hari ke-2 di macau,
kitorang berdua bangun lambat.
nak buek camano kan.. kalo dua-dua pun kaki tido..
walaupun tilam sekeras papan.. kitorang berdua tetap gak nyenyak malam tadi..
apakah??
so lepas bersarapan ngan nasi impit & sambal ikan bilis
(ni la penyebab luggage dari m'sia jer dah 19 kg)
(ni la penyebab luggage dari m'sia jer dah 19 kg)
kitorang berdua memulakan misi yang dah di plan awal-awal lagi.
walaupun tersasar (sbb dlm itinerary misi bermula seawal 6.30pg)
kitorang gigih la menapak ke tingkat bawah.
FYI, hostel ni punya la tinggi (3 tingkat jer pun-elevator yilek ok!)
sekali... hujan!! hampa sungguh.
nasib baik hujan tak berapa nak lebat.
tanpa berbekalkan map,
kitorang terus menapak ikut sesedap rasa..
sehinggalah terjumpa senado square.
nasib baik senang nak kenalpasti senado square ni.
kalau nampak lantai berbelang-belang macam gambar bawah ni.. confirm la itu senado square.
Direction ke senado square dari nam pan hostel:
--> turun dari hostel, terus ke arah kanan sampai jumpa simpang empat (main road)
----> belok kanan & jalan terus sehingga jumpa simpang 4 lagi.
---> menyeberang jalan utama ke arah "Cafe free" (nama jer free. tapi tetap kena bayar)
--->belok kiri dan jalan la terus sampai jumpa simpang pertama & belok.
# senado square tu belah kanan uols#
time kitaorang sampai kat senado square masih lagi hujan.
sana sini orang dok pakai payung & poncho..
kami...?? apa barang nak pakai payung..
redah kan ajer la.
sana sini orang dok pakai payung & poncho..
kami...?? apa barang nak pakai payung..
redah kan ajer la.
waktu tu pun dah pukul 11pagi.
so ke money changer la kami untuk tukar duit pataca.
FYI, duit Macau lebih murah drp duit Hong Kong.
dan Pataca tak laku diurusniagakan kat HK.
andai kata HKD atau USD tak cukup, money changer tetap terima RM yer..
berbekalkan HKD500 kitaorang pun tukar la MOP.
awal-awal lagi, member dah beli seutas jam tangan. katanya design tu tak de kat m'sia & harganya jauh lebih murah drp M'sia.
haruslah me angguk-angguk sebab memang tak ambik port pun pasal jam-jam ni.
kemudian kami berdua terus ke lokasi yang seterusnya.
owh yer bercerita tentang senado square ni..lantai berbelang-belang tu adalah mengikut stail tradisi org portugis. almaklumlah, macau ni memang banyak pengaruh portuguese-nya.
seterusnya kami ke st dominic's church tak jauh pun dr senado square.
memandangkan memang tak berminat nak kaji lebih mendalam tentang binaan ni.. kitorang bercita-cita tinggi ok nak ke tapak unesco yg seterusnya iaitu, ruins of st paul's.
owh ya.. terdapat 25 tapak unesco di macau tau..
dalam itinerary pulun la masukkan kesemuanya..
tapi hampeh..5 pun tak abis jejak . (risentoripit)
nak cari ruins of st paul's ni pun tak susah,
banyak signage kat sana..or boleh ke tourist information centre betul-betul kat tepi senado square tu.(bangunan kaler kuning)
dan dah alang-alang kat information centre ni, ambik la segala map yg ada, tanya soklan pun ok. sbb dorang boleh berbahasa inggeris dgn baik.
menuju ke ruins of st paul's ni, sekali lagi kitaorang tukar HKD500.
wa cakap lu... banyak giler souvenir murah kat kedai-kedai belakang senado square tu.
nak souvenir HK pun ada.
dah kata MOP lebih murah daripada HKD, tak jadi rambang matakah kami waktu tu?
nak souvenir HK pun ada.
dah kata MOP lebih murah daripada HKD, tak jadi rambang matakah kami waktu tu?
menuju ke ruins of st paul ni adalah part yg paling mengerikan sebabnya......
banyak giler bebeng org jual daging salai pastu siap push kita suruh rasa..
apakah??????
fingsan!!
dalam tengah jalan-jalan tu, spot satu kedai ni..
tempat penggambaran cerita BOF scene Jan Di makan egg tart dan tertinggal purse(if i'm not mistaken lerrr.. almaklumla,. citer BOF tu pun me tak khatam2 lagi.. kekekke)
kalau boleh ku makan egg tart tu, dah lama ok maks g beli.
gambar di atas Jan Di dan Gyu Jun Pyo versi 2012.
akhirnya.... baru la nampak tapak unesco yg ke-3 iaitu ruins of st paul's.
manusia punya la ramai..
nak mendaki tangga pun macam tak kuasa.
bergambar dari bawah jer la kami berdua
bergambar punya bergambar tetiba pulak kan nak terkucil..
adoiiyaaa..
nasib baik kat macau ni byk public toilet.
so mendaki la kami berdua ke atas.
happy ni nak masuk..
sekaliiii..
oh em gee!!! hancing tahap tenuk ok!
pepaham la kan...pastu boleh pulak tu makcik-makcik yg kat dlm tu tak nak kunci pintu.
terus iols tak jadi nak terkucil.
~pitamss~
untuk turun....... kami bercadang nak guna tangga ..
so lepas terjengket-jengket melihat bahagian belakang ruins tu, kami pun terus ke senado square semula untuk operasi mengepos poskad.
post office betul-betul terletak bertentangan dgn bangunan information centre kat senado square.
so apa lagi.. beli la setem untuk pos poskad dan koleksi sendiri.
pastu berkenan pulak nampak cherry ni..
beli la jugak setengah kilo.
katanya..~sweet..sweet...good..~
yolah tu sweet...
katanya..~sweet..sweet...good..~
yolah tu sweet...
memandangkan masa tu dah nak pukul 4petang,
haruslah abaikan ajer unesco spot yg tak sempat serta macau tower itu.. (adakah ini reason meripit??)
sbbnya me nak kejarkan sebab UTAMA ke macau ni...
dah alang-alang nak guna shuttle bus casino iteww..
kitaorang singgah semula ke hostel utk letak barang-barang yang sempat di beli tadi
sambil terus upgrade bilik.
lydia host kami itu sgt la baik.
so kami dapat la upgrade ke bilik yg boleh diterima dek akal.
gitu gini gitu gini..
kitaorang pun ke basement grand lisboa untuk naik shuttle bus.
sekali pekerja kat situ mintak kupon.
eh apakah?
me dah terkulat-kulat time tu,
so dia suruh kitorang mintak kat mana-mana kaunter dalam casino.
hahahhaha..
merasa la masuk kasino ok!
naik bas memang ada macam-macam rupa manusia..
siap kitorang buat andaian sama ada muka kalah atau menang judi.
kalau tersipu-sipu senyum tu.. sah la menang besar,
kalo yg serupa tak mandi pagi tu mungkin kalah besar..
atau yg terbangak-bangak tengok kiri & kanan mcm kitorang ni,
mungkin tourist yg bermuka tembok naik bas secara percuma.
ada aku k????

akhirnya bas pun berhenti kat ferry terminal.
yuk la kita ke the venetian.
sila lah naik bas kaler biru dihujung tu.
#gambar atas ni ialah deretan free shuttle bus yang disediakan oleh pihak hotel & casino#
sampai kat the venetian.. memang tak nampak gah mana pun. takat nampak bangunan rupa kotak jer.
sekali bila masuk....
ya Allah kagum sejenak.
walaupun kat luar bangunan ni dah gelap..
tapi kat belah dalam masih cerah..
sebabnya langit atas tu cuma lukisan jer.
memandangkan kena bergerak dengan pantas sebab mengejarkan show pukul 8mlm,
harus kami berdua mcm lipas kudung mencari apa yg me idam-idamkan di sini.
nasib baik ada map interaktif kat sini.
senang la mencari tempat membeli tix utk naik gondola.
ye kawan-kawan........
naik gondola ni la sebab UTAMA me gigih nak ke macao
ada 2 tempat nak beli tix ni.
korang cari la boutique di gondola
setiap satu kedai tu, terletak kat hujung canal kalau tak silap.

akhirnya...
tercapai la hajat nak naik gondola mcm kat venice tu..
(maks tak mampu nak g venice, g macau pun jadi la)
nasib baik tak ramai orang.
kitorang terpaksa share gondola dgn anak beranak cina ni. nasib dorang ok.
kitorang terpaksa share gondola dgn anak beranak cina ni. nasib dorang ok.
pulak tu the gondolier orang indonesia. bantai cakap melayu la kami bertiga.
memandangkan kami berempat ni naik satu gondola,
so si gondolier ni menyanyikan la lagu cina untuk anak beranak tu.. dan untuk kami dia nyanyikan lagu melayu.
tak tahan betul kitorang bila dia nyanyi lagu peterporn pan..
belasah jer la.
pastu sambung pulak nyanyi lagu isabella.
harus ngan kami berdua pun bantai nyanyi sama
pastu sambung pulak nyanyi lagu isabella.
harus ngan kami berdua pun bantai nyanyi sama
tapi memang sesungguhnya best naik gondola kat sini.
the gondolier sgt sporting. siap nyanyi kuat-kuat sampaikan pengunjung yg dok bertebeng kat tepi canal tu pun bertepuk tangan.
lepas naik gondola tu,
kitaorang pun menghabiskan duit beli souvenir.
pepaham la kan..
dorang akan print gambar uols siap touch-up gambar nampak muka uols gebus pink-pink gitu..
harus tak membeli??
tetiba pulak rasa muka cantik sangat mcm model iklan safi kan....
eh?
so pukul 7pm kitaorang pun bergerak turun untuk tunggu bas ke House of Dancing Water Show
bas memang ada di sediakan di 10 tempat untuk memudahkan pengunjung menonton show tersebut.
salah satu tempat menunggu bas tersebut ialah di The Venetian ni.

ni la rupa perhentian bas untuk menonton show tersebut..
perhentian ni betul-betul terletak di bahagian luar the venetian
dimana kita diturunkan sewaktu mula-mula sampai tadi.
member sedikit teruja apabila melihat hotel & casino yg terletak bertentangan dgn venetian ni.
the galaxy..
kiranya sebelum ni dia sangat-sangat kagum dengan mercu tanda grand lisboa (bangunan tertinggi di macau) tapi malam tersebut kekagumannya dah beralih ke the galaxy.
akhirnya bas untuk menonton House of dancing water show pun tiba.
tak lama pun menunggu. dalam 10 minit dah sampai.
dan dibawanya kita ke city of dream.
masa kat dlm bas,
tak sangka pulak yg duduk kat sebelah tu orang m'sia jugak.
orang cina penang.
apa lagi, kitaorang seronok la berborak dlm bahasa ibunda.
sampaikan dia kata seronok dpt cakap bahasa melayu kat macau.
kekkekeke..
dalam 10 - 15 minit kami pun sampai..
FYI, city of dreams ni merupakan satu tempat yang menggabungkan 3 bangunan hotel yg mewah iaitu hardrock hotel, crown tower hotel & grand hyatt macau.
di sini juga terdapat byk high-end boutique.
bila masuk jer C0D ni,
korang ikut la anak panah ke House of dancing water.
kacang jer..
untuk memudahkan uols semua tak beratur panjang untuk membeli tix semasa berada di sana...
adalah terlebih afdal uols beli sesiap tix secara online.
cam kitorang.
confirm sampai sajer terus boleh proceed ke dlm hall
tak payah nak redeem tiket ke apa. senang.
show terbahagi kepada 2 iaitu 5pm dan 8pm.
free shuttle bus disediakan di 10 tempat berbeza
disebabkan fulus kitorang yg tak berapa nak banyak..
hanya mampu beli tix paling murah.
masuk jer dlm hall,
kitorang berdua dah sedikit excited..
almaklumlah dapat menonton water show yang terbesar di dunia la katanya..
water show yg dibuka pada tahun 2010 ini
menggabungkan efek pencahayaan, api & akrobatik yang tak tercapai dek akal.
dan kuantiti air yang digunakan melebihi 5 saiz swimming pool sukan olympic.
mana taknya, kalau orang terjun dari tingkat 5 dengan kedalaman air yang 1m sahaja, sah-sah la berkecai kepala si penerjun tu kan??
ni korang bayang kan la.....kedalaman air tu boleh ditinggi dan direndahkan
memang hebat la designer pelantar air tu.
pastu muncul pulak istana dari dalam air., kejap lagi pelantar tu kering kontang untuk pertunjukan motor pulak. memang berbaloi menonton show ni.

jalan cerita dia simple jer..
kisah seorang nelayan yang membantu sorang lelaki yg menjalinkan cinta terhalang dengan seorang puteri raja.
biasa ler kisah cinta dua darjat gitu..
the princess..
me rasa dia ni sangat cantik dengan badan yang sungguh la lemah gemalai.
yang main motor ni, lelaki tadi tu la.
kalau la me jadi princess tu,
confirm tak layan mamat ni, baik ambik nelayan tu.
sebabnya.. apa pun mamat tu tak reti.. semua harap nelayan tu yg membantu
show habis dalam pukul 10pm.
next agenda ialah shopping kat hardrock.
tak jauh pun dari tempat show.
kalau tak silap satu level.
lepas shopping kitorang bergerak untuk naik shuttle bus semula.
seiring dengan pintu keluar tu,
sempat la menjenguk sekejap Vquarium ni.
ambik gambar pun lebih kurang jer.
yer la.. time tu pun dah nak pukul 11pm.
vquarium ni pun salah satu tarikan di C0D.
tak perlu bayar pun nak menonton vquarium ni.
kat sini kita boleh lihat scene dlm lautan lengkap dengan mermaid bagai.
sekali lagi terpaku sebab sebenarnya layar warna biru tu ialah air.
puas la kitorang kepoh mencari projektor.
kot-kot la mcm wayang dolu-dolu.. guna projector pancar kat screen.
tapi yilek.
akhirnya shuttle bus tersebut turunkan kitorang di the venetian.
time ni perhentian bas yang tadi tu dah lenggang. yg ada cuma satu line sahaja untuk ke border shenzhen.
apakah???
puas la kitorang bertanya kat pekerja yg menjaga line tu,
sorang pun tak paham.
nasib baik terjumpa sorang cleaner yang boleh berbahasa inggeris.
rupa-rupanya untuk shuttle bus ke maritime terminal terletak di perhentian yang bertentangan.
nasib kami baik sekali lagi
sebabnya tidak lama selepas kami naik bas,
bas pun terus jalan.
kalau tak,
merasa la kitorang kesejukan menunggu bas yang seterusnya.
sampai di maritime terminal,
kitorang sekali lagi naik shuttle bus grand lisboa

berlatar belakangkan landmark grand lisboa.
sesungguhnya,
macau memang cantik dan berwarna warni pada waktu malam.
lepas letak beg dan souvenir,
kami berdua sepakat untuk ke ruins of st paul's.
sebab pernah terbaca kat blog mana ntah
katanya cantik ke ruins tersebut pada waktu malam.
sekaliiii..
nan hado! gulap gulita..
sudahnya kitorang patah balik ke senado square dan bergambar sakan kat sana.
salah satu unesco spot.
apa ntah nama dia.
tapi lorong ni semuanya tempat guaman.
so jgn curi pokok ikea kaler merah tu..
silap-silap boleh masuk court.
kekkekeke
ni la bangunan tourist information centre yang terletak di senado square pada waktu malam.
dalam pukul 12.30am, kitorang menapak balik hostel
dan makan nasi impit cicah sambal ikan bilis serta serunding daging.
gigih la member tu makan nasi impit dengan banyak angkara me tak nak bawak beg berat ke HK.

note---> macau lebih tenang daripada HK, tak de anjing berkeliaran dan bandarnya sangat bersih.
15 comments:
menarik la water show tuuuu...iols is jelly tau...
eh pulak... me lagi so jelly jelly fish nengok uols pakai poncho kaler-kaler.
cantiknya Macau..
meriah sungguhhh...
tahun depan plan nak ke mana plak?
tu la norh, saya lagi suka macau drp HK.
tak tau lagi nak g mana. jom g bercuti sesama.
Tu la..mcm best ja tempat syieda pilih.. Ada fb tak, senang sikit nak contact..blog ni, kadang2 sy ada musim..ha ha ha
ala, tempat pun sama jer masa norh g ari tu..
ni email syieda.---> ssyyiieeddaa@yahoo.com.my
pa pe pun, norh pm dulu ya. sbb kang kita tak accept pulak.
cantiknya view sunset...
jap, yang kupon bus dalam kasino tu main mintak je ke? tak perlu byr or tunjuk bukti main judi kat situ??
zette,
a'ah tak payah main judi. g masuk dlm kasino tu., pastu mintak jer kat pompuan-pompuan yang jaga table judi tu, kata nak kupon. pastu dia bagi jer. tapi tak tau la pulak kalau dia nengok kitorang muka kesian, pastu bagi jer kupon tu. T____T
sangat menarik story kali ni..enjoy to read..teringat time pegi macau hari tu..trip for one day..memang belum puas jalan2 sekitar macau..dan ada plan nak repit kekdah sebenarnya...ehehe..
count me in!!!!!!!!!!!!!!!!! kita pun nak meripit macau sebenarnya. ari tu 2 hari pun tak cukup, sebab hujan. now, kita dah spot beberapa tempat menarik kat macau.
hi syieda..nak tnya g macau ni brapa hb cos nmpk mcm musim winter je?
hi anon..
time ni awal dec. sejuk gak.
Patutlah turun ferry je terus mengigil, pegi time winter. Saya turun ferry je, peluh memercik.
Hahaha part daging salai tu memang kan! Duk lah promote ke kita, sib baik sedar diri kita kat tempat orang so xleh nak sound bagai.
Paling best versi Gun Pyo & Jan Di 2012!! Lawak giler!
BK,
memang sejuk tak boleh blah..aihhh tambah pulak dgn hujan..itulah masalahnya kalau nak pegi time winter.
Sy memang minat kpop..tapi tak sangka pulak kat sana tu tempat BOF berlakon. almaklumlah.. drama tu pun tak abis nengok. hehehe
beb, kat atas tu ko ada komen dh spot beberapa tempat menarik kat macau...cer bagitau sket..sebab aku tgk sumeorang mcm g tempat yang sama je...
*tgh bz mem-blogwalking mencari info*
Post a Comment