kia ora....new zealand day 6 (Wellington city)

Kami tiba di Wellington agak pagi.
dalam jam 7 dah sampai.
memandangkan hari tersebut public holiday (Queens birthday) memang tak ramai orang di jalan raya
Dengan muka sememeh (baru bangun tido)....
kami menapak yang jauh tak henggat la khennnn..
adalah dlm 1km..

Motel yang kami tinggal ni betul-betul terletak di hadapan jalan utama
nak cari pun tak susah.
oleh sebab kami tiba awal..
makanya bilik pun tak disiapkan lagi.

lepas urusan check-in,
kami letak beg di kaunter dan meneruskan misi explore bandar Wellington yang merupakan ibu negara New Zealand .
Sedikit info...Wellington merupakan bandar ke-2 tertinggi populasi penduduknya selepas Auckland dan
disebabkan kedudukannya yang terletak di Cook Strait.. Bandar ini dinamakan Windy Wellington

Motel yang kami tinggal utk 2 malam ini terletak di Courtenay place.
Courtenay place merupakan pusat kesenian dan nite lifenya yang happening..
heheh..
macam-macam ada..




Terlalu banyak Theatre Hall di sini.
rasa sangat-sangat rugi sebab tak berkesempatan nak menonton sebarang teater..
Jalan punya jalan...
akhirnya kami pun sampai di mercu tanda Wellington.
apa lagi kalau bukan cable car
Cable car ini terletak di tengah-tengah pusat beli belah di Lambton Quay 
Sama macam Hong Kong Cable Car
kenderaan ini akan membawa kita terus ke puncak untuk melihat keindahan bandaraya Wellington
Pembinaan tramway ini dimulakan pada tahun 1898 berikutan peningkatan populasi penduduk di kawasan sekitar Wellington.

Kalau nak tau...pengalaman menaiki cable car di Hong Kong membuatkan kami betul-betul ngeri sekiranya terpaksa berdiri apabila di dalam gerabak.
Alhamdulillah banyak ruangan kosong dan kecuraman bukit yang didaki tidaklah segerun di The Peak Hong Kong.
Wellington memang bandar angin.....
Angin yang bertiup kencang hampir menyebabkan kami pun nak terbang
huhuhu
Apabila kami tiba di puncak..
plan pertama ialah ke Botanic Garden.
Follow je bunga unggu ni akan membawa anda menuruni bukit di sepanjang Botanic Garden





Jauh gak la berjalan sepanjang Botanic Garden ni..
cuma satu yg me salute...
public toilet depa kat sini memang sangat bersih

Sekarang ada satu masalah bila nak daki bukit semula
hadoiii hazab yang hamat
dah lah jauh ditambah pula dengan angin yang kuat.....
org gems macam me pun rasa nak melayang

akhirnya kami berpiknik...
hehhehehe
 makan baki buah kiwi ngan epal yang kami beli di rotorua ritu...heheh
dari Botanic Garden,
kami terus ke Cable Car Museum yang terletak bersebelahan dengan upper terminal.
dah alang-alang tu kami terus ke Zealandia-karori wildlife sanctuary menggunakan free shuttle yang disediakan berhampiran dengan museum.
Tujuan asal nak nengok burung kiwi..
tapi nasib tak menyebelahi kami ..
dapat nengok sarang je la
Zealandia ni kiranya open live zoo konsepnya
pusat perlindungan haiwan..mana ada pakai sangkar
so semua lihat secara live
Paling best..
andaikata uols dpt lihat haiwan tersebut....
sila la catatkan di mana.... pukul berapa....  dalam kertas yang telah disediakan...
cool kan.
kira kita ni macam sukarelawan jugak lah.
 jam 430 petang kami terus ke pintu utama takut kena kunci ..
hehhehe

menggunakan shuttle van yang sama ..
kami terus ke Kelburn (upper terminus) untuk turun semula ke Lambart Quay menggunakan cable car

tapi sebelum turun tu....
kami sempat menyinggah Carter Observatory ..
kalau datang malam cantik lah boleh tengok bintang
Lebih kurang macam Planaterium Negara kita.
Tapi me tido sepanjang sejam menonton video..
aishh memang mengantuk tak boleh blah..
pulak tu dapat duduk kerusi yang dah di recline hampir 180 darjah..
mau tak terlelap..
sedar-sedar tayangan video dah tamat..
memang segar bugar la lepas tu....heheheh

sampai sahaja di Lambart Quay..
sempat menyinggah ke minimart untuk membeli snapper card
snapper card macam touch n go .
boleh digunakan untuk berbagai-bagai fungsi.

Dari Lambart Quay kami decide naik public bus ke Courtaney Place.
nak cuci mata pun tak boleh sebab depa tutup kedai jam 5 petang..
aishhh
kami main redah je naik bas yang ada tertulis Courtaney Place
Sekejap je dah sampai walaupun kami berhenti 1 stop awal daripada sepatutnya.

Sampai di motel.... bilik memang dah tersedia..
yang tak berapa bestnya..
tak de lift untuk ke tingkat atas..
terpaksa la gigih mengangkut beg-beg kami yang super besar itu

bilik selesa dengan pelbagai facilities
bilik air pun ok siap dengan heater
aktiviti malam macam biasa la khennnn
masak nasi dan makan lauk dalam tin...
huehuehuehue

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

kia ora .... new zealand day 5 (Rotorua)


Salam uolss
lamanya tak menjengah ke blog sendiri
mesti semuanya masih dlm mood raya sakan khen....
berbalik pada hari ke-5 di NZ tempoh hari..
excited bangun pagi dan menyarungkan celana kaler kuning
jangan main-main tau.. memang me khaskan seluar kuning tu untuk program hari ni..
pagi macam biasa bersarapan dengan maggi jep utk menceriakan pagi kami di NZ
keluar dari motel...aishhh cuaca macam sedikit mendung..
memang beginilah nasib orang yang nakkan percutian di akhir autumn
cuaca memang tak menentu..
pagi ni free and easy sementara menunggu projek kami tengah hari nanti.
so kami bersia-siar menghampiri kawasan tasek yang terletak berhampiran dengan kawasan motel
sempat gak menyinggah ke memorial park
free je kat tepi jalan..

 kami bernasib baik sebab pagi tu ada pasar pagi
lebih kurang mcm carboot sale gitu konsepnya..
dah alang-alang tu kami layankan ajer

 macam-macam barang yang dijual
tapi tak beli pun..
berdekatan dengan pasar pagi tu ada craft market
terdapat pelbagai jenis barang kraft yang dijual di sana..
ada tu siap boleh sulamkan mengikut permintaan..
masih tak beli apa pun..
just belikan mak table runner je
tengok lebih kurang .... kami terus ke tepi tasik
memang saujana mata memandang..
langit yang tadi mendung semakin cerah
hip hip horay
sesungguhnya pekan ni memang akan me kunjungi lagi..
terlalu suka..
meh layan gambar untuk membuktikan betapa hati ini sudah jatuh chenta..








ni bukan cakap tipu-tipu hokey..
memang tempat ni sgt cantik..
subhanallah...
lebih kurang 1130pagi  kami terus ke I-site
tapi sempat menyinggah makan aiskrim..
tak kisah la cuaca sejuk pun..
makan aiskrim tetap jugak nak...
heheheh
kalau ku tahu..
lebih baik sewa basikal...
huhuhuhu
makan street.
cozy kan tempat ni...
tapi tak sempat nak menyinggah pun.
ni adalah antara sebab kenapa me suka travel time autumn
pokok yang super duper cantik bertukar warna..
akhirnya sampai pun kami di I-site...
ada lagi sejam setengah waktu kami berdua sampai di sini..
time tu partner nak g toilet kat motel katanya tak selesa kalau kat tempat awam..
 me pulak ke post office sengsorang untuk post postcard.
kami berdua pun berpisah
princes gate motel dari I-site.
memang dekat sangat motel ni..

alang-alang menunggu kengkawan yg lain..
meh pekena yogurt kat café dalam I-site ni..
bagusnya I-site kat sini
macam-macam ada..
paling best kat luar bangunan I-site rotorua ni siap ada kolam air panas utk rendam kaki..
 pukul 12.20 kami semua berkumpul dan menunggu bas untuk ke hobbiton scene tour..
kira ni mcm hilite percutian kali ni la konsepnya...
siap dah khususkan suar kaler kuning ok nak nampak menyerlah dalam gambar kengkononnya...

waktu kami berkumpul  di luar I-site tu..
tetiba sebuah bas mini yang tertera tanda hobbiton telah berlepas.
kalau ikutkan kat tiket kami tertulis jam 1230.

so member tu ke dalam I-site untuk mengesahkan yang tadi tu bukan bas kami..
so staf kat sana kata suruh tunggu sampai 1230.
kami punya lah tunggu sampai jam 1ptg
rupa-rupanya.....
kami dah tertinggal bas!
sedeh tak boleh nak cakap la kan..
sebabnya tiket nak ikut tour ni kedua tertinggi yang kami bayar sepanjang berada di sini.

time tu tuhan je yang tahu perasaan kami.
partner & me memang mood dah kelaut..
tak bercakap langsung..
so member lagi dua orang tu yg pergi settlekan

staf sana bagi 2 options ..
1st..kami kena tambah bayaran NZD200 untuk taxi yg akan membawa kami ke lokasi penggambaran tersebut
atau...
2nd....kena tukar tarikh lain..

bincang punya bincang akhirnya kami pilih untuk tukar tarikh lain..
bermaksud kami akan ke sana dari Auckland
sebabnya memang me dah plan 1 hari free & easy kat Auckland just utk shopping ..
sekali bila dah jadi macam ni...
terpaksalah kami gigih bershopping dari rotorua..hehehe

kesimpulannya....
niari kami tak de buat apa-apa pun...
hehehhe

tapi sebab dah terlalu jatuh chenta ngan rotorua..
 perkara ni tidak menjejaskan apa-apa...
apa yg kami buat hari tu...
kami jalan-jalan sambil menikmati keindahan pekan rotorua..



Sebelum balik ke motel semula...
sempat menyinggah ke pak & save.......
sebab apa..
sebab sibuk memborong kekacang kat sini..

kacang-kacang tu kita ceduk..
pastu tulis kod kacang & boleh g bayar..
memang mak & me penggemar kacang..
harus borong berpaket-paket.
lebih kurang jam 7 kami  balik bilik..
masak nasi dan bersiap-siap...
pukul 1130malam kami pun check-out.
sebab nak tunggu naked bus pukul 12 tengah malam.
jalan memang lengang dah waktu tu..
boleh dikira berapa sangat la kereta yang lalu lalang.
paling kerap kereta polis.
orang mabuk pun kerap gak la lalu lalang depan kami..
kami berempat setia menunggu naked bus yang akhirnya sampai pukul 1 pagi...
huh kejung kesejukkan kami menunggu..
rupa-rupanya depa dah sms bagitau mereka lewat tiba..
sah-sah la simcard me dah tukar ngan NZ punya khennn...
so redhooo je la..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER