hari ke-2 di hong kong
sekali lagi bangun lambat..
kekkekekke
me pun tak paham la..
napa asyik bangun lambat jer.
seronok sgt agaknya tidur kat HK ni kot?
plan asal pagi ni kengkonon nak terjah Kowloon Hotel (tempat berkumpul untuk tengok dolphin)
tapi dolphin ke mana.. kitaorang kemana.
so kensel.
lepas b'fast dengan maggi,
kami berdua bertolak ke central dengan MTR.
sedikit kagum dengan MTR dorang, sebab sgt tersusun.
tak kan sesat barat punya.
yang penting uols hafal la warna line memasing.
macam hostel kitorang, guna tsuen wan line - warna merah.
setengah hari guna MTR confirm bijak bestari.
kalau dah dua hari masih gak tak reti-reti..
memang kena masuk kelas pemulihan la jawabnya.
lagi satu, kalau yang pernah naik MTR mesti perasan,
setiap pagi, ada pekerja MTR yang akan berdiri di hujung moving walkway untuk mengingatkan penumpang agar berhati-hati.
lagi satu, kita akan sentiasa mendengar announcement yang mengingatkan penumpang agar sentiasa pegang handrail masa naik escalator.
dan jangan tak tau....
handrail itu dilap dengan cecair anti-bacteria agar kebarangkalian untuk terkena penyakit berjangkit adalah tipis..
dan jangan tak tau....
handrail itu dilap dengan cecair anti-bacteria agar kebarangkalian untuk terkena penyakit berjangkit adalah tipis..
baguskan..
keluar dari MTR central,
ada sedikit tak tentu arah hidup masa tu...
sebabnya..............
penuh dengan butik-butik barang branded!!
walaupun duit nan ado..
perasaan terkinja-kinja macam ada duit tetap ada.
tak tahan dengan godaan...
termasuk la satu butik ni..
itu pun sebab terpaksa lalu depan butik tu.
uols dapat bayangkan tak situasi me time tu,
serupa mcm citer "confessions of shopaholic"
ala.. time si miss bloomwood tu nampak green scaft..pastu dia nampak patung tu bercakap-cakap..
sama la nasib kami berdua time tu.
tapi ni.. bukan patung tu yang bercakap..
tapi SA tu yang beria-ria cakap, matching la tu ..matching la ini...
bencisss..
terjebak akhirnya...
keluar jer dari kedai tu,
masing-masing salahkan antara satu sama lain..
pastu ternampak pulak H&M yang besar!
singgah lagi..
beli lagi..
sales memang tahap membunuh ok!
tak boleh jadi cam ni..
kami cepat-cepat bergegas ke agenda utama..
iaitu mencari mid-level escalator.
tak sempat nampak escalator..
kami ternampak pulak lorong-lorong membeli-belah..
nasib baik, li yuen street ni memang masuk dalam itinerary hari ke-8 nanti.
so kami singgah la kejap.
li yuen street ni terbahagi kepada 2 iaitu east dan west.
masing-masing dipisahkan oleh jalan raya sahaja.
sempat la membeli sedikit souvenir untuk teman-teman di malaysia.
lepas tu barulah kami terjumpa mid-level escalator ini.
kami naik escalator ni dari 100 Queens Road yang terdapat dalam bangunan.
escalator ni merupakan escalator terpanjang di dunia dan dibina kerana kesesakan lalu lintas yang melampau.
dibina pada tahun 1993 untuk menghubungkan central dan western district.
jumlah masa perjalanan bagi kesemua escalator ini ialah 20 minit.
escalator ni bermula dari queens road hinggalah ke conduit road.
yang menariknya ialah laluan turun bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga pukul 10pagi.
tetapi laluan naik dari pukul 10.30pagi hingga tengah malam.
apakah?
setiap kali kena tukar escalator,
kami pulun ambik gambar..
masuk escalator yang ke -3 masing-masing dah malas.
owh yer, buat yang tak pernah pergi lagi,
escalator ni sebenarnya terbahagi kepada beberapa escalator yang pendek.
mungkin sebab ianya berderet,
maka digelarkan escalator terpanjang di dunia.
deretan bumbung hijau itulah escalator yang berderet-deret sehingga digelarkan escalator terpanjang di dunia.
gambar dibawah ni pula ialah jalan-jalan yang dihubungkan oleh escalator ini.
semakin tinggi escalator,
semakin banyak bangunan yang tinggi-tinggi
sehinggalah kami tiba di mosque street dan berhenti di sana untuk menunaikan kewajipan.
direction ke mid-level escalator:
---> MTR central exit D1 ke Pedder St (lalu di HSBC)
----> belok kanan ke Queens Rd
---> escalator ada belah kiri.
disebabkan awan pun macam tak berapa nak cerah..
kami berdua bergerak ke tempat seterusnya iaitu Hongkong Zoological & Botanical Garden (HKZBG)
berdasarkan study aritu,
kami patut naik escalator sehingga ke robinson Rd.
tapi bila kami naik ke robinson Rd macam tak berapa nak yakin pulak.
so kami turun balik ke conduit rd.
tengah syiok mentafsir peta,
kami disapa oleh sorang minah salleh ni.
dia bagitau yang kena bla..bla..bla..
sama dengan apa yang kami rancang.
nasib baik berjalan turun bukit.,
so kaki pun tak berapa nak sakit.
gambar kiri : sekolah merangkap kolej untuk budak sekolah menengah.
gambar kanan : rumah hak milik rakyat HK.. :p
satu yang bagusnya HK ni,
papan tanda memang bersepah-sepah.
gunakan lah papan tanda tersebut untuk ke destinasi pilihan.
akhirnya kami sampai di HKZBG lebih kurang pukul 4 petang.
kami terpaksa bergerak cepat memandangkan kat HK ni, cepat gelap.
maka agenda ke Hong Kong park terpaksalah dilupakan.
kat HKZBG ni pun kami tak abis explore.
takat nengok orang utan dan lemur yang sedang "muah muah" ni jer.
Direction ke HKZBG:
---> dari Conduit Rd (mid level escalator), turun ke jalan besar
---> susur jalan arah turun bukit sampai jumpa Glenealy
---> pastu ikut la papan tanda sampai jumpa HKZBG
lebih kurang 15 minit kat HKZBG kami ke the peak pulak.
puncak tertinggi di HK.
nak ke the peak ni,
kami berdua main taram jer..
ikut ajer arah turun bukit..
tup tup sampai.
korang akan nampak bangunan berkaca-kaca macam kat bawah ni (ST John Building)
betul-betul kat tepi simpang empat.
seberang jalan tersebut dan boleh la beli tram tix.
nasib baik kami pergi the peak hari rabu,
memang tak payah beratur untuk beli tix pun,
terus naik tram.
tahukah anda...
tram yang kami naik ni berasal dari tahun 1888.
tapi idak ler tram yang sama masih digunakan.
gambar tram yang dibawah ni merupakan generasi yang ke-5 cenggitu..
kalau nak tahu lebih lanjut, boleh melawat muzium tersebut sebelum naik tram ni , ya.
tahukah anda...
tram yang kami naik ni berasal dari tahun 1888.
tapi idak ler tram yang sama masih digunakan.
gambar tram yang dibawah ni merupakan generasi yang ke-5 cenggitu..
kalau nak tahu lebih lanjut, boleh melawat muzium tersebut sebelum naik tram ni , ya.
Direction ke The Peak Tram lower terminus
---> HKZBG---> upper albert Rd---> keneddy Rd-->Garden Rd
sampai ajer kat the peak,
kita akan lalu peak market.
apa lagi..
shopping souvenir la.
rasanya mungkin harga mahal sikit la kot.
tapi kami bantai jer beli mana yang berkenan.
kat sini ada post office.
so sapa yang post postcard dari sini,
akan di stamp dengan gambar tram.
kat sini pun ada Hardrock.
apa lagi.. memborong la kami berdua.
dihujung level 1 ni pula, kami dok pekena air panas.
tapi me memang jenis tak minum air panas, order iced blended.
haruslah menggigil kesejukan lagi.
untuk pengunjung kedai tersebut,
dibenarkan berada di berandah untuk melihat kota HK yang dibanjiri cahaya..
tapi sejuk yang tak boleh blah!
rasa macam nak terbang ditiup angin!
memandangkan sekejap lagi symphony of light nak start,
kami berdua terus ke sky terrace 428 iaitu tingkat paling atas di The Peak Tower.
sky terrace 428 ini berada pada 428 m aras laut dan merupakan satu-satunya puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan HK secara 360 darjah.
sky terrace 428 ini berada pada 428 m aras laut dan merupakan satu-satunya puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan HK secara 360 darjah.
semasa symphony of light, 45 bangunan pencakar langit akan berlawan laser.
tapi sampai ke sudah kami tak berpeluang melihat show tersebut dari mula hingga akhir.
mana taknya, semalam masa naik cruise tu,
kami sibuk bergambar, haram tak dengar apa yang diceritakan.
bila berada di sky terrace ni,
gigih la nak cari port yang cantik.
tapi rasanya tak naik sky terrace pun tak pe.
sebab kat belah luar the peak ni,
ada gazebo yang boleh nampak scenery yang hampir sama.
tapi kami tak g pun gazebo tu sebab sejuk sangat.
kalau kat korea,
kita gantung padlock kat namsan tower kan..
kat sini pun ada gak..
tapi gantung kertas heart shape ni jer.
kami pun tergedik-gedik gantung jugak.
kata nak tinggal jejak.
ya harusss...
kami balik semula ke TST dalam pukul 10malam
sebab nak menunggu sorang lagi kawan kami dari malaysia yang nak bercuti bersama-sama.
menapak la kami berdua ke Central MTR yang jauh itu.
8 comments:
o em gee.... bestnyeeeeeeeeee macau.. ok, thnx sebab bg penjelasan yang terang dan jelasss~
shida lain kali kena guna jam loceng baru leh gerakkan u kot,...hihihi
kedai souvenir area mane yg murah?
bila lihat kpd escalator yang terpanjang tu..teringat show running man..tak ingat episod ke beraper..dorang buat di HK..
zette,
ok. sila pergi. macau memang best.
Cik anne,
saya rasa kalau bom jatuh pun belum tentu tersedar.. dasar kaki tidor kann.. saya tak pergi pun nite market kat HK kecuali ladies market tu jer.almaklumlah.. duit pun dah tak berapa nak ada kan.. saya borong kat peak market jer.
jari manis,
a'ah memangggggggggggg adaaaaaaa... sebab tu la sibuk gak nak g escalator tu. teringat2 kat jong kook bancuh cocktail.. owh abang jongkook kuuuuuuuu.. kekekkeke
aaaaaaa jelesnyeeeeeeee.. bile nak sampai sana nih!
*nanges belakang langsir
hanie,
jangan nanges eh..meh le kita pergi sesama...
kekekekkeke
bestnya dapat tengok hk waktu malam kat victoria peak..tak hujan langsung eh waktu syieda kat sana?
takleh nak search syieda kt fb la (tak reti kot).. add la norh kat fb..email norhashimahhashim@yahoo.com
norh,
hujan gak masa mula-mula sampai sana. pastu semua gambar kabur jer sbb kabus..
syieda dah add dah.
senang la berborak kat fb nanti.. kekeke
Post a Comment