Salam uols...
Ramai dapat booked tiket semalam? Hopefully uols dapat booked tiket yang seswai dengan citarasa memasing. So nanti balik travel bolehlah share cerita travel uols k.
Berbalik cerita
Venice aritu..
kami sampai di Marco Polo Airport, Venice lebih kurang 6 petang. Shuttle bus berhenti betul-betul kat depan airport. Kalau hujan memang tak merasalah basah. Memandangkan flight kami ke Paris pukul 9.05 malam, kami menjalankan la aktiviti punggah memunggah beg. Lepas urusan beg, kami terus masuk ke boarding hall. Since trip ni dah nak masuk 3 bulan, Syieda tak dapat nak ingat balik camana rupa Marco Polo Airport tu.... Yang Syieda ingat, nak beli setem, boleh beli kat kedai serbaneka dan peti pos ada kat tingkat atas.
Penerbangan dari Venice ke Paris ni, kami naik Easyjet iaitu penerbangan tambang murah persis Airasia.
Apa pesanan Syieda untuk uols yang pertama kali nak naik Easyjet ni, sila berhati-hati pada luggage allowance yang diberi. Pastikan ikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Lucky me sebab sebelum bertolak aritu ada tanya beberapa orang yang ada pengalaman naik easyjet ni dan mereka nasihatkan agar ikut spesikifasi yang diberi.
Kami tiba di Charles De Gaulle Airport (CDG) lebih kurang pukul 10.55 malam.Hari ni kami plan nak tido kat airport je.. Haaaaa... jangan tak tau.. inilah pengalaman pertama Syieda nak tido kat airport. Nervous tak payah cakap la khen.. Kalau nak tau, CDG ni antara airport paling bz di dunia ... kat sini jer ada lebih kurang 9 terminal. Nah hambik ko!
Lepas urusan beg, kami terus ke meeting point, dan duduk kat kerusi yang ada kat sana.
Kerusi yang ada armrest tu, opkos lew memang tak boleh nak baring. Dalam pukul 12 tengah malam, airport dah mulai lengang. Tapi pekerja mulai ramai Ada yang mencuci lantai dan sebagainya.. so agak bising. Polis pula sentiasa berkeliaran dengan anjing besar. Orang macam kita yang banyak luggage ni, polis tak kacau. Cuma homeless la yang kena halau. Time kami tidur tu, ada satu couple mat saleh ni kena halau. Kelakar pun ada gak. sebab dorang g selimut pakai kertas kilat warna gold. Ingat nak buat party ke hapa? Nasihat Syieda, sapa nak tido airport time winter ni.. kena sediakan selimut sebab airport akan tutup heater menjelang tengah malam. omaiii sejuks!
Sejuk sejuk pun.. Syieda lena je tido sebab pinjam travel partner punya sleeping bag. hihihi..
Esok paginya, dalam pukul 6 pagi, kami terus beli tiket metro untuk ke hotel. Nak beli kat kaunter, kaunter pun tak buka lagi. So kami beli kat mesin je. Bila refer dari blog orang lain, katanya boleh beli tiket ke Gare Du Nord Station dengan harga €1.70. Tekan-tekan skrin kat mesin tu, jumpa pun harga tiket €1.70 tu. Ok kami berempat pun beli. Sekali time slotkan tiket untuk ke platform, tiket kami tak boleh baca. Ah dah kenapa tak boleh??
Nasib baik.. tetiba kami disapa oleh seorang minah saleh ni. Agak berumur orangnya. Awal-awal lagi dah minta maaf kat kami berempat sebab dia kata dia tak pandai berbahasa inggeris. Bila tau masalah kami, dia terus ajak kami ke mesin tiket semula. Katanya tiket yang kami beli tu hanya laku kat zone 1-2 je. Untuk pengetahuan sesiapa yang baru nak jejak kaki ke Paris, Paris terbahagi kepada 5 zon. Setiap zon ada dikenakan bayaran yang berasingan. Kebanyakan attraction places terletak kat zon 1-2. Disneyland & airport kat zon 5. So uols kena pandai plan, supaya tak membazir bayar tiket tu nanti.
Bagusnya mesin tiket dorang boleh pakai kad kredit. Tapi kami tak guna pun kad kredit sebabnya kami ada baki €. Lepas tu, wanita tu ajar kami nak kena naik tren mana dan tunggu kat platform mana. Macam orang ngantuk disorongkan bantal, terus kami ikut je info yang diberi.
Tak lama selepas itu, kami pun tiba di Gare du Nord Station (GDN). Walaupun masih pagi, tapi orang dah mulai ramai. Apa yang Syieda perhatikan, tren dorang kotor dan agak buruk. Mungkin sebab sistem pengangkutan mereka ni dah lama digunakan berbanding dengan kita. Dan yang paling penting!!!! pintu tren dorang jenis yang tiada maaf bagimu sekiranya tersepit. Aduh takutnya.. memang tak boleh berlengah-lengah waktu naik tren kat sini. Pagi tu aje kami dah menyaksikan beg sorang mamat bangla ni tersepit. Pastu orang ramai tolong tarik pintu di kedua-dua belah. Scary uols.
Sampai di GDN kami mengagau cari lift sebab tak mungkin kami nak naik tangga dengan anak gajah yang kami jangkakan sorang 30kg++. Mujur kat GDN ni ada lift. Keluar je dari GDN, kami terus ke hotel. Hotel kami ni memang dekat sangat dengan GDN. Tapi biasalahkan.. 1st time memang masalah nak mencarinya.
Lepas urusan check-in hotel, kami terus ke GDN semula. Kali ni kami terus ke kaunter tiket untuk membeli Ticket Mobilis (zone1-2). Kiranya ni macam daily tiket hanya untuk zone 1 dan 2 je. Boleh guna sampai lebam.
Tempat pertama yang kami tujui ialah Louvre Musee. Kami ke sana sebab nak nengok karya agung Leonardo da Vinci - Mona Lisa. Yang ni memang tak boleh pergi lambat. Kalau lambat memang merasalah beratur panjang.
Dari GDN kami naik Metro dan turun di Palais Royal Musee du Lourve.
Kalau nak tau, sistem pengangkutan Paris sangat berselirat. Terlalu banyak line untuk metro, RER dan ntah apa-apa ntah lagi.
So uols memang harus bertabah yer. GDN yang kami dok ulang alik ni merupakan satu station yang sangat besar dalam sistem pengangkutan di Paris. Ntah berapa aras kat GDN tu.. Jalan memang terlalu jauh untuk sampai ke platform dan GDN ni juga merupakan stesen pertembungan banyak line.
Macam nak ke Lourve Musee ni ada banyak line boleh kita gunakan. Yang pasti tak de direct line ke musee dari GDN yer kawan-kawan.
Antara line yang uols boleh gunakan ialah GDN --> Gare de I'Est--> Palais Royal Musee du Louvre
atau GDN--> Chatelet--> Palais Royal Musee du Lourve.
atau kalau tak nak turun kat Palais ni boleh turun kat Lourve Rivoli
Memang kat Paris ni banyak kuar masuk tren je.
Senang cerita uols kena study untuk melepaskan diri daripada kemelut line berselirat ni.
Dari Palais Royal Musee du Lourve ni, jalan kaki agak jauh juga nak sampai ke musee tu.. owh yer musee tu muzium tau.
Deretan kedai sepanjang jalan memang mengkagumkan.
Jalan punya jalan...akhirnya kami sampai ke bangunan macam gambar kat bawah ni..
Nampak je bangunan ni memang sah lah dah sampai ke musee.

Waktu kami sampai tu jalan agak basah. Mungkin hujan malam tadi.
Melewati bangunan besar tersebut...
Akhirnya Syieda berjaya jejak kaki ke musee yang memang wajib sampai bila ke Paris.
Nampak ajer segitiga berkaca ni.. hati dah meloncat kegembiraan.
Almaklumlah.. sebelum ni banyak nengok segitiga ni kat dalam pilem je.
Musee ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kalau datang awal insyaalah tak payah beratur panjang. Tapi kalau lambat sikit...merasalah beratur panjang macam nak makan nasi kandaq beratur.
Memandangkan kami tahu akan sampai awal, kami tak beli pun tiket online. Beli kat sana je. €12
Lourve Musee ni merupakan salah satu muzium terbesar di dunia dan paling kerap dikunjungi. Dahulunya kawasan ini merupakan kawasan istana Lourve dan kubu pertahanan. Mula dibuka kepada umum pada tahun 1793 dan telah mempamerkan pelbagai karya seni. Nanti kat dalam muzium uols boleh lihat semua karya seni ni dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Dan kalau nak tau, satu lagi musee seumpama ini akan dibuka di Abu Dhabi dengan berbumbungkan seperti piring terbang.
Melalui laluan utama di kubah tiga segi lutsinar tu, kami semua akan di scan sebelum masuk ke dalam musee.
Masuk je ke ruang legar di tingkat bawah, boleh terus beli tiket untuk masuk ke setiap ruang pameran.
Time tu terus tanya petugas kat sana mana nak jumpa Mona Lisa.
Huh kami kena gerak cepat sebab tak nak bersesak dengan orang ramai
Potret Mona Lisa terletak di DENON yer bukan Deknon.
Punya lah jauh naik tangga..masuk lorong keluar lorong ...
Akhirnya....
jumpa pun.
Potret ni terletak kat dalam satu bilik.
Ni satu-satunya potret yang dikawal rapi oleh polis. Siap dipagar agar kita tak terlalu rapat dengat potret ni..
Tapi jangan tertipu ok..
Potret tu bukan la besar mana pun..
Lagi besar muka Syieda ada lah. .. hehehehe.. Syieda ni muka giant ke hapa?
Yang kat bawah ni barulah besar.. sebesar alam.
Lepas jumpa Mona Lisa, barulah kami dapat berjalan dan melihat keindahan potret-potret lain dengan tenang.
Owh yer apa yang Syieda perhatikan.. kebanyakan potret mesti perempuannya bambam..
so ada sikit feeling hidup masa abad ke-13 gitus.
Motif nak pancung kapla orang?
Ok gambar kat bawah ni acting je lebih.
Bukan faham apa pun.
Panting bukan kat atas canvas jer.. dinding siling pun semua penuh painting..
Puas berjalan... sempat duduk lepak kat tepi tingkap..
sekali mak aiiiii baru tau..rupanya jauh kami berjalan kat dalam musee ni..
cer nengok kat kubah segitiga tu (kiri) yang ada ramai manusia tengah beratur tu, yang itu pintu masuk utama.. and now kami dah ada kat atas bangunan ni.
patutlah punya jauh naik turun tangga keluar masuk lorong nak nengok Mona Lisa.
Seriyes, sehari pun tak cukup kalau ada kat sini.
banyak sangat nak lihat.
Dek tak larat berjalan plus badan pun still penat sebab tak dapat tidur dengan nyenyak semalam,
kami ambil keputusan untuk keluar.
Kat aras bawah musee (level beli tiket tadi) , ada pejabat pos.
Sempatlah pos poskad gambar Mona Lisa yang di beli kat sini.
On the way nak keluar tu, sempat singgah kat kedai-kedai ni.
macam-macam ada ..
sediakan duit je la.
Syieda suka shop kat atas ni. Semua barang dia sangat unik. Tapi nak beli kena fikirkan beg berat yang dah sedia ada tu.
So terpaksalah batalkan ajer niat.
Shopping lebih kurang.. akhirnya kami pun berada di luar musee.
Dari jauh dah nampak mercu tanda Paris.
Ajak travelmates semua jalan kaki ke sana.. semua tak nak.
Kerja giler katanya.
Waktu sibuk bergambar ni kami disapa oleh niger jual souvenir berbentuk eiffel tower.
Jangan lupa tunjuk skill tawar menawar k.
Apa yang Syieda perhatikan, dorang agak susah nak turunkan harga, tapi dorang boleh tambah free gift.
Tak pe la as long as both parties happy ever after no hal lah.
Ambil gambar lebih kurang, kami melintas jalan dan plan nak cari brunch cum tea time.
Almaklumlah kelaparan uols tak makan dari pagi tadi.
Hari ni kami plan makan Mc Donald jer.
Mc Donald dorang pun ada aras bawah tanah uols. Kena makan laju-laju sebab ramai dok menunggu tempat kosong.
Lepas makan kami bergerak semula ke metro station tadi.
Waktu ni hampir jam 4 petang.
kami terpaksa skip 4 places yang ada dalam iti sebab tak cukup masa.
Almaklumlah kat dalam musee tadi je dah nak dekat 5 jam.
Plan seterusnya nak ke mercu tanda Paris iaitu Eiffel Tower.
Yahuu...
Untuk ke Eiffel Tower ada beberapa route yang uols boleh ikut.
Metro : turun kat Bir-Hakeim station (line 6) atau Trocadero station (Line 9)
RER : Champs de Mars Tour Eiffel Station (Line C)
So belek punya belek.. akhirnya kami ikut route RER line C
Dari Palais Royal Musee du Lourve Station , kami turun di Chatelet kemudian naik tren ke St Michel dan dari situ naik lagi tren ke Champs de Mars Tour Eiffel .. Huh baca je dah penat apatah lagi kami masa hari kejadian..
Seriyes 3 hari kat Paris, Syieda masih fail nak baca map!
Keluar je dari station, walaa... sudah nampak!
Excited tak payah cakap la khen..
Almaklumlah nampak keajaiban dunia katanya..
Dah alang-alang hari pun nak gelap,
kami terus tunggu Eiffel Tower bermandikan cahaya.
Gigih ni nak cari posisi yang seswai.
Kami terus berjalan ke taman yang ada di sisi tower tersebut.
Sejuk kemain uols.
Sedikit demi sedikit Eiffel Tower bermandikan cahaya..
Tripod boleh pula tak bawa! Tertinggal kat hotel la pula.
Kesudahannya. ni je gambar tuan blog yang hado..
Kengkonon hari-hari yang berikutnya nak singgah sini waktu siang.. tapi nan hado sebab iti packed sangat. tak boleh nak skip.
sob..sob..sob..
Tengah seronok ketik shutter kamera.. dan dan tu juga lah perut ni memulas-mulas..
ah sudah....
Ni memang jenis tak boleh diselamatkan lagi dah.. terus minta travelmates tunggu Syieda sementara Syieda gi cari toilet..
ada signage toilet kat hujung sana..
sekali bila pergi.. toilet tak boleh guna.. dah dibaginya signage ke toilet sementara.
Omaiii tak boleh guna toilet tu sebab lambat sikit pintu akan automatik terbuka.
Ni tak boleh jadi ni..terus text travelmates kata kat dorang nanti jumpa kat hotel je..
Takkan nak minta dorang ikut Syieda pula kan..
Walaupun perut tengah memulas.. sempat berhenti untuk snap gambar..
Harapannya waktu tu biarlah ada toilet kat tren station Champs de Mars Tour Eiffel tu.... sekali nan hado!
adoii apa nak buat ni.
Ah drama minggu ini dah start ni. Syieda pun naik la tren konon-konon nak berhenti kat mana-mana stesen. Dan dan tu juga lah tak jumpa daily ticket tren..ah sudah.. nasib la terjumpa 1way ticket beli kat airport yang tak jadi Syieda gunakan pagi tadi.
Akhirnya Syieda turun kat St Michel kalau tak silap.
Nasib baiklah ada signage toilet.
Hati dah berbunga-bunga.. ni sampai keluar stesen tak nampak pun toilet.
Adoiii..dah la sakit perut.. dengan hati pun sakit. Rupa-rupanya ada toilet kat pintu masuk stesen tu. Kecil je pintunya.Memang stok tak perasan punyalah. Muat untuk seorang masuk je. Dah la mahal €2 uols.. Cer convert duit kita.
Tapi bila kat dalam tu... omaiii dah macam bilik tido uols.
Selesai urusan.. naik tren semula sebab dah jumpa daily ticket yang menyorok tu..
Dan waktu berjalan kaki ke hotel, nampak pula kedai jual ayam goreng halal.
So menapau la kita yer untuk kawan-kawan kat bilik tu..
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER