China 13583km - Day 4

6 Dec 2015
Pagi ni terbangun awal la sikit dek tak selesa tidur dalam gerabak yang bergerak. Sikit-sikit terjaga sepanjang 11 jam perjalanan. Pak cik sleeper sebelah tetap nak berbual. Syieda pun main jawab je la ikut suka hati nak jawab apa. Beberapa minit nak sampai, ada inspector kereta api kutip slipper. Ingatkan dapat free. Ghupanya idok yer.

Akhirnya, jam 8 lebih sampailah Syieda di Xian. Ada sedikit keterujaan di situ ya. Sebab apa? Sebab memang plan nak makan aje apa yang ada kat sini.
Gitew la orang gems....ingat makan aje kerojenya.
Oleh sebab langsung tak membuang sepanjang berada kat dalam kereta api semalam, nampaklah toilet kat area-area situ. Gigih ni masuk. Sekali.......
Eh?? Apa ni? Pelik hokei toilet cenggini. Pastu nampak la pulak ada je yang tersenggih-sengih membuang tak reti nak tutup pintu. Adehhh.. Kecelakaan apakah ini??
Pastu ikut je orang ramai keluar train station. Eh??? Dah sampai dah? Kecik bebenar rasanya train station ni. Tapi tidak sebenarnya ya. Untuk ke waiting hall pula, memang besar sebab ada 2 tingkat.

Wallaaaa... keluar je memang dah tersergam gagah perkasa wall perimeter ni. Pastu ntah nape, Syieda pun senyum sendiri.  Nampak tak orang yang sedang mengangkut plastik putih tu? Kat sini memang pemandangan biasa kalau korang nampak pak cik - pak cik tua dok mengangkut barang yang 2 atau 3 kali ganda lebih besar dari badan mereka. Muka pula kemain cool aje. Serious gagah perkasa.
Cuaca pagi tu tak berapa memberangsangkan sangat. Aish....kabuslah pulak dah. Dari situ, terus berjalan kaki ke hotel. Tak susah pun nak ke hotel. Jalan straight aje. No belok-belok. Jiefang Lu memang betul-betul depan train station. Korang yang nak cari hotel, boleh consider area jalan ni.

Lepas jumpa hotel, lepak-lepak kejap, pukul 12 barulah bergerak. Plannya nak cari makanan. Walhal Syieda punya bahu naik rebeh mengangkat stok makanan dari Malaysia. Tetap nak gi makan kat luar.

Turun bawah, tanya receptionist haram tak faham. Macam biasalah accent kita kan tak sama. Dalam banyak-banyak perkataan disebut, tetiba ada lah satu perkataan tu yang dia faham. Terus bulat mulut dia cakap OO0000OO00000...

Hari ni nak ke Bell dan Drum Tower.  Bell Tower sebutnya Zhong Lou ye. Untuk ke sini, dari hotel kena menapak sikit untuk naik bas. Bas ambik betul-betul kat depan Xian Railway Station tadi. Area KFC. Owh ye, Kalau korang dari train station, kat jalan tu, ada McD belah kiri korang (which is jalan nak hotel Syieda). Side kanan ada KFC.  Tunggu aje bas nombor 611. Bas memang banyak. Sentiasa ada. Tambang pula 2 yuan. Macam mahal la pulak berbanding dengan Beijing. Ke Syieda silap?

Bas kat sini, tak berhenti di setiap bus stop yer. Bas akan berhenti kat bus stop yang ada nombor bas tu aje. Macamana nak tau?
Sonang ajer.....Kat bus stop ada tulis nombor bas. Tak pun kat jalan tar depan bus stop ada nombor bas. Senang sikit korang dah boleh siap-siap beratur ikut kotak yang telah disediakan.

Dalam bas ni tak de LED display. So agak payah. Nanti bila dengar aje announcement sebut "Lou" korang boleh turun. Stop ni betul-betul kat depan bell tower. Bell tower ni memang kat tengah-tengah roundabout. Kiranya, sebelum bas ikut roundabout tu, korang dah boleh turunlah ya. Gambar bawah yang banyak bas tu ialah tempat yang patut korang turun kalau naik bas 611.
Dari sini lalu underpass yang memang laluan utama nak ke jalan seberang. Kat bawah tu, memang sesak dengan orang ramai. Berjalanlah sampai ke Bell Tower Entrance. Oleh sebab acah-acah nak visit semuanya, Syieda beli terus tiket untuk masuk kedua-dua tower dengan harga RMB50.
Bell Tower ni ada beberapa tingkat. Layan jugaklah Syieda dok naik semua tingkat. Walaupun sepatah haram tak faham apa display tu punya riwayat hidup.
Memang kabus agak tebal time tu. Ntah jerebu ke bukan pun tak tau lah. Sebab masa Syieda datang ke China dulu, tengah sibuk cerita pasal jerebu negara kita dah dibawa angin ke China. Tapi tak de bau asap pulak. Bukan jerebulah agaknya.
Dari atas memang korang boleh nampak  starbuck cafe yang unik ni.
Tu diaaa... drum tower dari jauh.
Okeh mari kita gerak ke drum tower pulak. Untuk ke drum tower ni, kena lalu depan starbuck tadi. Paling win bangunan ni. Lama gak kot Syieda duduk kat tangga sana sambil perati je bangunan ni. Lawo kemain. Bangunan ni shopping complex agaknya. Ke hotel? Eh tak tau lah.
Oleh sebab dah bayar tiket combo, terus je masuk Drum Tower. Ramai jugaklah orang pada hari tu. Al-maklumlah Ahad katanyee..
Dari tingkat atas, memang boleh nampak ramai peniaga muslim kat bawah. Sebab inilah muslim quater yang orang dok cakap-cakap tu. Tapi tak ramai pun orang?

Jeng...jeng...

--> Selamat berpuasa korang. JB cuti niari. Sehari je la. Tapi Syieda cuti seminggu. mihmihmih
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Ming Courtyard Hostel, Beijing


Sepanjang 2 malam kat Beijing, Syieda stay di Ming Courtyard Hostel. Hostel ni antara yang termurah berdekatan dengan Dongzhimen Station. Maklumlah, terminal akhir untuk airport express ialah Dongzhimen Stn. Tapi tak de la kena jalan kaki ke hostel dari Dongzhimen Stn tu. Still kena transfer line yang lain juga.

Route:
Airport Express --> Dongzhimen Stn
DongZhimen Stn --> Lama Temple @ Yonghegong Stn (Line 2)
Lama Temple --> Beixinqiao Stn (Line 5). - Exit C
Yang bestnya hostel ni, ialah struktur bangunannya. Nak rasa hidup era dynasty Ming, boleh datang ke sini. Siap ada courtyard bagai. Rasanya nak tidur bilik ala-ala era tu pun ada kot. Cuma mahallah sikit. Syieda bermalam dalam bilik berempat (female dorm) dengan harga RMB111.80 untuk 2 malam. Pada invoice hostelworld memang la tertulis cenggitu reganya ya. Tapi kat China ni, tak de nya sen-sen. Terus dibundarkan. Sediakan deposit RMB100 juga.

Kalau korang nak stay kat sini, Syieda boleh tolong guide kan sementara ingat lagi. Tapi kalau tersilap minta hampunnn....
--> Keluar je dari Beixianqiao Stn tu, jalan menghala ke kiri. Terus je. Otw tu, kat kanan korang akan nampak Language School macam gambar kat bawah. Ingatkan besar la signage nya, sekali....harem...kecil aje pon.
 
Macam tulah rupa lorong yang korang akan lalu hari-hari.  Dalam 15 minit gaklah muatan macam Syieda berjalan ke hostel. 
Bila korang jumpa simpang pertama jangan belok. Terus je. Sampailah jumpa simpang kedua. Ada kedai makan rupanya macam kat bawah ni kalau tak silap lah. Kat sinilah baru belok ke kanan dan teruslah berjalan sampai korang nampak lantern merah besar dengan pintu warna merah jugak.
Tak payah nak ketuk pintu dan beri salam bila masuk ya. Sebab reception counter memang ke dalam jauhnya. So tak de sape dengar kalau korang ketuk pintu pon.
Overall, bilik bersih. Toilet dan bilik mandi sharing yer konsepnya. Nasib baiklah bukak je pintu bilik ada toilet. Tapi water heater ambil masa nak berfungsi. Bertabahlah.

Cafe pun ada. Cuma sampai pukul 9 malam kot. So air panas pun sampai pukul 9 malam aje lah. Lain-lain tak de komplen.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

China 13583km - Day 3

5 Dec 2016
Pagi ni celik je biji mata dah cerah seluruh bilik. Sekali bila nengok handphone dah pukul 8 pagi. Adeiii..Semalam yo yo oo je la cakap kat abang kaunter nak check-out pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi masih dalam mimpi ghupernye.

Pagi ni memang tak de konsep jaga perasaan minah Italy kat bawah tu dan turun tangga katil memang laju je. For sure orang kat bawah tu terjaga sebab ada gegaran kuat umpama gempa bumi. Nasib badan la.....

Pukul 9 barulah bergerak ke Beijing West Station. Tinggalkan beg kat sini kena charged RMB30 sampai pukul 7 malam. Tak surelah camana dorang kira each bag tu. Yang pasti ...agak murah rate tersebut.

So pagi ni ke Beijing World Park lah kita yer. Motif gi sini pon tak tau kenapa. Walhal balik dari Jepun aritu, memang dah nekad tak nak gi mana-mana theme park kalau travel solo. Sebabnya feel seronok memang ke laut. Tapi pagi tu..tetaplah melangkah ke sana.

Route:
Beijing West Railway Station --> Guogongzhuang (Line 9) -last stop
Guogongzhuang --> Dabaotai (Fangshang Line)

Nak ke World Park ni senang je. Korang kena transfer ke Fangshan Line di Guogongzhuang Stn. Di Dabaotai Stn, tak sure la exit mana korang kena keluar (kalau tak silap exit B - belah kanan).

Yang pasti kat dinding tu ada arrow Beijing World Park. Keluar je pintu stn ni, korang ke kanan lagi hingga jumpa main road.

Susur belah kiri korang(jangan lintas main road tu okeh) dan jalanlah lebih kurang 150 meter lagi. Yang pasti ada sebuah hospital kat seberang jalan sana (belah kanan korang).
Nanti kat belah kiri korang ada main entrance park ni. Reka bentuk lebih kurang macam kat disney je.

Tiket beli kat tepi tu je. RMB100. Patutnya RMB65. Ntah nape ntah hari tu naik pulak reganya. Layankan ajer la..

Apa yang bestnya kat sini ialah kita boleh round the world dalam masa sehari. Oleh sebab orang tak ramai, memang muailah bergambar siap pacak tripod bagai. Gigih sangat tuh.





Nak posing-posing pon boleh.



Agak-agak penat boleh naik tram. Kat sini pun ada gak animal show macam gajah dan macam-macam lagi. Tapi bila musim sejuk ni, macam tak nampak pun kelibat binatang tuh.

Dalam pukul 2 petang baru sedar diri. Plan seterusnya nak cari kedai makan. Yer la kan.. nak tunggu train malam karang lambat lagi. So kita gerak ke Niujie Mosque.

Route:
Dabaotai Stn --> Guogongzhuang Stn
Guogongzhuang Stn --> Military Museum (Line 1)
Military Museum --> Fuxingmen (Line 2)
Fuxingmen --> Changchung jie

Phuewww.. bunyi macam jauh sangatlah kan turun naik tren. Padahal idok la yer. Tak jauh mana pun.
Nak ke masjid ni pun satu hal. Puas kot cari entry untuk route ke sini. Tapi tak jumpa atau mata ni terhijab pun tak tau la. Jumpa satu blog ni (tak ingat sape punya) bagitau direction ke sini. Walaupun macam kabur-kabur je tapi masih membantu.

Keluar je dari Changchung jie Stn, ikut exit A2, jalan sikit, pastu belok kiri ada bus stop. Naik bas nombor 88/10. Pastu turun kat stop ke-4. Yang pasti, Syieda tak ingatlah betul-betul turun kat stop ke-4 ke tak. Tak perlu risau sebab ada announcement. Asal dengar aje Niujie, bolehlah turun.

Area sini memang ramai orang islam dan kedai-kedai muslim. Turun aje bas, ada satu minimart muslim. Sempat gaklah beli roti untuk bekalan nanti. Pastu lintas jalan untuk ke masjid. Kalau tak nampak ramai muslim kuar masuk tempat ni, memang Syieda tak tau inilah masjid. Sebab tak nampak pulak kubah. Ke memang tak de kubah kat sini eh?

Ni untuk ladies kalau tak silap.
Ni pula kalau tak silap macam kubur ke apa ntah.

Oleh sebab tak boleh lama kat sini, dalam pukul 4 dah gerak balik. Kat sini sistem lalu lintas dia fail sangat. Kereta bersimpang siur. Lampu isyarat merah pun dorang bantai jalan. Tapi herannya tak de pulak tu accident. Paling hazab si pejalan kaki la. Kena jalan laju. Sebab memang akan dengar bunyi hon aje.
Niat nak makan kat sini terbantut sebab tak jumpa pun kat mana foodcourt (ke silap timing). Nak try makan kat kedai-kedai sana tak sure mana satu halal ke idok. Sudahnya masuk dalam post office beli dan post postcard. Setem berharga RMB4.50 satu. Pastu naik bas semula ke subway. Nak sampai ke subway tu pun makan masa sebab jem stoberi.

Sampai Beijing West Stn semula dalam pukul 5 lebih. Pukul 6 dah masuk dalam waiting hall. Waiting hall ni korang kena masuk dari luar station tu. Ni Syieda share kat korang gambar camana nak gi waiting hall tu, beli tic dan simpan luggage. Keluar je dari tren kat Beijing West Railway Station, ikut north. Nanti korang nampak macam gambar kat bawah ni. Ada information counter kat tengah-tengah dan escalator both side. Naik escalator belah kanan korang. Pastu naik sekali lagi escalator ada kat kanan korang jugak. Escalator tu akan menuju bahagian luar station ni.
View gambar atas ni korang tak nampak kalau berada kat luar ni. Korang kena toleh ke belakang. Kat sinilah semua urusan boleh dibuat. Ingat tau... dari tempat korang keluar bangunan ni, belah kanan korang ada tempat beli tic dan left luggage. Belah kiri korang ada waiting hall.
Belah tepi korang, akan nampak ramai gilos orang beratur untuk masuk waiting hall. Bagi tic dengan passport korang, pastu dah nampak escalalator tinggi giler. kat sini korang kena kenal pasti nak tunggu tren kat platform/hall berapa.
Untuk hari tu, tren Z19 kat waiting room 7. Ingatkan kecil je waiting room dia. Sekali besar betul. Nasib baiklah malam tu, memang ada je seat kosong. Sepanjang kat sini, Syieda dok perati je gelagat dorang. Ada tu memang buat kita yang menonton ni hilang sabar. Rasa macam nak ketuk je kepala dorang. Senang kata pentingkan diri sendiri. Kalau korang bawa maggie, kat sini ada disediakan air panas.


Dalam pukul 9 malam dah bergerak ke Xian. Kali ni Syieda saje nak merasa dok dalam coach yang up sikit. Soft sleeper. Nasib baiklah memang dah request nak tingkat bawah. Malam tu rasalah tidur bertemankan 3 orang jejans. Oppss..

"Katil" sebelah tu, sorang pak cik tua. Baik yang hamat. Sianlah apa dia cakap tak faham. Yang dua orang kat atas tu..asyik bercakap. Bila tren gerak je, terus dorang tidur. Aman sikit dunia. Time tu la Syieda gi duduk luar layan perasaan sambil makan maggie dan buat sikit catatan.




aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER