganya murah, boleh save accommodation untuk malam tersebut. Yang bertambah bestnya, wifi adalah FREE. Gunalah sampai lebam.

Tapi yang tak bestnya, free-seat. So memang kena datang awal. Waktu naik bas, ada staf MegaBus yang akan key-in segala particular kita. So prepare dengan boarding itinerary dan passport jer. Apa yang Syieda salute, malam tersebut ada sorang pak cik ni naik bas hanya dengan pakai singlet je tau. So driver panggil pak cik tu untuk berbincang. Serious uols.. sangat sopan driver tu panggil pak cik tersebut untuk turun bas. Al -kesahnya driver tak bagi naik bas sebab ingatkan dia mabuk. Yer la kan.. musim sejuk tapi pakai singlet jer. Tak ke pelik namanya. Tapi yang lagi peliknya, pak cik tu pun sangat bersopan uols. Siap merayu-rayu sampaikan kitorang yang kat dalam bas pun rasa sebak.

Dalam sejam lebih kalau tak silap .... kita akan naik ferry pula.  Ikut je arahan driver nak suruh kita stay kat level berapa sebab ferry sangat besar. Pula tu banyak bas lain akan naik ferry juga. So semua penumpang memang kena turun. Nanti driver akan bagitau sign apa yang uols kena ingat. Macam kitorang ritu dia suruh cam teddybear kat depan bas. Kiut je kan?

Bila kami keluar je dari ferry, sambung tido balik. Almaklumlah kalau tak silap dalam pukul 5 pagi cengitu. Tengah tidur, sekali lagi kami dikejutkan untuk pemeriksaan immigration. Owh well... memang agak strict nak masuk tanah ratu ni. Even baca kat mana-mana pun memang ramai je experience immigration dorang strict. Bayangkanlah kita ni masih mamai lagi sebab baru bangun tidur.. tup tup immigration tu tanya pasal itinerary kita kat London. Jawab je la apa yang terlintas. Masa Syieda , immigration tu banyak songeh okey! Siap nak tengok tiket balik. Aduh..terpaksalah ke bas semula sebab nak ambil tiket. Pula tu tiket balik ada kat dalam big luggage bawah bas tu ha. Bila driver dah bukakan tempat luggage tu, baru teringat yang ada copy kat dalam handbag. Adus stress betul waktu tu. Tapi yang bestnya, immigration officer tu cam muka kita. Bila masuk je immigration post tu, tak payah beratur. Siap dia suruh orang lain bagi laluan untuk Syieda.

Akhirnya kami sampai Victoria Coach Station, London pada pukul 6.45 pagi, awal 45 minit daripada masa jangkaan. Waktu kami sampai masih lagi mamai sebab baru bangun tidur. So kami plan nak ke toilet. Wah kemain mahal per entry. Kalau tak silap £1 atau £1.5. Cuba darabkan dengan 5. Memang boleh pengsan!
Gambar kat atas ni ialah Victoria Coach Station. Kalau pakai google memang keluar gambar ni. Tapi pagi tu tak nampak pun bangunan tu. Rupa-rupanya, ada 2 bangunan. Yang ini untuk departure. Yang kami turun tadi bahagian arrival. So gambar kat atas ni, Syieda ambil masa hari ke-3 kat London.

Dari sini, kami melintas jalan untuk ke hotel. Syieda memang sengaja cari hotel area Victoria & Westminster sebabnya nak mengusung big luggage kami pergi dan balik nanti. Waktu nak ke hotel untuk kali pertama, memang rasa jauh sangat. Dalam 40 minit kalau tak silap. Rupa-rupanya tak de la jauh mana pun. 
Kawasan kejiranan kami. Wah super excited uols... sebab sangat la english!
Mak sukerrrr!
Urusan check-in sangat mudah. Cuma kami tak dapat bilik lagi. Bilik available jam 2 petang nanti. So letak beg dan kami terus memulakan misi pertama untuk ke Buckingham Palace. Niatnya nak nengok guard mounting pukul 11.30 pagi.
Almaklumlah kali pertama sampai London .......maka pagi tu kami tersalah jalan. Walaubagaimana pun tetap berpuas hati sebab dapat lihat bangunan-bangunan english kat sini. Pula tu Ahad, jalan raya memang lengang. Kami apa lagi.. snap gambar non stop. Walaupun hanya ambil gambar bangunan.
Cuaca pagi tu tak berapa cantik. Gloomy je sebab pagi tadi hujan renyai-renyai.
Bila kami pasti yang kami tersalah jalan dan berpatah balik, mulalah masing-masing berangan nak beli rumah kat sinilah nak buka hotel kat sinilah.. itu je lah kerja kami bertiga sepanjang jalan. Almaklumlah... berangan tak payah bayar.
Memandangkan Syieda tak tau apa nama bunga ni.. Syieda anggap ni ala-ala cherry blossom.. So kepada kawan-kawan yang nak jejak kaki ke Jepun tak lama lagi tu.. Sila petikkan sekuntum untuk Syieda pliss..
Akhirnya kami berada di track yang betul.Setiap kali nampak signage cenggini maksudnya ada public transport untuk digunakan. Tapi kami gigihlah pagi tu tak nak naik sebab kononnya nak bersenam dengan berjalan kaki. Hamboi bila kat negara orang barulah nak bersenam kekdahnya.
Cantik-cantik bangunan kat sini.. Macam-macam design.
London taxi  memang bersepah-sepah. Tapi kami tak naik pun. Mahal katanya. Marilah kita melakukan walkathon di negara orang. 
Berbekalkan map yang diberi oleh pihak hotel, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Buckingham Palace. Ingatkan kami antara yang awal sampai.. rupanya tidak. Ramai dah pengunjung berada kat sana. Waktu tu sejuk kemain uols!
Dari sini dah boleh nampak London Eye.
Akhirnya ..... berjaya juga Syieda merealisasikan impian nak ke London. Kalau cakap kat wan(nenek), dia tau London je. Yang lain kalau kata nak ke Santorini ntah mana-mana ntah dia ingat letaknya Santorini tu.

