Trip payung China- D5 (Beijing)

5 Disember 2018
Seawal 9.30 pagi train T110 dah sampai di Beijing. Syukur sangat-sangat perjalanan kami dipermudahkan. Pagi tu memang aku rasa sangat-sangat fresh as tido tak hengat sepanjang perjalanan. Dorang ada gaklah bangun untuk makan minum. Aku tetap setia dengan tidonya. Hahahha
Sempit giler tempat kitorang. Masing-masing membawak baju tak hengat. Nasib baiklah penumpang yang sorang lagi tu jenis ok je. Rupanya dia student di Beijing University dan jurusan sama dengan adik aku. Sebab tu la malam tu berborak sakan dorang. Aku pulak memang dah sampai ke bulan dah time tu.

Once keluar dari train station di Beijing..... baru la aku nampak view macam kat bawah ni. View ni aku dok tercari-cari masa trip yang lalu.

Now kena beli tiket metro. Aku macam bercari-cari mana nak beli tiket. Sekali tu aku nampak berduyun-duyun orang beratur di belah kiri dataran depan railway station tu.
 Aku suspek ni semua beratur untuk beli tiket. Dan memang betul pun. Bila sampai turn aku...... aku beli 2 tiket dan topup Yikatong card aku. Actually aku tatau pun sama ada card aku ni boleh guna ke idok. Aku gamble je bagi 100yuan untuk topup. Eh berjaya korang.! Happy sangat time tu.
Bila nak pass gate barrier kat metro station tu.. Yikatong aku tak lepas. Bedebah betul. Mulalah peluh jantan aku mengalir bak air terjun. Hahahha

Sekali bila aku refer dengan officer kat situ, Yikatong aku di-active-kan balik tapi kena tolak dalam beberapa yuan gituh. Pasrah je la. Dari situ kami gerak ke hostel untuk letak beg kami yang super banyak tuh.

Di Beijing ni, kami tak boleh nak check-in awal. So kami tinggalkan beg kami di kaunter reception. Haruslah kami teruskan dengan iti yang telah dirancang. Hari ni memang kami akan ke Tianamen Square. Jalan-jalan area situ aje sebab dah nak petang.

Route: Qianmen --> Tianmen East(Exit A)

Aku just perati dari jauh je dorang berdua bergambar.

 Muka kena paksa bergambar. Aku nengok muka aku dah sama bulat dengan 😀😀😀...Hahahaha...

Memandangkan macam tak sempat nak masuk Forbidden City, kami decided untuk gerak ke Wangfujing Street. Jauh giler kami berjalan nak cari metro station. Ntah mana-mana ntah kitorang jalan.



Finally kami jumpa metro station dan naik metro tersebut dan berhenti di Wangfujing Station Exit A.


Sempat jugaklah kami membeli souvenir dari shoplots yang ada kat sana. Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa pun wangfujing street yang aku nak sangat pergi 3 tahun lepas.

Tapi kami tak explore sangat pun. Awal-awal lagi anak sedara aku nak balik sebab tak tahan bau. Ermm.. Jadi ajomlah kita pulang..

Memandangkan kena rombak sikit iti kami...kami terus ke Bird Nest Stadium. Nasib baik tak ramai orang hari tu.
 Metro: Olympic Sport Center (Line 8) Exit B1/B2

Sini pun aku dok perati dorang je lah ambil gambar. Sejuk kemain betul malam tu. Settle bergambar......marilah kita balik ke pangkal jalan. Huhuhu
Kenangan aku berpusing-pusing sebelum tergolek dok dalam tren kat Shanghai aritu masih menghantui. Gigih aku peluk handrail supaya peristiwa lama tak berulang kembali. Hahahha...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Shanghai accomodation

Shanghai City Central International Hostel
Hostel ni aku booked siap-siap dari Malaysia tru Agoda kalau tak silaplah. Comment kat net tak de lah teruk sangat. Mula-mula sampai tu memang terasa jauh sangat. Tapi bagi aku tak de lah jauh sangat pun.

Metro paling dekat ialah Line 3/4 di Caoyang Rd Station. Exit 6/7. Day 1 sampai macam hazabedah mengangkut beg yang besar. Sekali esoknya baru baru tau ada escalator kat metro station ni. Bedebah betul.

Landmark nak keluar dari station tu ialah McDonald.
Keluar je dari pintu station jalan ke kanan korang. Nanti korang boleh nampak banyak bangunan tinggi kat belah kiri. Sebab belah kanan korang ialah landasan metro.


Jalan je terus sampailah korang jumpa Wuning Road intersection. Lintas zebra crossing tu pastu jalan ke kanan korang. Tak jauh dari situ korang belok ke kiri. Yang ni memang agak mencabar sebab korang tak nampak pun hostel dari main road. Korang kena masuk ke kawasan rumah-rumah flat tu. Memang lalu security barrier. Nanti hostel ni ada kat belah kanan korang.

Reception memang pantas. Kami dapat bilik lebih awal daripada sepatutnya. Kena letak deposit 100 yuan kalau tak silap aku. Lift pun disediakan untuk yang bawak beg besar macam kitorang aritu.

Bilik kami hari tu triple sharing ensuite bathroom. Ok lah tu. Cuma part toilet dia aku tak puas hati sangat sebabnya air bertakung. Hadoiii.
Lain-lain ok.

4D3N= 660yuan/room

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Trip payung China - D4 (Shanghai)

4 Disember 2018

Holla peeps😁

Hari terakhir dibumi Shanghai kita mulakan dengan lambat sikit. Kasik tido puas -puas dulu. Kami check-out dalam pukul 11 pagi gitu. 

Settled di kaunter hostel, terpaksalah mengangkut semua beg. Jalan raya kelihatan basah as hujan lebat rasanya semalam. 

Menggunakan metro, kami terus gerak ke Shanghai Railway station(Line 3) sebabnya hari ni nak gerak ke Beijing pulak.

Sampai je di train station, kami nak kena kenal pasti dulu mana entrance gate nak masuk ke departure hall. Tak nak lah nanti time nak bertolak baru nak tercari-carikan?



Settled dah kenal pasti, kami cari tempat utk simpan luggage. Ada banyak store utk simpan luggage. Aku pilih betul-betul kat tepi train station.

Hari ni kami mesti cari Yuyuan Garden. Sebab tak nak nanti bila org bercerita tentang garden ni..aku terlopong tak tau.

Nak mencari tempat ni memang hazabedah. Padahal kami guna waze kot. Phuiii betul. Aku rasa berkilometer dibawaknya  kami berjalan. Actually kami buat tawaf diluar kawasan garden tu. Huhuhu.


Gentle reminder....laluan ke Yuyuan Garden ni sama je dengan laluan kami sebelum ni. Yang terlebih cerdiknya.... keluar dari metro station, kami jalan ke kanan sampai lah ke simpang empat dan cross jalan. Tetiba dah sampai taman yang ada banyak pokok- pokok. Hahahaha...

Aku dah dapat rasa ni bukan taman yang aku cari sebab hasil pembacaan aku kat blog orang...yuyuan garden ni ada kolam besar. Tapi ni tak de pe pun. Hiks...mesti orang yang berhenti kat traffic light tu gelak sakan nengok kitorang.

Kami terpaksalah menapak semula ke Fuyou Road.

Adoiii jauh pulak tu...dah alang-alang ke sana...kami terus gi makan kat kedai makan semalam dan order sebijik macam semalam. Yerlah kan asyik teringat-ingat menu yang menggiurkan tu.
Ni gambar kedainya yang bercahaya tu.(gambar bawah)

Route ke kedai makan: Yuyuan Garden Station(line 10) Exit 3--> cross jalan lalu depan Renaissance Yu Garden Hotel--> Fuyou Rd (belok kanan)--> terus sampai depan pagar park. Kedai makan ada kat belah kanan.
Betul-betul terletak berhampiran dengan pintu park yang kitorang lalu untuk ke The Bund. Kalau korang facing pintu pagar...kedai ni belah kanan korang...
 Gambar atas ni ialah pintu pagar park yang korang lalu untuk ke The Bund. Dari sini.... kedai tu ada kat sebelah kanan korang.
Tu ada simbol halal kat depan kedai. Kelihatan juga owner tengah makan time kami sampai. (Abaikan jari bambam tuh) Hihihi
Tempat masaknya alahai kecil sangat. Tabah betul tukang masaknya yang sedang sarat mengandung.

Settle makan, patah balik untuk bersolat di masjid di Fuyou Rd tu. Masjid ni memang tak nampak dari luar. So korang kena peratikan atas bumbungnya...agak-agak nampak kubah masjid..ha tu lah masjid.

Settle solat dan shopping souvenir...misi mencari Yuyuan Garden. Menggunakan waze..kami bergerak semula sampai lah ke kedai makan kami pergi tadi. Pastu buat tawaf.   Memang sesaje tau nak membakar lemak aku. Padahal tak perlu pun buat tawaf ni..
Lorong-lorong kecil berdekatan dengan kedai makan yang kami buat tawaf tu.. Ni sebab kami ikut crowd la kami lalu sini. Huhuhu
Sepatutnya, dari persimpangan yang orang sakan bergambar tu..gerak ke kanan korang masuk ke gate nombor 5 di sebarang jalan. Jalan sikit nanti jumpalah Yuyuan Garden tu.
Persimpangan jalan yang popular orang dok bergambar tu....belok kanan pastu jalan lagi until nampak nombor 5 macam gambar bawah ni.

Penat betul la kami hari tersebut. Nasib baiklah jumpa Yuyuan Garden yang orang dok bercerita tu. Tapi tak explore habis pun sebab langit pun dah gelap semacam. Ambil gambar cepat-cepat pastu terus gerak ke metro station semula.







Nasib baiklah kami sampai Shanghai Railway Station hujan makin lebat. Train kami ke Beijing pukul 6 petang. Adoii naik je atas train, terusssss aku zzzz..
Aku tak sedar apa la yang dorang buat sampai lah esok pagi pukul 9 aku tiba di Beijing.

Nihao Beijing!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER