raya ke-2 ari tu siap2 settlekan apa yg tak siap pada hari raya pertama..
apa lagi g la menjenguk atuk&pakcik&moyang.
alhamdullilah cuaca redup
harapan mengunung tinggi agar tak banyak kereta time tu
almaklumlah tempat tak berapa besar
jalan pulak tu ala2 oneway
tapi kereta keluar masuk dah macam tw0way
pastu tambah ngan yg parking kat tepi-tepi jln
nak harap pemandu yg super arif mcm me..
jawabnya masok longkang ler.
so pagi tu dari rumah dah siap2 hafal nombor blok tempat yg nak dikunjungi
takut mcm tahun2 sebelum ni
yo yo oo ajer mencari blok atuk
rasa2 mcm dekat ngan pokok....tiba2 eh jauh plak..
almaklumlah..
setiap saatkan ada penghuni baru..
jadinya
macam hari ni..
mak ler pepandai ckp blok atuk pakai batu kaler merah..
puas dowh mencari sekeliling kawasan batu kaler merah..
sampai dah putus asa
siap abah kata
kita sedekahkan alfatihah ajer la.
ala sekali mak ni buat lawaks pulak..
blok atuk bukan batu kaler merah tapi kaler putih ler..
walaupun cuaca sgt redup..
tapi peluh ya allah tak payah ckp la..
menitik2 mcm air hujan
silap2 org ingat me menangis teresak2 time sedekahkan alfatihah tadi.
tak pun
mesti org ingat me byk buat dosa kat atuk
sbb tu menangis teresak2
org kata jgn baca apa yg ditulis kat batu nisan kan??
sbb nanti jadi pelupa..
tapi me bantai baca gak sbb payah betul nak mencari blok atuk ni hah.
terpaksalah mengucapkan selamat tinggal.
moga tahun depan berjumpa lagi.
next kita ke blok moyang&pakcik pula
nak cari blok yg ni tak susah
biasanya tak payah hafal nombor blok pun dah jumpa
sbbnya blok mereka bertemu kaki dan kepala
dulu masa arwah pakcik meninggal
moyang ada bagi hint yg kat lubang kubur belah atas tu tempat beliau.
sekali selang beberapa bulan
memang betul itulah tempat beliau disemadikan..
walaupun setiap kali ke sini
kami tetap disogokkan ngan cerita yg sama
tapi dek nak menjaga hati org tua..
dengarkan ajer la
walaupun dah tau citer tu..
ni la yg me katakan tadi
kepala bertemu kaki.
belah atas batu kaler merah tu arwah moyang
dan belah depan ni arwah pakcik..
maka lengkaplah apa yg patut dilakukan pada setiap hari raya
rasa sungguh insaf bilamana mengunjungi kawasan perkuburan ini..
ingatlah wahai semua...
apabila kita mati..
segala hubungan dengan dunia akan terputus melainkan 3 perkara..
1) doa anak yg soleh
2)amal jariah
3)ilmu yg diturunkan..
insaf tak??
insaf jgn tak insaf..
dek kerana kepenatan mencari blok atuk
+
cuaca yg redup tapi super berbahang
kami bercadang untuk minum kat kedai mamak
tapi end up kami g makan nasi beriyani
hilang dah rasa insaf tadi bila pekena nasi beriyani..
muahahhaa..
No comments:
Post a Comment