pagi hari ke-2 di Auckland,
kami berdua dah bersiap-siap awal..
almaklumlah kami perlu berada di Skycity Coach Terminal sebelum pukul 7.30pagi
geng berdua yang baru sampai malam tadi terbangun lambat pula.
adehh.. macam amazing race kami berempat untuk ke stesen bas tu..
sekali.
waktu kami sampai tu..jam hampir pukul 7.35pagi..
terus ke kaunter...sekali minah tu suruh kami bergegas cepat sbb bas dah nak bertolak..
belum sempat melangkah keluar dari kaunter tersebut.
pembantu minah tu bagitau bas dah berlepas
adehh..
nak menangis rasanya..
bincang punya bincang.. kami terpaksa ambil bas berikutnya ke otorohanga instead of waitomo..
berkali-kali me suruh minah tu sebut otorohanga..payah betul nak tangkap pe benda nama tempat tersebut...
untuk pengetahuan uols... cuma ada sekali jer bas ke waitomo tu (intercity coach)
next tripnya esok hari..
dok melangut la kami menunggu bas hingga pukul 10 pagi.
sebelum naik jangan lupa isi tag destinasi akhir untuk urusan penghantaran beg sekiranya tertinggal.
waktu kami nak naik bas,
kami bagitau yang kami perlu ke waitomo glow worm cave.
so driver bagitau yang dia akan uruskan shuttle van untuk ke sana.
nasib baik...
kalau ikutkan iti yang awal.. bas 7.30pagi tu akan membawa kami terus ke gua tersebut
tapi apakan daya...
Kami tiba di pekan otorohanga lebih kurang pukul 2petang.
turun je bas, sebuah van dah siap-siap tunggu kami
sepanjang perjalanan lebih kurang 40 minit,
kami diceritakan tentang bumi New Zealand oleh driver van tersebut iaitu Bill.
Bill membawa kami ke sebuah kawasan untuk melihat sendiri pokok kiwi
Ladang pokok epal
memandangkan kami membawa beg yang super banyak,
Bill bawa kami ke I-site untuk tunjukkan kami arah mana nak sampai gua tersebut.
lepas tu baru Bill hantar kami ke tempat penginapan utk malam tersebut
Bill dan me yang super kaget..
Untuk malam ni ada sedikit special..
Sebabnya..
kami akan tidur di replika rumah hobbit.
di Woodlyn Park ni best..
sbb ada banyak jenis rumah boleh dipilih..
meh nak share gambar rumah tersebut..
tilam memang super tebal ok...
me sangat loike..
Dua heater yang menyebabkan kami berdua tido macam kat Malaysia
Lepas kami letak bag dan menunaikan apa yang patut,
kami bergegas ke perkampungan waitomo yang terletak sejauh 900m
menapak la kami berempat..
cuaca sejuk ditambah dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan
membuatkan kami terlupa yang kami berjalan jauh hari itu..
Memang tak de pengangkutan awam di sini..
jalan raya pun sangat lengang
sapa yang pernah nengok cerita House of wax (lakonan Paris Hilton) memang itu la suasananya..
Sampai di perkampungan waitomo kami kena menapak lagi lebih kurang 100m ke I-site
Tanya lebih kurang dengan petugas di sana..
kami meneruskan perjalanan ke Glow worm Cave
Dari I-site kami kena menapak lagi 500m.
akhirnya sampai pun kami di Glowworm Cave
akhirnya sampai pun kami di Glowworm Cave
Memandangkan sekarang ni off season,
memang tak de orang pun.
yang ada hanya kami berempat serta sepasang kekasih kot dari Guatemala.
Gua ini menarik minat untuk dikunjungi sebab binatang yang dikenali glowworm
dia akan bercahaya dalam gua yang gelap ini.
sorry gambar tak boleh dirakam dalam gua ni..
tapi memang cantik la..
uols kena nengok sendiri keunikan binatang ni..
nak masuk gua ni pun tak boleh suka-suka..
mesti ada tour guide..
tak ingat la pulak nama tourist guide kami..
tapi orangnya sangat baik
mula-mula dia akan bawa kita ke dasar gua..
memang cantik pemandangan di bawah sana..
sejuk dan tenang je..
tak perlu risau sbb memang jalan kat bawah tu telah dibuat dengan teliti..
kiranya tak de la super mencabar pun..
pastu kita naik sampan......
waktu naik sampan ni best.
kita akan nampak glow worm ni bercahaya ..
memang terpukau la seketika..
Tour sejam lebih berakhir di sini...
pastu kita naik sampan......
waktu naik sampan ni best.
kita akan nampak glow worm ni bercahaya ..
memang terpukau la seketika..
Tour sejam lebih berakhir di sini...
Memandangkan jam hampir pukul 6.30,
kami harus bergegas pulang dengan segera..
almaklumlah.. musim sejuk cepat gelap..
memang tak jumpa la satu kereta pun bila dah nak gelap ni..
Kami tiba di motel memang dah nak gelap
Macam biasa.. kami masak nasi berlaukkan makanan dalam tin.
pnggan tak de so makan dalam cawan..
selamat la makan dengan kuantiti yang sedikit.
muahahah
lebih kurang pukul 11 malam dah tido sebab kepenatan dek berjalan kaki 3 km tadi..
tapi cuma satu je pesanan..
bila kita berada di tempat orang..
especially kawasan yang jarang didiami..
seelok-eloknya beri salam dan baca apa-apa yang patut sebelum tido k..
12 comments:
Yg part bg salam tu wat i suspen...huhuhu...
Super jeles okayy....
Why uolss xsewa keta ke rotorua, waitomo? Kitrg sewa kete.. Pemandangan pon cantik.
Igt masa waitomo masuk yg tgk gloworm baring dlm perahu. I bantai tidoqqq. Kahkah.
liza,
tap memang takut gak la. sbb kawasan tu tak de org duduk pun..tapi ok jek sebenarnya..
hujan lebat,
takut la nak drive kat tempat orang. tapi rotorua tu memang jatuh cinta pandang pertama la.
cantik betul pic yg ke tiga last tu..JM betul2 jatuh centa..pandai ambik gambo..
Cawan pun cawan lah..janji ada bekas kan heee
comelnya rumah jenis hobbit tuh! korang je ke dalam motel yg agak besar tu?
JM,
sila la g NZ..memang akan berpuas hati..
henry:
a'ah. kitorang ber4 jek. tempat tu tak de org lain pun....
ekkk dah abis yeee,bila nak smbung lagi...lum puas baca!!!
ekkk dah abis yeee,bila nak smbung lagi...lum puas baca!!!
Zaza,
Hi salam kenal..nak menaip tu punyalah bercinta....
Uih nasib baik menapak 1km masa musim sejuk.. kalu musim panas.. maunya tengik ketiyak kekekeek.
Mussel tu makanan apakah?
Chantek gila motel tu.. jatoh shintee nengoknya.
Salam Syieda,
Saya bercadang nak pergi NZ dan nak pergi sini...macam mana you plan dan prepare ye? Kalau ada info boleh e-mail ke? Thanks a lot.
Hi saerah.
Nanti email I k. ssyyiieeddaa@yahoo.com.my
Nanti u sewa kereta ke? Ritu I naik public transport je.
Post a Comment