Europe Trip (Day 22) - Jungfrau, Switzerland

Salam satu Malaysia! Giteww.......

Pada pagi hari ke-22 Euro trip aritu.... sempatlah breakfast kat hostel. Lepas berdandan ala-ala Che Ta (time tu sibuk cerita pasal majlis resepsi Che Ta) dalam pukul 10 pagi kami bertolak ke tren stesen. Kalau kat airport dapat kupon percuma untuk naik public transport, kat sini juga akan dapat kupon percuma untuk naik bas. Tapi tak semua hostel/hotel yang sediakan kemudahan begitu. Kira save sikit duit untuk bayar tambang. Yer tak?

Bus stop betul-betul di hadapan hostel. Sesambil menunggu bas, kami perhatikan ramai yang dok angkut alatan ski masing-masing. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai. Sudahnya kami berjalan ke tren stesen. Kalau semalam kami berjalan dari Interlaken Ost, tapi pagi ni kami berjalan ke Interlaken West. Jauh perjalanan lebih kurang sama je. Tapi kalau nak ikutkan perjalanan semalam view lagi cantik sikit kot.

Masih menggunakan Swiss Pass, kami terus ke Information Centre sebab kena beli tiket naik ke Jungfrau. Well, Syieda dah super excited time tu.... almaklumlah hilite percutian katanya. Swiss Pass kami hanya valid hingga ke Kleine Scheidegg je. Dari Kl Scheidegg ke Jungfrau, kena beli tiket lain.
Ni view tren stesen kat Interlaken. Aduh super cantikkan?? Memandangkan kami berada di Interlaken West, kami kena naik semula tren ke Interlaken Ost sebab Interlaken Ost tu kiranya macam central gitew. Tambang tak payah fikir sebab kami guna sehabis baik Swiss Pass. Owh yer, lupa nak bagitau.. Swiss Pass ni pakai la sampai lebam sebab tak payah nak fikirkan top up tau.

Sambil dok zikir excited...(eh?) kami layan la view kat luar tingkap. Memandangkan ini bukan kategori scenic route, makanya tingkap tak de lah seluas kereta api macam kat Montreux semalam tu. Tapi view masih cukup mengasyikkan.

Direction:
Interlaken Ost --> Lauterbrunnen/Grindelwald --> Wengen /Kleine Scheidegg --> Jungfrau
Dari Interlaken Ost, kami kena tukar tren kat Lauterbrunnen. Tak payah jalan jauh pun, tukar tren kat sebelah platform tu je. Kiranya Grindelwald ke Lauterbrunnen ke.. tetap boleh naik ke Jungfrau.
Sekarang tren mulai naik gunung. View memang ohsem sesangat! Tapi harap maaflah, sebab gambar semua ke laut dek reflection lubang hidung la, jerawat la dan sebagainya..
Kemudian kami kena turun semula di Kleine Scheidegg sebab nak tukar tren. Time ni, kami beriya-iya lari sakan naik tren ke jungfrau sebab bengang dengan geng memekak dari mainland tadi. Rupa-rupanya dorang tu naik coach lain. Selamat la telinga kami. Penat la juga kami turun naik tren tak sudah-sudah walhal cuma tukar 3 tren je pun. Almaklumlah.. stamina memang dah hazab sangat time tu.
Maka bermulalah ke-excited-an kami untuk jejak Top of  Europe katanya...Once naik je tren di Kleine Scheidegg , pelbagai info dipaparkan pada monitor. View toksah cakap la khenn.... ohsem tahap dewa uols! Tren bergerak betul-betul kat tepi orang main ski. Cemburu  kami melihat orang skiing penuh gaya tuh!
 Ni la tren kami di Kl Scheidegg yang terus membawa kita ke Top of Europe. Seat tak de la besar sangat. Kang tak mampu pula tren nak naik gunung.

Kebanyakan orang yang main ski ni bukan calang-calang orang tau... veteran uols! Kuat betul kederat dorang. Mohon agar daku pun memiliki kedrat macam dorang bila dah tua nanti..
Dalam perjalanan nak naik ke puncak Europe ni, tren akan berhenti di 2 stops. Setiap stop tu, kita boleh turun tren dan ambil gambar untuk 5 minit sahaja. Pun tak faham dah kenapa kami berlari-lari tak cukup tanah setiap kali nak turun each stop tu. Sudahnya sampai kat puncak kami memang flat abis! So pesanan Syieda, sila jalan relax-relax jer yer. Takkan lari gunung dikejar...eh?

Dari 2 stops ni, kita boleh lihat beberapa banjaran yang lain seperti Eigerwand & Eismeer. Sila layan view daripada lensa orang yang tak berapa nak terror sangat nih!
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami pun tiba di puncak setinggi 3,454 m dari aras laut ni. So sesiapa yang nak jejak Jungfrau ni, dinasihatkan datang awal atau pun stay semalam kat wengen (biasanya ada promo untuk hostel + jungfrau pass) sebab perjalanan dari Interlaken ke Jungfrau lebih kurang 3 jam dengan 3 kali turun naik tren!

Sila juga semak cuaca semasa. Sebab kadang-kadang Jungfrau ni tak boleh dilawati kalau cuaca teruk. Waktu kami naik puncak tu suhu -11 uols. Dan alhamdullilah aritu cuaca cerah sangat! So plan kami aritu , nak minimize kan beban yang diangkut. Kami gi simpan backpack kat locker. Jadi kami jalan lenggang kangkung aje...
Di Jungfrau ni terbahagi kepada beberapa section. Paling nak lawat ialah snow fun iaitu boleh main snow some more mau sledging! Tapi apakannnn daya......Tak cukup masa....

Mengikuti lorong "tour" yang agak scary tu....kami terus ke Sphinx ajer la.. Di sinilah kami jumpa dinding biru yang famous amos nih! Ok mari ambil gambar agar tak dikatakan propa... eh?
Gambar bawah ni lah bangunan yang membawa kita keluar ke Sphinx. Nampak macam tak caya jer sebab bangunan batu-batu je. Padahal kat dalam tu ...sangat la millinium dengan lift terlaju di Swiss katanya...
Indeks excited dah sampai bacaan 100 dah ni bila nampak platform terbentang luas! Memandangkan kami sampai pun dah lambat, orang pun tak ramai. Memang seronok la bergambar tak hingat dunia. Ntah napa la bff jadi penakut tak nak gi kat hujung platform tu. Mula la Syieda membebel suruh pergi ke hujung juga.. Almaklumlah kalau tak paksa dia sapa lagi nak tolong ambilkan gambar kaannnnn.
"Kita kena pergi sampai hujung sebab dah bayar mahal...bla..bla.." Giteww cara membebelnya...
Mohon jangan muntah lihat sepupu sebelah jiran punya anak sedara punya menantu Che Ta berposing.. wink..wink...
Tengah syiok berposing, Syieda konon-konon nak pusing area belakang platform pula.... time mau turun tangga .... tetiba ......jeng jeng jeng... ternampak punyalah tinggi platform tu dari celah jaring kat lantai. Terus pening tak pasal-pasal dan berjalan pegang dinding masuk ke dalam bangunan semula. Ya Allah time tu baru perasan platform tu tinggi yang tak terkata!  Dan mulalah bff pulang paku buah keras bebel benda yang sama pada Syieda. *malu sendiri*
Duduklah Syieda sorang-sorang kat dalam bangunan tu sementara menunggu bff berdua tu pusing satu Sphinx.
Syieda peminat water globe! So rasa macam nak angkut je yang besar ni. eh? Next kami decide nak cari juga snow fun tu. Tapi bila tengok jam dah nak pukul 4 petang dan last tren turun bawah ialah pada pukul 4.30 petang, maka terpaksalah lupakan ajer hasrat tersebut. Nampak tak kerugian di situ? Dalam perjalanan nak gi locker, kami sempat singgah ke panorama 360 je. Tak de pa pe pun sekadar macam pancaran slide/ laser pada dinding tentang Jungfrau.
Kami sempat menyinggah lobby untuk beli souvenir dan minum-minum. Dah nak balik ni barulah terasa kehausannya. Cafe pun dah nak tutup, so takat beli sebiji pisang dengan harga CHF1.5 dan coke CHF5.70. Kemainlah mahalnya. Kalau rajin silalah stamp passport anda di sini sebagai kenang-kenangan.
View dari cafe

Pukul 4.30 petang, kami pun turun lah semula ke Wengen. Satu coach pakat tidur. Penat sangat gamaknya. Bila nak tukar tren kat Wengen hari memang dah gelap. Dan perjalanan turun ke Lauterbrunnen memang agak menakutkan. Sebab lampu tren tak de la terang mana.. malap semacam dan tren dipandu dengan sangat slow. Nanti bila dah hampir sampai kat Lauterbrunnen barulah cantik sebab boleh nampak pekan Lauterbrunnen bermandikan cahaya.

Dari Lauterbrunnen nak ke Interlaken tak jauh sangat. Dalam 45 minit cengitu. Dan kami selamat tiba di Interlaken dalam pukul 7.30 malam. Keluar je dari tren dah ada announcement kat mana nak tunggu tren untuk ke Lucerne. Kami bertolak ke Lucerne pada pukul 7.55 malam dan tiba pada pukul 9.55 malam.

Sebenarnya cuak-ness semakin meningkat sebab kami tiba Lucerne dah agak lewat malam. Tempat tak biasa macam ni, Syieda prefer sampai waktu cerah. Senang sikit nak cari arah. Ni kalau dah gelap ....almaklum sahaja la..

Keluar dari tren stesen kami nampak pintu gerbang ni. Tersergam indah. So plannya nak naik bas ke hostel.
Disebalik arch ni ada banyak bus stop. Kami terus ke Platform F untuk naik bas nombor 18 terus ke Jugenderberge. Beli tiket kat mesin yang ada berhampiran bus stop. Kacang pis jek. Kat mesin tu kami main tekan-tekan je sampai jumpa perkataan Jugenderberge. Tiket tu valid dalam sejam cenggitu. Tengah beli tiket, boleh pulak bas 18 terlepas. Adoii.. Hujan renyai-renyai pulak tu.

Selain naik bas nombor 18, boleh naik bas nombor 19. Tapi daripada email, katanya naik bas nombor 19 macam kena jauh jalan kaki. Kami bertabah je la tunggu bas nombor 18 juga. Tapi sudahnya kami tetap kena turun kat Gopplismoosweg. Kiranya ni serupa route bas nombor 19. Kami tatau nak berhenti kat mana. Memandangkan kat monitor ada perkataan Gopplismoosweg, kami bantai tekan loceng.

Bas berentikan kami betul-betul kat simpang. Waktu tu kami tak de arah tujuan. Semua kawasan tersebut lengang kecuali ada sebuah restoran betul-betul kat simpang tu. Tetiba dari jauh kami nampak seorang perempuan yang turun sama dengan kami tadi, bagi signal suruh lintas jalan. Kami pun lintas jalan, lepas tu kami tak tau nak g mana. Sekali lagi nampak perempuan tu bagi signal suruh terus. Tak berfikir panjang, kami ikut je arah yang diberi tu. Agak jauh juga nak sampai ke hostel. Nasib baiklah ada signage untuk ke hostel. Tapi signage tu kecil je. Memang tak perasan kalau jalan waktu malam.

Urusan check-in memang mudah. Letak je beg, kami terus gi kaunter nak tanya tempat makan. Area tempat makan macam jauh kat town sana. Lagi pun menurut kakak kaunter tu, hari Isnin memang banyak kedai tutup. Owh gitu...kalau kat sini, Ahad yang banyak kedai tutup kan??. Sana terbalik pula dah. Hasil perbincangan, yang paling dekat ialah pizzaria kat simpang kami turun bas tadi. So menapak sekali lagi ke pizzaria. Masuk je kedai tu, katanya nak tutup dah. adeh... kebarangkalian tak makan malam tu memang tinggi. Dah la pening kepala dek penangan Jungfrau tu tak habis-habis lagi. Sampai hostel, kakak kaunter pelik kami balik sekejap je. Lepas cerita masalah kami....dia offer veggie instant noodles. Daripada tak de...kami beli jugalah. Tidurlah kami malam tu dengan perut separa kenyang....
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Europe Trip (Day 21) - Interlaken,Swiss

Pagi hari ke-21 kami bangun awal. Lebih kurang dalam pukul 6.30 pagi kami dah bersiap-siap untuk explore negara Swiss ni. Agak-agaknya la khennnn..napa uols suka Swiss??? Syieda suka Swiss sebab terpengaruh dengan cerita hindustan! Percaya ngak?? Kalau nengok movie hindustan rata-rata mesti ke Swiss. Sejak tu lah memang dah plan nak jejak kaki ke sini.

Sebenarnya la jugak kan...kat Swiss ni je la memang syieda tak buat iti. Omaiii dapat bayangkan tak betapa huru haranya trip kami aritu. Negara-negara lain memang Syieda buat iti sungguh-sungguh sampai naik tegang urat leher dek tenung laptop lelama..tetapi utk Swiss...... memang Syieda tak buat iti pun walaupun Syieda tak suka travel without iti. Contohnya la masa trip tahun lepas ke Jogja. Waktu tu memang kelam kabut sebab tak de iti. Konsep main redah memang tak sesuai bagi Syieda. Sebab totally lost! So Swiss ni memang ripit kesilapan yang sama!

Nasib la....beberapa bulan sebelum bertolak.. seorang blogger yang syieda kagumi "pm" syieda. Omaiii tak sangka uols sbb dapat berhubung dengan dia. Dulu syieda selalu follow blog dia. Frust sangat sebab blognya dah dinyahaktifkan sewaktu tripnya ke india. Dengan blog dialah syieda tahu tentang tido kat epot. Nasib jugaklah dia rajin melayan Syieda. Seorang ex-blogger yang tak kedekut ilmu. Kami banyak share apa-apa yang kami tau. Tapi macam biasalah....dia yang lebih banyak ilmu daripada Syieda. Miahahhaha..

Banyak pulak melalut kekdahnya!

Berbalik trip kami aritu, lepas bersiap-siap kami plan nak simpan luggage. Tak sanggup nak bawa ke hulu ke hilir beg yang besar tu. Tambahan pula dah beranak pinak. Berdasarkan study yang tak berapa nak study ritu..harga setiap bag yang ditinggalkan ialah CHF10/bag setiap hari. So kalau macam syieda yang ada 2 beg ni..mau CHF60 utk 3 hari. Bertabah la...tapi baiknya orang yang jaga kaunter tu..suruh kami simpan beg kat locker yang ada bertentangan dengan kaunter luggage storage tu. Sebab katanya simpan beg kat locker lagi murah. Hanya CHF9/day. Locker tu besar dan boleh simpan kedua-dua beg troli dalam satu locker. Tapi limitnya hanya 3 hari je. Bila bagitau yang kami akan tinggalkan beg 4 hari..dia kata tak pe. Letak je dalam locker tu. Hari ke-4 nanti collect beg tu kat kaunter. Boleh la save untuk luggage storage dr CHF20 ke CHF9 sehari. Banyak tu beza!

Lepas letak luggage, kami plan nak beli tiket tren. Dan untuk pengetahuan semua....salah satu sebab kenapa Syieda tak buat iti kat Swiss ni ialah harga tiket tren dorang yang sangat mahal!! Untuk 3 hari je dah nak dekat RM800 cengitu. Adoiiii banyak kali jugaklah berkira-kira untuk jejak Swiss ni. Tapi bila di tambah tolak bahagi.....tiket flight Swiss -Malaysia je la paling murah time tu. Nak tak nak terpaksalah ke Swiss juga. Dan apa yang Syieda perhatikan....pass regional tren dorang ni ...akan dapat sedikit discount kalau kita travel dalam kumpulan. Discount pun...macam takat 3 orang je la boleh dapat discount tersebut.  Lebih daripada tu..harga tetap sama. Syukur la aritu kami travel 3 orang. Dan syaratnya...kena sentiasa bersama-sama dalam group sepanjang perjalanan.

Selesai urusan beli tiket, kami turun ke platform sebab tren kami akan bertolak pukul 9.23 pagi. Dari pengamatan Syieda la khennn...sila patuhi waktu tersebut. Sebab kadang-kadang beberapa buah tren akan menggunakan platform yang sama untuk selang masa beberapa minit sahaja. Tapi tak perlu risau, sebab ketepatan tren dorang memang terbaik!

Perjalanan kami yang pertama ni akan terus ke Montreux. Sepanjang perjalanan memang cantik je pemandangan. Bertambah cantik bila dilitupi salji. Sukerrrrrr sesangat!
Kami sampai montreux lebih kurang pukul 10.39 pagi. Kuar je dari tren station kami turun ke tasik menggunakan escalator. Tenang je Montreux ni. Sampai kat sana plannya nak naik ferry ke castle (Chatau de Chillon). Tunggu punya tunggu...ferry tak sampai-sampai. Pastu boleh pulak tak de orang kat kaunter. So kami jangkakan sejam lagi sampailah ferry tu berdasarkan notis yang ditampal.

So kami pun berjalan-jalan kat area tepi tasik tu. Pagi tu ada pasar pagi. Punyalah ramai umat manusia. Bersesak-sesak kami mengharungi mereka. Sambil makan churros kami menikmati suasana pagi di Montreux.
Montreux merupakan satu city yang popular dengan festival jazznya. Bandar yang terletak di kaki pergunungan Alps ni memang tenang terutama sekali bila berada di tepi tasik Geneva.

Akhirnya kami terpaksa bergerak ke tren station sebab menunggu ferry yang tak muncul-muncul. Bila kami sampai di tren station...tren dah bersiap sedia tunggu kami. Seterusnya kami akan naik scenic tren terus ke interlaken. Kami tak reserved pun seat. Naik je tren, terus je la duduk seat belah kiri. (selari dgn pintu tren) . Tapi sebenarnya......dua-dua side pun pemandangan tetap ohsem!
Sepanjang perjalanan memang ohsem weiii. Bayangkanlah kalau kita boleh nampak pokok-pokok diselimuti salji kat bawah gaung. Sampai satu tahap ternganga jugaklah kami. Tapi satu yang tak bestnya....pesal apa la hai cermin tren tak berbasuh?? Memang menyirap je darah kami. Camera bukanlah canggih mana..so daki-daki kat cermin tu memang mencacatkan gambar kami. Tambahan pula.. memang tak reti ambil gambar kekdahnya.

Tapi...tau apa yang menggembirakan kami time nampak pemandangan sepanjang perjalanan aritu? Opkoslah salji. Omaiii berangan ni dapat main salji. Kemudian kami perlu turun di Zweisimmen sebelum ke Interlaken. Memandangkan kami ada lebih kurang setengah jam sebelum naik tren yang berikutnya... sempat gaklah kami berlegar-legar di kawasan tersebut.

Akhirnya kami sampai di Interlaken lebih kurang pukul 6 petang...cuaca ada sedikit cerah..tapi dah nampak bulan. Eh camana tu??
Dari Interlaken Ost, kami bergerak terus ke hostel. Cuak pun ada gak sebab hari makin gelap. nak tanya orang tak nampak pula kelibat orang lalu lalang. Tapi tak payah risau, banyak je signage ke hostel. Sampai hostel, kami terus bersiap-siap untuk makan malam. Lapar sangat dah time tu. Tanya pihak hostel, dorang suggest beberapa tempat yang boleh kami dine-in. Tapi kami tak pergi pun... sebab ternampak pizzeria betul-betul kat tepi hostel. So bagi sesiapa yang akan stay kat Balmers Herberge ni... Syieda sangat merekemen makan kat sini!
Kedai makan ni, tak de la besar mana... tapi makanannya adalah superb! Portion besar dan paling penting. .....cakap je apa semua ada kat atas meja. Mayo ada...sos cili ada ...malah cili padi pun ada uols.
Cer try spaghetti aglio olio... memang sedap! sampai la ni teringat-ingat kesedapannya. Tapi malam tu Syieda order pizza dengan coke. Harga ok je la kot.. CHF18.50
Lepas makan, kami terus balik bilik sebab mengantuk punya pasal. Tapi masing-masing sebenarnya berdoa agar nampak salji sebabnya bumbung bilik kami lutsinar. Tapi salji ke mana kami pun kemana sebab dah terlena.......
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER