sapa yang tak suka cuti
CUTI
sila angkat tangan???
kalau ada yang tak suka cuti tu memang sah la kaki kuat kerja
tapi
sekuat mana pun kita kerja
cuti mesti kita ambil untuk mereward diri sendiri selepas penat bekerja
memandangkan sekarang ni baru minggu ke 2 bercuti,
maka harus la entry dipenuhi ngan cerita cuti
suka ke tak suka,
sila layari ngan penuh berhemah
ok??
ke manakah me bercuti tahun ni???
biarlah rahsia.
kita tunggu dan lihat.
memandangkan me kerja makan gaji,
maka semua kena catu, kena budget betul2
untuk memastikan percutian dapat seperti yg diidam2kan..
sebelum itu
marilah kita jawab beberapa soalan di bawah sempena beberapa pengalaman yg dialami sejak setahun yang lalu...
1) kenal pasti tempat percutian & tujuan ke sana
- mungkinkah disebabkan oleh ketaksuban tentang sesuatu negara???
- berniat sesuatu sekiranya dapat bercuti ke tempat tersebut???
- merasakan gelombang negara yang ingin dilawati???
2) budget
part ni payah sikit nak jawab sbb bila namanya cuti bukan sikit ongkos yang digunakan. lain la kalo ada yg sponser. boleh dok goyang kaki ajer.
- masukkan perancangan percutian dlm wish list masa buat azam pada awal tahun. oleh itu pepandai sendiri la buat saving. banyak saving, hebat la percutian. tak banyak saving..... dok tengok ajer org lain shopping nanti.
3) tentukan cara untuk sampai ke tempat percutian
- kalo malas nak pikir panjang, gunakan ajer la mana2 travel agency. tapi kalo bole cari yg trusted sikit.
- nak ikut cita rasa sendiri, beli ajer tiket sendiri pastu bila sampai sana pandai2 la nak hidup. oleh itu perlu makan bulan juga nak cari info tentang interesting places di sana.
- gunakan kepakaran sendiri dengan menggabungjalin kedua2 pilihan diatas. cuba deal ngan mana2 travel agency tentang trip itu. follow some of derang punya xtvties, lebihnya boleh bergumbira sendiri2.
4) kenal pasti cuaca
- kalo dah nama cuti2, mesti kita nak try something new betul tak??
5) persiapan
believe me or not, kalo uols nak bercuti, memang semua persiapan kena buat seawal setahun sebelum percutian.
contoh: kalau uols nak bercuti ke negara 4 musim, untuk menikmati suasana winter, kita kena bersedia dr segi fizikal & mental.
- winter coats, boots, semua kena beli. dah tu mahal pulak. paling murah pun RM500. kalo mcm me, dah tentu tak cukup 1. paling tak pun mau 2 atau 3. almaklum nak bergambar sakan la katakan.
- gadget seperti camera nak kena upgred.kalo setakat bawak camera yg biasa2 ajer, tentu2 gambar tak berapa nak hebat. kira membazir ajer bayar tambang mahal2, pastu memori kat dalam gambar antara jelas tak jelas ajer.
- segala jenis mak nenek injection nak kena ambik seawal 3 bulan sebelum
- tambah pulak yang berkaitan ngan gigi segala. takkan nak menahan sakit masa kat sana kot. tentu2 muka akan jadi kembung dek penangan sakit gigi.
- posing syok sendiri dlm bilik dah tentu2 nak kena practise. sekurang2nya tau la celah mana nak cover supaya tidak nampak benjolan2 yang tidak diingini.
- ubat-ubatan bagai nak kena sediakan. termasuklah makanan2 yg membantu menahan lapar sekiranya negara yang dikunjungi tu ala2 susah nak cari makanan halal.
tapi yang paling penting!!!!
6) jgn bagi tau org lain tentang percutian tersebut
- buat malu ajer kalo tetiba tak jadi pergi
- nak membelikan ole2 la pulak
- tu belum lagi yg kirim ntah apa2 ntah. kang kalo beli ikut citarasa sendiri, belum tentu sepadan ngan citarasa si pengirim..alahaiiii
kesimpulannya,
tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment