memandangkan tahun ni kami semua sepakat nak beraya di kampung belah abah di selangor
maka agenda utama setiap pagi hari raya
terpaksalah kami lakukan sehari sebelum raya
menziarahi kubur memang menjadi satu agenda wajib kami setiap kali menjelang raya
memandangkan kebanyakan ahli keluarga kami disemadikan disini
maka proses lawatan tersebut adalah lebih mudah
biasanya sebelum pergi menziarahi kubur
me sendiri yg akan turun padang membuat bunga rampai
satu perasaan yg tak dpt digambarkan bila time racik daun pandan n mencampurkan ngan kelopak bunga-bungaan.
muka adalah sgt hepi ok
walaupun semalam mengemas bilik tamat dlm pukul 4 am,
namun pagi2 lagi dah terbukak mata ni nak ke kawasan tanah perkuburan tu..
pertama sekali dah tentu2 kami semua ke kawasan perkuburan arwah datuk
pernah satu tahun tu
kami tak jumpa tapak kubur arwah atuk
kemudian kami sambung pergi keesokkan harinya
pun tak jumpa
kemudian keluarga makcik pulak pergi mencari
pun tak jumpa
rupa2nya nombor yg kami dpt tu tak sama ngan nombor yg ada pada batu nisan
mungkin org yg buat batu nisan tu tersalah tulis nombor..
almaklumla setahun sekali menziarahi
maka tapak tahah perkuburan atuk dipenuhi ngan rumput
yg me perasan setiap kali dtg
selalu lupa nak bawak cangkul kecil
bukan apa senang nak kambur2kan tanah atau bersihkan semak2
n biasanya
menjelang pagi raya
pasti ada org yg offer bersihkan tapak ini
selepas sedekahkan surah yaasin
kami bergerak ke kawasan atas sedikit
kali ni kami ke kawasan perkuburan arwah pakcik n moyang
kalo nak tau,
masa arwah pakcik me meninggal dulu,
moyang me ikut sama masa upacara pengkebumiannya
masa tu
moyang ada ckp yg tapak di sebelah arwah pakcik bakal menjadi 'rumah'nya
n
selang beberapa bulan moyang pula meninggal
n beliau di kebumikan di tapak tersebut..
No comments:
Post a Comment