Trip payung China - D2 ( Tongli water Town) 1/2

Bas turunkan korang betul-betul depan area parking bas. Jalan sikit nampaklah Tongli tourist info counter. Ikut je crowd berjalan. Dalam 5 minit cenggitu..baru nampak watertown.
Keterujaan dah meningkat time ni.. tiba-tiba merudum sebab hujan lebat sangat. Berhuhuhu la kitorang. Nak berjalan pun payah. Tapi memandangkan weather forecast bagitau memang hujan sepanjang hari...ko tak de pilihan iaitu redah je la hujan.









Bila dah hujan lebat..terpaksalah kami masuk muzium yang ada di sana. ada certain muzium tu kena bayar. Ada yang free. haruslah masuk yang free punya. hihihihi
Terpaksa jugaklah beli payung nih. Nasib baik murah. 10yuan je. Tu pun anak sedara aku tertinggal kat kedai makan.

Aku rasa banyak je area watertown ni yang tak explore. Hujan punya pasal. Takut demam pulak nanti. Maklumlah..baru hari kedua. kalau demam tak syiok pulak nak berjalan.

Pose sat kat depan toilet. Huhhuhuhu
Hujan makin lebat...kami decided untuk lepak kat satu cafe area mula-mula masuk ke watertown ni tadi. Lama giloss duduk kat sini. Hujan memang tak de ciri-ciri nak berhenti ni.



Pukul 3 lebih kurang gitu...kami bergerak ke parking lot untuk balik ke metro station semula. Time ni memang hujan selebat-lebatnya...๐Ÿ˜•
Sampai Suzhou station, kami gerak balik ke Shanghai semula. Kali ni guna tiket yang kami redeem semalam. Aku ada baca dalam blog meng kedai makan halal dekat dengan bus station Suzhou. Tapi aku tak dan nak keluar dari metro station tu as hujan yang makin lebat. 
Bermulalah episode hujan kami di Shanghai๐Ÿ˜‘
~To be continued~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Trip payung China - D2 (Tongli Water Town) 1/1

2 DISEMBER 2018
Pagi ni rasa syiok je guling-guling kat atas katil. Al-maklumlah...semalam penat gilers..Sebelum keluar hostel lagi, kami dah perasan tiket yang kami redeem semalam tu tak boleh guna as kami booked tiket tu untuk perjalanan awal pagi. Kalau dah keluar dari hostel pun pukul 8, mana nak sempatnya untuk kejar train. So kami decided untuk beli tiket baharu aje. Nasib baik tiket tak de lah mahal sangat.

Sampai je kami di Hongqiao Railway Station, kami perlu gerak ke High-speed Railway yang terletak di tingkat atas. Cari je signage macam kat bawah ni yang menuju ke High-speed railway. Agak jauh jugaklah berjalan hari tu.


Bila korang nampak signage macam kat atas tu... balai pelepasan terletak kat tingkat 2. Kena naik 2 kali escalator yang tinggi. Kalau tak silap akulah.๐Ÿ˜Š

Akhirnya barulah jumpa entrance macam gambar kat bawah ni. Semalam, aku macam berpusing-pusing nak cari tempat beli tiket kat mana.  Rupanya...kaunter beli tiket kat dalam tu. Memang kena lalu security ni.
Settle tu, kami terus meluru ke kaunter tiket. Belah kanan ada kaunter, belah kiri pun sama. Dua-dua pun boleh beli tiket. Hari tu kami beli tiket kat kaunter yang belah kiri. Kami sampai around pukul 9 gitu. Memang beratur panjang sangat. 
 Boleh pilih seat mana nak duduk. Kalau seat still available lah kan.
 Lepas tu..kami terus ke gate pelepasan iaitu gate 27A. Ni pun dah ramai orang beratur.
 Once gate open, menderu orang masuk. Aku pun tatau apa yang dikejarkan as seat ada nombor.  Pagi ni nak naik high speed train, jadinya ada keterujaan di situ. Huhuhu

Legroom nya pun luas. Perjalanan ke Suhou mengambil masa 25 minit sahaja. Nak tido pun tak sempat as ko asyik layan perasaan. Huhuhuhu
Ok done! Satu kenangan dengan train kat China. Huhuhu

Suzhou Railway Station
Gambar atas ni ialah pintu ke high speed rail.

Dari sini, kami perlu cari metro pula. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk ke sini. Tapi aku pilih yang senang je. Turun naik train.  Gambar bawah ni ialah view di Suhou Railway Station. 
Metro kat sini tak berapa nak selirat sangat. Ada 3 line kalau tak silap. Senang nak navigate.
 Tiket metro beli guna mesin je. Dari Suzhou station ni, ambil Line 4 ke Tongli. Tongli ni ialah station terakhir untuk line 4. Perjalanan lebih kurang sejam.

Tongli Station

Upon arrival, korang akan jumpa kaunter untuk beli tiket ke watertown. Kaunter ni betul-betul lepas korang keluar dari gate barrier kat metro station tu. Belilah tiket kat situ sebab katanya ada diskaun compare kalau beli kat tiket kaunter di watertown tu sendiri.

Baik je kakak kaunter jual tiket kat metro station tu. Siap tunjukkan kami tempat untuk naik bas nanti.
Exit 2 ni lah kami naik untuk ke tempat tunggu bas. 
Dari sini, make a u-turn, jalan sikit nanti belah kanan korang nampaklah tempat orang tunggu bas.
 Tiket naik bas, akak kaunter dah bagi siap-siap tadi. Nanti simpan tiket tu untuk guna waktu balik semula.
 Aku ni nak baca tak reti apa yang ditulis kat bas tu. Cara paling mudah, aku ambil gambar siap-siap. Senang nanti nak tunjuk kat orang if tak tau mana nak cari bas. huhuhu

 Ni time table yang ada kat situ. Aku suspek ni mesti jadual bas tu bergerak. Agaknyalah. Hihihi...

~To be continued~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER