pagi 17 sept
kitaorang pun pulang semula ke tanah air negara terchenta gitu..
sempat lagi breakfast yg super duper speedy
dek nak mengejarkan airport transfer pukul 6.30am.
kami berdua bertambah lambat lagi bila tetiba jer seluruh hotel blackout.
aishhh..aishhh
meraba-raba dalam kegelapan la kami time tu..
nasib tak berada dalam lift. kalo tidak.. lagi haru biru dibuatnya..
total expenses untuk 2 hari itu ialah:
Day 1:
Cultural Village ------------------> USD14
(yg ni agak musykil sikit sbb bila baca kat website USD11)
Gambar --------------------------> USD3
(ala macam kita kat langkawi tu la.. staff sana ambik gambar kita pastu framekan dan paksa kita beli. Yg ni lagi best.. mula-mula dia tekan sampai nak dekat USD10. tolak punya tolak pastu siap mintak tukar frame sebab tak berkenan, dapat la USD3. halal jer la)
Makan di restoran Hj Musa -------->USD7
Menu: lembu naik bukit, ikan sweet sour, sayur
Tuktuk balik dari nite market ---------> USD1
Day 2:
Angkor -------------------------------->USD20
pass lawatan untuk sehari jek.
Makan di D'Halal------------------------->USD7
Menu: Khmer fried rice + coffee iced
Tuk tuk + Tips selama 2 hari Dengan Salim-----> USD14.
Tuk tuk balik dari nite market-------------------->USD1
Total----------------------------------------->USD67/pax
tapi ni tak termasuk Flite Tix & hotel.
untuk flite pergi jek dpt masa promo :MYR 283
untuk balik tunggu punya tunggu promo tak jugak nampak bayang.. nak tak nak belikan ajer la tix balik dengan harga : MYR460/pax
Borei angkor spa& resort ni utk 2 mlm:MYR250
tu tak campur dengan souvenir yang ntah apa-apa ntah dibelinya...
decorative plates ni ada yg dibeli di nite market & ada yang di old market. ikut size juga.
price range : USD3 - USD6
lacquerware ni pun jumpa masa memang dah hujung-hujung langkah nak balik ke hotel gamaknya..
berkenan punya pasal.. terus sambar..
nego punya nego dapat ler USD7.
macam nak giler mengusha adik kecil tu..
dek sebab mak suker giler mengunyah kekacang ....
me belikan jugak la kekacang untuknya..
haishh rupa-rupanya gajus tu bukannya untuk dikunyah time nengok tv.. tu untuk masakan..
aduss.. gigih ni nak ambik hati mak..
hampun mak..
USD3
dried pineapple ni la yg gigih dok mencari satu old market..
harammm tak jumpa..
boleh pulak peniaga kat sana bagitau.. mungkin bukan musim pineapple..
so tak de la kerepek tu..
aishhh..
akhirnya jumpa jugak kat nite market.
tapi dia dah packetkan kecil-kecil..
sepacket kecil USD1.
sekali kat epot.. mak aiii..
berlambak-lambak..
cushion cover yang ada sulam angkor tu sempat disambar di old market.
tetiba berkenan pulak nak beli cushion cover..
harus la membeli..
satu packet tu ada 2 untuk USD4/packet
dan cushion cover yang bawah tu beli kat nite market untuk USD4/packet juga.
sekali mak cakap.. ni kat malaysia pun banyak.. aishh malu saya..
10 postcard tu harganya USD1 yang dibeli di Ta Prohm
tak mcm sekeping postcard yg dibeli di lobby hotel dengan harga USD1.50
sampai sekarang ni ...dah sebulan tak nampak batang hidung postcard tu sampai dlm letterbox depan rumah
alamatnya.. membazir jer la usaha menahan mata ngantuk menulis 2 keping postcard untuk diri sendiri aritu..
sepasang kain sutera kemboja berharga USD13
water globe yang standard size (hangin betul la.. thailand pun sama.. punya la susah nak cari water globe ni)
USD15 utk 6 buah..
ni mcm nak giler mintak kurang.. sengaja la kan kalo tak bagi kurang.. dah beratus dollar habiskan kat kedai dia jer.
Buku LP USD4 --beli kat Ta Prohm
Keychain/nail clipper USD4/10 keping
bookmark USD1/keping (ni jumpa kat old market jer.. jadik la bagi pada ulat buku)
table runner USD8 (rupa dah macam kain songket org pakai untuk pergi dinner gitu...)
seluar merah ni.. memang me sesangat la suka nak beli..
rega pun tak mahal.. ada la dlm USD6 (beli kat old market)
cuma!!!!
baju ni.. dah kenapa me beli pun tak paham..
kakak jual ni main paksa-paksa beli..
ntah kenapa ku belikan jugak.. aishhh kena mandrem ke hapa..
USD3
scarf paling kiri ni beli sebab teringat-ingat pada sehelai silk scarf masa kat istanbul dulu..
untuk mengubat hati belikan jugak la..
price untuk pashmina dan scarf yang lain tu
USD2.5 - USD4
kecuali silk scarf yang hujung kiri tu jek USD10. katanya sbb raw silk..(katanya la kan)
loceng ni.. tak tau la org buat sembahyang ke buat hiasan..
tapi berkenan betul.
belasah jer la beli sebuah.
USD3 di old market
untuk fridge magnet mcm tak berapa banyak pilihan..
balik-balik cengitu jek rupanya..
USD10/13
kecuali ada la 3D fridge magnet yang lain sikit kat oldmarket
USD3 sebuah
gambar angkor wat tu dapat la dalam USD4
tak tau pulak pasal kualitinya.. main belasah jek beli.. lokasi belian: lorong-lorong di pub street..
beg gajah ni pun tak tau la kenapa me beli..padahal yang kat krabi tu pun tak luak lagi..
aishh
rega USD3/packet
T-shirt yang super berlambak-lambak kat semua tempat..
USD2 sehelai.. Kualiti kain sangat la tipis. mungkin nak seswaikan dengan cuaca sana yang panas kot.
kecuali jersi untuk anak menakan ni jer tak hingat berapa USD ntah.
lain-lain dah tak ingat dah..
sikit tips...
- silala check not USD anda apabila dipulangkan.. pastikan duit itu masih dlm cetakan tahun 2000 atau ke atas. sila pulangkan semula andainya buruks, renyuk dan sebagainya.. sebab...duit tu tak laku yer(walaupun sebenarnya masih laku untuk diniagakan) kalau nak bayar souvenir nanti. menurut org sana.. duit yang dah lama cthnya cetakan tahun 1998, nilai duit itu akan dikurangkan apabila ditukar di bank. tapi tak menjadi masalah sekiranya digunapakai di hotel ataupun kedai makan.
- Sila la bawak mask untuk memastikan tidak mengalami kesukaran bernafas terutamanya musim panas. sebab di sana memang berdebu.
- baki bayaran yang kecil nilainya akan dipulang dalam mata wang riel (matawang cambodia) .. sampai sekarang me tak paham camana nak kira.. almaklumlah.. org buta nombor. kekekekkee
- harga standard setem ialah USD1
- Air RO digunakan di sana.
- agak sukar nak dapatkan makanan halal di tengah kota siem reap ni.
- semua barang kena bargain kaw kaw punya. sure dorang akan panggil balik kalo kita terus blah cengitu jek.
- harga di old market agak mahal kalau nak bandingkan dengan harga di nite market.
- masa berada di dalam angkor wat tu...tetiba tok sami tu hulur colok. eh camana ni?? nak tolak takut kena pukul.. nak pegang takut berdosa.. aishh agak-agak buat apa?
- OTW balik dari angkor, sebuah lori ingkar arahan polis agar menghentikan kenderaannya. gigih polis 2 orang yang bermotor tu mengejar kenderaan tersebut. akhirnya insiden bergaduh mulut pun bermula.
- Penjual di old market tak berapa best sgt nak deal. muka ala2 kekwat jer. kecuali ada satu kedai tu..siap bagi free gift.
- sila la bawak apa-apa repellent yang bersesuaian semasa melawat cambodia cultural village. Ini disebabkan tempat tersebut ialah kawasan rekseasi, haruslah banyak pokok. last show sekitar 8 malam. makanya.. nyamuk sesuka hati akan kenduri free.
- epot berwifi ok! harus update segala mak nenek yang sempat.
9 comments:
Banyak nya cikgu syida borong..Tq yer surviner cambodia hari tu..Cik-anne lom sampai sana lagi..Inshaallah satu hari nanti nak gak jejak kan kaki kat sana.Banyak info berguna leh ambik nie.hikhikhik
salam perkenalan syieda...K.Chah dah follow blog ni, nampaknya kita dalam profesion yang sama ya...Baguslah boleh tukar-tukar fikiran...Seronok jalan-jalankan...tapi orang cam kita ni terpaksa tunggu cuti sekolah baru boleg pergi bercuti...jemput ke blog akak ya...
kak chah,
salam kenal K. Chah. memang kita satu profesion kak. ni jer la caranya nak release tense. dah la cuti ikut masa cuti sekolah. semua tiket mahal time tu. bertabah jer la kan kak.
Cik anne,
ntah la cikanne. bila berjalan memang tak sah kalau tak membeli kan. neway, tq yer souvenir dari Vietnam ari tu. terharu gitu...:)
Betul syieda...tunggu cuti baru dapat release tension kekadang time cutipun kita kena duty...
Betul syieda...tunggu cuti baru dapat release tension kekadang time cutipun kita kena duty...
tu la kak chah. aishh bila dah set betul-betul date nak holiday time cuti akhir tahun..tetiba je nak kena bertugas pulak. bertabah lagi..
Salam Syieda..pasni I follow blog u la eh...ala..Cambodia.
Jealous..patut masuk dalam list tahun ni.Tapi erkkk dah pi tempat lain plak..nampaknya plan tahun depan la...jealous coz I'm dying for Angkor Wat!
Nowwa fitri,
tak payah la nak jeles ngan kitew.. kitew ni lagi la gigit kuku jeles tahap dewa nengok awak g TANAH RATU!!!!! omooo.....
~i follow jugak~ :)
Post a Comment