salam semua..
sihatkah??
selepas balik dari disneyland aritu tanpa mengambil beg,
kami bergegas terus ke central ferry terminal.
dan boleh pulak, buku itinerary tertinggal dlm beg itu..
naik tung chung line hingga ke Hong Kong stop jer dah berapa minit.
pastu dari Hong Kong stop nak berjalan pulak ke central punya la jauh!!!!
sepanjang kat sini,
inilah pengalaman paling semput berlari dengan bag plastic yang super banyak.
bayangkan la.. time sampai HK stop dah pukul 5.10petang.
janji kat central ferry terminal pukul 5.30petang.
dah la tak pernah lagi sampai kat ferry terminal tu,
so tak dapat bayangkan camana rupanya tempat tu..
pastu tak ingat la pulak pier nombor berapa nak kena tunggu..
so kami selamat sampai di pier nombor 9 (main belasah jer) pada jam 5.40petang..
time tu, pier lenggang ok!
nak sedapkan hati kami semua pulun la bergambar...
akhirnya....
alhamdullilah... sampai pun dia pukul 5.50petang.
the aqua luna junk memang sebab utama me nak g HK sebenarnya.
dan alhamdullilah tercapai pun impian itu..
nengok.. naik bot lagi.
untuk reserved ride ni memang kena call pihak aqua luna 7 hari sebelum tarikh yang kita pilih.
plan asalnya,
kami memilih naik ride ni untuk symphony of light show..
tapi pihak pengurusan bagitau, tarikh yang kami pilih tu,
ada event lain.
so dorang suggestkan agar kami pilih tarikh keesokan harinya.
memandangkan semua itinerary dah siap,
dan malas nak rombak,
kami tetap dengan tarikh yang sama cuma awalkan sahaja masanya ke 5.30 petang.
sedikit tips: better reserve masa ni (5.30petang),
sebab uols boleh tengok HK waktu cerah dan gelap (siang & malam)
dan lagi bestnya,
hari yang kami naik tu,
cuma ada satu couple dan kami ber-4 ajer.
memang terasa mcm VVIP ok time tu.
member pun suka dengan idea naik ride ni.
bila dah naik junk ni,
kita akan dihidangkan dengan minuman dan selimut.
puas bergambar di bahagian atas,
kelasi kapal (eh betul ker? kekekeke) ajak kitorang bergambar di bahagian bawah pula.
lagu bahasa cina yang dimainkan dalam junk ni,
memang fefeeling macam zaman dahulu kala ok.
terus tetiba jatuh chenta dengan lagu klasik dorang.
bila dah start gelap,
merasalah bergambar dengan cahaya neon yang bergemerlapan.
lebih kurang satu jam juga kami berada atas air.
dan dengan rasa sedih terpaksalah turun kat central semula.
--tsk--tsk--
pukul 8 lebih gitu,
kami bergegas ke citygate pula.
naik la semula tung chung line.
sekali lagi menapak macam tak hengat..
berpusu-pusu dengan orang balik kerja.
kami tiba di citygate outlet dalam pukul 9 lebih.
apa lagi.. shopping la.
dah namanya outlet.. murah la barang-barang kat sini.
contohnya,
me belikan abah sehelai t-shirt timberland dengan harga lebih kurang RM150 gitusss..
sekali bila balik m'sia nengok baju yang sama, warna yang sama, harganya RM290.
apakah???
waktu ni kaki dah tak larat.
me gigih bersila kat tepi pintu masuk persis mcm orang minta sedekah.
tapi apa k kan..
kebanyakan orang yang shopping kat sini, akan bawa beg besar sesiap.
sebab, lepas shopping, dorang akan masukkan barang tu dalam beg tersebut dan terus ke airport.
dekat jer pun citygate ngan airport ni. sebab dua-dua ni berada dalam lantau island.
tapi.. kat sinilah satu perkara yang tak best terjadi.
waktu kami masuk subway untuk bergerak ke disneyland semula ( ambil beg)
me g la topup octopus card tu dengan nilai HKD100.
pastu, g la membeli M&M almond yang menjadi feberet kitorang sepanjang berada kat HK ni.
masa pergi bayar tu,
memang me pegang sekali octopus card tu.
pastu dah bukan namanya rezekikan..
octopus card tu tertinggal la kat situ.
bila kami dalam tren ke sunny bay untuk ke disneyland,
baru perasan octopus card tu hilang.
gelabah tak boleh nak cakap la kan..
terus suruh member proceed ke hotel g ambil beg,
sementara me patah balik ke tung chung untuk cari octopus card itu.
sekali sampai kat 7E tu,
makcik tu tak mengaku dan cakap bla--bla bla..
malas nak layan me terus blah.
so terpaksa pergi MTR customer service counter yang ada kat sana,
dan beli octopus card baru dengan harga HKD150.
serik dengan kejadian itu.. terus sarung octopus card kat leher.
nasib baik aritu shopping kat hardrock, dapat free pinned tie tu.
maka guna la sepenuhnya..
jumpa balik dengan member-member yang lain kat sunny bay,
dan kami terus turun di lai king untuk tukar tren ke TST.
perjalanan kami tamat pukul 12 tengah malam...
2 comments:
kemain pose atas ferry tu...kerlass..
hehe..tak abeh baca lagi,tapi nak komen dulu...hehe
pbp
-khennnnnn.. pose harus walaupun tak de konsep. ngee ngee ngee..
Post a Comment