pagi ke-3 dibumi china lagi la melampau bangun lewat.
ni tahap lewat yg memang tak boleh dimaafkan.
rasanya pukul 11pagi baru tersedar.
aishh.. patutnya pukul 7 pagi dah bertolak ke hong kong.
nampak gayanya banyak ler plan kena rombak.
gitu gini gitu gini
pukul 12 check-out.
pastu boleh pulak masing-masing ada baki MOP.
so plan pagi tu opss.. tengah hari tu,
nak g money changer untuk tukar duit dalam matawang HK.
lepas letak luggage kat kaunter hostel,
kitorang menapak ke senado square.
baik-baik niat nak pergi tukar duit, sebaliknya masing-masing g abiskan MOP untuk beli souvenir.
apakah??
akhirnya bertimbunlah souvenir yang terpaksa kami hangkut ke Hong Kong.
memandangkan isi luggage yang bertambah..
kitorang bercadang untuk naik cab dari hostel ke ferry terminal.
nasib baik la boleh tahan cab dari depan hostel.
charge untuk teksi tersebut ialah MOP27
tak de la mahal sgt.
so teksi berhentikan kitaorang di level atas ferry terminal.
masuk jer pintu, terus beli tix ferry ke Hong Kong
tak sampai 20 minit turbojet membawa kami berdua ke Hong Kong
hari tersebut masih lagi hujan.
nasib baik hujan jenis renyai-renyai.
kalau la lebat, mesti mood swing punya la.
sejam dalam bot,
masing-masing sambung tido.
dasar kaki tido kannn...
ada sekali tu,
kami berdua tersentak dari tido sebab ombak yang terlalu kuat.
pastu masing-masing mengucap dua kalimah syahadah (takut tetiba tenggelam ke apa ker)
dan sambung tido balik.
dasarrrrr.....
sampai Hong Kong lebih kurang pukul 4 cenggitu.
dek luggage yg terlalu banyak.
apa lagi.. kitaorang naik teksi ke hostel.
dapat pulak drebar teksi yang memang buta huruf.
dah la time kitorang sebut nama guesthouse ni dia tak paham..
dah diajukan alamat dalam tulisan cina pun tak paham..
adeh..
nasib baik ada sorang lelaki cina tu yg tolong call guesthouse kitorang
dan akhirnya sampai pun kami di Mirador Mansion.
mansion ni terletak di Nathan Road.
selang satu blok daripada chungkin mansion.
nama pun budget ciputkan..
haruslah tempat tinggal pun yg ado jer.
sampai ajer di depan mirador mansion,
ada sorang minah tu sibuk la suruh kami stay kat guesthouse dia.
me ngan muka kekwat bagitau member jangan layan semua tu
sambil tangan ni terkial-kial mencarikan voucher guesthouse tu.
tetibaaa..
sorang mamat cina yang handsome approach kitorang.
dasarrkan.. me terus melayan ok mamat tu, sedangkan member tu menonong jer jalan sebab teringat pesanan me tadi.
rupa-rupanya mamat handsome tu dari guesthouse yg akan kami menginap nanti.
haruslah happy.
so pesanan kepada member itu..
kalau perempuan yang approach kita...kita boh layan jer..
tapi kalau mamat handsome.. kita mesti layan..
boleh gitu??
so mamat tu guide kitorang camana nak sampai ke Ghuangzhou Guesthouse yang terletak kat tingkat 10.
elevator punya la kecik.
nasib baik ada CCTV.
rasanya lebih 6 orang yang masuk elevator tu sure akan overload..
tadaaaa.... guesthouse kami untuk 8 hari di Hong Kong..
kecik yang hamat..
tapi kitorang ok jer sebab nak tido jer pun.
bilik complete dengan kipas, aircond, & tv
katil pun tak de la kecik yang sampai kitorang tak boleh nak mengiring + terlentang.
bila baca review pasal guesthouse ni,
dorang bagitau yang katil terlalu kecil sampai sakit kaki dan tak boleh nak berpusing masa tido.
c'mon la.. ni HK
nilai tanah dorang adalah ke-2 tertinggi selepas NYC.
nilai tanah dorang adalah ke-2 tertinggi selepas NYC.
bilik air pun bagi kitorang ok jer.
tak de la sampai tak boleh bergerak dan mandi kat toilet bowl tu.
ha lagi satu.. walaupun bilik ni kecil, tapi sangat la bersih..
#eh, melebeh pulak nak up kan guesthouse boyfriend sendiri...eh?#
selepas menyusun atur luggage kitorang yang banyak tu & menunaikan kewajipan,
baru la me teringat yang me sepatutnya ke Star House untuk membayar tix melihat pink dolphin pada keesokkan harinya...
adus..
yang lagi hangin ngan company ni ialah..
sebulan sebelum bertolak,
me dah email kat company ni nak book tix.(ni jer cara untuk book-email)
pastu, dia kata dah reserved kan.
so cara pembayarannya sama ada bank in kan duit guna account dorang
(which is me tak tau caranya)
atau bayar cash sehari sebelum tarikh yang di reservedkan itu..
so me reply email tu bagitau yg me akan bayar sehari sebelum ikut trip dengan dorang.
email tu sebulan sebelum bertolak ok!
dia tak reply apa-apa
sampai la lagi 2 @ 3 hari nak bertolak,
me email balik just nak confirm dan securekan reservation tu.
sampai hari nak bertolak pun , dia tak reply.
aiii geram betul.
so me decide untuk pergi bayar petang tu juga.
sebab office tu tutup pukul 6.30petang.
berbekalkan google map yang bingai itu..
kami bergerak la mencari star house yang terletak di Tsim Tsa Tsui ferry terminal.
sengal punya google map,
kata 9 minit berjalan kaki..
ni dah nak dekat 30 minit, masih tak sampai-sampai.
mula la kami berdua ni putus harapan.
akhirnya nampak la ferry terminal.
time tu dah pukul 6.15petang.
aishh apa ni, bayang star house pun tak nampak lagi.
aishh apa ni, bayang star house pun tak nampak lagi.
boleh pulak tak perasan kat sana ada tourist information counter.
kami gamble redah jer.
yang lagi best sempat pulak tu pergi beli boots & make up kat lane crawford kan..
time ni masing-masing memang dah putus asa tahap dewa,..
sekali bila keluar jer dari shopping complex tu,
baru la terperasan star house tu bangunan sebelah jer.
baru la terperasan star house tu bangunan sebelah jer.
dah la kecik mengemut tulisan "STAR HOUSE" kat bangunan tu.
apa lagi kami berdua pun berlari macam masuk amazing race untuk mencari office tersebut.
sekali hampa...dah tutup.
tsk..tsk..tsk..
walaupun hampa,
kami berdua teruskan juga dengan itinerary yg ada
iaitu naik star ferry - symphony of light cruise.
lepas beli tix,
kami berdua pun dok la menunggu star ferry tu.
hujan time tu makin lebat la pulak & sejuk yang hamat!
disebabkan kami naik dari TST,
makanya, dalam ferry tu dah ada penumpang dari wanchai.
so port yang best pun yilek.
bestnya pergi time akhir tahun ni ialah
xmas deco merata-rata
kalau dah hujan..
apa pun tak boleh buat.
gambar pun jadi tak cantik (walhal memang tak de seni ambik gambar)
tapi gigih ok me heret member tu soh ambik gambar dikala hujan lebat.
tak pe bekalan panadol berlambak-lambak.
habis jer naik cruise ni,
kami berdua meredah hujan untuk ke mtr yang paling berhampiran
(tak gak berhampiran..kena melintas main road kat 1881 heritage)
so turun jer ke subway,
menapak lagi untuk membeli octopus card.
dan terus menapak ke exit D2 untuk ke mirador mansion.
sedikit fakta untuk makluman bersama ---> tahun ini...merupakan ulangtahun ke-15 penubuhan HK sebagai Special Administrative Region (SAR)
dimana mereka masih bernaung bawah negara china tetapi mengamalkan sistem pentadbiran yang berbeza.
9% daripada 7.1 juta penduduk di sana ialah orang asing termasuklah dari negara kita sendiri.
sebab tu, kat sini uols akan jumpa ramai bangsa asing.
mereka menyambut hari kemerdekaan pada 1st october dan hari penubuhan HK pada setiap 1st July.
walaupun HK ni tak de la besar mana pun kan..
tapi dia ada 50 jenis surat khabar dan 22 rancangan televisyen sama ada domestik mahupun antarabangsa.
tu belum lagi internet service provider yang dianggarkan hampir 200 buah syarikat.
mereka bersaing untuk memberikan perkhidmatan kepada kepadatan penduduk yang semakin bertambah.
FYI, 10 buah bangunan yang tercatat dalam "100 tallest buildings" terletak di HK. hebat tak??
dan bilangan skycrapers di HK sahaja berjumlah 7700 meninggalkan New York City (5800). padahal dari dulu kita asyik di momokkan dengan fakta yang NYC mempunyai bangunan tinggi-tinggi di dunia.
rupanya tidak.
dan nanti bila berada di sini, uols mesti akan perasan,
kebanyakan subway MTR akan connect dengan shopping malls tak pun dengan office tower.
sebab tu la.. kitorang mula-mula sampai kat sini.. agak heran ok.. orang beratur kat luar high-end boutique macam beratur nak beli tix bas waktu hari raya.
apakah kaya bebenor orang kat sinikan??

2 comments:
ehehehe...kelakar...penat bila baca story ni...dh mcm amazing race HK :-)..i ponn kalau jumpa mamat handsome..suka melayan jugak..'gatal' tak?...
kan... kalau baca pun dah penat.. menaip lagi lerrr rasa nak tercabut tangan..
mamat hensem harus la layan.. almaklumlah.. kita ni tak berapa nak lawakannn.. jadi harus melayannn... kekekkekeke
Post a Comment