biarpun hampir setahun ke istanbul
baru la hari ni berkesempatan nak berkongsi segala perbelanjaan sepanjang 10 hari di bumi istanbul lewat tahun lalu.
*kekdahnya entry ni nak ambil mood filem ISTANBUL AKU DATANG gitooo*
kalau dah namanya setahun yg lalu,
haruslah banyak yg terlupa daripada yg ingat.
tapi belasah jer la kan..
janji mudah nak buat rujukan kemudian hari..
walaupun bukan utk rujukan orang lain..
tapi lebih kepada rujukan sendiri kekdahnya..
*ada nada meripit disitu*
berdasarkan tahun lepas, nilai matawang Lira(TL) lebih kurang : 1TL=RM2
Air Tix (MAS direct flight-10 jam aiyoo..kematu serba serbi) ---> RM2958.00
tips & tricks:
------tix berjaya dibeli semasa promotion pada awal tahun*kekdahnya tak perlu nak berebut-rebut mcm AA* TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII lagi sebulan nak bertolak, harga tix jadi RM2500. Dan harga tetap sama sehinggalah hari nak bertolak. Hampagas disitu!!
------Flight mesti akan delay sehingga 2 jam.
------banyakkkkkkkkkkkkkkkk seat kosong. sapa cepat masuk dalam perut kapal terbang..merasalah tido nyenyak.
Day 1 (Lokasi:Sultanahmed,Taksim Square)
Reload Akbil --------------------------------------------------> 20TLBreakfast di Sultanahmed-------------------------------------->12.7TL
Istanbul Map --------------------------------------------------->5TL
Shopping di Arasta Bazaar(decorative plates, t-shirt dll)---------->300TL
jagung & kekacang----------------------------------------------->20TL
shopping di taksim square----------------------------------------->53TL
Fridge magnet di kaki lima sultanahmed---------------------------->33TL
tips & tricks:
------Akbil ni mcm touch & go cuma dia berbentuk mcm keychain. boleh beli akbil di airport, taksim, sultanahmed. harga tak tau, sebab saya pinjam kawan punya. kekekeke
------Akbil ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam, seperti funikuler, feri, bas, tram, metro dll. harga tetap sama walau sejauh mana iaitu 1.75TL.
-----Jumlah yg saya reload untuk akbil ni adalah untuk kegunaan kami bertiga. kami share 1 akbil untuk 3 orang.
-----harga makanan dalam entry ni berdasarkan untuk 3 orang makan. kecuali mekdi &KFC.rata-rata harga makanan di sini adalah tersangat mahal.
-----Mungkin harga shopping di dalam entry ni agak melampau.. tapi harus ingat!! saya cuma membelikan barang-barang yang dipesan oleh keluarga dan sahabat terdekat. kalau nak harap saya yg berbelanja sorang..tak de maknanya nak melaburkan duit yang sebegitu banyak.
-----Sila tawar separuh daripada harga yang di beri. sbb masa day 1, sehelai t-shirt yang saya beli mencecah 25TL. sedangkan hari terakhir saya datang semula ke tempat yang sama, membeli t-shirt yang sama, harga menjadi 15TL.*cuma jurujual jer yang berbeza* Ces!!
----- saya menetap di rumah kawan area bomonti, sisli. jadinya, harga penginapan adalah diluar bidang pengetahuan saya.kerkekekkekeke
-------perlu datang awal ke aya sophia. sbbnya akan beratur panjang!!! tapi alhamdullilah waktu kami sampai tu, tak de org langsung. kalau tak silap, di sini tak boleh bawa tripod. kita akan di scan sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.
------oleh sebab off-season, HOHO bus tu saya bayar untuk harga sehari, tapi boleh naik utk 2 hari. alhamdullilah.
frame ni saya beli di laluan pejalan kaki di hadapan aya sophia: 25TL untuk saiz paling besar
Day3(Lokasi:Golden Horn, Eminonu)
Teksi ke Taksim------------------------------------------------>10TL
Brunch di Pierre Lotti ------------------------------------------->7TL
Boat ke miniartuk----------------------------------------------->15TL
Miniartuk------------------------------------------------------->10TL
Shopping di miniartuk------------------------------------------->28TL
Balik Ekmik ---------------------------------------------------->8.7TL
Shopping di spice bazaar----------------------------------------->28TL
Teksi ke ortakoy------------------------------------------------->12TL
Teksi ke Bomonti------------------------------------------------->16TL
mineral water----------------------------------------------------->2.5TL
tips & tricks:
--------sesiapa nak ke pierre lotti ni kena datang awal. walaupun di kawasan perkuburan, tapi manusia punya la ramai minum apple tea sambil menikmati pemandangan golden horn.
-------terdapat ferry untuk menyeberangi golden horn (1.75TL). tapi kami lewat sampai dan terpaksa menunggu 1/2 jam lagi. jadi kami naik bot persendirian di tepi ferry terminal tu. nyawa memang macam di hujung tanduk.
-------keychain dan fridge magnet paling murah saya pernah jumpa di istanbul hanya di miniaturk =1TL.
-------wajib makan balik ekmek(burger ikan) di eminonu. Sedap!!
-------syurga membeli belah turkish delight, apple tea, rempah ratus di spice bazaar. saya rekemen beli barang-barang tersebut utk souvenir rakan-rakan di malaysia.
fridge magnet & keychain paling murah yang saya beli iaitu 1TL utk setiap satu di miniartuk
Day 4 (Lokasi:Princes' Island-Buyukada, ortakoy)
ferry ke Buyukada (return) ------------------------------------->10TL
breakfast ------------------------------------------------------>14.5TL
Kereta Kuda------------------------------------------------------>70TL
Lunch------------------------------------------------------------->15TL
Shopping di buyukada--------------------------------------------->45TL
waffle-------------------------------------------------------------->10TL
Kumpil------------------------------------------------------------->10TL
Shopping di ortakoy------------------------------------------------>20TL
tips & tricks:
------banyak boat/ferry ke princes' island di stesen kabatas. pergi ke buyukada iaitu pulau paling besar di dalam kepulauan princes'.
------harga kereta kuda itu adalah untuk sebuah. akan buat satu pusingan penuh buyukada. owh yer, sini tak de kenderaan bermoto yer. harap maklum.
-----sila makan waffle & kumpil di ortakoy pada waktu malam! sangat happening di tepi selat bosphorus sambil melihat 1st bridge/bosphorus bridge/jambatan gantung yang panjang.
----pasar malam/pasar pagi(hari minggu) di ortakoy sgt happening. nak dapatkan barang-barang handmade, silalah datang ke sini!!!
sempat membeli mangkuk bekas gula yang diperbuat daripada pewter dan dihiasi dengan batu delima untuk bonda terchenta.
Day 5 (Bosphorus tour)
Brunch------------------------------------------------------------>15TL
Bosphorus tour---------------------------------------------------->10TL
Teksi ke Bomonti ------------------------------------------------->12TL
tips & tricks:
------boleh buat satu round penuh untuk bosphorus tour ni. tapi kami naik ferry yang membuat separuh tour sahaja iaitu sehingga jambatan bosphorus.
------boleh lihat pemandangan istanbul yang cantik pada waktu malam.
Day 6 (Lokasi: Asian side)
Teksi dari Bomonti-------------------------------------------->12TL
Tix bas ke Denizli --------------------------------------------->55TL
B'fast di Taksim Square ----------------------------------------->14TL
Shopping di kadikoy(Asian side) -------------------------------->149TL
Shopping di Grand Bazaar ---------------------------------------->100TL
Makan di Taksim Square ---------------------------------------->14.5TL
Shopping di Taksim Square ---------------------------------------->68TL
Teksi ke Bomonti -------------------------------------------------->8TL
tips & tricks:
------boleh beli tiket bas ke Denizli (kawasan luar istanbul) di taksim square. untuk perjalanan pergi, saya naik syarikat bas yang terkenal iaitu kamil koc.
-----bas berwifi dan diberi kudapan sepanjang perjalanan. persis mcm dalam kapal terbang!!
----- terdapat 2 ferry terminal untuk ke asian side. Untuk yang belum tahu, istanbul ni adalah tempat pertembungan 2 benua. benua asia dan benua eropah. boleh pilih sama ada nak turun di kadikoy atau uskudar.
------untuk plus size, boleh la membeli baju di sini.. byk butik untuk plus size di asian side.
------WAJIB naik heritage tram di asian side & juga di european side (taksim square)
------untuk menguji tahap kesabaran masing-masing di sarankan.... makan aiskrim di istanbul. kalau tak terdetik perasaan marah, tahniah..anda seorang yang sabar..*clap..clap*
Day 7 (Lokasi: sultanahmed)
Teksi ke Kabatas --------------------------------------------->12TL
B'fast di sultanahmed----------------------------------------->15,9TL
Muzium arkeologi --------------------------------------------->10TL
sewa peralatan mendengar -------------------------------------->10TL
Jeton (kabatas-sultanahmed-kabatas-taksim)---------------------->6TL
Dolmabache palace --------------------------------------------->40TL
KFC ------------------------------------------------------------->14TL
tips & tricks:
------semua palace & tempat fofular seperti, aya sophia, topkapi, dolmabahce palace ada hari akan ditutup untuk lawatan. sila prihatin!
------Jeton adalah salah satu token yang digunakan untuk naik tren. tapi harga dia mahal sikit daripada akbil iaitu, 2TL. naik tren, harganya ialah 1.75TL, tapi bila guna jeton, kira burn jek la baki tu.
------di Dolmabahce palace ada jadual berperingkat untuk english tour. tak boleh ambil gambar dalam palace. dan palace tu SANGATTTTTTTTTTTTTTT cantik!.tak boleh tour sendiri di dalam palace ni.. :(
------boleh berjalan kaki daripada stesen kabatas ke palace ni.
Day 8 (Lokasi: Denizli)
tiket bas ke Selcuk ----------------------------------------------->20TL
Dolmus ke pamukkale(return) ------------------------------------->6TL
Pamukkale -------------------------------------------------------->20TL
Muzium arkeologi -------------------------------------------------->3TL
Teksi turun dari pamukkale ---------------------------------------->20TL
Lunch di pamukkale----------------------------------------------->23TL
Second lunch di Denizli Otogar ------------------------------------>11TL
Teksi ke pension di selcuk ---------------------------------------->7.5TL
package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul --------------------->180TL
tips & tricks:
-------dolmus (van kecil) , otogar (stesen bas)
-------banyak pension di sekitar pamukkale.
-------dolmush sangat banyak untuk ke pamukkale dari denizli otogar.
-------untuk bas ke selcuk, saya try syarikat bas pamukkale.
-------ada 2 pintu utama di pamukkale. kalau mendaki travertines dulu, sila jgn keluar daripada pintu masuk sebelah atas travertines tu..... sbbnya kena naik teksi untuk turun ke bawah.almaklumlah, tiket tu per entry. ces!!
-------terdapat pejabat pos di pintu masuk atas bukit tu. yang ni saya terlupa nak pos postcard sebagai kenang-kenangan. sesapa yg ke sana, bole tolong post kan postcard utk saya tak? kekekeke
------di selcuk, ada BANYAK pension.. saya bayar untuk 2 malam. sebab hari kedua tu, bas saya bertolak ke istanbul jam 10mlm.
-----harga package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul(beli di denizli) tu agak mahal sebenarnya. disebabkan beberapa faktor, saya beli jer.
------lebih elok beli tiket dari selcuk untuk perjalanan malam. sbb nanti akan sampai istanbul jam 7 pagi. jimat masa di situ.
Day 9 (Lokasi :Selcuk)
mineral water ----------------------------------------------------->2TL
Dinner ----------------------------------------------------------->5TL
Pension (2 nites) ----------------------------------------------->140TL
tips & tricks:
------semua entrance fee(ephesus, virgin mary's house, dll) dibayar oleh travel agen. termasuklah makan tengah hari.
------ambil peluang untuk membeli buku tentang tempat yang kita lawati daripada penjual yang bersepah-sepah di kawasan tersebut. nanti akan diberi macam-macam free gift sehinggalah bersetuju untuk membelinya. tak rugiii..
-----kalau dah namanya ikut tour cenggini, sudah semestinya akan dibawa melawat tempat yang boleh menguntungkan mereka. sah-sah la turkey terkenal dengan permaidani dan barangan kulit. moh la kita ke sana.
Day 10 (Lokasi: istanbul)
B'fast Mc D------------------------------------------------------------->14TL
Jeton ---------------------------------------------------------------------->6TL
Galata Tower ------------------------------------------------------------->7TL
shopping di galata tower ------------------------------------------------->10TL
Topkapi palace ---------------------------------------------------------->20TL
Lunch ------------------------------------------------------------------->90TL
Turkish delights ---------------------------------------------------------->40TL
Shopping di arasta bazaar -------------------------------------------->200TL
teksi ke bomonti --------------------------------------------------------->12TL
tips & tricks:
-----ada free shuttle bus dari terminal bas ke blue mosque / sultanahmed seawal 7 pagi.
-----masa yang paling seswai untuk bergambar di hadapan blue mosque adalah pada waktu pagi!!! takat pukul 7 pagi, memang kurang bilangan pengunjung.
-----dari taksim square boleh berjalan kaki ke galata tower. sila datang waktu pagi, sbbnya, tower tu kecil jer.nak naik pun kena ikut turn.
-----dari galata tower boleh berjalan kaki menyeberangi eminonu bridge. tengok pakcik-pakcik memancing ikan, memang best. mereka tak lokek untuk memberikan kita pengalaman memancing. sila cuba!
------topkapi palace, perlu melepasi scanner. sama macam dolmabahce palace, tak boleh ambil gambar di dalam bangunan tersebut. dan yang paling penting!!!! tolong datang pada waktu pagi, sbb beratur adalah super panjang!
------wajib beli turkish delight di sepanjang sultanahmed. kalau yg kaki mengambil gambar.. sure akan dok kat tepi cermin, mengambil gambar, deretan turkish delight yang berwarna-warni itu.
satu-satunya yang saya jumpa di galata tower. 10TL ~sangat direkemen~
Day 11 (Lokasi:Ataturk Airport)
Teksi ke airport dari bomonti --------------------------------------->50TL
tips & tricks:
-------sila berada di airport lebih awal.
-------barisan di immigration adalah sgt panjang!!!!!
-------balai pelepasan adalah sgt jauh!
-------tukar siap-siap turkish lira sebelum pulang ke malaysia.
-------macam biasa, tak payah la nak ber'boots' bagai ek. menyusahkan ajer bila kena buka boots itoo.. nak-nak kalau dah last call. mau terkencing rasanya ketakutan.
*sekian laporan daripada pesaing lisa surihani untuk istanbul aku datang.. *clap..clap..*
18 comments:
lepas baca entry ni...nak cari tiket ke Turkey lak...ekeke..boleh jadikan panduan nih...
wah..dah pernah sampai turkey rupernyerr..jelas mak tau..eheehh..nk jadikan guideline kalau ada peluang ke sana nanti :-)
wahh..jeles...nak pegi sana jugka lahhh..eheheh
bestnye dah jejak kaki ke istanbul :D
seronoknya dah sampai istanbul...mesti feel lebey kalau tengok 'Istanbul Aku Datang'..hee
Seriusly,aku memang nak sangat g Hagia Sophia tu,from church to mosque then become musuem..kan...during study,islamic architecture is my fav subject...hua hua
Please,aku nak pergi sangat..lagi-lagi selepas baca entri ini!!
jari manis,
yer mari! winter paling best di istanbul.
emy,
alhamdullillah.. ni stok percutian yg tak de travel partner. last minit ada org willing nak ikut. selamat...
PBP,
please book the tix NOW!!!believe me istanbul akan jadi sefofuler LONDON. yg paling bestnya, it is islamic country. muslim is everywhere. nak-nak yg pakai hijab mcm u, sure dorang akan tanya sama ada islam or not. bila kita ckp yes, diorg akan akan ckp 'alhamdullilah' which is ada nada terharu di situ. kalau kita, selalunya akan sebut 'ya Allah' or 'astagfirullahalazim'.. tapi dorang akan sebut 'ya Allah ya Allah' kinda cute wei cara dorang sebut tu! me sure akan senyum bila dengar.
about hagia sophia, me sgt suka yg teramat!!!!aku siap nangis weiii.. *terlebeh emo disitu*..hahhahaha
aku pun plan nak ripit semula ke sini. tapi bukan ke istanbul tapi nak ke cappadocia.stress wei sbb tak masukkan dlm itinerary ari tu!
saya sangat cemburu ni.. bestnya dapat ke instanbul..kena menabung dalam tabung dinasor lah ek..
norh,
mari kita menabung bersama-sama...........
Cik-anne memang teringin sangat nak ke Istanbul.Tapi entah bila agaknya? semangat berkobar2 nak pi bila baca entry shieda nie.Harap2 Mr B baca la komen cik-anne nie,manelah tahu dia bawa pulak next trip..hahaha
cik anne,
tadi petang saya tertido.. pastu saya mimpi Cik anne & mr B travel kat istanbul la.. ..
menurut ahli nujum... tak lama lagi sampai la tu. kekkekekkeke
Haih! Sangat jealous ok..istanbul mmg ada dlm top list ni..tapi belum ada homestay lagi la..kena carik kawan dok sana ni..hihihi
nowwa,
yer sila cari host utk stay kat sana. byk tempat yg nak kena explore.
rindu Turki!!!!! >.<
basil,
kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. sama ler kita, tapi trip ke cordoba tu sgt la meruntun jiwa!!!
nanti kite nak tanya lagi pasal trip tu yer..
:)
hey uols! hahaha salam kenal ;p
Nak pi turkey plis plis plis... doakan ai sampai next year yach! hehehehe
fida,
iols yakin sampai punya la!!! send me a postcard ya!!..
hahahahaaha bila buat bajet mlm td rasa mcm nyawa2 ayam je nak sampai..
sobss... tapi akan diusahakan! hahahaha...
gimme address ;p.
kekekkekeke..
tak pe, ada masa lagi menabung..
me sgt la jeles kalau u sempat g greece!!!mungkin i akan nangis 2 malam!
Post a Comment