gigih la nak mencari masa yang seswai utk bercuti bersama-sama GGGT ni..
itu pun rancangan tak sengaja bila dalam fb asyik pm pasal makanan..
sudahnya timbul idea nak buat potluck..
bertambah-tambah gumbira bila orang penang ngan kl nak balik jb untuk berjimba-jimba
hari yang dinanti-nantikan pun tiba..
bersalam muah-muah macam tak pernah berjumpa..
happy semacam..
walaupun tiap-tiap hari berjumpa di mukabuku..
tapi ada ajer nak di storikan lagi..
nama pun melayu.. janji pukul 9 berkumpul kat sini..
sampai akhir jam 10 baru nak bertolak..
tapi sebab nak berjimba-jimba punya pasal...
hadapkan ajer la..
masing-masing dah tak sabar nak makan masakan yang dimasak oleh chef separa hebat
maka kami pun bertolak ke Tanjung Balau, Mersing
walaupun memang lahir dan separa membesar kat JB ni..
tapi rasanya baru sekali ajer ke Tanjung Balau ni..
oleh sebab pergi pun hari minggu...
manusia tak payah cakap la..
punya la ramai...
paling hazab bila nak cari parking..
sehinggakan semua penumpang termasuk pilotnya...... keluar keta untuk mencari tempat parking..
haku???
dok ajer dalam keta sorang-sorang sebab tak nak kena panas.
LOL
masing-masing parking tunggang-langgang me nengok!
tak kesah janji dapat dok kat tepi pantai.
memunggah barang dari dalam keta dah jadi masalah..
semua pakat bawak barang macam nak bawak rumah masing-masing..
akhirnya...
dok bentang poncho kat tengah-tengah dunia..
sangat hazab ok!
me dapat rasakan..
family yang dok keliling kitaorang mesti pakat gelak sebab nengok kami semua yang syiok bentang poncho kat tengah-tengah pasir pantai yang tak teduh langung..
aksi hepi tetap juga ada walaupun panas yang hamat!
begitu juga aksi diva tetap hado!
dek masing-masing tak b'fast lagi .....
macam phirana dah memasing bila semua bekalan di susun..
sempat juga la GGGT ni senyap untuk setengah jam sebab khusyuk makan..
oleh sebab semua tamak haloba..
masing-masing bawa makanan macam nak buat party..
cukup setengah jam...
semua angkat bendera putih..
barulah berpijak di alam yang nyata..
memang menjadi tradisi GGGT tiap-tiap tahun tukar-tukar hadiah untuk si polan yang dah bercambah umurnya..
untuk tahun ni..
me prepared kan frame ni!
oleh sebab me pun tergolong antara si polan yang telah bercambah umur...
me pun tergolong antara si penerima hadiah..
antara banyak-banyak hadiah tu...
me paling suka dengan ini!
sangat comel rasanya!
chopstick ni sangat seswai dengan citarasa..
nak guna pun pikir berkali-kali..
salah sorang ahli GGGT ni pun agak happy,
walaupun dia bukan tergolong dalam golongan yang bercambah umur..
tapi dia happy sebab ole-ole dari istanbul tu..
dah siap proses bertukar-tukar makanan dan hadiah..
barulah terfikir nak bergambar sesama sendiri..
tengah syiok bergambar..
tetiba dari jauh kelihatan orang ramai mengerumuni gigi air..
dalam hati masing-masing dah agak sesuatu mesti berlaku
yang pasti bukan nampak duyong terdampar la kan..
oleh sebab semangat joyah yang kental ada dalam diri ini...
mula la me gigih meninggalkan yang lenlain untuk membuat liputan langsung..
walaupun nak buat liputan langsung..
bukti di tempat kejadian harus ada!
seperti yang dijangkakan..
ada pengunjung yang lemas..
waktu ni 2 orang mangsa selamat di bawa ke pinggir pantai..
kesian nengok dorang
sebab hidung masing-masing dah penuh dengan lumpur dan pasir pantai..
yang gambar ni pula..me tak berapa paham mula-mulanya..
si photographer cakap.. bukan telinga meenachi ni yang menjadi tajuk gambar..
dah dapat sedikit liputan..
joyah dan photographer kembali ke tempat asal untuk membuat lintas langsung...
tengah syiok buat lintas langsung..
joyah di tanya oleh seorang lelaki separuh umur tentang keluarga si mangsa..
walaupun joyah buat liputan jauh di gigi air...
tapi joyah tak tau langsung yang family si mangsa rupa-rupanya berkelah di belah belakang kami..
disebabkan joyah tak berapa berkelayakan menjadi reporter..
tugas reporter diambil alih oleh yang lain.
data yang diperoleh amat memberangsangkan bila mana
dia tercuri dengar lelaki separuh umur itu menyuruh keluarga mangsa bersabar untuk sepuluh minit lagi..
sementara menunggu air surut..
so GGGT yang kepoh pun bertahan untuk jangka masa 10 minit di bawah panas matahari yang sangat hazab!
akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba..
orang ramai dah mula kumpul di tepi pantai..
time ni bomba dan polis pun dah tiba..
seperti biasa..
semangat ingin tahu tetap berkobar-kobar..
kekdahnya terpaksa la meninggalkan yang malas nak bergerak di tempat perkelahan..
renung la korang dari jauh sahaja..
bukan ajer orang ramai yang berkumpul kat tepi pantai..
motor pun sama tunggang langgang kat tepi pantai..
tak pasti sama ada si penunggang ni memang dah dirikan motor masing-masing atau pun motor tu yang tumbang sendiri..
akhirnya dengan kepakaran pihak berkuasa..
mangsa terakhir ditemui berhampiran dengan batu-batu..
terdiam kami semua waktu tu..
dari apa yang kami di beritahu..
si mangsa bersama-sama 2 lagi terus menuju ke pantai apabila tiba di sana
malang tak berbau...
sorang tak dapat diselamatkan ...
memang kerap berlaku kemalangan seperti ini di kawasan sekitar pantai di sini..
setelah berpuas hati dengan berita yang diperoleh..
kami mengemas barang untuk ke muzium kota johor lama
kasik semangat sejarah sikit selepas makan banyak tadi..
tapi malangnya nasib GGGT pada hari tersebut apabila
hujan mulai turun..
nak tak nak terpaksalah kami bergerak dengan pantas ke muzium tersebut..
lagi malang...
bila muzium tu dah nak tutup..
apa lagi macam lipas kudung kitaorang berlari dalam kebasahan hujan
nasib pegawai yang bertugas baik hati membenarkan kami masuk ke dalam muzium..
untuk pengetahuan semua..
kota johor lama merupakan pusat pemerintahan kerajaan johor pada masa dahulu sebelum berpindah ke johor bahru..
dek kerana tidak dibenarkan merakam gambar di bahagian dalam muzium..
kami bergambar kat luar jer la..
sekurang-kurangnya ada gak la kenangan semasa berada disini.
waktu tu hujan dah makin lebat..
tapi memandangkan bergambar adalah perkara wajib..
kami redahkan ajer hujan pada hari tersebut..
walaupun basah kuyup..
tapi masing-masing tetap posing seolah-olah cuaca berada dalam keadaan baik.
nasib kitaorang cepat beberapa minit..
sebabnya..
tak lama selepas muzium ini ditutup..
terdapat beberapa buah kereta kempunan nak buat lawatan ke muzium ni..
memandangkan tak tau bila lagi akan ke sini..
kami terus ke bahagian pintu masuk utama muzium untuk melihat sendiri sungai johor yang mencatat banyak sejarah.......
di sini la dulu-dulu pedagang dan lanun berlabuh.
tapi pada tahun 2012, dua orang anak johor ni seronok berposing di sini
hujan dah makin lebat
nak tak nak terpaksa la kami membatalkan niat untuk meneruskan perjalanan ke belah sana tu..
misi seterusnya nak menghabiskan bekalan masing-masing..
sudahnya..
kami singgah di sebuah jeti tak jauh dari muzium tersebut
weiii...........
ni memang tak masuk dlm agenda pada hari tersebut..
tapi dek tak tau nak melepak kat mana lagi..
gigih memasing membawa bekalan ke jeti..
dalam renyai-renyai semua dok pulun makan..
itu pun tak habis bekalan masing-masing...
yang lebih sadisnya..
time tu gak ramai orang dok lalu lalang kat jeti..
disebabkan ini GGGT punya program..
itu semua tolak tepi..
tanpa segan silu masing-masing buat dek ajer..
No comments:
Post a Comment