haruslah tak hupdate entry baru..
hati berbunga-bunga kemboja nak abiskan entry ni..
sekali hampeh..
tido la dlm keimanan...
ok gambar ni bukannya satu pembunuhan kejam
tapi kerakusan si penjual menonggeng-nonggengkan separuh badan patung yang bertopengkan manusia...
boleh gituu..
memandangkan sang penjual pun baru nak bukak payung masing-masing..
makanya beginilah keadaan sekitar kawasan yang kami lawati
dan sebenarnya kami sendiri pun tak tau apa yang nak dicari kat sini.
dan sebenarnya kami sendiri pun tak tau apa yang nak dicari kat sini.
nanti kita nengok apa yg ada di sekitar
"PASAR KARAT"
seterusnya kami bertiga menuju ke bahagian 'little india'
orang mulai sesak..
almaklumlah dah nak dekat deepavalikan..
sana- sini bunyi speaker kuar lagu deepavali
(hagaknya la kan... takkan nak kuar lagu putus cinta pulak)
mata berpinar-pinar dgn sana sini yang mengerlip-ngerlip
orang macam saya memang sah-sah suka sgt bendalah yg mengerlip-ngerlip
maka mata pun ala-ala rambang.
malam tu me & ana agak teruja
macam bukan penghuni tetap di johor bahru pulak gamaknya..
kami berjalan berdua sambil mulut terlopong menikmati suasana little india itu..
apa lah yang diterangkan oleh ana agaknya dlm gambar di atas......
later kitaorang paksa aiza ambik gambar berlatar belakangkan salah satu kuil yang ada kat sana..
motif??
tidak di ketahui..
beginilah suasana di tengah-tengah bandar johor bahru..
penuh sesak dengan manusia..
orang lain yang sibuk beraya.. kitaorang pun sibuk sama tawar menawar |
lagi satu yang kami bertiga betul-betul teruja bila nengok bunga-bunga yang diikat menjadi kalung ni..
melopong ok bila melihat tangan si penjual bunga tangkas mengikat bunga-bunga tersebut hingga menjadi karangan yang sangat hebat..
biasanya kalau dulu-dulu bunga melur yang kecik mengemut tu diikat menjadi kalungan..
tapi sekarang segala jenis bunga pun dah digubah menjadi begitu menarik
so malam tu kami semua tertarik melihat kalungan ini..
siap telek-telek lagi..
ha apa lagi..
di suruhnya me berdiri sebelah kalung bunga tuh..
saya yang menurut perintah..
layankan ajer..
eh pastu disuruhnya rapat-rapat ngan kalung bunga tuh..
saya yang masih menurut perintah..
layankan jugak..
eh disuruhnya letakkan muka ni betul-betul kat tepi kalungan bunga tu..
saya yang berterusan menurut perintah..
layankan jugak..
eh tetiba ada tangan kurus membuka kalungan itu
maka si photographer pun tak nak mensia-siakan usaha untuk mensabotaj diriku ini..
maka disnapnya la gambar itu..
hagak-hagak korang la..
apa yang ter'imagine' bila nengok gambar di atas??
me redha ajer la apa yg korang imagine kan..
later baru lah kitaorg bergerak ke pasar karat
selalu juga dengar orang bercerita tentang pasar karat ni..
kedudukan memang tetengah bandar jb
ah macam-macam barang rupanya dijual di sini..
sesiapa yg suka mengumpul barang-barang antik..
bole la dapatkan kat sini.
siap boleh tawar menawar lagi
later kitaorg tertarik dengan satu purse polkadot ni..
apa lagi.. me & ana menuju ke gerai tersebut..
eh.. penjual tu sgt kekwat tau!!
remind us like "once broken consider sold"
~ dengan muka yang ala-ala kutu babi~
wtf la...
setakat puluh2 hinggit tu.. kitaorg boleh borong la semua!!
nasib me lupa nak snap gambar pompuan mulut longkang tu!
kitaorg terus blah..
benci wei..
kalau dah nama peniaga wajiblah muka manis..ini tak.. agaknya tengah meroyan la tu.
utk mengubat kekecewaan itu...
ana terus membeli polkadot yang lain..
hahahahahhahaha...
petai pun petai la.. janji polkadot jugak |
akhirnya
menyusurlah kami bertiga ke tempat parking..
tinggallah kenangan manis kami untuk minggu tersebut
walaupun dihitamkan oleh hadik muka ketat dan makcik mulut longkang.
semoga kita tidak berjumpa lagi 2 makhluk yang merosakkan muka bumi ini...
~wasalam~
No comments:
Post a Comment