Hotel Demo ni terletak sangat berhampiran dengan Milano Centrale.
Direction:
Dari dalam centrale, sila ikut anak panah ke kanan. tak ingat la pulak apa namanya.
sama ada iv decembre atau iv novembre.
pastu bila dah berada di luar centrale, sila berjalan kaki ke arah kanan lagi (arah belakang centrale).
sampailah nampak macam terowong(centrale) belah kanan uols.
Dari situ , sila berjalan kaki ikut arah kiri sampai jumpa traffic light.
Hotel ada kat seberang jalan arah jam 3.
Tapi kalau hotel bagi direction , cenggini pulak bunyinya..
From Piazza Duca di Aosta (dataran kat luar centrale), head right along Via Fabio Filzi and follow this road until you come to the crossing with Via Tonale.
Turn left and the Hotel Demo is at number 14.
gituss..
Hotel ni terletak di deretan kedai.
FYI , hotel ni ada 2 bangunan , depan dan belakang. Kiranya kalau dapat bilik kat bangunan belakang ada disediakan access card untuk masuk bangunan tersebut.
Lift pun disediakan. so tak yah risau kalau ada bawa beg yang besar.
Dan boleh deposit beg kat hotel free of charge waktu kita nak ronda-ronda bandar Milan.
Ni bilik untuk 3 orang kat main building.
Bilik air pun selesa dan towel disediakan
Tak de disediakan kettle air kalau tak silap.
Tapi TV ada. But...but...but.... mak aiii siaran tv kat italy memang tak seswai untuk remaja belum baligh. hiks
Untuk bilik berdua di bangunan yang lagi satu, terlupa pula nak ambil gambar.
Almaklumlah... mengantuk sangat. sampai bilik je terus tidur
Kat sini ada disediakan restoran aka cafe untuk breakfast dan ianya free..
untunglah sebab boleh save duit untuk sarapan pagi.
Nama pun Milan khen...
haruslah painting disetiap sudut.
lobby dan cafe ni terletak dibangunan utama.
Macam kat gambar bawah ni...reception desk ngan cafe satu level.
Pilihan sarapan pun pelbagai.
Tolak rasa je la sebab nasi lemak kat Malaysia lagi heaven.
Semuanya layan diri..ambil je la berapa banyak yang nak..
siap kami ambil kek bawa bekal nak makan waktu kat Duomo nanti
TAPI tak de wifi.
kalau nak kena beli line wifi.
OMG!
Rate semalam : €22.40++/pax untuk triple sharing.
3 comments:
Selalu teringin nak merasa pastries dari Italy. And pizza diorang juga. Nak start verangan dulu ni, manatau esok lusa sampai. Eh?
Apa?..siaran TV italy yg tak sesuai tuk yg belum baligh?..kiranya amat sesuai utk JM lah tu heee..samalah kes di Gold coast...buka je TV kuar citer org 'ehem2'..tukar siaran lain pun sama..
Bie,
Try pizza diorang plisss...heaven weh. Tapi pizza kat swiss pun sedap. Otoke??
Jm,
Ha terkezut mak nengok citer xxxx tu. Terus semua terkulat2...hihihi...
Post a Comment