Walaupun terkesan dengan pengakhiran pesawat MH370, kita yang hidup ni haruslah meneruskan sisa hidup yang tak tau camana pengakhirannya. Damailah dikau di sana....
Berbalik pada cerita Europe Trip yang ntah zaman bila nak habis ni..Pagi terakhir di London, kami plan nak makan KFC. hihuhihu..
Direction:
Victoria-->Paddington
Keluar je dari subway, ke arah kiri ye kawan-kawan semua. KFC ada kat seberang jalan. Nanti memang nampak berderet-deret fastfood kat sana. i.e McD, Subway.
Tips: Sila datang awal ! Sebabnya tempat duduk sangat limited. 1 meal yang ada 2 ketul ayam, fries & soft drink. Add on satu burger dalam £7++ . Agak mahal kan?? bukan agak lagi.. Memang mahal pun! Tu kalau kat Malaysia boleh dapat satu barrel ayam uols!
Lepas makan, kami plan nak ke St Johns Wood Station. Ha nak tau untuk apa?? Nak jejak zebra crossing gamaknya. Apa yang hebat sangat dengan zebra crossing tu? Jeng...Jeng...Jeng....
Berbalik pada cerita Europe Trip yang ntah zaman bila nak habis ni..Pagi terakhir di London, kami plan nak makan KFC. hihuhihu..
Direction:
Victoria-->Paddington
Keluar je dari subway, ke arah kiri ye kawan-kawan semua. KFC ada kat seberang jalan. Nanti memang nampak berderet-deret fastfood kat sana. i.e McD, Subway.
Tips: Sila datang awal ! Sebabnya tempat duduk sangat limited. 1 meal yang ada 2 ketul ayam, fries & soft drink. Add on satu burger dalam £7++ . Agak mahal kan?? bukan agak lagi.. Memang mahal pun! Tu kalau kat Malaysia boleh dapat satu barrel ayam uols!
Lepas makan, kami plan nak ke St Johns Wood Station. Ha nak tau untuk apa?? Nak jejak zebra crossing gamaknya. Apa yang hebat sangat dengan zebra crossing tu? Jeng...Jeng...Jeng....
Direction:
Paddington ---> Baker Street --> St Johns Wood
Waktu kami sampai kat St Johns Wood Station, angin bertiup sangatlah kuat! Tak pernah rasa angin sekuat tu sewaktu kat London.
Nasiblah Syieda bukan peminat kopi mengopi ni.. kalau tak... mau parah gak lah poket. Almaklumlah.. konsep hidup --> "duit boleh dicari"
Keluar je dari station, ada simpang empat. Sila seberang jalan dan go straight (Grove End Rd). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit. Dan syukur kerana pagi tu cuaca sangat cantik!
Dalam 5 minit kemudian, akan jumpa junction. Toleh kanan mesti nampak zebra crossing yang popular tu.Well sebenarnya Syieda nak menjejak tempat kumpulan beatles buat pengambaran cover album dorang je. Ha jangan tak tau....tertubuhnya kumpulan ni pun Syieda belum lahir. So acamana tu?
Jalan ni agak sesak sebenarnya. Memang banyak kenderaan lalu-lalang. Malah waktu kami posing kat sini pun, banyak jer kenderaan terpaksa berhenti. Senang cerita memang jalan ni akan Syieda avoid kiranya bermastautin kat sini. Berhenti untuk bagi orang melintas tak pe lagi... ni terpaksa berhentikan kereta semata-mata nak bagi laluan dorang posing.. Apakah?
Memandangkan ini salah satu tumpuan pelancong, nampak tak sorang mamat pakai jacket warna hijau dalam gambar di atas? Ha kerja dia ialah nak jaga orang melintas, sambil kutip derma. Kejap je pun dia kat situ. Sebab lepas tu semua orang buat dek je. Sorry abang! erk? Nanti bila uols kat sini... merasalah nampak pelbagai posing. Masa kami mula-mula sampai tu, ada 2 orang mamat ni. Berposing gak. Melompat, duduk bagai uols. Terkesima mak!
Bila kita berdiri tepi jalan ni... secara automatik kereta akan berhenti nak bagi laluan kat kita untuk melintas. Pastu sila posing sakan. Tak de pula insiden orang jerit dari dalam kereta atau pun bunyi honk. Mungkin dorang dah malas nak layan gamaknya.
Sepatutnya..waktu mula-mula melintas tu kena pandang Abbey Road Studio.(Bangunan warna putih) Bukannya macam gambar kat bawah ni. Ni terbalik la pula.
Nampak tak dua amoi kat gambar atas tu? Dorang dari Japan. Teragak-agak nak melintas. Pastu kitorang dengan baik hati temankan dia melintas dan ambilkan gambar. In return , dorang pula yang ambilkan gambar kami. Hehehehe..
Bila dah makin ramai pelancong kat situ, kami terus ke studio pula. Bangunan ni masih beroperasi. Tapi artis suam-suam kuku macam kami tak dibenarkan masuk. Takat nengok dari luar je la.Owh yer... uols boleh google aksi uols kat zebra crossing tadi menerusi www.abbeyroad.com/visit untuk save the images dan send semula pada dorang untuk dipaparkan di laman web. Gambar-gambar yang dirakamkan oleh webcam tu cuma bertahan 24 jam aje. Lepas tu dihapuskan. Tapi jangan harap la!! Loading tak sudah-sudah. Buang karen jep.
Walaupun mengajar anak murid jangan menconteng dinding.. tapi aritu terkecuali dong! Harus tinggal jejak. Miahahaha
Lepas tinggal jejak, kami bergerak pulang. Waktu dalam perjalanan, kami ditegur oleh seorang perempuan. Warga indon uols. Newly wed dan baru je menetap di sini ikut suami bekerja katanya. Dengan troli sebab baru balik pasar, dia ada suggest kat kami untuk pergi ke beberapa tempat di situ. Gembira semacam dia bila dapat berbahasa melayu dengan kami. Tak nak di cop sombong, layankan ajer. Almaklumlah waktu tu kami claim diri sebagai duta kecil Malaysia. Boleh?Agenda seterusnya ialah kami nak jejak London Bridge. Zaman kecil dahulu.. pernah main "jambatan sudah roboh" ? Tapi Syieda kekwat sikit. nak main yang versi Inggeris. "London Bridge is falling down" gitus. Dah berpuluh tahun lepas tu baru berjaya jejak kaki dan menyaksikan sendiri rupa London Bridge.
Direction:
St Johns's Wood --> London Bridge
Adoiyaa... gayatnya la bila kena turun escalator cenggini! Bertabah je la.
Seingat Syieda yang tak berapa nak muda sangat ni, dari London Bridge station, kita kena lalu beberapa deretan bangunan besar untuk sampai ke destinasi. Signage banyak. So no worries.
Adoi.. hampa ok. London Bridge rupa macam jambatan biasa je pun. Nasiblah sebelum bertolak sempat google gambar London Bridge. Sebab kebanyakan orang akan nampak Tower Bridge sebagai ikon London dengan nama London Bridge. Rupa-rupanya tidak uols. London Bridge dan Tower Bridge ialah jambatan yang berbeza dan berkedudukan sebelah menyebelah sahaja. Kami berjalan di atas London Bridge hingga ke hujung. Excited time tu sebab nampak Tower Bridge. Tapi cuaca tak berapa nak ok sangat! Malap semacam je pandangan Tower Bridge dari London Bridge.
Dek takut tak sempat nak bergambar dengan Tower Bridge, kami bergegas ke sana. Berjalan sajork. tapi tetiba...alahaiii..
Hilang terus dari pandangan. Masing-masing tak keruan. Kiranya tak complete percutian di London kalau tak bergambar dengan Tower Bridge gamaknya. Kami tetap terus berjalan. Owh yer, semalam sempat gak la menonton siaran berita London. Ada insiden kemalangan di Tower Bridge sebab kabus yang sangat tebal.
Akhirnya, kami pun sampai di Tower Bridge. Waktu ni dah nak dekat pukul 5 petang. Kabus pun dah berarak hilang. Berganti pula dengan kelam malam. Sekali lagi kena cepat bergambar. Kang tak pasal-pasal kempunan. Lama gak kami berada di sini. Sejuk kemain uols! Tak tahan la kulit orang khatulistiwa ni.
Memandangkan kami akan naik bas ke Amsterdam malam nanti, haruslah habiskan sisa-sisa percutian di Tanah Ratu sehingga nampak Tower Bridge bercahaya. Bila asyik posing.. memang tak sedar dah gelap.
Kami terus menikmati keindahan cahaya di Tower Bridge walaupun cuaca tak berapa nak elok sangat. Memandangkan tak sempat naik tower bridge haruslah plan nak jejak kaki ke London semula. Eh?
Dek excited sangat, kami seberang jalan. Pastu terpinga-pinga tak tau nak cari jalan pulang. Akhirnya kami naik tube dari Tower Hill rasanya. Direct ke Victoria. Sampai Victoria balik semula ke hotel sebab nak angkut beg ke coach station. 9.30 malam kami bertiga terus ke Amsterdam.
8 comments:
bestnya
Perghhhh bapak & datuk mahal burger!
Buleh dapat selipar bodo sepasang tu hahaha.
Berapa sejuk tu uolsss?! :D
Zakiah..
Best dpt nengok dunia luar.
Dekdaa..
Khennnn....mahal tak boleh blah!!! Pejam mata je la kuarkan duit.
Cer kalau kita keje & duk kat London, harga KFC tu sangatlah murah kan.
Amik kau artist suam2 kuku melintas. Terbaik tu lintas banyak kali. Hahaha. Aku rasa keta2 tu stop sebab dah biasa. Kasi can jelah katanye.
p/s Wah ayat. Kalau mastautin nak avoid ye. Dah ada plan ke nak berhijrah ni.
Bie,
Aku pun berbincang gak ngan bff ritu masa kat sana.....kalo keja sana...takat branded henbeg ...petik jari je boleh beli.khennn..
Ala kata retis suam2 kuku...mesti la berhijrah utk jadi hot. X gitu. Huks
Nak repeat london?? Best ok!
Mrs ni bila nak sampai pun belum tahu lagi....
Plan asyik tertunda jer huhu
sgt interesting gambaq2 di zebra crossing tu... baru ku tahu citer zebra crossing tu...:)
Mrs Smile,
niat hati memang la nak repeat London. Bilanya tu yang tatau.. almaklumlah ... tabung asyik susut je.. hiks
Suhaz,
khen... padahal tak de apa-apa pun. hiks.
Post a Comment