Kat sini tak perlu risau sebab ramai polis pelancong. Tanya je dorang soalan. Pasti dorang akan jawab. Almaklumlah waktu ni barulah kami rasa "hidup" sebab tiada lagi perbualan ayam dan itik.
Plan seterusnya, kami nak tambah koleksi Hard Rock..Dari Buckingham Palace boleh jalan kaki je tau.

Direction:-
Sebelah palace ada park. Masuk park tu (memang laluan orang ramai ke underground). Bila dah keluar park, lintas jalan dan gerak ke arah kiri(Old Park Lane) 
Tenang je kat park tu. Plan nak nengok pertukaran guard kat palace pun terbantut sebab lambat sangat nak tunggu pukul 11.30.
Sementara orang tak ramai, kami ambil peluang bermain daun kering. Aish desa sangat kami time tu. Tak lama lepas tu, mula la ramai  jugek nak main daun kering.
Disebabkan kami dah kelaparan, kami makan serunding je tau. Roti memang dah habis stok. Nak beli pun tak sempat. Sedih!
Apa yang Syieda suka tentang London ni ialah signage bersepah-sepah. Sangat mesra pelancong. 
Akhirnya... sampai pun kat Hard Rock of London. Owh yer... kat sini boleh claim Hard Rock Reward dan yang lagi best boleh claim tax tau. Nanti dorang bagi form, isi dan claim tax sewaktu meninggalkan negara eropah yang terakhir.

Telephone booth warna merah ni sangat wajib bergambar! Hanya ada kat London sahaja uols. Except kat genting & Cameron Highland tu la.
Tapi !!!!! Penuh sampah uols kat dalam tu!
Usai membeli koleksi HR, kami dah hampir flat. Semua plan nak balik hotel dan berehat. So sebagai ketua kumpulan yang berkaki lebar kaliber (uwek..uwek..) cadangan diperkenankan. 
eh?

Dari HRS tu, kami terus berjalan kaki.
Lalu tunnel mana ntah..terkagum seketika dengan tiles pada dinding ni.
Kami lalu kawasan Hyde Park sebab nak terkucil sekali lagi. Padahal tak minum air pun dari pagi tadi. Owh yer, Syieda memang suka minum air. Tapi sepanjang travel ke negara Eropah, Syieda cuma standby sebotol air ajer dalam beg. Itu pun botol mineral yang kecil. Kadang-kadang tu tak luak langsung. Sebabnya takut terkucil.
Ladies kat Hyde Park ni canggih sikit sebab terletak kat bawah tanah. Kalau malam, ntah macam mana la kan? 
Winter wonderland dah ada waktu tu kat Hyde Park. Boleh pula kami tak meninjau apa itu winter wonderland . So tak boleh nak cerita kat uols sebab Syieda pun tatau.
Jalan punya jalan.. ntah ke mana-mana kami berjalan. Rasanya lagi jauh daripada laluan pergi kami tadi.
Akhirnya kami sampai hotel dalam pukul 2 petang. Masuk je bilik.. masing-masing terus tido. Sedar-sedar dah pukul 10 malam. Baru la fikir nak mandi dan makan. Usai semua tu, sambung tido balik. Nak recharge energylah kekdahnya sebab esok kena bangun pagi.. Almaklumlah.. hilite percutian di London la katanya....


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER