pagi hari kedua di daerah selatan pulau jawa ini,
kami disambut dengan hujan.
memang ada rasa tak best kalau travel dengan hujan kan??
tapi itu semua rahmat daripadaNya..
oleh sebab homestay ni menyediakan sarapan secara gratis(percuma)
kami terus ke ruangan makan yang terletak betul-betul disebelah bilik kami..
waktu tu jam telah menunjukkan pukul 7.30 pagi..
kami harus makan dengan segera memandangkan kami dah berjanji dengan tourist guide pukul 8 pagi.
makan dengan kelajuan yang paling maksima..
masuk bilik semula untuk pack barang tetiba baru perasan yang masa kita berbeza sejam dengan dorang..
aishhh..guling atas katil semula la jawabnya.
tepat jam 8 kami terus ke kraton..
melewati kawasan kraton..
terdapat tapak pasar macam pasar tani.
menurut tourist guide kami ari tu (nama tak ingat..sebab betul-betul jawa punya nama)
sebulan sebelum menyambut maulud nabi,
biasanya diadakan pasar rakyat.
tak tau apa relevannya, pasar rakyat ni dengan maulud nabi
sebab semalamnya..kami berkesempatan lalu di kawasan ini..
persis seperti funfair lengkap dengan ferris wheel bagai..
dek hujan pada pagi tadi..
makanya perjalanan kami disertai dengan kabus..
rugi betul sebab kami tak dapat lihat gunung merapi dari kawasan homestay..
waktu kami sampai di kraton hari masih hujan.
tourist guide kami yang belikan tiket.
harga tiket ialah sebanyak IDR5,000
manakala IDR1,000 dikenakan untuk setiap kamera.
tapi kami berdua kira satu kamera jer.
kraton ni merupakan istana yang masih digunakan oleh sultan jogja sehingga sekarang.
terletak ditengah-tengah kota jogja dan dibuka untuk orang awam melihat dan menghayati kesultanan jogja dari dekat.
tapi ni tak bermaksud korang boleh masuk istana sultan tu..
ada kawasan yang dijadikan muzium..
ada kawasan yang memang tak boleh masuk.
waktu kami sampai di kraton hari masih hujan.
tourist guide kami yang belikan tiket.
harga tiket ialah sebanyak IDR5,000
manakala IDR1,000 dikenakan untuk setiap kamera.
tapi kami berdua kira satu kamera jer.
kraton ni merupakan istana yang masih digunakan oleh sultan jogja sehingga sekarang.
terletak ditengah-tengah kota jogja dan dibuka untuk orang awam melihat dan menghayati kesultanan jogja dari dekat.
tapi ni tak bermaksud korang boleh masuk istana sultan tu..
ada kawasan yang dijadikan muzium..
ada kawasan yang memang tak boleh masuk.
walaupun hujan,
tetapi rombongan budak-budak sekolah sangat la ramai..
kita juga boleh mengupah beberapa pekerja sana untuk menerangkan dengan lebih terperinci kraton ini..
tapi kami tak pun..
sendiri buat-buat pandai..
sejarah kesultanan di jogja ini telah bermula lebih daripada 250 tahun yang lalu.
setiap sultan akan menggunakan gelaran Sri Sultan Hameng Kubuwono
alatan muzik yang digunakan semasa upacara rasmimenurut tourist guide kitorang (kalau dia tipu.. maksudnya korang semua pun kena tipu jugak la yer)
jogja merupakan daerah paling tua di Indonesia.
dan merdeka terlebih dahulu daripada Indonesia.
Ini membuktikan kehebatan sistem kesultanan mereka yang tidak dijajah oleh kuasa luar seperti belanda.
sebab tu kalau korang nengok sinetron-sinetron dari jakarta,
pelakon dorang putih melepak + cun gilers + macho tak boleh blah kan..
tu semua mix dengan belanda la tu.
tapi kat sini..
korang boleh nengok, rata-rata masyarakat jogja rupa macam kita jugak..
kulit tak berapa nak hitam tak berapa nak putih..
salah satu pondok yang terdapat dalam kawasan kraton.
jangan tak tau..
jogja ni juga pernah menjadi ibu negara Indonesia semasa zaman penjajahan
(kerana jogja sebuah daerah yang bebas daripada penjajah)
sebelum berpindah semula ke Jakarta.
yang lebih uniknya,
jogja mempunyai sistem pentadbiran tersendiri berbeza dengan daerah lain.
lazimnya, mata pencarian mereka ialah pertukangan perak serta pertanian.
sulaman tekad dalam gambar di atas adalah lambang kesultanan jogja.
me sempat bertanya tentang sistem pendidikan mereka (nama pun cikgu khennn)
tak ada banyak beza pun,
cuma mereka lebih setahun sewaktu di high school berbanding dengan kita.
Walaupun Islam adalah agama rasmi Indonesia,
namun sepanjang di kraton,
masih banyak penggunaan simbol-simbol hindu dan buddha digunakan.
ini kerana pengaruh hindu telah bertapak di jogja beribu tahun dahulu
diikuti dengan pengaruh buddha dan barulah Islam.
Jangan tak tau..
semua pelajar di jogja wajib belajar bahasa sanskrit untuk memastikan bahasa tersebut tidak dilupakan.
gambar diatas, semasa upacara 'pijak tanah' .
pewaris sultan akan diberi pelbagai hadiah sewaktu di dalam sangkar tersebut.
batik memang tak boleh dipisahkan dengan masyarakat kita.
dalam satu bilik (memang tak boleh ambil gambar)
ada menceritakan tentang batik.
siap dengan nama dan siapa yang mengayakan batik tersebut (isteri sultan la)
Antara ruangan muzium yang boleh dilawati
ni kalo ada jual la jam ni..
memang dah lama den boli..
lebih kurang 2 jam juga la kami menghabiskan masa di sana.
kalau korang ada masa lebih..
boleh jer menonton persembahan percuma pukul 11 pagi di sana.
tapi sebab kami berdua ni mengejarkan masa..
haruslah pendamkan ajer harapan itu..
keluar dari kraton,
kita pasti akan diasak dengan penjaja..
macam-macam barang dijual.
kesian memang la kesian..
dek kesian itulah, terbang IDR150,000 membeli speda.
5 comments:
oleh kerana itu, Jogja digelar sebagai daerah istimewa :)
*bestkan, Jogja? hehehe
Bila baca entri ni mcm tengah mendengar cikgu sedang mengajar subjek sejarah berkaitan yogja hik hik hik
zilla,
best jogja. tapi rugi la takat 2 malam jer kat sana.
JM,
khen... time dengar citer drp tourist guide tu.. banyak terlopong daripada menjawab. almaklumlah.. dulu masa kat sekolah femalas nak belajo sejarah.
yaaa jam tu mmg menariklah!
ummie,
khennnnn..... lagi menarik kalo tulisan hangul.. #eh?#
kekekkekekkeke
Post a Comment