Rujan rintik-rintik sewaku kami meninggalkan kraton.
pemandu pelancong kami terus membawa kami ke tempat utama dalam list percutian kali ini iaitu
BOROBUDUR
(tapi rasanya..semua yg datang sini pun memang meletakkan Borobudur sebagai top listkan)
daripada apa yang diperhatikan pada hari tersebut,
keadaan lalu lintas tak berapa jem stoberi sangat pun.
cuma macam biasa..
sistem lalulintas kat sini ada menggerunkan sikit.
pengalaman naik becak, teksi dan pacuan empat roda pada hari tersebut tetap sama.
suka hati mereka untuk berhenti ditengah-tengah jalan sewaktu lampu merah simpang empat bernyala.
apabila kami menyusuri sebatang jalan,
tetiba orang sangat ramai dan lalulintas pun sedikit kurang lancar
sebabnya jalan 2 arah itu menjadi kecil dek banyak kereta yang dipakir di kiri kanan bahu jalan.
rupa-rupanya..
setiap hari minggu, kawasan ini ada pameran jual beli kereta terpakai..
memang happening waktu tu dengan muzik jawa yg memang kuat sampaikan kitorang yg dalam keta ni pun boleh dengar.
sepanjang perjalanan nak ke borobudur,
kami melalui kawasan yang terkena tempias lava Merapi 2010 yang lalu.
padahal kawasan ni agak jauh dari gunung tersebut pun memang dah macam pekan hantu dah kami lihat.
inikan pula kawasan gunung tersebut (nak komen lelebih tak boleh.. sebab tak sempat nak jejak kaki ke sana)
kiri kanan kawasan ni..
memang penuh debu lava tu jer..
senang cerita warna kelabu asap tanah di sana.
Merapi merupakan antara gunung berapi yang aktif di indonesia selain bromo dan tangkuban perahu.
bezanya..merapi ni akan meletuskan lava dan gas sementara yang lain tu hanya akan mengeluarkan gas sahaja.
banyak juga yang kami tanya pasal letusan tersebut.
menurut tourist guide kami hari tu,
terdapat 2 jenis letusan gunung berapi iaitu dingin dan panas.
panas tu sah-sah la keluar lava merah menyala yang boleh membakar apa sahaja..
tapi lava sejuk tu bukan ler bermaksud keluar salji ke hapa.
lava sejuk lebih kepada batuan-batuan kecil.
so tahun 2010 katanya letusan dingin.
sungai yang mengalirkan lava sewaktu letusan 2010 yang lalu.
menurut tourist guide kami hari tu,
Merapi akan meletus secara berkala.
tak ingat pula berapa tahun sekali dia pasti meletus.
tapi ni semua berdasarkan kiraan dan firasat manusia jer pun.
tak payah la percaya.
beberapa bulan sebelum meletusnya Merapi,
pihak kerajaan telah mengarahkan penduduk yang berhampiran untuk berpindah.
tapi tak semua nak berpindah sebab katanya...
kawasan tersebut telah diduduki oleh nenek moyang mereka sejak dahulu lagi.
so yang tegar tu.. memang tak berganjak.
yang berpindah kebanyakannya menumpang rumah saudara mara dan ada juga tinggal di pusat sementara.
Episod Mbah Maridjan yang tidak mahu meninggalkan rumahnya dan tewas dek lava Merapi sama jer dengan apa yang kita baca sebelum ni.
So sekarang tugas tu digalas oleh anak beliau.
waktu letusan tersebut,
bukan sahaja lava yang mengalir,
tapi turut sama gegaran yang kuat.
dari sini juga kita boleh lihat betapa tingginya debu-debu Merapi yang menutupi rumah-rumah di sana.
Owner traktor, lori-lori besar tetiba jadi jutawan.
sebabnya mereka boleh sesuka hati mengaut cenderahati merapi ini untk dibuat bangunan ataupun binaan seperti di bawah.
Bukan sahaja kontraktor yang kaya hasil cenderahati Merapi ni..
petani pun sama.
kawasan yang terkena lava Merapi sangat subur.
Kebetulan pula,
waktu kunjungan kami aritu, memang tengah galak buah salak pondoh dijual.
sekilo baru IDR8,000. manis pulak tu.
sempat la juga beli 2 kilo walaupun tak pasti ada orang nak makan ke tak.
Bas awam di kawasan luar kota jogja ni memang comel-comel belaka..
5 comments:
wahh.. cunnya gmbr2 di sini.. guna kamera apa? hehehe
wahhhh... debu lava tu tak masuk mata ke? kene pakai penutup mulut tak ye?
hi jard,
malu eh. kamera cikai jer. edit jer yg lebih. btw, india best wooooooooo.. kita selalu follow ur blog pasal india tu.
zette,
ntah ler.. sbb dok kat dalam keta je. kalo tak mau kulit pun kelabu asap jugak jadiknya.
Uik ingatkan dh sampsi borobudur rupanya belum lg :-) saje je tau buat JM tertunggu entri sanbungan hihihi
jarimanis,
dok sampai lagi. lately penyakit 'M' dah melanda la. haru betul. nak sort gambar pun boleh tertido. aishhh..parah.
Post a Comment