Arigatou Japan - Day 6 (Nabanano-sato - winter illumination)

8 Dec 2014

Pagi ni terpaksalah said good bye bye bye kat Kyoto. Pagi jugak gerak dari hostel lebih kurang dalam pukul 7 pagi. Waktu sibuk mengangkut beg turun bawah, terserempak dengan seorang perempuan berbangsa cina ni. Borak punya borak.. eh sekali dari Malaysia rupanya.

Pagi ni nak ke Nagoya. Moh la kita.......

Direction:
Kiyomizu-Gojo --> Gion Shijo (Keihan Main Line)
Kawaramachi --> Nishiyama-Tennozan (Hankyu Line)
Nishiyama-Tennozan --> Nagoya (Willer Express)

Pagi ni memang guna K Card sepenuhnya. Bila sampai kat Gion-Shijo nak kena menapak ke Kawaramachi station pula. Tapi tak de lah jauh sangat pun. Waktu tu pun Gion tak berapa ramai sangat orang. Padahal hari ni hari Isnin. Ntah la.. patutnya sekarang ni peak hours. 

Menggunakan Hankyu Line, terus ke Nishiyama Tennozan Station. Station ni baru je dibuka. Tak sampai 3 tahun kalau tak silap. Sebab tu, kalau google,...... certain map masih tak de nama station ni.
Bila sampai kat sini nak kena cari pula kat mana tempat nak tunggu bas. Untuk bas ni, Syieda guna perkhidmatan Willer express . Murah je..... Dari Kyoto ke Nagoya cuma ¥1500 untuk 2.5 jam perjalanan. So sesiapa yang nak naik bas ni kena sentiasa alert dengan promo. Waktu nak booked nanti kena check jugak jenis seat yang korang nak dan paling penting sama ada boleh check-in luggage ke tak. Untuk route ni, Syieda booked jenis wide seat. Tapiiiiii alahaiiii.. kecil je seat tuh! Grrrrr...Kejam betul!

Waktu sampai kat Tennozan Station ni, ada 2 tempat nak tunggu bas. Outbound dengan inbound. Ah tak suka la bound-bound ni. Mcm James Bond je bunyinya. Tanyalah kat station master. Gadis Jepun yang sangat petite! Kesian gaklah dia terkial-kial nak jawab kat mana Kousoku Nagaokakyo ni. Sebut memang tak retilah. Tunjukkan aje reservation email kat adik tu. Punyalah dia menerangkan siap keluarkan map. Sekali seorang pak cik cleaner dengan bermurah hati nak tunjukkan arah. Hek eleh...... kat tepi station ni je pun tempatnya.
Pak cik tu beriya tanya. Tapi tak faham. Sayu je hati sebab tak faham apa pak cik cakap. So Syieda pun bantai la cakap Melayu. Hahahhaha...Yang pakcik tu cuma faham bila Syieda sebut Willer Express. Pastu dia siap tunjuk jadual ni. Syieda pun buat macam faham terus gi tunjuk pukul 11.20 yang warna pink tu. Ha... terus dia angguk-angguk.  Settled masalah.
Kejap lagi pak cik tu datang semula dengan segenggam gula-gula. Kesian kot nengok Syieda duduk sorang-sorang kat sini. Padahal waktu tu baru pukul 9 pagi kot. Lepas tu dia ajak naik lift. Lift tu ada kat dalam bangunan tu jugak. Rupa-rupanya naik ke tingkat 3, terus jumpa bus stop. Ha bagus betul la orang Jepun ni. Pandai betul menggunakan ruang sebaik mungkin.

Kejap lagi macam nak pergi pos poskad pulak. Memandangkan Syieda punya expectation terhadap Japanese yang sangatlah baik. .....tawakal je semua luggage tu letak kat situ. Ni kalau bapak Syieda tau memang kena membebel la kot sebab sesuka hati tinggalkan beg.

Pergi jumpa adik station master tu tadi. Mestilah dalam hati dia dok mengata..apa aje la pompuan gems ni nak lagi kot. Hahahha...

Tanya dia kat mana boleh beli setem. Banyak kali kot menyebut setem. Dia tak dapat jugak tangkap apa maksud setem. Sekali bila guna translator..."kokusai kitte" namanyeeeeee... euww patutlah semalam waktu kat Lawson nak beli setem tak faham-faham cashier tu.

Dia pun ajak Syieda ke kiosk kat tepi tu. Tapi sedihnya tak de jual. So dia bagi Syieda direction ke post office. Oleh sebab lama lagi nak tunggu pukul 11...Syieda pun gigih la menapak ke post office. Tak jauh pun dari station. Jalan kaki dalam 5-6 mins je.

Tepat pukul 11.10 Syieda naik ke tingkat 3 bangunan tersebut untuk tunggu bas. Tepat pukul 11.20 bas pun sampai. Hari tu, Syieda je satu-satunya penumpang yang tunggu kat sini. Sekali tuh... driver perempuan uols. Kagum la kan.. sebab pandu bas ekspress. Pastu siap angkatkan beg. Wow! Servis terbaik.

Nanti tunjuk je reservation email kat driver. Kalau tak bawa.. bagi je nombor reservation. Tapi kalau kita ni.. dorang dah sedia maklum kot.. sebab nama kita je yang pelik dalam list dorang tuh.

First thing first ialah whatsapp adik nak cerita yang seat kecil sangat. Nangis!

Dalam pukul 1.40 petang, bas pun turunkanlah kita kat Nagoya Station Noritake 1-Chome. Jauh tak jauh jugaklah menapak nak ke Nagoya Station. Jalan terus nanti kita dah sampai kat Nagoya Station/JR Station. First thing nak simpan luggage kat hotel. Hotel hari ni, Syieda booked betul-betul depan Nagoya Station. Tapi biasalah kan... mula-mula tu memang la sesat macam apa ntah.

Masuk je bilik cepat-cepat bersiap untuk ke Nagoya Station. So niari nak ke Nabanano Sato di Kuwana City. Nak tau apa dia tu?  Kenalah tunggu....hehehehe..

Since hotel ni paling hampir dengan Taiko Dori Gate, kita akan jumpa jam besar berwarna silver dulu. Owh ye.. dalam Nagoya Station ni..ada dua exit. Satu Taiko Dori Gate dan satu lagi Sakura Dori Gate. Kalau masuk lalu Taiko Dori akan jumpa jam silver, dan kalau dari Sakura-Dori akan jumpa jam emas.

Bila masuk je station ni... ya ampunnnn ramai sangat orang yang berlari-lari. Kita ni pun jadi sama macam dorang terlari-lari jugak. Walaupun tak tau kenapa berlari. Ha nengok tu kuasa orang Jepun...Jangan main-main taw!

Mula-mula macam biasalah kan.. nak mencari Tourist Information Centre sebab nak tanya kat mana Meitetsu Bus Center. Al-kisahnya..... bila baca komen orang dlm web... macam susah je nak cari bus centre ni sebab ianya terletak kat dalam Department Store. Boleh masuk akal ke?

Tapi bila dah dapat informasi... tak de jauh mana pun. Syieda siap minta kebenaran staf tu nak ambil gambar map yang dorang lukis. Gigih sangat melukis nampaknya!
Tu yang bulat tu jam emas kat Sakura Dori Gate. Keluar je dari bangunan Nagoya Station ni.. belok kanan macam arrow pink tu. Pastu jalan je terus sampai nampak satu patung mannequin yang super besar(Nana-chan). Naik escalator kat tepi mannequin ikut je signage ke bus station tu.
Nilah rupa jam emas tu. Ntah betul ke tak emasnya tak tau la pulak.  Tiket nak ke Nabana no Sato ni beli on the spot je. ¥1780/return. Lepas tu terus naik satu lagi escalator untuk tunggu bas kat platform nombor 22.

Apa yang menariknya di Nabana no Sato ni? Sudah semestinya ada winter illumination. Ni pun Syieda tau sebab ternampak satu gambar kat ig. Terus jatuh cinta uols!

Perjalanan nak ke sini dalam 35 minit cenggitu. Syieda macam terlelap kalau tak silap. Lagi pun tak menarik sangat pemandangan kat luar. Sebab yang ada cuma sawah padi yang dah kering.

Sampai park ni dalam pukul 5 petang kalau tak silap. Beli tiket masuk kat kaunter dengan harga  ¥2100. Tu termasuk dengan ¥1000 kupon untuk makan dan souvenir tau.

Walaupun baru pukul 5, tapi orang dah mula ramai. Park ni dibuka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam dan yang paling menarik ialah winter illumination yang mula beroperasi dari pertengahan bulan November hingga bulan Mac.

Kat dalam ni pun ada onsen. Kalau nak rasa rendam kaki dalam air panas...... silakan......
Nak naik Fujisan bergerak ni kena tambah bayaran lain. So tak kuasa....Nengok dari bawah je la...
Dan semestinya...... Syieda nak ke sini sebab nak merasa sendiri Tunnel of light yang merupakan antara hilite trip kali ini. Kalau tak silap, tunnel ni dibuka untuk laluan pada jam 5.30 petang. Waktu ni, Syieda pun terjebak sama dengan dorang ni yang gigih beratur kat depan tunnel. Pastu macam tak tahan kesejukan... terus chow. Kejap lagi bila datang balik... lagi panjang barisan. Tapi bagi Syieda la kan.. macam tak payah kot nak beratur bagai kat depan ni. Sebabnya, tunnel ni merupakan laluan oneway je. So kalau datang lambat sikit, sure tunnel ni dah lengang. Nak ambil gambar pun tak sengsara jiwa.
Tadaaaa... akhirnya...Tercapai jugak hasrat nak ber"milkyway"....eh? Hahahha... Mohon terasa siapa tu yang dah ber"stargazing" tak ajak aku tuh!
Ni gambar bila tunnel tu mula dibuka. Semua masuk macam kambing keluar kandang. Sekali dengan Syieda la tuh! Hehehehehehe...
One happy family gituh. Owh yer.. Syieda dok peratikan.. kat Jepun ni, dorang suka benor kawen awal taw!. Kalau lelaki tu.. nampak sangat muka mudanya. Yang perempuan tu pun sama... di carry nya bulu mata pelsu kat kelopak mata... pastu carry anak kat tangan kanan. Gigih sangat!
Sampai ke penghujung tu.. nampak pula Niagara Falls. Siap bunyi air lagi. Tapi bila nengok ni.. Syieda dok bayangkan suasana masa super show aje. Eh boleh?
Untuk laluan keluar, lalu tunnel lain pulak. Yang ni kejap tukar warna hijau la.. purple la.. pink la...
OTW nak keluar park pun.. banyak je kawasan berlampu-lampu. Memang cantik sangat.
Balik tu..... redeem voucher. Beli la dessert apa ntah. Rupa dia memang menarik sangat. tapi voucher souvenir tak redeem pun sebab tak tau nak beli apa. Fridge magnet pun tak de kat sini. Eh camana ni?

Nilah dessert apa ntah namanya.. Rupa macam tak menarik sebab dah terpenyek duduk kat dalam beg.
Tunggu bas betul-betul kat bus stop petang tadi. Tak tunggu lama pun.. bas dah tiba. So dalam pukul 6.45 petang dah bertolak pulang. Ni bila travel solo memang semuanya laju je. Kalau berdua ke bertiga.. sure lama kat dalam ni.

Sampai kat hotel, boleh eh terlupa nak buat sesuatu perkara yang penting iaitu nak buat reservation untuk makan kat satu restoran ni...Eiii geram tau! So mampu baca sini je la lepas tuh!

Ok ni tak tau nak cerita ke tak.. tapi cerita je la.. mana la tau berguna juga untuk korang yang plan nak ke sana. Sepanjang berbelas-belas hari kat Jepun ni... setiap hari memang Syieda mesti beli air ni. Harga varies. Masa kat Meitetsu Bus Center harga air ni ¥155. Sedap betul walaupun milk tea biasa je. Kalau ambil yang sejuk lagi best. Setiap hari bila minum air ni.. mesti dok zikir.. abislah aku kena kencing manis. Baru-baru ni.. adik Syieda ada hantar satu whatapps mengatakan yang air ni tak halal. sob..sob..sob..sob.. sedih mak! So korang pandai-pandailah bila kat sana nanti yer...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 5 (Kiyomizudera Temple)

Dalam pukul 6 petang, memang dah gelap kat luar sana tu. Lepas basuh baju, Syieda pun bersiap-siap untuk ke Kiyomizudera Temple. Kalau ikutkan, memang tak nak masuk pun temple ni. Tapi sebab semalam petang tetiba nampak temple ni bercahaya, terus rasa nak masuk temple tu.

Dari hostel, Syieda pun mendakilah jalan raya yang tinggi macam bukit tu. Mintak nyawa! Macam semalam, Syieda tak ikut laluan Kiyomizu-Zaka Street. Kiyomizu-street ni ialah laluan betul-betul depan temple yang ada banyak kedai jual souvenir tu. Memang ramai tourist akan lalu situ. Kiranya  Syieda akan jumpa sisi Deva Gate.
 Lagi satu untungnya lalu jalan ni, nak beli tiket untuk fall illumination tak payah beratur pun. Kalau lalu Kiyomizu-Street memang masak gaklah beratur nak beli tiket dengan suhu yang sejuk.

Al-kisahnya, semalam yang tetiba bercahaya temple ni sebab ada fall illumination. Dan nak ditambahkan sedap cerita ni, hari ni ialah hari terakhir untuk fall illumination bagi tahun 2014. Jadi bila berkira-kira macam rugi if tak masuk, terus decide untuk lupakan maiko kat Gion.

Fall illumination ni biasanya diadakan dipenghujung musim luruh. Seluruh tempat akan disinari cahaya. Harga masuk pun berbeza dengan waktu siang tadi. Semua pungunjung yang melawat temple ni semasa siang tadi akan disuruh keluar paling lewat pukul 5.30 cenggitu. Sebab fall illumination ni bermula dari jam 6.30 petang hingga pukul 9.30 malam kalau tak silap.

Lepas bayar ¥400, dok mendakilah tangga tinggi kat Deva gate tu.. Oleh sebab excited nengok cahaya, boleh pulak nak tersungkur kat tangga. Aish malu mak! Nasib baik tak ramai orang dan tak cedera. Cuma ada la melecet sikit kat lutut. Hihihihi..

Bila dah ada di depan Deva Gate tu... terus rasa gembira sebab tak perlu beratur panjang nak beli tiket masuk. Now sekali lagi nak kena memanjat tangga naik ke tingkat atas temple pula. Jauh juga berjalan. Akhirnya sampai di Main hall (Hondo). Dari sini boleh lihat bandar Kyoto yang bermandi cahaya. Orang memang toksah cakap la ........ramai sangat.  Sepatutnya, Syieda datang lewat sikit. Jadi tak payah nak berasak-asak dengan orang ramai yang excited sewaktu pukul 6.30 petang tu.

Syieda tak lama pun kat Kiyomizu Stage ni, sebab takut. Kalau nak tahu, Hondo ni dibina tanpa menggunakan paku. Euww.. Seriau bila ingatkan suasana masa tu dengan jumlah manusia yang ramai. Gambar mestilah gegar macam bela saka sebab orang ramai yang bertolak-tolak kat atas tu.
Main Hall(Hondo) .......View dari tepi. Ini lah binaan yang tak guna paku tu. Memang menakutkan. Dah la tinggi.








Dari Okuno-in Hall facing Hondo and Kyoto city. Nak cari port ambil gambar pun susah.  Kena pandai menyelit. Pastu nak fokus kamera pun gagal sebab orang belakang yang dok tolak-tolak nak ke hadapan.
 Gambar  Kiyomizu Stage di Hondo yang separa gegar. senang cerita dalam banyak-banyak gambar ... ni je la yang kurang gegar. Yang lain... hrmmmm.. sedih!

Oleh sebab sejuk yang dah sampai ke tulang kering, Syieda pun plan nak ke Gion kononnya. Lalu la Kiyomizu-Street. Ingatkan boleh lari dari godaan shopping kat sini. Eh.. ada pulak tu sesi menyinggah. Sudahnya Gion ke mana... shopping je lebih. Dalam pukul 10malam , Syieda pun balik semula ke hostel. Masih lagi tak de orang lain kat dalam bilik. Ntah pukul berapa dorang balik pun tak sedar.

-End of Day 5-

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 5 ( Toei Kyoto Studio Park)

Puas berjalan di sekitar Umahori Station, akhirnya pasrah sebab tak jumpa kat mana Keifuku Line. Yang pasti memang ada JR station je kat situ. So terpaksalah bayar ¥200 untuk ke Uzumasa Station. Ha nak buat apa kat Uzumasa Station ni? Sebabnya nak ke satu local theme park.

Moh la kita berjalan...

Keluar dari Uzumasa Station (JR Line), jalan ke arah kanan. Nanti akan melintas landasan tren... pastu dalam 5 minit boleh nampak signage ke Toei Kyoto Studio Park kat belah kiri.

Entrance fee cuma ¥2200 . Budgetnya kalau hujung minggu mesti ramai orang. Sekali tak ramai pun...Mungkin tak berapa popular kot park ni.
Kalau nak rasa Edo period, bolehlah ke sini ye kawan-kawan.
Dalam park ni, ada banyak show. Nanti waktu beli tiket, kita akan dibekalkan dengan jadual persembahan pada hari tersebut. Ada certain show kena bayar. Tapi Syieda langsung tak sempat nak nengok mana-mana show pun sebab dok ralit ambil gambar kat luar je.

Kalau tak tahu kat mana tempat show tu, boleh tanya staff kat sana. Dorang pakai baju cengini. Nak mintak ambil gambar pon boleh.
Park ni sebenarnya, ialah studio.Tapi open air la. Set penggambaran ada yang dibuat di dalam bangunan. Senang cerita, semua kawasan ni merupakan tempat penggambaran sesebuah filem. Kalau bernasib baik, boleh melihat sendiri bagaimana mereka merakam filem di sini. Waktu Syieda datang tu, ada rakaman kat atas bumbung salah satu studio tu. Tapi ntah belah mana ntah.

Street performance pun ada. Memang kena pandai curi masa nak ikut serta dalam semua show yang ada pada hari tersebut.
Paling best, kat sini ada perkhidmatan sewa baju. Pelbagai baju boleh sewa. Kimono boleh, nak jadi ninja pun boleh. Baik perempuan, lelaki mahupun kanak-kanak. Harga antara ¥8,500 hingga ke ¥16,000. Kalau tak silap.....harga tu  sekali dengan make-up kot.

Secara peribadi, Syieda suka kot idea untuk sewa costume kat sini. Salah satu sebabnya, kat sini kita free bergambar dalam suasana zaman Edo. Plus tak ramai orang. Sure tak de orang photobomb. If tak nak sewa costume untuk berjalan-jalan, sewa untuk bergambar kat studio je pun boleh.
Tempat ni tak de la besar sangat dan tak de la kecil sangat. Tapi yang lamanya sebab nak tunggu show tu yang buatkan kita akan lama kat sini. Bagi Syieda dalam setengah hari dah cukup kot kalau tak sewa costume.
Sejuk tu tak payah cakap la kan... Pastu perut pula lapar. So makan la jagung bakar. Memang la win makan panas-panas!

Gambar ninja kat bawah ni, sebenarnya memang bergerak tau. Mula-mula dari jauh ingatkan manusia. Sekali robot je tu. Ish tertipu mak cik!
Ntah macam mana la orang pakai kimono tu boleh tahan sejuk.  Dek tak tahan sejuk, Syieda sanggup masuk dalam movie museum walaupun tak kenal langsung siapa dorang. Tapi masuk muzium tu nak mencari tempat duduk sebenarnya. Al-maklumlah.. time tu tumit kaki memanglah sakit tahap tak boleh dimaafkan lagi.
Comel je 2 orang adik-beradik ni. Mak bapak dorang bawa tawaf satu park. Siap mak bapak dorang bagi laluan kat Syieda untuk rakam gambar anak mereka. Budak dua orang ni memang fotogenik. Kejap pose gitu..kejap pose gini...Senyum je bila nak ambil gambar.
Dalam pukul 3 petang, Syieda berjalan kaki ke Uzumasakorjuyi Station sebab nak naik Randen tren terus ke Shijo Omiya. Ye la kan.. dah bayar Randen 1 day pass. Kena la guna sehabis baik pass tu.

Keluar dari castle gate studio park tu, ke arah kanan.. Dalam few blocks jugak. pastu ke kanan lagi dan Randen tren station ada kat belah kiri. Nak guide pun tak tau. Senang cerita nanti sebelum korang keluar tu, ada map kat castle gate.

Bila sampai di Shijo Omiya(permulaan route Arashiyama Randen Line), macam rasa nak ke Gion. Tapi kena buat timbang tara sama ada nak ke Gion atau nak ke Kiyomizudera Temple semula. Kalau untung sabut, bolehlah nampak Geisha kat Gion. If tak.. memanglah makan hati.  So Syieda decide nak ke Kiyomizudera Temple semula sebab nak nengok apa yang bercahaya semalam tu.

Mula-mula kat Shijo-Omiya Station tu plan nak naik bas. Sama route macam pagi tadi. Tapi bila fikir kena bayar ¥200 lagi, baiklah kita guna K Pass walaupun kena berjalan kaki sikit. Tapi tak payah risau, tak jauh pun dari Shijo Omiya (Randen Line) nak ke Omiya Station (Hankyu Kyoto Line). Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai.

Dari Omiya Station (Hankyu Kyoto Line), Syieda turun kat perhentian terakhir di Kawaramachi. Pastu berjalan kaki ke Gion-Shijo Station (Keihan Line). Waktu nak ke Gion-Shijo Station ni, boleh pulak plan nak jalan kaki ke hostel. Memang tak jauh pun nak ke hostel dari Gion ni , agaknya dalam 30 mins aje. Tapi tu berangan je la nak berjalan kaki. Baiklah naik tren. 

Sampai di Kiyomizu-gojo Station (Keihan Line), rasa macam nak balik hostellah pulak. Memang tak de masalah pun kalau singgah hostel, sebab otw nak ke temple tu, memang akan lalu depan hostel. Bolehlah rehatkan kaki sekejap. Alang-alang nak rehatkan kaki, kenalah rehatkan perut juga. Biar perut pun happy. 

Marilah kita beli takoyaki kat satu kedai ni. Sebenarnya dari semalam dok riki kedai ni.  Al-kisahnya, kat depan kedai tu, ada kertas bersaiz A4 dorang tampal semata-mata nak bagitau takoyaki dorang diperbuat daripada apa. Ye la kan.. mungkin dia malas nak terangkan kat orang macam kita berulang-kali. So dia tampal siap-siap kat depan kedai. Senang cerita ye tak? TERbeli takoyaki dengan cream cheese. Walaaaa... sedap ya ampun!
Bila sampai kat hostel, alahaii... tak de orang pun. Nampak sangat sindrom orang tua dah ada dalam diri ni. Kalau muda mudi mesti tengah malam nanti baru muncul dalam bilik kan? Tua sangat kew kita nih??

Dari dalam bilik sempat makan takoyaki pastu rehat sekejap. Nasib baik tak terlelap. Kalau tak...... sesia je terlepas Gion mahupun Kiyomizudera Temple.
# Kyoto Tower view dari dalam bilik

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER