melaka ~ day 2 part 2

oleh kerana tengah hari dah menjelma,
kami semua ke agenda yg seterusnya..
iaitu mencari kampung newton.
bermacam2 bayangan ada bila derang sebut nama kampung ni
eh napa nama kampung ni begitu english sgt?
eh napa kampung ni ada kat melaka?
eh byk sgt la soalan..
dan byk sgt la pusing bandar melaka utk mencari kampung ini
tapi tak jumpa2..
sekali bila dah jumpa...
mak aiii...
rupa2nya pernah lalu la jln kat sini.
senang citer,
sehala ngan bus station melaka dulu.
tapi lani,
tempat bus station itu
sudah cantik n dah tak de dah bas2 xpress semua
sbb semua dah ke melaka central.
sekali bila sampai di sini...
wooouuhhhhh!!!!
sgt teruja..
sbb ianya sebuah kampung yg sgt bersih
plus rumahnya yg betul2 terjaga dan dijaga..
akhirnya kami ke sebuah rumah yg ada di situ utk agenda makan tengah hari
di samping melawat muzium.
live museum gitu!
cantik kan rumah ni??
sampai2 ajer di rumah tersebut...
seperti biasa,
photographer shoot gambar..
mula2....





aiza~ "eh tukar la... pegi sana ...aku nak cahaya sikit"
me ~ "sini boleh? eh napa ko nak suruh kitaorg kena cahaya matahari?"
aiza ~ "effect dia lain sikit. cepat2 senyum.."


macam2 la dia ni.. kalo dah memang minat ambik gambo...
semuanya nak dia practicekan.

"
sampai2 ajer...
kami semua di jamu ngan makanan tengah hari yg amat la lazat.
boleh dikatakan semuanya menambah nasi!




menu kami pada hari itu...



lemak udang, tetel asam pedas, ayam goreng, gado2, papadom...
n....

cEnDoL!!!!!

nyum nyum nyum....


abis ajer makan..
kami teruskan ngan lawatan ke muzium.
ok sebenarnya,
rumah ni la live museum nya.
kami di beri penerangan sepenuhnya oleh owner rumah ini yg merupakan generasi yg ke 6 pemilik rumah ini..
so, kami di bekalkan ngan ilmu dari kewujudan kampung ini, asal usul nama newton, hingga lah ke barang2 antik yg ada di sini..
kira lawatan ini sgt ilmiah.


antara barang2 antik yg ada di situ...


memandangkan hari pun dah menginjak petang
maka kami terpaksa la beransur pulang...
tapi sebelum tu sesi men'sign' ...
so nanti kalo uol dtg sana..
jgn lupa cari page i ok!









maka haruslah ambil gambar beramai2 utk dijadikan kenang2an..
owh kami ambil gambar di tangga ok!
~tangga~ kan ada pantang org2 tua..
(@_@)
saya sgt suka gambar ini...
kerana kami semua nampak sungguh "white"
bagusnya idea cikbae memaksa kami semua memakai 'white'
saya sayang cikbae!!!!






maka balik la kami ke agenda seterusnya
di bumi melaka.....







aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

melaka ~ day 2 part 1

hari kedua di melaka
sgt la ceria
konon2 nak bgun pagi.. tapi sudahnya hampir tengah hari jugak kitaorg bertolak.
oleh sebb cikbae sgt xcited utk memulakan perjalanan hari ini..
maka dialah org yg pertama siap.
oleh sbb jadi org pertama siap..
maka operasi snap gambar2 kami yg sedang bersiap2 memang menjadi habit dia.
tak caya cuba nengok hasil kerja ini org.
di sebabkan semlm hanya mkn satay yg tak de isi tu,
maka me beria2 mengajak semua pegi brunch.
hehehehe.. dpt la mkn McD..
suka sekali.



muka yg gembira sebelum memulakan aktiviti pertama yg telah dirancang!



hari itu kami semua dah bercadang utk round satu bandar melaka dgn menaiki double decker bus ini..
wah sgt xcited ok..
sbb seblum ni cuma makan double decker snack ajer.
kekekeke..







wa....
bas sudah sampai!!!!

maka naik la kami beramai2..
oleh sbb kami org pertama yg naik..
so haruslah mencari tempat yg strategik..



so.. ini la muka2 org hepi sepanjang di atas bas..





dan lagi......






dan lagi........




dan lagi.............




dan lagi...........


dan lagi.....


begitulah gembiranya..
wanita2 30-an bergumbira di bumi melaka...


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

melaka ~ day 1

hi.. hi.. hi...
lama betul tak menjengah ke blog sendiri
ntah wujud lagi ke tak.
nasib baik wujud lagi..
kalo tak alamat bersara la dr dunia blogging...
byk sbb tak menjengah ke blog sendiri akhir-akhir ni
cerita yg dah makan bulan pun tak kuar2kan lagi..
insyallah..
kalo dapat mimpi kerajinan,
dpt la me siarkan semua cite2 yg dah lapuk tu kat sini..

berbalik cite balik langkawi ari tu,
sampai ajer di LCCt
me ngan ummi menunggu la beg masing2.
oleh sbb beg kami dr langkawi itu rupanya sama,
maka tak la kami bersusah payah nak kenal pasti beg tu..
tapi..
tunggu punya tunggu
beg me ajer yg tak de...
huih.. mana pulak la beg ni..
nak dijadikan cerita,
masa awal2 menunggu tu, me ada perasan satu beg ni..
punya la berbalut2 ngan tape fragile ...
dalam hati,
sapa punya beg la ni..
napa tuan beg tak nak ambik2 beg ni sbb beg ni dah tawaf begitu lama??
hrmmphh..
memandangkan dah tak de org yg menunggu beg lagi,
maka me ngan ummi pun bernekad utk capai ajer beg itu.
punggah punya punggah
sekali..
nah hambik ko!!
memang me punya beg!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
hati panas ok!!!
me siap bercanggah pendapat lagi ngan ummi
pasal beg ni..
sbb masa me nak ambik beg ni,
ummi siap ckp tak payah la ambik
coz beg ni tak rupa beg me..
plus bila masa pulak kitaorg pegi balut tape fragile tu kat beg
tapi bila fikir..
betul gak..
tapi utk menyedapkan hati
kitaorg pun ambik la..
wah.. sekali memang betul!!
lebih hati panas lagi bila lepas buat report bagai,
air asia punya staff yg bertugas ari tu,
bole tak tau nak buat apa lagi ngan beg itu
slepas me tanya apa yg nak dibuat ngan beg ni sbb me perlu naik flite semula utk ke jb..
so lepas menyirap darah..
me terus pergi wrap beg yg nyawa2 ikan ini ..
kira selepas berbungkus mcm ni, sejuk la sikit hati..
tapi me memang tak suka dgn servis air asia!!!
so harus di jauhkan air asia ngan hidup anda!!
tapi.. kalo uol jenis yg cepat cool cam me..
biorkan ajer la......

sampai kat senai airport pun dah lambat..
coz tadi flite delay sejam
so sian gak la kat edy ngan aiza yg dah dok menunggu kat sana
wah sampai2 ajer..
mereka berdua dah siap2 ready ngan camera..
tetiba ajer feeling artis ngan papparazi..
wakakaka..

sementara menunggu mak ngan abah sampai..
kitaorg pun sempat la berborak2
apa lagi..
harus keluarkan apa yg di beli..
mcm biasa..
seronok kawan ngan org yg suka ambik gambo ni..
maka byk la gambar di snap..
contohnya mcm ni!!
kat parking lot pun ambik gambo..
lepas mak ngan abah sampai..
kitaorg terus ke melaka..
so sepanjang perjalanan,
apa lagi.. tido ajer la
kalo la dibuatnya derang jual me kat siam pun me tak sedar..
tapi masalahnya..
laku ker??
kekekeke..
so kitaorg sampai melaka around 1 pagi..
memandangkan tak tau ke mana arah dituju..
kitaorg pun ala2 pandai sendiri tanya encik garmin masing2..
kekeke... sudahnya..
tetap tak jumpa..
apa lagi.. panggil la cik sukarelawati kami yg dah sampai dr petang tadi..
tapi derang pun haram...tak ingat jalan nak balik rumah tu semula camana..
sampaikan kitaorg ada buat tawaf satu roundabout tu sampai lebih 10x.
nasib baik sampai jugak akhirnya!!
so mlm itu, kami ber3 yg dr jb ni dijamu ngan satay..
tapi satay ini agak pelik sbb..
satay tulang..
masa dlm keta tu puas la pikirkan camana rupanya satay ni..
la...
gini rupanya..
rupa2nya satay tulang ni gabungan tulang2 ayam
pastu dia jadikan satay..
punya la besar..
oleh sbb me adalah pemalas tahap dewa,
maka makan secucuk ajer la..
sbb rasa tak berfaedah ok!!
isi tak dpt.. tulang ajer yg lebih!
malas nak layan..


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

langkawi ~ day 3

pagi ni bangun2 n siap2
terus kitaorg checkout.
padahal flight lambat lagi pukul 330 nanti
ntah kenapa ntah kitaorg berdua ni
kuar hotel awal pulak.
sudahnya tak tau nak g mana
memandangkan tak tau nak g mana
haruslah kita org makan dulu
mana la tau lepas makan baru timbul idea
menu hari ini ------>

RM 6.00
lepas makan,
kitaorg decided pegi ke laman padi
padahal semalam beria2 tak nak pegi sini
sudahnya,
jejak juga kat sini.
sgt la cantik laman padi ni
penuh kehijauan
cuaca yg amat panas menyebabkan kami berdua masuk ke muzium padi
dapat la rasa aircond jap
masa ngah snap gambar2 padi
tetiba ternampak pulak ini ------->


apa ni???
mesti ada yg tak tau apa benda tu kan???
sbb me pun tak tau mula2 apa benda tu.
seb baik ummi ada bagi tau tentang benda ini kelmarin
masa kitaorg terjumpa kat makam mahsuri.
kalo nak tau...
ini la buah kekabu.
ye.. kekabu yg org selalu buat bantal.
apa lagi.. me pun snap la gambar ni.
kira cam jakun gak la masa tu.


kemudian kami terus ke pantai cenang
betul2 seberang jalan shj
wah sgt la cantik tempat ini
tak sah rasanya kalo ke langkawi tapi tak melawat pantai cenang




nasib baik ada jual laksa
kan me ckp ari tu memang teringin sekali nak makan laksa
so pekena la semangkuk
walaupun rasanya ala2 ajer
tapi kira terubat la niat nak jamah laksa




pas makan n jamu2 mata..
kami terus ke airport utk ke lcct
muka adalah sgt hepi ok
sbb me ada lagi satu tempat nak pegi sebelah malamnya pula
bak kata ummi
me ala2 artis nak rushing buat show..





kami pun terus ke departure hall utk agenda seterusnya
siap ambik gambo jiran sebelah lagi










bye bye langkawi...


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

langkawi ~ day 2

alamak kami berdua bangun lambat hari tu
adalah terburu2 bersiap
sbb aktiviti pagi ini ialah island hopping
n kami kena tunggu di waterworld
plus kitaorg tak pernah pegi lagi ke sana
jadi adalah takut sekiranya tak sampai sblm pukul 9 pagi
kalo tak silap masa tu pukul 820
dgn tidak bersarapan
kami terus ke sana
sekali....
kita org sampai sana dlm 845.
rupa2nya tak ler jauh mana pun...

muka ala2 tension
sbb dua2 takut
almaklumla tak pandai berenang...
hihihi...
pulau pertama yg kitaorg lawati ialah pulau dayang bunting
so sebelum sampai
abang bot bawa la kami semua melihat gunung yg menyerupai seorg perempuan mengandung sedang terbaring
ternganga2 la semua yg ada dlm bot itu...
termasuk la me...
sampai ajer di jeti pulau ini
ari mcm mula gerimis
kami semua diberi masa sejam untuk melihat dan mengamati keindahan pulau ini..

gambar harus diambil dahulu
tak kira la muka comot mcmana pun
gambar tetap kena snap
kedatangan kami semua di sambut oleh kaum kerabat che monyet...
ha... punya la banyak....




dari jauh dah nampak dah






kami berdua pun tak nak melepaskan peluang bergambar..
bersusah payah la turun naik tebing semata2 utk bergambar..











sedang leka membaca kisah cinta si enggang,
tup2 dgr org ramai berlari2
rupa2nya seekor monyet melarikan botol susu sorg baby
sungguh kasihan..
ayah baby ngan bantuan org ramai masa tu berkejar-kejaran utk mengambil semula botol susu baby itu...
siap ada adegan baling-membaling botol mineral lagi..
tapi rasanya manusia tewas di tangan monyet..
sian.
oleh sbb itu,
me bagi tau ummi abiskan keropok yg dia makan.
jgn bawak keluar dr tasik nanti
sbb me takut
monyet tu serang kitaorg pulak..

oleh sbb 1st time ke sini
maka semangat sgt la berkobar2
ingatkan dekat ajer tasiknya
tapi mak aiiiiiii
punya la jauh
turun naik tangga
oleh sbb org seperti me yg tak berapa nak fit ini
maka
adalah seperti separuh nyawa sudah hilang...


sekali sampai...
mak aiiii kagum sungguh ngan tasik ini.
dikelilingi ngan hutan n gunung ditambah pula ngan airnya yg kehijauan







ha ha ha.... cuba kenal pasti apa yg sama..
baru me tau yg semua posing adalah sama
walaupun di tempat yg berlainan
patutla tak layak jadi model
pose sepesen ajer.



pulau yg kedua kami tuju
ntah apa ntah tak ingat la pulak namanya
merupakan tempat helang menyambar ikan
sungguh tajam mata si helang ini.







pulau terakhir kami tuju ialah pulau beras basah
oleh sbb tak dgr ckp ikin ari tu
jadi me tak tau yg kat sini bole berenang2
sudahnya kami berdua menengok muka sesama sendiri selama sejam.
paling tak tahan bila dpt cuci mata...
hihihihi







antara aksi2 org yg sedang dilanda kebosanan..
"saya snap gambar awak, awak snap gambar saya"


tapi pantainya memang sgt bersih
biasalah tak de pencemaran
kalo tak sure punya sampah bersepah2










around 1, abis la tour kami dari satu pulau ke satu pulau..
oleh sbb tidak bersarapan pagi tadi
maka perut sudah mengeluarkan muzik rock kapak
memandangkan kami dihantar semula ke waterworld,
maka harus la makan di sebuah kedai makan betul2 terletak di hadapannya.
menu utk hari ini......



harga: RM19.50
????????


lepas makan kami terus ke waterworld
tak banyak yg kitaorg snap
sbb mungkin penat sgt kot...





hebat tau penguin ni..
kening dia panjang...
pastu kaler kuning pulak tu...




lepas membeli apa2 yg patut di kedai2 yg ada di sana,
kami pun sepakat utk pulang ke hotel
memandangkan badan adalah sgt penat.
tido punya tido...
pukul 6 baru terjaga
apa lagi bangun siap2 terus bershopping sorg2 di pekan kuah
ummi tak ikut sbb tadi masa kat waterworld dia kata kepala dia sakit
so biarkan dia rest dulu
adalah teruja ok ngan semua coklat2 yg ada di situ..
tapi main purpose ke sini utk mencari byk2 coklat raffaello..
sgt sedap ok!
dlm pukul 730 balik semula ke hotel sbb tangan adalah sgt penuh ngan coklat2.
bila sampai ajer di bilik,
ummi terus teruja nak pegi shopping drp tujuan asal nak g mkn malam
so kami pegi semula membeli coklat sebelum kuar pegi mkn.
sudahnya kami berdua membeli beg yg agak besar utk mengisi semua coklat2 n barang2 yg di beli...

balik dr makan kami berdua bertungkus lumus kemas katil masing2
sbb nak bergambar ngan coklat yg baru dibeli...
hahahha...

pssst: beg yg ada dlm gambar di atas la beg yg kitaorg berdua beli semata2 nak letak coklat

ini lah antara coklat2 yg me beli...








muka org tersenyum girang tanpa memikirkan bencana yg akan berlaku keesokan hari.

oleh kerana malam ini merupakan malam terakhir kami di langkawi
maka acara mengambil gambar apa yg patut pun dijalankan..
owh yer
sgt la terlupa nak bagi tau
masa pegi kl ari tu,
me terjumpa ear muff ini.
sebenarnya dah lama mencari
tapi tak jumpa
yg ada ala2 tak berkenan di hati
sekali jumpa pulak kat sogo ari tu
apa lagi sambar ajer
walaupun ini bukan warna yg me nak
dan memandangkan hanya tinggal 2 ajer
maka tak perlulah berfikir panjang..



maka tidur la kami dgn lena mlm itu......
setelah bergambar ngan ear muff ini..


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER