Haluuu... Nampaknya plan nak habiskan entry europe trip ni sudah agak tersasar. Plan nak habiskan sampai bulan Mac, dah tersasar ke Bulan April. Tak lama lagi terus ke bulan Mei la gamaknya. Bertabah je la yer kengkawan.
Moh la kita sambung pengembaraan pada hari ke-19 iaitu balik kampung... yahuu..oOOoooooOOOoo balik kampung..OOoOOooOoO balik kampung.... hati girang... Pagi tu lepas bersarapan, kami naik bas terus ke central. Pagi tersebut cuaca agak gloomy. Kabus tebal sangat. Almaklumlah, suhu mencecah 3 darjah uols. Sejuk kemain!
Suasana sepanjang perjalanan dari hostel ke bus stop
Tiket untuk balik kampung kami dah beli semalam lagi. Almaklumlah takut sold out kononnya. Padahal tak ramai pun orang nak balik kampung. Perjalanan dari central ke kampung lebih kurang 115km. Memandangkan kami dah terbeli tiket pukul 910 pagi, agak kalut sedikit sebab pukul 9 kami masih lagi dalam bas. Tapi yang bestnya, dalam bas, ada monitor yang bagitau tren apa yang akan berlepas dan jadual semua tren pada hari tersebut serta nombor platform. Wah sangat hebat Amsterdam ni. Sangat memudahkan pelancong macam kami. Turun je dari bas kami terus berlari masuk ke train station dan tunggu di platform 11b kalau tak silap. Akhirnya tren pun membawa kami ke Zwolle. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit dengan kelajuan tren 114km/h.
Tren sangat bersih.Monitor turut terpapar untuk info setiap station. So tak de la risau sangat kalau terlupa nak turun tren. Sepanjang perjalanan memang hijau je pemandangan. Ditambah pula dengan kincir angin memang mendamaikan sangat. Masing-masing ambil kesempatan berangan letew. Akhirnya kami tiba di Zwolle. Turun di Zwolle, kami tunggu bas untuk balik kampung. Tunggu punya tunggu, bas nombor 70 tak sampai-sampai. sejuk memang tak boleh blah la khennnn... Sejam kami jadi patung menunggu bas kat situ. Ni tak boleh jadi sebab dah nak masuk tengah hari. Sebab kalau ikutkan perjalanan dari Zwolle ke kampung mengambil masa lagi sejam. Nasib baiklah Syieda ada catat plan B dan C. Maka kami terus ke plan C setelah mengambil kira beberapa faktor.
Pemandangan sekitar stesen bas Zwolle
Tempat parking basikal di Zwolle.
Dari Zwolle, kami beli tiket tren ke Steenwijk pula. Memandangkan dari Steenwijk ke kampung hanya 17 minit, kami akur kena keluarkan lagi duit untuk tiket tren. Perjalanan dari Zwolle ke Steenwijk mengambil masa selama 20 minit dengan harga €7.50 oneway. Keluar aje dari station, Syieda terus ke sebuah kedai untuk beli postcard. Ha.. sepanjang trip kali ni, Syieda dapat belajar sesuatu.. Apa dia?? Syieda akan beli postcard untuk memudahkan sampai ke sesuatu tempat. Nanti tunjuk aje gambar pada postcard tu. Insyaallah orang mesti akan membantu kita. Sebab apa yang Syieda perhatikan sebutan nama sesebuah tempat tu agak berbeza kalau kita sebut berbanding dengan local. Nak nak kalau English bukan bahasa rasmi mereka. Kita ni nak sebut nama tempat tu pun terkial-kial. Jadinya tunjuk gambar pada postcard sangat membantu.
Selepas tunjukkan gambar kampung yang ada pada postcard tu, cashier tu bagitau kat mana kami perlu tunggu bas. Bus station tak jauh pun dari train station tadi. Keluar je, belah kiri dah ada bus stop.
Pemandangan luar tren stesen di Steenwijk
Bus connexxion akan membawa kita pulang ke kampung halaman. Perjalanan lebih kurang 20 minit dimana kita kena melalui lebih 16 stops. Walaupun namanya kawasan kampung, tapi dalam bas ada monitor uols. So kita boleh tau apa next stop kita. Untuk ke Giethoorn sila berhenti di Ds Hylkemaweg. Nak sebut memang la tak reti. Apa yang kami buat, masa naik bas, kami bagitau nak ke Giethoon. Pastu driver bas tanya nak turun kat mana.. Kami sengih-sengih je sebab tak tau. So driver bas kata dia akan turunkan kami kat central. Walaupun pun tak paham, kami angguk je. Tiket bas boleh beli dari driver. Driver bagitau, beli tiket return murah sikit daripada beli oneway. Tapi tak ingatla pula berapa harga untuk return. Yang pasti harga oneway ialah €4.10. Owh yer, nama Ds Hylkemaweg ni pada monitor macam lain sikit. Tapi yang pasti perkataan Hylkemaweg tu tetap ada. So nanti sila turun kat situ yer. Sebab rasanya ni satu-satunya stop yang guna nama Hylkemaweg
Bila kami turun di Hylkemaweg, ada terusan. Kami tak berapa sure kena ke seberang terusan tu atau tidak. Sebab gambar kampung pada postcard, lain bebenor. So kami ambil langkah selamat dengan ikut je laluan pejalan kaki yang disediakan. Laluan tersebut membawa kami ke seberang jalan. Bila berada di sini, ada satu post macam post keselamatan. Sekali lagi Syieda tunjuk gambar postcard, dan lelaki tu bagitau, kami harus berjalan kaki lebih kurang 100 meter lagi. Dan lepas habis tour kampung, Syieda agaklah post tadi tu tempat untuk kita sewa bot mengelilingi kampung nanti.
Pemandangan seberang terusan...cantik sangat!
Bot merangkap restaurant yang digunakan untuk mengelilingi Giethoorn
Kenapa Syieda suka Giethoorn? Sebab Giethoon ni juga dikenali Venice of Holland. Sebuah perkampungan yang dikelilingi air. Mode pengangkutan mereka hanyalah sampan dan basikal serta motor je. Tapi tak nampak pula motosikal sepanjang berada di sana. Dapat bayangkan tak betapa amannya hidup di kampung ni. Bila buka je pintu rumah setiap pagi, nampak pokok yang hijau dan terusan yang sangat jernih.
Baru je jalan 10meter dah sibuk bergambar. Padahal belum sampai pun kampung halaman. Yang bestnya, kami tak jumpa tourist lain kecuali satu couple ni je. Kawasan ni sangat lengang. Yang ada hanya local yang menjalani hidup seperti biasa. Kedai pun tak de yang buka. Eestaurant apatah lagi. Hanya beberapa buah je yang beroperasi. Kami tak kisah pun sebab kami bawa bekal roti dengan sambal ikan bilis. hiks.
Inilah rupa jalan yang kami harus lalui untuk sampai ke kampung halaman
Akhirnya!!! kami pun sampailah di kampung halaman. Omai suasana sana umpama dalam postcard. Cantik sangat. Sungguh tak tipu. Cuma Syieda je la yang tak reti ambil gambar. Walaupun pokok banyak dah togel sebab nak masuk winter, tapi pemandangan masih mengasyikkan. Meh kita layan gambar yang tak berapa nak pandai sangat ambil tempoh hari.Giethoorn mula popular pada tahun 1958 apabila satu pengambaran diadakan di sini dan dianggarkan juga terdapat lebih kurang 150 jambatan yang menghubungkan jalan darat. Memang persis macam Venice. Bezanya kat sini lebih tenang. Banyak itik berenang-renang memang sangat mendamaikan.Local berbasikal je uols pegi pasar. Kanak-kanak pun sama naik basikal je gi sekolah. Tak de pun berhadapan dengan jammed. Hidu asap kenderaan apatah lagi. Mesti local kat sini terhindar dari stress.
Jemput masuk rumah saya kat belakang tu. kita ngopi-ngopi eh?
Direction:
Amsterdam---> Steenwijk (tren) ----> Ds Hylkemaweg/Giethoorn (bus)
Lama juga kami berada di sana. Kami sempat duduk kat bangku yang disediakan disana sambil makan roti dan sambal ikan bilis. Duduk-duduk sambil berangan nak beli rumah kat sini yang pasti dalam mimpi je la pun. Kami tak sure kat belakang tu masih ada rumah yang lain atau pun tidak. Almaklumlah kami kesuntukan masa. Jam 4 petang, kami terus ke bus stop semula untuk naik bas. Untuk balik, tak payah seberang jalan sebab bus stop ada kat depan tu juga.Tak lama selepas tu, kami terus ke Steenwijk untuk ke Zwolle semula. Bila sampai di Zwolle, kami tak turun pun tren sebab kami notice yang tren ini akan terus ke Rotterdam. Kami berani tak turun tren sebab kami dah siap-siap beli tiket dari Zwolle ke Rotterdam semalam lagi. Kali ni, perjalanan kami sejauh 157km selama 1 jam 45 minit. Adoii lamanya la kan.. Kalau ikutkan memang membazir nak ke Rotterdam sebab kami sampai Rotterdam mesti dah gelap. Almaklumlah, hilite di Amsterdam ni selain Giethoon ialah Rotterdam. Kiranya hari ni memang hari yang paling Syieda nanti-nantikan. Gelap ke apa ke... mesti kena sampai juga di Rotterdam.
Seperti yang dijangkakan...kami sampai Rotterdam memang dah gelap. Lebih kurang pukul 7 kalau tak silap. Sampai je di Rotterdam Station, kami terus beli tiket ke Blaak pula. Nak beli tiket senang je. Berjalan ke arah keluar station, di sebelah kiri ada kaunter tiket. Seperti dijangka, Dutch memang kelakar. Waktu beli tiket tu, Syieda tanya la, berapa lama perjalanan nak ke Blaak. Dia kata jauh dan agak lama..dalam 3 minit je. Terkekek-kekek kami ketawa.
Ada apa di Blaak ni?? Syieda nak nengok Cube house je pun! Pernah nampak rumah berbentuk cube cenggini? Kat Netherlands je yang ada tau! Rugi la sebab kami tak berjaya masuk untuk melihat sendiri macam mana rupa cube house ni dari dalam. Rumah ini dibuka untuk lawatan dari jam 11 pagi sampai 5 petang je dan akan dikenakan bayaran.
Kalau datang siang, memang cantik. Sebab kita boleh ambil gambar dari pelbagai sudut. Dan lagi menariknya, hostel Stayokay ada chain kat sini. Yer dalam cube house ni! Mesti menarik kalau dapat tidur kat sini kan?
Direction:
Keluar dari Blaak Station, cube houses kat sebelah kanan.
Lepas ambil gambar lebih kurang, kami terus ke Rotterdam Station semula. Memandangkan kami ada lebih kurang 30 minit sebelum bertolak ke Amsterdam, kami try makan kentang goreng yang memang terkenal di Netherlands. Sedap uols. Cuma Syieda tersilap pilih gravy. Gi ambil peanut sauce aka kuah kacang. Adoiii kemain lemak la khenn... BBQ sauce sedap uols. Tu pun minta bff punya. Tak lama selepas tu, kami pun bertolak ke Amsterdam semula. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai kat Amsterdam, sekali lagi tak berkesempatan untuk melihat sendiri red light district sebab masing-masing kelaparan. Sampai hostel, terus masak bihun pastu mendobi. Berjanggut gaklah menunggu baju tu kering. Mata dah nak terkatup dah time tu. Kami gamble tinggalkan aje baju kat dlm dryer. Esok pukul 6 pagi baru gi ambil semula baju tu. Nasib la tak de orang lelong baju kami.
Blaak Station
25 comments:
Waaaaah...bestnya...ini tempat idaman ni....
Wah cantik giler kampung air ni....gambar rumah sebelum gambar Syieda tu macam postcard...ok masuk dalam bucket list tempat ni.....
Syeida..
Total perjalanan dari Ams ke Giethoon lebih kurang berapa lama?? Dan kos perjalanan tu berapa? Mcm complicated je saya tgk cara ke sana. Bg syeida Rotterdam tu patut pergi tak??
TQ
mrs pun nak claim kampung halaman gak ler...even hanya nampak kat entry nie! hehehe boleh? kita berjiran
sumpah, cantik tenang mendamaikan sangat kawasan nie...rasanya kalau dan pencen keje balik duduk kat kawasan mcm nie sangatlah heaven
bestnyeeeee syida europe tour ko nih….harap sgt dpt jejak kaki gak one fine day. btw sorry kros lambat reply ur Q abt chartered bus @Korea tu…rasanya dorg deal dgn tempt skiing yg kita nak pegi tu. ada pakej yg bgt bas mana yg hantar…kami aritu semua guide yg bt keja, lenggang kangkung je kami. heheh!!!!nak repeat korea ke dik comey?
aduhai, awat la sgt nih... bila2 la dpt jejak cni... huhu
Ya Allah cantiknya view..ni lau btul2 kg iollss alangkah best tenang jer kan..xtaw bila la nk jejak kaki tmpt2 camni..nway syieda edit pic jd reflect camtu gn apa cantik la
Jayne,
Betul tu. Cantik sangat tempat ni.
Saerah,
Khennn..memang patut masuk dlm wish list. Bersih je tempat ni. Kalau dalam semalam 2 kat sini pun best.
Zila,
Dalam 2 jam je kot dr amsterdam. Senang je sebenarnya nak ke sini. Dr amsterdam naik tren terus ke steenwijk. Pastu naik bas nombor 70 tu terus ke giethoon.
Bagi syieda kena try kot rotterdam. Aritu baca macam best je rotterdam tu. Kalau ada extra masa kat sana...memang syieda bermalam dah kat sana.
Mrs smile...
Memey ar kita berjiran kan..rumah kat depan tu kan mrs smile punya. Setiap pagi kita bukak pintu pastu buat mesyuarat tingkap.
Memang best arr kalau dpt duduk situ.
Rostina,
Akak...insyaallah akan tiba masanya akak ke sini. Saya ni pun tak sangka boleh sampai sini. Btw sangat jeles nengok akak skiing. Tu yg berangan nak repeat korea. Heheheh
Suhaz,
Insyaallah tak lama lagi. Alang2 ke sana boleh la nengok tulip sekali. Syieda nak nengok tulip kat amsterdam kena tunggu pencen kot.
Hafizah
Syieda edit guna picmonkey je. Tapi yg reflection tu memang ada. Tak tau la apa jenis air kat sana. Sbb memang bila nengok air tu nampak muka kita.
waaa cantik giler Giethoorn tu.....cantiknya mcm dalam lukisan!hehehe
Kenapa perlu tempat yang ko gambar ni semua lawa! Balik kampung ye, memang patut digelar kampung. Lawa giler.
Lama xsinggah blog ko. Nanti kan komen2 ku. Haha.
DJ,
betul tu view sangat ohsem! kalau orang yang pandai ambik gambo.. sure gambonya kebaboommm...
Bie,
Tempat ni memang ohsem la wei. Aku gigil2 nak g sini. Tukar iti last minute semata-mata nak pegi sini.
Ko pun jangan skip tulis entry sakura-san tu tau.. sila nantikan komen2 aku jugek. hahahah
salam,selalu akak ke blog syida,maklumla,minat travel jugak,lepas ni nk ke mana plak?ble share share,ehe
kak nazuha,
Saya pun selalu gak g blog akak. hihihih. plan taun ni tak tau mana mau pegi. akak nak g mana eh?
Besstttnya kg syida ni...rugi tak ikut jugak hari tu..huhuhu..
Bila la agaknya dpt sampai sini...
Norh,
Insyaallah tak lama lagi. Boleh join yaz. Sbb dia nak duduk london. Eh?
Subhanallah..ni lau hnymoon sini aman damai tenteram sumer adalah,msk wishlist nekad!!
Hafizah,
Harus!!!!! Nanti kemsalam ngan org kampung tau. Hehheheh
kenape osssemmmnestttt sangat tempat nie...nice pikcar...
Cenetos,
Mmg ohsem!
Thanks for the info, akak mmg plan nak pegi gethoorn mid jun ni. Pukul brp awak bertolak dari ams ye? Brp lama spend masa kat sana?
kak nurin,
aritu saya ke sana dlm pukul 9 kalau tak silap. tapi saya berhenti kat Zowlle. Tu yang silapnya. Patut saya direct ke sana terus. Waktu saya g aritu, tak de org langsung. cafe pun tak bukak. hampir 3 jam jugaklah saya berlegar2 kat sana.
Syiedaaaa, kita suka gambar awak kat kampung tu. macam dalam mimpi je nak sampai sana.
Safura. ..
Kena dtg sini tau. Stay smlm pun tak pe.
Post a Comment