sambungan entry lepas.....
kami meminta salim agar membawa kami terus ke hotel...
kehilangan not USD100 dalam masa 2 hari memang menghairankan..
partner asyik dengan andaiannya tentang perkataan yang dilemparkan terhadap sebuah patung yang terdapat di hotel tatkala me tengah sibuk meneliti sambil mengambil gambar patung tersebut..
kedengaran agak scary kan??
oouucchh..
tapi me cuba realistikkannya..
yang pasti not pertama memang kami berdua simpulkan bahawa ianya tercicir di tengah jalan..
(ini confirm berdasarkan baki wang partner)
cuma not yang kedua ni agak memusykilkan sedikit.
sebabnya..
----> pagi hari ke-2 sebelum bertolak, partner ada menunjukkan 2 keping not 100 yang masih dalam simpanannya sambil memberitahu ideanya untuk mengasingkan kedua-dua not tersebut agar perkara semalam tidak berlaku semula...
--------> me lah orang pertama yang memberi cadangan agar partner membawa kesemua wangnya keluar daripada hotel..
--------> me lah orang pertama yang keluarkan duit tersebut daripada beg yang digalas partner kerana hendak membayar postcard di ta prohm.
ishhh..ish... tak berbaloi ok nak kena ganti USD100 semata-mata meminjam duit partner sebanyak USD1 tadi.
dah la time tu, me tak abis shopping lagik.. grrrr..
T..A..P..I........
alhamdullillah bila partner dapati not USD100 yang dikhabarkan hilang tu...
sebenarnya tertinggal kat dlm safety box di hotel.....
har har har har....
sememangnya hari tersebut banyak sangat benda yang kalut terjadi......
selesai gelak guling-guling kat ats katil dalam hotel..
kitaorang turun ke lobby dan terus meluru ke arah salim yang setia menunggu kami berdua........
mungkin sebab masih awal..
salim mencadangkan ke killing fields..
mulanya ku ingatkan killing fields di Choeung Ek
rupanya di siem reap ni jugek!
malu ahkak..
sebenarnya killing fields ni pun antara tempat yang me nak terjah sekiranya ke cambodia..
almaklumlah.. dolu-dolu pernah majalah-3 siarkan tentang killing fields ni..
sejak tu..
teringin tahap gaban nak lihat dgn mata kepala sendiri..
tak sangka si salim telah mengemukakan cadangan tersebut..
killing fields ni terletak di wat thmei di antara pekan siem reap dan angkor archaeological park.
tapi tak ler besar mana pun...
tapi cukup la untuk melihat sendiri kenapa ia dipanggil killing fields..
sedikit petikan daripada "wikipedia"
The Khmer Rouge regime arrested and eventually executed almost everyone suspected of connections with the former government or with foreign governments, as well as professionals and intellectuals. Ethnic Vietnamese, ethnic Thai, ethnic Chinese, ethnic Chams(Muslim Cambodians), Cambodian Christians, and the Buddhist monkhood were the demographic targets of persecution. As a result, Pol Pot is sometimes described as "the Hitler of Cambodia" and "a genocidal tyrant." Martin Shaw described the Cambodian genocide as "the purest genocide of the Cold War era."
barisan nama penduduk cambodia yang terkorban serta gambar sebelum berakhirnya pemerintahan kuku besi pol pot.
tak sampai 15 minit kami di situ......
kami meminta salim membawa kami ke restoran makanan halal di sana.
menurut salim..
area pekan ni hanya ada 2 sahaja restoran halal yang sedap..
(katanya la kan..)
(katanya la kan..)
akhirnya kami memilih untuk makan di D'Halal cafe.
address: 715 &717, St 14 Mondul 1, Khum Svay Dangkum
dari luar cafe ni dah cantik dengan warna kuning..
segala mak nenek napkin kaler kuning.
setelah berbual dengan salah seorang staff di sana..
beliau memaklumkan bahawa owner ni org cambodia yang berkahwin dengan orang indonesia.
hari tersebut..
kami order khmer fried rice dan kopi ais..
nasi goreng menepati citarasa me yang memang sukakan pedas
cuma kopi ais ni yang tak berapa nak masyukkkk sikit...
mungkin sebab me bukan seorang kaki-kopi kot..
tentang harga...kalau convert duit kita agak mahal... ..
tapi dah kat sini memang barang makanannya mahal nak buek cemana...
jam 6 kami meminta salim menghantar kami ke old market.
almaklumlah..
nak buat lawatan muhibbah sambil membeli apa yang patut..
selepas say buhbai kat salim..
kitaorang terus masuk ke dalam kawasan old market ni..
misi utama nak cari kerepek nanas.
walaweiii
tak jumpa hokey!!
kalo takat kerepek nangka, pisang tu..berlambak-lambak..
puas tawaf sebahagian pasar tak jumpa-jumpa jugak.
sedih ahkak!
pulak tu..
pasar basah tu pun dah nak tutup..
aishh geli geleman pulak hakak bila nampak anjing kat pasar..
terus ke bahagian belakang pasar dan membeli ntah apa-ntah...
sebelum keluar dari old market ni..
kami baru terjumpa sebuah gerai yang memang telah dihilitekan untuk singgah oleh seorang kawan yang dah ke sini beberapa bulan terdahulu....
seronok berborak dengan owner kedai tersebut sehingga diajaknya kami makan(setelah mendengar rungutan kami tentang payahnya nak cari halal food di sini)
tapi kami terpaksa menolaknya sebab kesuntukan masa..
almaklumlah..
tak abis lagi memborong dan pulak tu nak tido awal memandangkan airport transfer esok seawal 6 pagi...
LOL
keluar dari old market..
kami menyusuri pub street (harap maklum.. saya tidak tunjuk langit!!!..kekekekke)
tempat ni memang happening..
ramai giler pelancong dok bersantai-santai dan kebanyakkan kedai pun sgt cantik deconya..
sampaikan partner siap tanya kat salah sorang staff restoran tentang menu lipan, ular, biawak (dan ntah apa-apa lagi makanan eksotik) yang tertera di luar restoran..
kalau kitaorang stay lagi sehari kat sana..
memang sah-sah kitaorang makan makanan eksotik tu dok bersantai kat pub street ni..
malah semasa berada di salah satu lorong di pub street ni la kami ketawa terbahak-bahak sewaktu bargain untuk sekeping kanvas yang telah tercalit gambar angkor wat.
mostly penjual kat sini friendly..
lepas berjaya beli painting yang ahkak tak tau kualitinya tu..
kami ke nite market semula..
almaklumla...
nite market ni besar (banyak lorong)
jadinya.. memang tak puas kalau tak abis tawaf semua..
penat berjalan partner siap g refleksologi ........
1/2 jam hanya USD1 jer.
ahkak yang tak rela buat refleksologi ni...
terusla ronda sorang-sorang..
ADA AKU K???
last-last dia blah gitu jer..
jangan dilayan orang cenggitu..
2 comments:
woowww... great trip.. tka sampai lagi tapi nak jgk pi nanti..
yer silakan..satu pengalaman lain bila berada di sini nanti.
Post a Comment