Akhirnya.... hampir jam 12, kami tiba di candi borobudur yang famos amos tu..
Bayaran masuk untuk pelancong macam kita ni sebanyak USD20
banyak giler beza dengan penduduk tempatan.
sebelum sampai ke kawasan tiket..
kami berdua dah diasak oleh penjaja
naik rimas jadinya.
macam-macam barang yang dijual.
Fridge magnet ada, buku-buku pun ada.
dorang akan turunkan harga sampai kita beli.
naik kesian gak nengok depa ni mencari rezeki.
naik kesian gak nengok depa ni mencari rezeki.
belikan la sebuah buku yang berkaitan dengan candi ini walaupun tak tau zaman bila nak baca.
nasib baik pelancong macam kita melalui sebuah post yang ber 'aircond'
kalau tak.. memang menyirap ler bayar mahal-mahal tapi berpanas macam orang lain.
dalam post tu, kita akan diberi sehelai kain untuk dipakai sebagai menghormati candi.
air teh & kopi ada diberi percuma.
minum jer la berapa banyak yang nak.
minum jer la berapa banyak yang nak.
sebab me memang jenis tak minum kopi teh ni.. me bantai angkut berbotol-botol air mineral daripada peti yang ada di sana.
dah bayar mahalkan.. harus angkut 6 botol air. kekekkekekekeke
cuaca dah mula membahang waktu tu.
ternampak pula andong (kereta kuda)..
IDR50,000 satu kereta.
member yang pencinta binatang ni memang tak setuju sebenarnya nak naik andong ni..
tapi kena paksa..
maka dia pun naik la juga walaupun muka berkerut-kerut kesiankan kuda tu.
Sebenarnya kami tak sure ada berapa pintu masuk ke borobudur ni
sebabnya...sepanjang menaiki andong tak nampak pulak orang yang jalan kaki melalui kawasan ni.
Kawasan sekitar borobudur yang sangat bersih
tak sampai 10 minit kami berada di atas andong ,
pak jawa tu tunjukkan kami satu spot katanya cantik kalau bergambar.
tapi me tak berapa sure sangat betul ker cantik kalau ambil gambar dari sini??
sebabnya takat nampak borobudur tu cenonet ajer.
puas la kami berdua tonggang terbalik bergambar kat atas bukit tu
waktu kami meninggalkan kawasan tu..
orang dah mulai ramai bergambar di situ.
dek tak kuasa nak meredah panas ditambah dah tak sabar-sabar nak memanjat tangga kat borobudur..
kitaorang terus naik melalui pintu utara yang terletak betul-betul sebelah bukit tadi tu je.
Pemandangan dari tingkat pertama borobudur.
Gunung yang separuh itulah.. Gunung Merapi.
Yehaaaa... Mari kita lihat apa yang ada di Borobudur...
Mata tangga yang mak aiiiiii.. besar-besar dan tinggi-tinggi..
Nasib baiklah me ambil tindakan yang tepat melancong sewaktu keadaan mengizinkan..
kalau la dah kertu.. memang sah la nengok dari bawah jer.
Waktu ni tak payah cakap lerrrrr...
panas yang hamat.
walaupun cenggitu.. kitorang sangat bersyukur sebab tak hujan.
panas pun panas la.
janji langit biru.
Setiap tingkat ada ceritanya yang tersendiri..
nak cerita pun tak reti camana..
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini ialah penduduk tempatan.
memang jarang la nampak omputih kat sini.
tak macam kat seam reap ari tuh.
dan candi-candi disini tidak menggunakan dana dari negara luar.
Sedikit info tentang borobudur....
Candi ini dibina pada abad ke-7 dan ke-8 untuk penganut Buddha.
Candi yang berbentuk empat segi ini menggunakan lebih 2 juta blok batu yang diperbuat daripada batu gunung berapi dan mempunyai 10 tingkat.
Patut la ari tu naik semput nak sampai ke puncak candi ni.. rupa-rupanya mendaki sampai tingkat ke-10.
Sedikit info tentang borobudur....
Candi ini dibina pada abad ke-7 dan ke-8 untuk penganut Buddha.
Candi yang berbentuk empat segi ini menggunakan lebih 2 juta blok batu yang diperbuat daripada batu gunung berapi dan mempunyai 10 tingkat.
Patut la ari tu naik semput nak sampai ke puncak candi ni.. rupa-rupanya mendaki sampai tingkat ke-10.
Blok batu yang disusun memang membuktikan arkitek yang mencipta candi ni memang sentiasa dean's list kalau belajar kat universiti kan??
Bila kita berada di tingkat ke-8, ada banyak stupa kecil yang terdapat buddha statue di dalamnya.
stupa kecil ini akan mengelilingi sebuah stupa utama di tingkat teratas.
Masih ada lagi penganut buddha yang datang ke sini untuk upacara keagamaan.
menurut tourist guide kami,
waktu perayaan wesak, kebanyakan penganut buddha ni akan berjalan kaki tanpa selipar dari candi mendut yang terletak beberapa kilometer dari sini.
Candi yang besar ini telah dijumpai semula oleh gabenor England pada awal abad ke-19.
bayangkan la binaan yang besar bagak ni boleh terbiar cengitu jer..
mesti dulu kawasan ni hutan belantara yang pokok stok tinggi-tinggi tu kan? sampaikan orang tak tau pun kewujudannya.
di candi ni juga terdapat sebanyak 500++ buddha statue tau.
member sibuk suruh cari sebab katanya dlm amazing race aritu,
dorang kena kira berapa banyak statue yang ada kat borobudur ni.
tapi kitorang tak jumpa pun..tup-tup bila nak sort gambar untuk tempek kat sini.. ..
terjumpa satu gambar yang ntah bila masa disnap pun tak tau.
the main stupa
Pukul 2 kami pun beransur dari candi tersebut untuk makan tengah hari..
Tengah hari tu kami makan nasi gudeg.
nasi putih dengan ayam + sayur tempe , nangka (indahnya jawa!) + kulit kerbau.
ambik ko makan kulit kerbau!!
kami berdua agak janggal dengan kulit kerbau ni..
tapi disebabkan teringin sangat nak rasa..
kami "on" jer makan nasi gudeg.
ingatkan kulit kerbau tu crispy mcm keropok.. rupanya tak.. strukturnya macam span.
sebab lapar khennnn..
harus makan...
Nasi Gudeg ni sangat fofuler tau kat sini..
sebab tu jogja juga dikenali dengan jolokan Kota Gudeg.
Kalau area pusat bandar jogja ni.. nasi gudegnya lebih manis berbanding dengan daerah yang lain.
teman gudeg sah-sah la jus avocado ni!
yumehhh!!
10 comments:
thanks berkongsi cerita dan gambar yg menarik...takde rezeki lg nak kesana..salam kenal & follow sini
Bila lah agak nya time JM nak ke sana pulak..kalau lambat dh kertu..tak mampu nak naik tgga tu sakit lutuit...hihih..
Kulit kerbau?..ada rasa ker..erkkk
Aper yg pasti jus alpukat(avocado) mmg awesome sbb pekat, lemak2 manis pernah minum waktu ke Jakarta dulu :-)
salam kak kamsiah,
insyaallah ada rezeki ke sana tak lama lagi. ...
JM,
silalah masukkan tempat ni dalam list tahun depan yer...(almaklumlah.. tahun ni nampak gaya macam penuh jer list jenjalan tu.. kekekke)
kt tgk amazing race yg dia kene kira patung tu...dah la patung tu ada mcm2 style..kene kira setiap satu...pastu salah kira lagi...wawawa....lethhhh...
best nye jogja
emy,
kita tak nengok la part tu. part istanbul jer yang nengok ari tu. ripit berkali-kali. ntah apa ke nasib..part lain tak sempat nak nengok.
wahhhh kelasss gitu.. maybe pembawa kereta kuda tu lebih arif nak bergambar kat mana.. cantik je hasilnya!
2juta blok batu?
Fullamakkkk!
zette,
tapi.. memang stok supir kat sana semua nak tunjuk spot yang cantik kekdahnya..
dekda,
ha tu la yg dikaborkan.. ntah ye ke tak..... tak tau la.
salam,saya dah pergi sini, untuk tiket tur,saya rasa kalau awak ikut berpakaian ala2 masyarakat tempatan mungkin boleh masuk tanpa tiket orang asing, sebab saya dapat masuk menggunakan tiket local berharga IDR 30,000 tidak silap...just sharing..
anon,
mungkin juga tips tu berguna. tapi the whole day saya guna khidmat tourist guide dari urusan beli tiket sampai la makan.sbb tu saya tak dapat beli tiket penduduk tempatan.
Post a Comment