Arigatou Japan - Day 16 (Nagoya)

18 December 2014

Tengah syiok-syiok tidur dalam cocoon tetiba terasa sejuk je lengan ni. Ha terus celik biji mata. Rupa-rupanya lengan terkena dinding bas. Eh pesal apa sejuk sangat pulak dinding bas ni.. bila selak langsir ..Omaiiiii snow!!!

Memang lebat sangat snow kat Nagoya hari tersebut. Nagoya berubah wajah dalam masa 10 hari sahaja!  Excited sangat time tu.
Macam biasalah...bas berhentikan tak jauh dari JR Station. Waktu berjalan ke bangunan JR tu, banyak kali berhenti sebab snow dok mengikut kat roda beg. Jadinya agak payah nak menarik beg tersebut. Tempat pertama yang dituju haruslah locker untuk menyimpan semua beg ni. Punyalah payah nak cari locker. Penuh aje memanjang walhal time tu baru pukul 8 pagi. Rupa-rupanya, warga Jepun ni akan simpan segala beg dalam locker sebelum pergi kerja. Tak tau la kenapa dorang buat cenggitu. Akhirnya dapat gak locker dekat dengan jam emas ni.
Konon-konon pagi tu nak pergi shopping. Al-maklumlah esok nak balik Malaysia dah. Tapi tak tau sebenarnya nak shopping kat area mana. Sebelum kita redah...meh lah kita pergi cuci mata dulu. Nengok salji sebab jakun yer..
Time ni memang kena berhati-hati. Jalan dah start licin. Pagi tu je dah nampak orang tergolek kat tengah jalan. Seriau ok!
Wah.. nampak dah bangunan hotel yang Syieda stay aritu. Eco Hotel nama diberi yer. Dekat sangat dengan JR Stn. Lepas tu sempat gi breakfast kejap kat cafe yang ada di situ. Takat minum hot chocolate je pun. Aktiviti "Membunuh Masa" namanya ni..sementara nak tunggu kedai mula beroperasi.
Pagi ni nak naik Nagoya Metro. Memandangkan Syieda pun cuma ada sehari ni je..makanya idoklah membeli apa-apa pass. Rasanya macam guna Suica Pass. Senang. Kalau tak silap la kan.

Nak gerak ke metro stn tu kena keluar bangunan JR Stn  (arah jam emas/Sakura Dori Gate). Kat depan bangunan tu ada lift turun ke subway.

Destinasi pertama ke Otsukayaraya . Plannya nak memborong kain utk souvenir adik beradik. Tapi apakan daya.... kedai belum buka. Dah la snow sangat lebat.

Pastu apa ke halnya Syieda pun tatau......menggelupur cari tempat berteduh seolah-olah basah kena air hujan. Bila sampai Malaysia..baru terfikir yang dok berlari mengelak kena salji tu dah kenapaaaa????

Otsukaya Route:
Nagoya(S02) --> Kurumamichi (S07) -Sakura Dori Line(red line)
Keluar aje exit 4, store tu kat belah kiri.

Meh Syieda belanja gambar sekitar Otsukaya Store yang belum bukak tuh.
Oleh sebab hampa.. patah balik ke subway dan ke Osu Kannon la kita yer.

Route:
Kurumamichi (S07) --> Marunouchi (S04) - Sakura Dori Line (Red Line)
Marunouchi (T06) --> Osu Kannon (T08) - Tsurumai Line (Blue Line)
Keluar exit 2 yea.
Keluar exit 2 tu, kena jalan sikit. Pastu nanti korang akan nampak temple kalau tak silap kat belah kiri. Lalu je lorong depan temple tu dan akan lead korang ke pintu gerbang ni. Meh la kita jengok apa yang boleh di shopping. Al-maklumlah tazzabar nak shopping ok!

Sekali lagi hampa! Kedai belum bukak rupanyeeee. Dah la sejuk melampau time tu. Memang fikir nak cari tempat berteduh je. Akhirnya, nampaklah kedai kebab ni. Walaupun tekak tak nak makan.. terpaksa la order  juga sebab nak tumpang berteduh punya pasal. Kata tak nak makan kannnnn.. tapi licin yer!
Lepas makan tak tau nak buat apa. Memang mati kutu kot sebab kedai belum buka sepenuhnya. Oleh sebab tak tau nak buat apa... naik semula metro ke Nagoya Station. Pastu asyiklah mundar mandir kat luar bangunan dok kagum dengan snow. Memang kgdotcom okies.
Dalam pukul 10 pagi, angkut semula beg dan misi mencari hotel pun bermula...Dari Nagoya Stn, naik tren terus ke Sakae. Boleh tahan ramai juga orang dalam tren. Rasanya ada lah 3 kali lepaskan dorang naik tren.

Bila sampai Sake Stn, punyalah jauh berjalan mencari exit 12. Bila jumpa exit 12, punyalah tinggi tangga nak kena daki. Pastu mundar mandir dengan beg yang beranak pinak tu untuk mencari floor map. Elevator yang paling dekat ialah di exit 11. Patah balik ke exit 11 dan naiklah elevator dengan penuh gaya kepuasan.

Bila dah sampai kat atas..ku pandang kiri..ku pandang kanan..tak jumpa langsung apa-apa landmark yang berdekatan dengan hotel. Padahal skip satu exit je kot. Pastu malas nak fikir ..terus mencari teksi. Eceeee ceeeee.. berlagak kayalah waktu tu. Driver teksi tengah tidur pulak. Pastu bila ketuk tingkap baru terjaga. Paling best boleh eh lupa yang pintu teksi tu akan buka secara automatik. Patutlah masa mula-mula try nak buka pintu tak berjaya. Akhirnya...sampai pun ke hotel tak sampai pun 10 minit. Nampak sangat dekat.

Sampai je kat bilik, campak beg kat atas lantai.. terus tuju ke atas katil dan ZZZZ... Like seriously ???? Penat yang hamat waktu tu taw!Sedar-sedar dah pukul 7 petang. Ohoiiii punyalah lama ko tidur. Pastu stok tidur mati.

Pastu bersiap-siap nak terjah bandar Nagoya kononnya. Plan memang berderet kot tempat nak visit malam tu. Bila keluar je hotel.. nah amik kooo.. snow lebat gilos. Berdasarkan info yang dapat dari kakak kaunter hotel tu.. tak jauh pun nak berjalan ke Ferries Wheel di Sunshine Sake. Kena jalan straight je.
Napa ntah bila jalan je kat area sini.. tetiba rasa berjalan kat Orchard Road S'pore pulak. Eh tetiba??? Walhal ko sendiri tak pasti pernah jalan kat Orchard Rd ke tidak. Agagagaga

Dari jauh dah nampak Don Quijote  Hakodate yang berwarna warni tu. Korang rasa ada Syieda kisah dengan ferris wheel yang memang ada dlm top list to visit? Nan hado la nak menilik ferris wheel tu. Al-maklumlah belum shopping barang souvenir kan.. harus store tu ku terjah dulu. Don Quijote ni shopping mall yang menjual barang agak murah. Tapi tak de la souvenir macam fridge magnet ke keychain ke.

Syieda memang nak pergi store ni dari Tokyo aritu. Sebabnya nak beli 1 beg lagi. Almaklumlah beg yang sedia ada tak mampu menampung isi perut. Tapi sebenarnya Syieda ni memang gagal bab packing barang yer.  Sebab tu.. asyik kerjanya nak menambah beg.
Direction ke mall ni senang je.....bertentangan dengan ferris wheel sunshine.

Habis shopping, semua plan ntah ke mana sebab kiri kanan tangan penuh dengan beg plastik. Nak tak nak terpaksa balik semula ke hotel. Nampak Nagoya TV Tower (macam eiffel tower tu) dari kejauhan aje.

Sampai hotel banyak kali swipekan keycard tapi pintu tak boleh buka. Rupanya kau salah bilik. Rasakan!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 15 (Disneyland Tokyo)

17 December 2014

Pagi ni memang keluar apartment lambat sebab takut terserempak dengan orang nak gi kerja. Al-maklumlah nak mengangkut semua beg. Takut nanti dicerca pula oleh warga pekerja pagi tersebut.

Lepas bersiap-siap around pukul 10 pagi terus naik tren ke Tokyo Disneyland.

Tokyo Disneyland
Higashi Kurume--> Hibarigaoka   (Seibu Ikebukuro Line Semi-exp)
Hibarigaoka --> Ikebukuro     (Seibu Ikebukuro Line Rapid Exp)
Ikebukuro  Y09 --> Shin-kiba Y24    ( Tokyo Metro Yurakucho Line)
Shin-kiba --> Maihama   (JR Musashino Line)

Disclaimer: Route panjang berjela tu dari apartment Syieda tau.

Sampai Disneyland dalam pukul 12 tengah hari. Mulalah menggagau mencari locker. Semua locker besar penuh! Adeiii...

Dari situ naik Disney tren semula  ke Disneysea. Untuk pengetahuan semua.. di Japan ni ada dua Disney Park-->  Disneyland dan DisneySea. Dan malam ni Syieda nak naik bas ke Nagoya dari parking lot area DisneySea. Berbekalkan  beberapa yen, membelilah tiket tren kat kaunter. Sekali bila nak tap kad tersebut barulah perasan ... mengapakah engkau tidak menggunakan Suica Card.. Ada kebingaian di situ yer..

Macam biasalah..interior design memang kebaboom.. Lebih kurang macam HK Disneyland jugak.
Now bila dah turun dari tren stn di Disneysea tu.. gerak ke kiri yang mana ke bangunan paling akhir sekali yang telah dikhususkan untuk locker. Berpeluh la hai mencari locker tak jumpa. Akhirnya jumpalah satu je locker yang kosong. Memang bernasib baiklah juga sebab locker tu paling besar. Kalau tak silap dalam Y900. Kalau tak silaplah. Maklumlah entry dah makan setahun lebihkan.. Mana la ingat sangat. Hiks ..

Nasib baik jugaklah ada mesin tukar note kepada coins kat situ jugak. 
Lepas dah tinjau tempat nak tunggu bas malam nanti, Syieda pon naik lah monorel semula ke Disneyland. Adoiii lawa gilos kot hotel-hotel kat sini! Tapi mampu nengok je la.
Bila masuk je dalam Disneyland ni.. hati memang berbunga-bunga.. Tak taulah kenapa. Happy semacam je. Senyum pun sorang-sorang.
Angin punyalah kuat! Al-maklumlah DisneyPark kat Japan ni dikelilingi lautan. Jadinya memang angin bertiup agak kencang hari tu.
Berjalan sorang-sorang tak tau nak pergi mana. Mungkin tak de member.. jadinya keghairahan naik rides semua sangatlah menghampiri zero. Pusing punya pusing.. Syieda gi masuk satu building untuk menonton bear show. Amekko... tu untuk budak-budak punya show. Sebab rata-rata mak bapak yang bawa anak kecil masuk sini. Syieda pulak masuk sini sebab sejuk sangat. Kaki, tangan, muka semua dah kejung.

Walaupun tak faham sepatah hape pon... namun masih boleh layan sambil tertidur. Ahaks.

Lepas menonton bear show tu.. masuk gaklah dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari souvenir. Tapi tak de berkenan. even snowglobe pon tak jumpa. So sad! Dalam banyak-banyak pengunjung hari tu... paling kaya ialah student la kot. Memborong sampai tak cukup tangan. Kaya betol depa ni!

Apabila sedar diri bahawa terlupa ambil map.. gigih pergi mintak mak cik sweeper. Baik betul dorang melayan. Belek punya belek dan ditambah sejuk tak boleh blah.. nampaklah satu cafe untuk golongan vegetarian. Apa lagi..haruslah gi sana walaupun tak lapar langsung.

Nak makan sini pun satu hal lagi. Beratur ko! Punyalah panjang. Dan cafe ni macam tersorok sikit. Nasib baik Syieda datang awal. Kalau tak.. merasalah beratur dalam lingkaran ular gamaknya
Pilihan pun tak banyak. Redho aje la apa yang ada.

Tetiba rasa macam kambeeengggg sangat!
Lepas makan merayau jugaklah mencari souvenir lagi.  Tetap hampa..Selamatlah yen dalam pocket untuk berjimba saat dikau kat Nagoya nanti.
Pukul 8 dah ramai pengunjung duduk kat depan castle untuk tunggu bunga api. Syieda baran je la kot.. nengok sipi-sipi aje.. Ye lah.. nak join tak boleh sebab kena naik bas sebelum 10 malam kat parking lot DisneySea. Dalam hati berdoa minta-minta dorang cancel fireworks show malam ni...

Sekali tak lama lepas tu ada announcement katanya fireworks show malam tu terpaksa dibatalkan due to cuaca yang tak sesuai. Tersenyum memang meliriklah Syieda waktu tu. Happy semacam sebab orang lain pun tak dapat menonton show tu.. Har har har....busuk hati.

Tapi rata-rata pengunjung tetap tak juga berganjak dari depan castle tu. Adoii tak tau sejuk ke depa ni.

Dalam pukul 8.45, Syieda patah balik ke DisneySea untuk ambil luggage yang berkoyan-koyan tu.
Parking lot ada kat belakang bangunan luggage storage tu je.  Tunjukkan confirmation email dari Willer company tu kat budak-budak yang dok jaga bas kat situ.. Dan tunggulah dalam 20 minit sebab bas belum sampai.

Kejung gaklah pipi ditampar angin laut malam tersebut. Untuk malam tu..Syieda pilih cocoon seat. Ni lah rupanya seat tersebut. Tak de la privacy mana pon.. sebab kejap lagi bas akan tutup lampu.
Naik je bas.. memang tak sedar apa dah. Penat kot menarik beg yang banyak tu. Tiba-tiba Syieda tersedar bila lengan Syieda tersentuh benda sejuk. Ehhhhh apakah itu??
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 14 (Yokohama)

16 December 2014

Pagi ni macam leisure-leisure sikit sebab tak boleh stick to itinerary as Tokyo hujan wei... Lebat pulak tuh. Sampai kat Ikebukuro, terus terjah ke Kit Kat Boutique.

Address: 
Seibu Department Store
1-28-1. Minami-Ikebukuro,
Toshima-ku, Tokyo
Open: 10am-9pm (Monday-Saturday)  -- 10am-8pm (Sunday & holidays)

Tak besar pun boutique tu. Cuma kat corner bangunan je. Kalau tak silap level ke apa ntah- A7 yang guide Syieda ke situ. Hari tu Syieda tak beli banyak pun, sebab dah ramai orang beratur. Main ambil je apa yang Syieda nampak. Kalau tak silap, Syieda ambil cream cheese dengan apa ntah.

Dari situ, Syieda terus ke Shibuya sebab #Merengmate kata ada orang bagi tau, Shibuya snowing semalam. Eh? rare sangat tuh. Dan memandangkan plan hari tu memang akan start dari Shibuya...moh la kita ngopi-ngopi dulu kat Starbuck sambil nengok orang melintas jalan.
   
Lepas beli hot choco dengan chips, terus naik ke level 1. Port kat tepi dinding memang dah penuh. So terpaksalah duduk kat bahagian tengah cafe. Dapat jugaklah cuci mata nengok orang lalu lintas kat bawah tu. Habis je makan, terus menyelit kat meja depan. Adoiii minah 2 orang ni.. tak reti ke nak bangun. padahal.. minuman dah lama kot habis. Time Syieda berdiri kat meja tu.. salah sorang dah nak bangun sebab nak bagi Syieda duduk. Tapi syieda kata tak pe.. Eh.. dia sambung duduk balik. Tak faham kot orang berkias agaknya.




Dah puas kat Starbuck tu.. terus ke tren station kt bangunan bertentangan ni untuk naik Minatomirai Line pulak. Almaklumlah nak ke Yokohama.
Memang plan hari ni nak balik malam sebab nak nengok Yokohama yang cun pada waktu malam.

Direction:
Shibuya --> Minatomirai (Tokyu Toyoko/Minatomirai Line Exp)

Perjalanan selama 35 mins tu lengkap dengan tidur bagai. Orang tak ramai pun ke Yokohama. Lagi satu, stesennya bersih sangat! Memang la stesen kat Jepun ni bersih. Tapi ni extra bersih.

Keluar dari perut tren, macam masuk kat dalam bangunan yang besar bertingket-tingket. Nengok directory kena ke 1F sebab tujuan utama ke sini selain nak nengok view Yokohama yang cun ialah nak naik roller coaster dalam air di Yokohama Cosmo World.

Keluar je dari bangunan tersebut... omangaiiii hujan yang super lebat! Berdiri lama gak kat kaki lima tu dengan harapan teduhlah hujan tu sekejap. Sekali nan hado!
Terpaksalah meredah jugak hujan hari tersebut. Apa lagi.. bukaklah payung yang beli kat Kanazawa tempoh hari. Tak sangka...berguna jugaklah payung tuh.
See... bunga-bunga tau payung tuh (gambar bawah)
Memang excited kot bila nampak roller coaster tuh! Sekali tak beroperasi sebab hujan. Ceh..gigih lah mengharung hujan.

Cosmo Land World Theme Park
11 am-8pm
No admission fee. Tapi setiap ride ada bayaran sendiri la.


Lama kelamaan ...hujan makin lebat. Apa pun tak nampak. Berkabus tebal je hari tu. Patutnya.. dari sini boleh nampak pelabuhan siap dengan Fujisan.. tapi apakan daya.. rupa pelabuhan pon tak nampak.

Sudahnya terpaksalah pulang dengan kehampaan.. Bila check kat weather forecast, hujan memang sampai ke malam. So Nippon Maru ke ....apa ke.. hanya tinggal mimpi je la hari tersebut.

Lepas dah berhati lara tu.. terpaksalah balik ke Tokyo semula. So plannya nak beli sedikit barang kat HR Roponggi.
Direction:
Minato Mirai --> Naka-Meguro (Tokyu Toyoko Line)
Naka-Meguro --> Roponggi ( Hibiya Line)

Sekali katanya cari exit #3. Puas kot mencari exit tu...tapi tak nampak. Ye la kan.. nak nampak camana sebab waktu buat itinerary hari tu.. ikut line lain. Ambik ko menggelabah tak pasal-pasal. Sudahnya kalau tak silap ikut exit #1 ke 2 ntah. Sekali tu.. bila keluar....hujan yang lagi lebat dari Yokohama siang tdi. Adoiii basah lencun kaki.  Tak tau nak ikut arah kanan ke kiri. ke nak kena lintas flyover yang besar kat depan ni..

Udahlah tak nampak pun Tokyo Tower yang patutnya nampak besar gedabak. Laaaaa.... rupanya.. keluar je dari bangunan tu...kena ikut arah kanan. Sampai jumpa satu junction. Ikut belah kanan lagi. (Tak payah nak lintas bagai).. Barulah nampak Tokyo Tower yang rupa ala-ala Eiffel Tower tuh. Jauh gaklah nak cari HR ni. Siap singgah satu minimart ni.. Gi beli buah-buahan la pulak. Mimpi apa ntah membeli pun tak tau.. Padahal..esok dah nak berangkat ke Nagoya dah..

Jalan lagi dalam 5 minit... barulah nampak HR shop dengan cafe kat belah kanan. adoiii punyalah payah nak cari dalam hujan. Bila singgah sini.. terus grab je apa yang nampak. Sebab shop dia kecik je. Dah la kita ni basah lencun. Pastu penat kot bagi laluan kat satu group kakak-kakak ni yang tak cukup pulak duit nak shopping. Adeh...

Settled beli...baru balik ke apartment. Otw tu sempat membeli milk tea Kirin tuh. Pastu siap beli roti. Yang bagusnya.. roti tu jual 3 keping je. Senang sekali hadap je. Dah nak balik ni... barulah teringat dan terjumpa instant rice. Hahahha.. Apa punya bengaplah berbelas hari boleh lupa nak beli nasi. Sebab hari-hari yang lalu...banyak makan roti gardenia yang diimport dari Malaysia.
Sampai kat apartment tak retilah hai nak guna stove dengan microwave tuh. So tadah air panas..pastu rendamkan nasi. Sekali bila bukak wrap tu.. belah atas je yang panas dan lembut. Belah bawah keras macam hapa je.. Tapi habis je makan nasi tu. Memang dasar lapar la kot.
Hue hue hue...



aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER