China - 13853km Day 13 (Chengdu Panda Breeding Centre)

15 December 2015
Pagi ni dah mula rasa malas je nak bangun. Rasa macam baiklah aku berada kat bawah selimut ni untuk seharian. Al-maklumlah bilik sorang tambah pulak check-out pukul 2 petang nanti. Akhirnya jam 8 pagi barulah aku bergerak keluar.

Hostel ni memang betul-betul belakang Xinanmen Bus Station. Dari sini aku plan nak ke Panda Centre. Boleh la aku guide korang ikut bahasa aku. Tapi kalau korang tak paham boleh rujuk kat Tourism Centre yang terletak di sebelah Xinanmen Bus Station. 😁 Atau korang jugak boleh naik tourist bus 902 yang direct ke Panda Centre tu.

Route: Tepi Xinanmen Bus Station ada junction. Berjalanlah korang merentas jambatan sampai la ke traffic light ke-3. Pastu lintas jalan bila korang nampak ramai orang tengah tunggu bas. Naiklah bas nombor 49 dengan tambang 2yuan sajork.

Korang turun kat last stop. Dari sini naik bas nombor 87 pulak. Nanti ringan-ringankanlah mulut tanya orang ramai yang ada kat situ. Sebabnya time aku gi aritu.... bas 87 ni ada kat bawah pokok tepi jalan je. Tambang pun 2 yuan juga.

Bila bas bergerak... korang boleh turun bila nampak signage "Panda Parking" kat belah kiri korang. Nanti korang kena lintas zebra crossing. Jangan jadi macam aku yang tak nak turun bas dengan harapan.....bas akan berhenti betul-betul kat depan pintu masuk Panda Centre tu. Tak de maknanya...sampailah bas bawak aku masuk ntah mana-mana ntah yang kukira hampir 4 ke 5 km away. Dah satu kerja pulak kena naik bas untuk patah balik. Padanlah muka tuh!😎

Entrance fee 58yuan. By the time aku sampai dah pun pukul 10 pagi. Memang punah la harapan nak nengok panda tu aktif. Sebabnya.....kalau korang nak nengok panda aktif, datang sebelum pukul 8 sebab time tu dorang tengah makan.
Tips: Direct ke sangkar panda dewasa sebelum pukul 8 pagi yer. 
Amboi kemain pemalas la panda ni..... makan sambil baring. Teringat la dulu aku pun pernah gak mengalami masalah yang sama macam panda. Tertidur sambil makan twisties.😜
Tu aje la panda yang tengah aktif. Yang lain tengah tidur kat atas pokok. Dah la bulu dorang serupa pulak warna batang pokok
Selain panda....kat sini ada macam-macam jenis binatang gak. Tapi aku tak berapa ambil port pun.
Dekat dengan main entrance tu ada muzium. Kat situ juga ada post office. Tapi macam tak berfungsi je. Oleh sebab tak berfungsi...aku pun balik je la. Otw nak ke bus stop tu, ada kedai-kedai jual souvenir. Biasalah tempat macam ni memang kena ketuklah harganya.
Bus stop memang ada kat depan tu je. Naiklah bas yang sama tadi. Jangan lupa pula tukar bas nanti.
Lagi satu...otw nak balik ke Xinanmen Station pula, turun kat area yang korang naik pagi tadi. Tak de maknanya bas berhenti depan Xinanmen Station. Ha macam aku la yang menapak jauh macam hapa je ingatkan bas berhenti kat depan Xinanmen Station.

Oleh sebab dah t/hari, perut pun mulalah berkeroncong. Plannya aku nak ke Huaxiba Station. Katanya area berdekatan tu ada kedai makanan halal. Gigih la aku menapak. Haram tak nampak. Akhirnya aku gerak ke Tianfu Square. 
Keluar je dari perut metro, naik escalator ke belah atas. Cari Starbuck dan Breadtalk. Lalu tengah-tengah antara kedai tu akan lead korang ke masjid.  Aim aku tak lain tak bukan mestilah beli kuih pau semalam dan satay.
Oleh sebab macam tak berapa cukup je aku rasa...aku singgah makan kat masjid ni. Nak cakap bukan dorang paham pun. So aku tunjuk aje la mi yang ada kat situ.
Mi ni punyalah sejuk mak aiii.. Macam baru keluar peti ais. Tapi sedap gaklah sebab dia punya pedas tu...berdesing! Mi ni berharga 7yuan. Sementara menunggu mi tu disiapkan ...pak cik ni berborak sakanlah dengan aku. Masing-masing memang tak faham apa yang dibualkan sebenarnya.😅 Tapi dia gigih dok tulis dan lukis map yang aku tak faham apa yang cuba disampaikan.
Lepas makan aku pun round-round la depan dataran tu. Polis melambak-lambak yer. Nak turun balik naik metro kena scan bagai lagi sekali. Haish
Pukul 7 check-out hostel dan menapak sekali lagi untuk naik shuttle ke airport. Shuttle aku naik betul-betul sebelah Minshan Hotel. Minshan Hotel ni bertentangan dengan Jinjiang Hotel je. Tambang bayar kat situ gak dengan harga 10yuan.

Hari ni aku naik China Eastern Airlines yang aku beli tru Bravofly. Seriously aku tak pernah guna pun site ni. Dah la sampai ke sudah aku tak dapat pun flight ticket number which is ko boleh trace kat official airline tu punya site. Nasib baiklah aku dapat naik flight dengan jayanya.

Lepas dah drop luggage (sebab dapat 20kg free ye) dan begku tak sangkut kat security, aku pun meninjau-ninjaulah apa yang ada kat dalam airport ni. Ada satu restoren halal kat tingkat atas. Aku order nasi goreng yang tak sedap ni. Mahal la pulak reganya. Pasrah
Lepas makan aku pun pi la toilet. Balik tu siap menonton drama minggu ini. Sorang wanita ni maki kemain kaw staff kat sana. Ntah pasal apa pun tak tau lah. Terjerit-jerit sampai satu airport pun boleh dengar.

Ni lah public phone yang boleh buat free call ke hotel atau hostel untuk pick up.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

China - 13853km Day 12 (Chengdu)

14 Disember 2015
Bangun sekitar 6 pagi dan terus check-out. Semalam lagi aku dah ingatkan suruh call taxi. Sekali pagi ni aku tanya adik kaunter...dia suruh je aku tunggu kat tepi main road ni dan tahan je mana-mana kereta. Aku pun macam ehhhhhh...😨 Yang benerrrr..

Patutlah pagi tadi bila aku bangun je tidur, aku nampak ada 2 girls tengah tunggu kat tepi main road. La rupanya konsep kat sini memang tahan je la mana-mana kereta sewa kat tepi jalan. Aku yang separa sedar ni pun tunggulah kat tepi main road dengan snow yang super tebal. Lebatlah pulak pagi ni dia turun. Tak sampai 5 minit ada kereta bunyikan hon. Aku pun naik sambil menyebut bus station. Ntah faham ke idok aku pun tak perasan. Dalam jam 7.30 aku dah tiba kat bus station dengan bayaran 20yuan. Patutnya 10yuan je. Tapi mungkin sebab pagi bebenau kan.
Bus station ni ada je kat tepi jalan. Tapi macam kena menapak sikitlah ke dalam. Entiti yang tengah berdiri tu ialah couple yang aku ceritakan tempoh hari. Rupanya balik pun saing-saing. Tepat jam 8 pagi bus pun bertolak ke Chengdu. Lupa plak, untuk balik ke Chengdu tiket bas berharga 140yuan. Hari ni bas penuh dan merasalah mamat omputih sebelah aku share seat yang sempit dengan orang gems. Hiks.

Akhirnya jam 6 petang aku pun sampai Chengdu dengan selamatnya. Oleh sebab hostel malam ni sangat berhampiran dengan bus station, haruslah aku check-in siap-siap. Kang katanya no-show. Settle check-in aku gerak ke Tianfu Square dengan naik metro. Plannya nak ke muslim quarter. Kat sini tak de beli apa-apa pass pon. Semua tiket metro beli kat mesin. Senang cerita.

Aku underestimate la Chengdu ni. Ingatkan tempatnya tak berapa membangun. Sekali tu bila ko dah sampai Tianfu Square barulah ko nampak banyak bangunan besar-besar.
Dari dataran yang superluas ni aku mencari kat mana masjid. Siap tanya kat polis. Haram tak fahamnya.
Untuk senangkan, korang cari bangunan macam gambar kat bawah ni. Belakang bangunan ni ada masjid. Bangunan ni boleh nampak dari tengah-tengah dataran. Senang cerita arah kanan statue Chairman Mao (depan Sichuan Sains & Technology Museum).
Waktu aku sampai ni, masjid pun dah tutup. Aku sekadar jalan sebab tak nampak pun rupa macam kat Xian. Kecewa la aku malam tu. Dalam kekeciwaan aku makan sate kambing 2 cucuk. Nyaman je lalu tekak ni. Sebelah mamat sate ni ada halal convenience store. Pe lagi..marilah kita tinjau-tinjau. Masuk-masuk je macam terbangga kejap ada kuih tart dari Malaysia. 😋
Aku nak rekemen korang beli kuih pau ni. Seketoi ni 2yuan je. Sedap woi. Aku mula-mula tu beli seketul. Makan kat luar. Pastu patah balik beli lagi 2 ketul. kikiki...
Tak jauh daripada Vancorner store tu, ada kiosk kecik jual banyak mi segera. Aku beli la 2 jenis ni. Tapi aku paling rekemen yang warna putih. Sedap hot & spicy wei...Satu cup tu 4.50yuan. Portion pun besar. Ye la kan..kat China ni..mi segera dorang memang saiz XXL. Puas hati la makan.
Lepas aku gagal nak dapatkan makanan yang macam kat Xian aritu, aku pun patah balik. Kali ni aku try masuk kat belah bawah Tianfu Square. Sebab nak naik metrokan.

Oleh sebab laluan ni tengah dinaik taraf, aku pun macam waswas gak memula tu. Gelap semacam. Tapi orang bertali arus. Aku ikut je orang-orang tu sampailah aku berada betul-betul kat bawah Tianfu Square.
Dari sini aku pun naiklah metro hingga ke Luomashi untuk ambil semua bag yang aku simpan sebelum bertolak ke Jiuzhaigou sebelum ni. Lepas tu naik semula tren ke Jinjiang Hotel dan berjalan kaki semula ke hostel yang baru .

End of Day 12.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Jiuzhaigou- Shuzheng Valley

Otw ke persimpangan antara ke semua valley tu, bas akan berhenti di Zechawa Village. Aku tak turun pun sebab nampak macam tak menarik je. Bila dah sampai, masing-masing tak nak turun sebab driver bagi tau yang shuttle ni nak terus ke Shuzheng Valley.

Shuttle terus lajak ke Nuorilang Fall. Tempat ni harus dilawati yer. Sebabnya otw ke Rize Valley tadi...Nuorilang Fall kalau nengok dari atas macam ala-ala Plitvice Lakes di Croatia sana. Tapi semestinya sana lagi cantiklah kan.😀😀😀
Kat sini aku dah start lapar. So kita duduk-duduk sambil makan t/hari.
Ha... tak boleh blah la kan lunch aku cuma makan snickers je.😎😎
Kat sini aku tak gerak ke mana pun. Takat dari atas ni je.
Aku rasalah kan....ada je track kat bawah sana tu.
Tak lama lepas tu aku naik shuttle semula untuk pulang. Otw tu, aku singgah jap ke Rhinoceros Lake.
Tak lama pastu naik balik shuttle untuk keluar dari national park ni.
Walaupun aku rasa macam tak sempat je sehari tapi tetap rasa puas hati dapat nengok sendiri kebiruan air tasik yang aku ingatkan hanyalah khayalan semata. Kalau korang tanya sama ada perlu ke sampai 2 hari kat sini......., aku rasa perlu kot. Itu pendapat akulah.

Maka tamatlah trip yang aku amat harapkan sukses di "Land of fairytales" ni. Memang berbaloi-baloi walaupun mahal sikit entrance fee-nya.

Dalam pukul 4, aku gerak balik. Tapi plan aku nak singgah jap kat satu tempat yang macam menarik minat aku. Dengar katanya....kalau malam, ada persembahan tarian kebudayaan kat sini. Tapi tak dop lah kan kalau winter. Sebabnya, tepat pukul 12 t/malam....dah gelap gelita seluruh kawasan. Even lampu jalan pun tak dinyalanya lampu. 😣
Air sungai ni memang deras yang amat ye. Malam-malam dari hotel aku boleh dengar bunyi arus derasnya. Malam pertama aku ingatkan banjir ke apa ke. La rupanya air sungai ni.
Ni antara hotel yang ada di sana. Kebanyakkannya tak beroperasi sepanjang winter. Adeiii...Contohnya macam Xanadu Hotel yang reject reservation aku seminggu sebelum bertolak. Menggagau aku mencari hotel baru. Nasib baik jumpa.

Xanadu Hotel ni yang ada gambar warna biru kat gambar bawah ni. Hotel aku pula selang 2 ke 3 pintu dari hotel ni. Kalau naik bas dari Chengdu akan lalu depan kedai-kedai ni. Belah kiri korang ye.
Aku jumpa sebuah restoran halal kat sini. tapi sedihla kan sebab tak bukak pun musim winter ni. Kempunan la aku nak merasa Lanzhou noodle.
Ni pun ada gak satu lagi restoren. Tapi aku pulak pelik benda apa yang digantungkannya tu? Rasa aku macam halal. Tapi ntah la. tak berani aku nak cuba.
Finally aku pun sampai. Kalau deret kedai-kedai tadi belah kiri, yang ni belah kanan pulak. Kiranya dari Chengdu korang akan jumpa cultural centre ni dulu--> deret kedai-kedai tadi --> jiuzhaigou national park --> juzhaigou bus station. Cenggitu lah kiranya.
Aku sebenarnya teringin naw nak nengok kain warna warni ni apa ceritanya. Sekali tu bila aku telek punya telek...mak aiii ada mantera la belakang kain tu. Terus tak jadi telek lagi.
Sekalinya aku hampa...sebabnya haram satu kedai pun tak bukak. Lepas beli sebotol air mineral, aku pun balik ke hotel. Maka tamatlah ceritera aku di Land of Fairytales ni.😊😊

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Jiuzhaigou-Zhecawa Valley

Shuttle bawa kami semua ke satu kawasan lapang. Di sinilah persimpangan untuk ketiga-tiga valley. Dari sini aku ikut je signage ke bus stop Long Lake. Tak jauh pun berjalan. Untuk ke bus stop tu akan lalu lah kedai-kedai souvenir dan food court.
Dari bus stop ni dah boleh nampak ramai yang sedang menikmati makan t/hari. Nyaman je makan bawah cahaya matahari. Time tu snow pun dah tak de dah.
Untuk ke Long Lake ni, shuttle akan naik ke area yang lebih tinggi. Macam nak naik Genting Highland gitu. View memang ohsem walaupun ada tasik yang dah kering-kontang. Upon arrival, dah ramai orang kat situ. Aku tak sure sama ada boleh turun ke bawah untuk explore area ni ke tidak.
Long Lake ni merupakan tasik yang paling besar dan dalam di Jiuzhaigou. Airnya sepatutnya kehijau-hijauan. Tapi sebab aku datang ni pun masih kategori t/hari....jadinya cahaya matahari tegak memancar. Capture gambar pun tak molek sangat. Kabarnya...korang patut ke sini late afternoon.
Bila aku belek gambar baru-baru ni...baru aku perasan ...eh memang air dia warna biru-kehijauan la. 😃 Track kat bawah tu...aku rasa boleh la kot kita lalu kalau bukan musim winter.

Dalam 20 minit kat atas tu...aku naik shuttle untuk turun semula. Otw tu....shuttle turunkan sesiapa yang nak visit multi-colour lake. Aku mula-mula macam malas nak turun sebab aku cuma nampak pokok-pokok je. Tapi dah alang-alang sampai, turunkan lah juga. Turun je tangga...mak aiii lawo giler lake ni.
Air yang super biru ni memang cantik. Sama macam five flower lake yang aku visit tadi. Cuma kat sini airnya surut sikit dan tak de track best macam tadi. But still ohsem!
Dari sini agak jauhlah menapak ke bus stop. Nak sampai bus stop tu akan jumpa toilet. Aku macam nak jugaklah membuang apa yang patut. Sekali aku nengok toilet bowl dia hanyalah plastik. Eh macam tak dapat nak hadam aku. Terus cancel. 😞

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER