rasanya dah ramai yg tau gambar dalam post lepas tu kat mana kan???
yang jumpa saya dlm fb sah-sah dah tau kat mana tu..
untuk percutian kali ini,
saya dan besties ke krabi, thailand
tix pun dah siap-siap booked dari masa saya kat istanbul ari tu.
so untuk percutian kali ni....
memang saya lepas tangan.
langsung tak buat apa-apa study
sebabnya terlalu bz.
so saya serahkan bulat-bulat kat dorang untuk merancang apa yg patut.
kami sampai di krabi airport dah pukul 4++ petang
memandangkan kitaorang ni berlima,
so bercadang nak ambil van ajer terus ke hotel.
sekali minah thai tu ckp, kitaorang boleh ambik keta jer.
charged yang dikenakan ialah 600 baht
currency time tu lebih kurang RM1 = 10B
cuaca time tu memang panas
naik berlekit badan
perjalanan ke hotel kami yg terletak di ao nang mengambil masa lebih kurang setengah jam juga
apa yg me peratikan, sepanjang perjalanan tak ubah mcm kat negara kita
penuh ngan pokok-pokok
akhirnya....
sampailah kami ke timber house
yang bestnya tentang resort ni..
ialah
direkemen oleh tripadvisor.
nanti uols bole nilaikan sendiri,
sama ada berbaloi-baloi tak rega bilik ini ngan package bermalam di sini..
selepas menyelesaikan apa yang patut dengan receptionist yang sgt baik itu,
kami bergerak masuk ke bilik masing-masing.
sangat suka tempat ini!!!
bilik pun sgt luas.
memandangkan kitaorang ber-3 stay dalam satu bilik,
maka kami ambil extra bed.
harga asal untuk bilik ni RM900 untuk 3 malam..
tapi disebabkan kerajinan sohabat-sohabat ku melayari internet...
akhirnya,
kami dapat RM........ ceteka.....
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
yerrr.. kami dapat bilik ni untuk RM200++ untuk 3 malam itu!!
yahooo
perhatian...
RM200++ tu... bukan untuk harga seorang ataupun harga satu malam.... tapi untuk satu bilik sepanjang 3 hari tersebut.
sila gigit kibod masing-masing..
nah, kan dah kata,
bilik memang super luas
cukup untuk kitaorang bertiga,
yang lagi 2 orang tu kat bilik sebelah
yg bestnya ada connecting door
so, senang la tengah-tengah malam dorang berdua tu nak melompat kat atas katil kitaorang bergossip
ni belum tiba lagi extra bed yg kitaorang pesan tu..
bilik mandi yang memang boleh sumbat kami bertiga dalam masa yang sama..
mana tak muat kalau,
sorang g shower, sorang g berus gigi kat depan cermin
& sorang lagi g menyahut seruan alam kat belah tepi ni..
tak de sapa tu nak berebut-rebut masuk toilet..
semuanya berjalan dengan lancar..ngee ngee ngee
tempat yang paling kami bertiga suka..
dari luar bilik kami..
yang bestnya
ada kerusi & meja untuk kami dok bersantai feeling-feeling drama..
me ni memang ada sikit fe'el tak menyabar...
memandangkan sorang tu sakit kepala,
sorang lagi ntah ke toilet ke mana ntah..
so me ambil keputusan untuk melihat-lihat sekitar kawasan bilik..
ready bebeh nak jalan-jalan sekeliling bilik?
taman buluh ni..
betul-betul ada kat depan bilik..
so terlindung sikit la daripada nampak gelagat minah saleh yang dok berendam dalam pool kat depan tu..
ngee ngee
andaikata nak rasa thai massage kat resort ni pun boleh
betul-betul kat depan pool
open lagik!
sejam untuk 350 baht.
tapi kami tak g pun
sbbnya mahal.
perjalanan ke tempat makan kami..
gambar ni sebenarnya diambil masa day 4 yg diambil pada waktu malam
tapi memandangkan tak sempat snap masa day1,
tepekkan ajer la..
pool yang sgt cantik pada waktu malam!
waktu kami sampai tu..
masih ramai lagi minah-minah saleh dok berendam kat sini..
owh saujana mata memandang..
ngee ngee
tuan tanah hanya mampu...
duduk tersengih-sengih jer..
next me keluar dari resort tu.. untuk melihat-lihat kawasan sekeliling..
yang paling penting nak cari setem
almaklumlah..
dah banyak kali terlupa nak post postcard untuk diri sendiri
so kali ni..
dah nekad mesti pos jugak
selepas bertanyakan kepada receptionist tu..
me menapak la ke sebuah mart yang terletak tak sampai 3 minit perjalanan dari resort tu..
di kp mart tu sempat la me beli setem ngan postcard
tapi setem tu dia charged extra
rega sebenar 15baht dia charge 17baht
layan kan ajer la
tapi kalo uols nak beli,
belilah kat satu mart tengah-tengah pekan ao nang ni
sbbnya tak de langsung extra charge
nak pos surat pun senang
jalan tak sampai seminit dah jumpa post box ni
tapi sepanjang perjalanan ke pekan ao nang pun banyak post box
tak payah risau
public phone pun ada banyak.
boleh la koling-koling org tersayang
kali ni,
tuan tanah dah roaming tepon
so tak payah nak minta bantuan org lain dah..
ngee..ngee
bank dan currency exchange counter pun banyak..
duit kita laku kat sini
so tak de baht
boleh hulurkan RM kat money changer
kurang 2 minit dah bole jumpa klinik
andai kata perut meragam
boleh singgah ke sini
tapi dah kenapa namanya koma??
otw nak ke pekan ao nang
ada deretan gerai yang jual barang-barang thai
boleh bargain giler-giler kat sini
tapi tak beli apa-apa pun..
misi kedua selepas membeli setem ialah
nak cari package yang murah-murah untuk 2 hari yang akan datang
kalau uols nampak train ni..
package yang kitaorang ambil
dari kedai kat sebelah ni
deal punya deal
akhirnya kami bersetuju dengan harga package yang ditawarkan
memandangkan time kitaorang datang ialah peak days
so kami on ajer dgn rega tu
memandangkan ari masih cerah
kami meneruskan perjalanan ke pekan ao nang
tiba-tiba mata ni tertarik dengan bus stop kat sini..
super cute!
comel jer monyet-monyet tu..
tapi awas...
sila jangan cabut bawa balik
sebab tu monyet batu..
bertentangan dengan bus stop tu..
ada satu gerai kecil
yang menjual pancake
owh sgt heaven pancake tu
kiranya kalo kat m'sia
ala-ala roti pisang .....
untuk pengetahuan semua..
inilah makanan ruji saya
sampai sekarang teringat-ingat kesedapannya
tak mahal pun
range rega 25baht - 35baht
yang ni banana nutella
homaigod!!!! sangat best!
pastu minum pulak watermelon shake..
terangkat uols..
memandangkan time tu dah nak malam
so kami melintas jalan untuk ke pantai ao nang untuk melihat sunset
damai betul time tu..
later,
kami ke seberang jalan dan masuk dalam satu mart..
(sinilah bole beli setem tak de extra charge)
sesambil beli mineral water
me sempat tanya cashier tu tempat makan yang halal
budak bertudung tu pun bagitau la
gerai ni..
untuk malam tu
me order kue tiau tomyam ajer
rega tak ingat
tapi dalam berbelas ringgit gak la sekali dgn mineral water tu..
nak cakap sedap sangat tak de la
tapi boleh la..
tak cukup dapur ke apa sampai masak kat luar??
maka berjalan balik la kami berlima ke hotel
tak jauh pun berjalan ada lah dalam 10 minit dah sampai
semua balik awal sebab tak sabar nak bergolek-golek atas katil sambil berborak-borak
yang paling penting..
kitaorang panggil percutian ni..
percutian mendap
sebabnya..
semua mcm hina dina nak kira duit ribu riban ni..
ada jer insiden yang menyebabkan gelak guling-guling sebab duit baht ni..
8 comments:
mcm mana you all dpt pakej murah tu.. i nak p krabi bulan 9.. nk stay sana 5mlm so mmg perlukan sgt hotel murah..
hi mamamyrza,
try join groupon. kat sana ada byk deal yg murah untuk hotel mostly 3-5 bintang. untuk trip bulan 9 ni pun, saya ambil dari groupon.
Bestkan gi Krabi...masa kak Chah pergi dulu ada terperasan hotel yag syieda duduk ni.Kak Chah pergi bulan Mac hari tu pun stay kat Tipa Krabi Resort.under groupon juga...
tu la kan kak chah.kalau tak kerana groupon ni.. tak merasa la nak holiday mewah-mewah cengini. kekekeke
wahhh..bestnyer..
ni tgh tunggu groupon buka offer krabi..yg ada 500++ adei makk...mahainyerr...errr...
makneng follow kamu
jemputla follow makneng ... :)
makneng,
memang kena tunggu offer utk krabi ni. so far saya berpuas hati dgn offer groupon ni.
tapi tak tau la esok-esok pulak.
i pon follow jugak..
Salam. boleh crita siket tak cane nak gerak dari aorport krabi ke oanang, saya pergi berdua dgn hsband nanti. apa trnsport rasa2 patut saya ambil n harga lebih kurang byk mane eh ? tQ in advance kalau dapat tologn saya :)) tQQQQ
hai wawai..
saya rasa paling mudah ambil teksi dari epot terus ke aonang. banyak teksi kat epot. ari tu, kami naik teksi gak. tapi jenis yg besar dlam RM60/teksi. dari epot ke aonang agak jauh. dlm setengah jam. tak sure pulak bas awam dorang. mungkin ada kot dari epot terus ke aonang.
Post a Comment