weekends lepas
semua sekolah di malaysia mengadakan larian "1 murid 1 sukan"
makanya sekolah kami terpaksa mengadakan 2 majlis dalam masa sehari
iaitu larian dan hari terbuka..
oh~keh...
maksudnya penat dua kali la hari tersebut..
program dimulakan dengan larian dahulu..
bukan sahaja murid yg terlibat..
ibu bapa serta guru pun terlibat sekali..
diri ini terpaksa menjaga check point..
so dpt ler ngelat sikit..
muahahahaha...
proses memanaskan badan..
wajib yer...
kang ada pulak yg terpeleot itu la... ini la...
budak2 ni memang suka part mengerakkan badan
cuma cekgu ajer yg tak berapa nak gemar ngan aktiviti berpeluh2 ni..
bukan apa..
kang abis pulak make-up kat muka tu.
so bermula la program larian pada jarak yg lebih kurang 3km++
memandangkan diri ini tidak ada title "guru kelas"
maka bole la bergumbira2...
melawat2 gerai yg ada pada hari tersebut..
tukang memeriahkan acara gitu..
time ni dpt menawar buku2 latihan dr sehinggit ke RM0.50..
so muka xcited sekali..
tu pasal dok menyelongkar duit..
nasib baik jumpa..
kalo tak, pakai duit keras bole??
antara gerai yg ada pada hari tersebut~
rawatan kesihatan dari pihak poliklinik kerajaan yg berdekatan
jualan amal barang2 runcit
lagi barang2 runcit
kuih muih
gerai barang terpakai..
tu kasut saya...
cuba teka sapa yg beli??
dah tentulah budak2 sekolah ni jugak yg membelinya..
*owh tetiba teringat time sekolah dulu, bila kena paksa ngan mak utk pulangkan balik kasut tumit tinggi yang dah dibeli utk dilaram time raya nanti..
issshhh malu giler cakap ngan ahpek nak tukar kasut..
sebbaik ahpek baik hati.. kasik tukar kasut tu..
kempunan la nak melaram pakai kasut tumit tinggi raya tahun tu*
pakaian terpakai..
dan yg paling mendapat sambutan..
ni ha..
strawberries dan mashmellow yang disalut ceklat!
No comments:
Post a Comment