Sebab utama Syieda stay kat sini sebab dekat dengan Victoria Coach Station. Kalau jalan kaki dari coach station lebih kurang 10 minit. Travel early winter tak de masalah kot sebab tak berpeluh. Booked hotel ni menggunakan agoda sajork. Tapi macam biasalah bila nengok review hotel macam tak berapa nak best jer. Tapi kami gamble sebab ini je lah yang paling murah. Tapi secara keseluruhan Syieda rasa ok je hotel ni sebab review yang Syieda baca macam tak logik nak comparekan hotel ni dengan 5 bintang. Bayar murah nak dapat service 5 bintang dah kenapa kan?
Direction:
Victoria coach station, ---> Elizabeth Bridge Rd ----> St George's Dr ---> Eccleston Square ---> belok kiri (Warwick Way)
Macam panjang la pula kan direction tu? Sebenarnya straight je pun. Nanti sila rujuk gambar Victoria Coach Station dari beberapa entry yang lalu. Depan coach station tu ada simpang empat berlampu isyarat. Seberang jalan je dan jalan terus sampailah jumpa Warwick Way. Belok kiri dan terus berjalan. Hotel ada di sebelah kanan (main building) Dalam review ada kata yang bangunan bertentangan tu pun hotel yang sama.
Bilik available pukul 2 petang. Tak de masalah kalau nak tinggalkan beg untuk tour sebelum boleh check-in. Tapi lepas check-out akan dikenakan bayaran untuk setiap luggage yang ditinggalkan! Bangunan hotel ni bagi Syieda kategori best jugalah sebab lebih kepada bentuk rumah sebenarnya. Front desk tak de masalah sebab opkos boleh berbahasa English. Kalau dapat sorang Indian man yang agak berumur tu lagi best. Sebabnya dia baik sangat. Dia akan suggestkan uols macam-macam. Tanya je kat dia. Tapi kalau yang muda tu, biasa-biasa aje. Owh yer, nilah hotel ke-2 selepas Paris aritu yang tak reply email Syieda. Cuak pun ada gak. Tapi nasib baik ok je sepanjang 3 malam di sini.
Dalam pukul 9 pagi heater dah dimatikan. Untuk kami yang memang akan keluar awal ni, tak de masalah kot. Bilik kami untuk trip aritu berada di tingkat 1. So tak de masalah nak angkut beg. Lagi pun, hanya ada 2 mata tangga je. Dalam bilik disediakan kettle dan hair dryer. Yang mana bagi Syieda satu bonus. Ensuite bathroom. Nak cakap besar sangat tak de la besar bilik airnya. Tapi shower dan toilet separate. Bonus lagi! Channel TV pun best. Banyak movie boleh nengok walaupun TV tak de lah besar mana pun.
Room service memang hari-hari. So towel pun tukar hari-hari. Yeay! Setiap pagi kami perlu turun ke baseman untuk breakfast. Breakfast included kat sini. So boleh save 1 meal walaupun makanan yang disediakan tak banyak. Toast dengan cereal je. Yang tak bestnya, toast tu kena order. So agak lama jugalah nak menunggu. Oleh sebab tempat duduk terhad, kita tak boleh nak santai sangat breakfast kat sini.
Di sini TAK DE WIFI! Adalah memalukan sebab negara maju camni tak de free WIFI. Kalau nak juga.... kena bayar. Adoii.. Di front desk, ada jual souvenir incase tak sempat nak beli. Yang lagi best ada jual setem. Postbox ada di hujung jalan ye kawan-kawan. Yang ini Syieda berani rekemen, sebab postcard Syieda dah sampai dengan selamatnya kira-kira sebulan kemudiannya. hiks.
Rate: RM442.35++/person for 3 nites - double sharing
9 comments:
experience setiap org adalah x sama, s/times kita rasa ok org kata x, hehe so kalu nk book accommodation ikut 70% instinct 30% review org... :) (( buleh cam gini ?))
Takdak wifi?
Adeh sukar dipercayai.. awat dorg berkira sgt ni huhu.
Nak juga 'surat menyurat' kalau gi obersi lg (versi muka tembok) :P
tengok gambar not bad gak hotel nie..janji tak berkepam kira ok dah tu!
suhaz,
ha betul tu. Syieda pula... 70% sebab murah lagi 30% ikut instinct..hihihihi
Dekda,
Tu la... hotel kat London ngan Milan je so far tak de wifi. Kedeks sangat.
Tu ar dekdaa... next time Syieda pos k. Sebab hari tu cuma ada alamat JM je. La ni baru ada address awak. Sila tungguuuuuuu.... hihihihi
Mrs Smile,
Ha betul tu. Jangan la ada bau yang bukan-bukan. mau sakit kepala nanti. So far semua accommodation Syieda utk trip kali ni, ok je.
Memang xde wifi kan. Aku stay kat King Cross tu pun sama. Nasib lah aku guna prepaid Lebara. Sekali pakej ngan data line. Tapi kalau 10 mins je nak sampai Victoria St tu kira dah ok lah juga.
if nak free wifi masuk cafe...mintak pword kat cashier then surfing lah sambil minum...pernah kitorang order air jer semata2 nak wifi dan toilet...bayar satu utk 3 benda...hiks
Bie,
Adeiii aku geram ngan simcard greece x boleh guna. So aku x beli pun apa2 prepaid pastu. Pastu aku la yg padan muka sbb bill bulan tu jadi 1k. Phuiii...geram jek.
Eh ko dah balik ke?
Liza,
Memang teringin nak buat cenggitu. Tapi tak sempat nak g makan kat mana2 la spabjang kat sana. Tight schedule la kenkononnya. Hijs.
whattt??? takde wifi? i cant live without wifi gitu. hahahah
John,
Khennnnn sama ler kitew...
Post a Comment