nampaknya inilah entry terakhir tentang pengalaman menarik di korea
owhhh sgt sedih
mari kita lihat kenangan terindah yg me bawa untuk dikenang sepanjang menghirup udara malar di m'sia...
setakat hari ini sahaja
semua cd belum pun dibuka
sibuk sgt sampaikan terlupa ada beli cd
dan paling harunya
tetiba bila dah sampai kat m'sia baru tersedar ada lagi cd artis sana yg tidak di beli..
haaaa itu salah satu reason yg paling baik utk kembali ke sana semula..
kekeekekekeke...
dan sehingga ke hari ini
dua pasang kasut ini masih belum di beri penjagaan sepenuhnya
celah mana la nak jaga kasut kulit ni??
dan paling penting,
celah mana nak pakai kasut bulu2 ni???
adusss..
reasons ke-2 untuk kembali ke sana semula..
hahahahahah
owh yer,
apa yg bole dibuat kesimpulan daripada perjalanan ke bumi korea,
bahasa itu memainkan peranan yg penting.
manakan tidak...
ada a friend's of mine pernah cerita yg dia dihalau keluar drp kedai sewaktu hendak shopping
(lucky tidak kena batang hidung sendiri)
rasanya mungkin korean agak tidak mengemari foreigner sbb mereka langsung tidak tahu berbahasa inggeris.
even simple or broken english pun derang tak kuasai.
jadi agak sukar untuk mereka berurusniaga.
tapi masa me shopping kat dongdaemun,
siap tawar menawar lagi..
hahahahaha..
dia ngan bahasa dia,
me ngan bahasa me..
kekeekekekeke..
sgt best!
satu lagi xperience yg tak dpt me lupakan ialah masa membeli belah di insa-dong.
lepas membeli belah,
pekedai tu akan ckp "kamsahamnida" -terima kasih
tapi me tak tau pulak nak jawab camana..
udahnya me jawab "saranghea" -i love u
hahahaahahaha...
pastu terus dia peluk me..
mati la kalo lelaki..
tak pasal2 dpt mak angkat kat sana.
selain itu,
apa yg me perhatikan
org sana betul2 nak kita rasa makanan yg mereka masak
siap paksa2 makan makanan mereka
adoiiya..
tekak ni mcm tak bole nak terima sgt
tapi bedalkan ajer la.
itu belum paksa me minum ginseng..
benci!!!!
and the best part was
vincent cakap
kalau kat sana
semua lelaki kena ada byk duit sbb
"no MONEY no HONEY"
hahaahahaha
semua xpenses perempuan ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki
dari atas ke bawah
cuma kata vincent
byk2 barang yg lelaki tak belikan untuk perempuan ialah
kasut
dikhuatiri bila belikan perempuan kasut,
perempuan tersebut akan lari tinggalkannya..
manakala untuk perempuan pula
mereka takkan belikan lelaki
saputangan
sbb dikuatiri perempuan tersebut akan berendam air mata..
hihihihi
lagi satu apa yg me perhatikan
bila tiba waktu malam
keadaan di sana akan dipenuhi ngan manusia yg bercakap kuat2..
sbb semuanya mabuk.
kita kat m'sia agak jarang jumpa keadaan begini
tapi setiap org mabuk ni akan dipapah oleh orang lain yg tidak dikuasai oleh minuman beralkohol
so keadaan agak terkawal.
cuma kita yang tak biasa ini agak takut juga.
owh yer
masa dalam perjalanan pulang ke hotel ari tu
me menyaksikan satu perselisihan faham diantara 2 buah kereta
sewaktu menunggu traffic lite bertukar warna.
yg me agak salute pada muda mudi ini,
mereka beriya2 meminta maaf bagi pihak kawan
sambil menunduk2kan kepala.
seperti biasa,
adab sopan antara yg tua dan muda sgt mereka tekankan.
bila bercerita tentang bangunan di sana
boleh dikatakan bangunan kat sana especially rumah
sgt cantik reka bentuknya
even masa dlm perjalanan dr blue house ke museum
me agak tertarik memandang sebuah bumbung rumah @ kedai ini
dimana ada sebuah patung perempuan sedang berlari..
sure perompak tak berani nak merompak rumah tu sbb ternampak kelibat orang lain dah ada kat atas bumbung.
dan fakta yg paling penting ialah
bentuk snow adalah sangat caaantik!!!
berakhirlah
cerita tentang bumi korea..
harap bertemu lagi..
dah nak prepare utk 2 cerita holiday lagi.
~bye ~
No comments:
Post a Comment