pagi hari ketiga
kitaorang kuar awal
tapi tak ler awal pagi sangat
kuar cepat-cepat agar runway diva tak ikut kitaorg.
tapi itinerary yang dah dibuat lari gila
supposed day 3 kitaorang naik ferry merentas bosphorus
tapi memandangkan dah terbuang duit beli tix bas hop on hop off semalamnya..
maka haruslah digunakan sepenuhnya pada hari ke-3 ni
cerita pagi ke-3 memang sadis
mana tak sadisnya apabila
sampai-sampai sultanahmet,
kitaorang berlari-lari anak naik bas
dengan bangganya cakap kat partner
"kita kena turun kat sini...bla..bla..bla.."
so..
bas pun berjalan..
sekali sampai port yang beriya-iya tadi nak turun...
masing-masing buat tak tau..
me buat tak tahu sbb nengok partner tu sibuk mengambil gambar..almaklumlah, smlm batt kamera dia kong.. so konon-konon bagi chance ler..
yang partner ni pulak buat tak tahu.. sbb memang dia tak tau pun kat mana point yang me cakap tadi..
hahahahhahhaha
sudahnya..
kitaorang buat satu round semula melihat istanbul dari atas bas..
so sampai ajer kat sultanahmet,
me dah siap-siap bagitau driver tu turunkan kitaorang kat eyup
so kali ni tak moh berpusing satu istanbul lagi.
eyup ni memang me dah hilite nak g pun pada hari ke-10 nanti
tapi dah terawal.. nak buek camanokan?
eyup ni sebenarnya bermula dari golden horn sehinggalah ke black sea.
yang menariknya
tempat yang kitaorang pergi ni ialah kawasan tanah perkuburan
ada uols bercuti kat kubur??
tak de kan..
tapi kawasan tanah perkuburan ni sgt unik ok!
ada cable car..
sebab tu la,
eyup wajib dilawati bagi sesiapa ke istanbul.
antara celahan pokok-pokok hijau itulah..
kubur-kubur orang turki
apa yang me diberitahu,
bukan mudah nak disemadikan disini.
ramai turkish yang berharap dapat dikebumikan di sini.
selain memandu ke puncak bukit tersebut
rata-rata pengunjung akan menaiki cable car ataupun dipanggil teleferik.....
tambang tetap sama.
1.75TL kalau guna akbil.
satu cable car boleh memuatkan seramai 8 orang
dan tak terlalu lama untuk menunggu setiap satu pusingan.
ni bukan rupa orang gayat yer..
tapi muka org ngah meng'adjust' kamera yang menghasilkan gambar kabur..
sekali rerupanya itu kabus..
hahahahhahaha..
tapi muka org ngah meng'adjust' kamera yang menghasilkan gambar kabur..
sekali rerupanya itu kabus..
hahahahhahaha..
akhirnya sampai lah kami di atas puncak bukit tersebut.
punya la sejuk sampai gambar pun tak jelas..
ingatkan kitaorang antara yang terawal sampai...
sekali..
dah ramai dah dok bertenggek kat sini.
untuk pengetahuan semua
kat atas puncak bukit ni..
bukannya orang ramai melawat kubur sedara mara masing-masing..
tapi sesaja nak menikmati keindahan panorama yang indah,
bercinta-cintun,
dan yang lagi hebat
menjalani sesi penggambaran pengantin!
hado kat mesia??
tak do kan??
kalo kat mesia.. nak jejak kaki kat gate kubur jer dah seram sejuk..
tapi kat sini..
siap boleh bercanda-canda lagi.
kubur orang sana memang tak menakutkan pun.
gambar di bawah ni
adalah pemandangan yang menghadap golden horn
dah alang-alang berada di eyup
jangan lepaskan peluang untuk minum teh di pierre loti cafe
cafe ni sgt terkenal
sebenarnya kecik jer cafe ni
tapi yang menjadikan dia hot dan dikunjungi ramai ialah lokasi cafe tersebut yang menghadap golden horn.
cafe yang sangat menarik ini sebenarnya sempena nama seorang penulis yang berasal dari french dan juga seorang tentera laut yang terkenal.
disebabkan itu,
terdapat sebuah mini muzium di bahagian belakang cafe tersebut.
seperti biasa jangan lupa untuk menikmati segelas kecil teh epal yang sgt sedap dengan harga 2TL sahaja
sangat payah ok nak minum air panas pakai gelas kecik yang tak bertangkai..
adussss..
nasib sedap air tehnya.
owh yer lagi satu yang menariknya bila membeli belah di bumi istanbul ni...
kita akan dihidangkan dengan teh sewaktu membeli belah..
biasanya dorang akan menawarkan teh epal yang sangat lazat.
selepas mengalas perut dengan teh epal dan sandwich
kitaorang bergegas turun untuk ke satu lagi tempat iaitu miniaturk.
miniaturk ni pula terletak di seberang golden horn ni..
sebelah kiri yang berlatar belakangkan pokok-pokok hijau tu..
ialah tanah perkuburan eyup yang kami lawati tadi
manakala deretan rumah di sebelah kanan uols tu ialah kawasan penempatan eyup.
tujuan ditempek gambar diatas ni
bukanlah nak bagitau tentang sebuah keluarga bahagia..
tapi dressing pompuan yang pakai coat kaler brown tu.
hahahhahhha..
hebat kan??
kalau mesia sibuk dengan wanita bertudung pakai baby-t
tapi dorang, pakai tudung dengan skirt.
kira ni tak teruk sangat.
ada lagi yang pendek. tapi bukan mini skirt la.
adoiyaaaa.. setiap negara lain caranya..
akhirnya sampailah kami di pelabuhan eyup.
tak jauh pun berjalan kaki dari teleferik station tadi
ada la dlm 1o minit perjalanan..
by the time kitaorang sampai..
aduss ferry dah bertolak dah..
kena la tunggu lagi sejam
memandangkan kat sini pukul 5 dah gelap
mula la kami berdua memikirkan cara lain untuk sampai ke miniaturk
tengah sibuk-sibuk berfikir
eh pak cik tua ni datang..
"koniciwa..bla..bla..bla..."
eh dia ingat me ni jepun ke hapa..
layan kan ajer la apa yang di cakap dalam bahasa turki..
siap tunjuk gambar mudanya dalam wallet.
mungkin dia org femes kot??
layankan ajer la bergambar dengan dia.
later kitaorang find out ada bot kecil kat tepi pelabuhan tu.
so apa lagi..
kitaorang pun belasah naik bot tu..
time dah naik baru terpikir..
eh kalo tenggelam macamana??
almaklumlah..
kitaorang tak dibekalkan ngan life jacket...
ish. ish ....
so masing-masing duduk tegak jer sampai ke seberang..
nengok tu..
ambik gambo pun sampai tak center.
punya la tak berani nak gerak-gerak.
akhirnya berjaya juga kami sampai ke seberang setelah membayar 15TL
time ni muka masih happy sebab dah berjaya bertarung nyawa daripada tenggelam..
walaupun tak tau apa akan berlaku seterusnya...
hambik ko
kalau terpaksa menapak lebih kurang 40 minit
sebabnya boat tadi berhentikan kitaorang di bahagian belakang miniaturk.
dah satu keja kena menapak ke bahagian pintu masuk miniaturk.
tapi tak pe.. sebab tak berpeluh pun langsung..
sebenarnya
miniaturk ni mempamerkan keindahan bumi turki dalam bentuk replika miniature
bayaran masuk hanyalah 10TL
agak-agak tak sempat nak melawat semua tempat kat turki
lawat ajer kat sini.
complete dalam masa sehari..
masjid biru
temple of artemis
yang ni ada kat ephesus
dan merupakan salah satu tempat yang saya nak pergi!
library of celsus ni pun saya nak lawat.
terletak di ephesus
ancient theater..
tak dapat pegi yang kat greece..
g yang kat turki pun udah ler..
janji dpt pegi
dan yang paling utama me nak jejakkan kaki ialah ke sini...
PAMUKKALE
ntah kenapa suka betul..
nanti kita citer pengalaman ke sini yer..
yeah..yeah.. saya dah pegi semua tempat di turki..
tapi yang acah-acah punya jer..
miahahahaha
owh yer sebelum balik
singgah la sebentar ke sebuah mini muzium yang mempamerkan tentang pemimpin yang sangat dikagumi oleh masyarakat turki iaitu kamal ataturk.
owh yer bercerita tentang pemimpin negara ini..
beliau meninggal pada 10 November 1938.. dan pada 10 november , masa yang sama dengan tarikh kematiannya pada setiap tahun, semua turkish akan berhenti daripada melakukan segala tugasan untuk berdiri bagi menghormati beliau.
so selepas feeling hebat dah round satu turki..
kami pun bergerak pulang.
time ni dah mengelabah tak tau nak balik camana..
so keluar ajer dari miniaturk, ada bus stop
fuh lega
niat di hati nak naik cab ajer
sekali bas sampai..
terus kitaorang bergerak pulang naik bas.
seperti biasa guna akbil untuk 1.75TL
so mula-mula ingatkan nak ke galata tower utk melihat pemandangan istanbul pada waktu malam....
sekali boleh lepas pulak stop tu.
hapa lagi..
terus ke stop terakhir iaitu eminonu
malam kat sini ..eh silap petang la..
kompius jap sebab petang kat sini dah gelap...
kat sini sangat happening
sebab orang ramai dok menghampiri gerai-gerai yang berlampu warna-warni ni..
contohnya tarihi eminonu balik ekmek ni..
sapa yang tak cuba makan balik ekmek ni sgt la rugi
balik ekmek ni ialah burger ikan
seriyes..
ikan-ikan tu dibakar time tu juga
see..
mamat-mamat turki ni ngah gigih mengril isi-isi ikan tu
yang paling bestnya..
dorang grill ikan tu kat atas bot yang terhuyung-hayang
tapi kitaorang makan kat atas darat
uish.. kalo dok sekali kat atas bot tu pun best gak.
rega burger ikan ni hanyalah 5TL
terus burger ni menjadi fav saya
tapikan...
mula-mula makan tu.. dah terpikir.. mengapakah time buat research semuanya advise soh makan burger ni
padahal..
tak de la sesedap mana pun..
1st bite tu jer dah tergigit tulang-tulang dan baunya pun agak hanyir..
sekali bila dah 2 , 3 suap
baru tau kesedapannya..
sebab apa.. sebab masa 1st bite tu..
tak de nak nengok atau peratikan orang sekeliling
terus ngap!
rupa-rupanya kena letak garam & perahan air limau untuk menyedapkannya..
aishh
patut la kat atas setiap meja memang disediakan sebotol garam dan sebotol perahan air limau
ish ish.. teringat-ingat kesedapan balik ekmek tu..
niat dihati nak g beli lagi hari-hari yang berikutnya..
sekali terlupa sebab, partner tak berapa menggemarinya..
plus
runway diva memang tak makan makanan cenggini..
tup..tup...
dah habis makan ..
me peratikan
orang kanan kiri semua sibuk makan benda kat bawah ni..
siap minum air tu
disebabkan semangat ingin tahu yang membara-bara..
me g la membeli makanan ni
dgn harapan mungkin dessert kot..
sekali tau hapa?????????????
hambik ko!!!
jeruk sebenarnya..
adus...terkenyit-kenyit mata ni time merasa jeruk tu..
yang lebih heran..
tergamak dorang menghirup cuka jeruk tu
serupa cam minum air kokakola..
apa yang me peratikan kat bumi istanbul ni..
terdapat pelbagai jenis jeruk
agaknya sebagai penyedap makanan kot..
later kami bergerak ke seberang jalan untuk ke spice bazaar
tujuannya
untuk membeli turkish delight
kat sini murah sikit berbanding grand bazaar
tapi tak banyak sgt pilihan pun.
bersebelahan dengan spice bazaar ni ada yeni camii (new mosque)
kalau ikutkan dalam itinerary
memang kena pegi melawat
tapi tak sempat.
nengok dari luar ajer la jawabnya
masuk ajer spice bazaar @ market ni..
dah berbau rempah ratus
buat yang gemar memasak memang inilah syurganya
lepas kitaorang membeli beberapa bungkus teh (kat sini memang ada banyak jenis teh yang wangi-wangi),
beberapa kotak turkish delight,
runway diva call ajak makan waffle kat ortakoy
ok la tu.. tak sabar pulak nak rasa kesedapan waffle di sana.
kitaorang pun tahan satu teksi ni..
lepas bagitau apa yang patut dan dimana nak berenti..
pakcik teksi pun dengan konfiden bawa teksinya..
sampai kat satu simpang..
pakcik teksi ckp..kena ambik jalan lain sbb traffic jam.
so runway diva text us
tanya kat mana
kitaorang pun bagitau la yang pakcik teksi guna jln lain sbb jam
runway diva pun agreed sbb memang ada fashion show pun kat main road tu..
so kitaorang berdua kat dlm teksi pun lega la time tu.
later pakcik teksi pun bagitau yang kitaorang dah sampai ke ortakoy mosque..
lepas membayar 12TL
kitaorang text runway diva balik
bagi tau yang kitaorang dah sampai
so runway diva tanya........................
ada nampak tak.. orang ramai??? jawapan ~ tak
ada nampak tak ...banyak lampu-lampu berwarna warni?? jawapan ~ tak
ada nampak tak ..masjid yang tengah renovate??? jawapan ~ tak
ada nampak tak jambatan yang panjang dan berlampu-lampu ??? jawapan ~ nampak
ada nampak tak banyak orang jual waffle ??? jawapan ~ tak..
bla..bla..bla..bla...
sudahnya me suggestkan kitaorang balik rumah setelah runway diva gagal mencari nama masjid yang kitaorang bagitau..
rupa-rupanya pakcik teksi tu letak kitaorang ntah mana-mana ntah..
dan apa yang me noticed driver teksi kat sana..
main ambik jer penumpang..walaupun tak tau arah yang hendak di tuju..
so far ni la 1st & last time kitaorang kena.
sudahnya..
sampai kat rumah,
kitaorang pulun masak kari untuk melepaskan geram memasing..
No comments:
Post a Comment