Nak ke sini senang je. Boleh turun kat Interlaken Ost ataupun Interlaken West. Kami aritu turun kat Interlaken Ost. View cantik sebab nampak banyak gunung ganang yang diselimuti ngan salji. Dari sini, uols kena jalan kaki.
Direction:
Keluar dari Interlaken Ost, jalan terus (antara bank & shopping centre via Allmendstrasse)--> jalan terus sampai jumpa dua traffic circles--> pastu ikut signs ke hostel (warna coklat)
Kalau ikut route tadi, nanti kita akan sampai di belakang hostel. Gambar kat bawah ni arah depan. Tu yang tengah jalan tu..... bukan Syieda yer..Hostel ni ada 2 bangunan. Bilik kami malam tersebut terletak di main building which is bangunan belah kanan. Check-in dan check-out pun sangat mudah. Dari sini boleh sewa atau ambil macam-macam package yang disediakan oleh pihak hostel. Nak main ski ke...... nak naik gunung ke .....water-rafting ke..semua boleh.
Common hall dorang sangat cozy kat sini. Memang rasa macam kat rumah sendiri. Nak main piano pun ada kat sini. Manalah tau tetiba malam tu nak layan perasaan.. bolehlah tunjuk skill kat sini.
Dalam bangunan utama ini juga ada kelengkapan untuk basuh baju. Tapi tak sure berapa harga perkhidmatan sewa mesin tersebut. Sebab kami dah tak basuh baju pun time tu. Lagipun mana ada baju kotor...semua kami sumbat dalam locker kat Geneva Airport.
Yang tak bestnya cuma tak de lift la. Tangga agak curam kat sini. So sesiapa yang nak bawa beg besar boleh fikirkan cara yang lain... ...mungkin sewa locker atau apa-apa ajer lah. Yang specialnya bilik kami aritu...bertiang dan dinding separa kayu. So memang tak boleh buat bising. Sebab suara kami boleh kedengaran kat toilet di depan tu. Toilet share yer uols. Ha kat sinilah Syieda dok berangan malam-malam boleh nampak salji turun. Giteww.. Tapi hampa uols.
Kat dalam bilik ni ada disediakan satu singki. Andddddddddd for the first time gitew. minum tap water! Serious uols tak pernah minum tap water! Memang kalau kat Malaysia akan muntah kalau minum air paip yang tak dijerang sebab rasanya yang tak sedap itu. Waktu kat sana......bila minum air dari paip.....memang tak rasa klorin langsung. Lagipun..pihak hostel siap bagitau yang tap water dorang selamat diminum. So silalah minum macam kat dalam citer omputih di tv tuh.
Sebaris shower ada betul-betul depan bilik kitorang. Macam kecil je rupanya. Almaklumlah tak dapat nak agak macamana kecilnya bilik mandi tu sebab memang tak mandi pun uols time kat Swiss aritu! hihihihi
Suka WC dorang nih. Ada plug untuk charge handphone. Some more bersih je. Merasalah duduk lama dalam tu untuk cari ilham.
Di bangunan kedua pula, ada disediakan dapur. Nak masak megi ke semua disediakan. So pandai-pandailah untuk label bekas makanan masing-masing in case nak simpan dalam fridge.
Di sini juga kalau nak nonton movie di benarkan. Tapi kalau tak silap ada limit masa untuk menonton kot. Tak ingatlah apa yang diterangkan aritu. Almaklumlah nak masuk 6 bulan dah trip ni. Semua pun macam ingat-ingat lupa.
Breakfast disediakan. Masa check-in akan diberi kupon. So bawa je kupon tersebut time nak breakfast tuh. Makanan pun macam biasa-biasa aje.
Kat bangunan tepi hostel ada pizzaria. Tolonglah rasa ...sedap uols. Masih teringat kesedapan pizza dan spaghetti nya. Serious tak tipu.
Pihak hostel beri kami kupon free untuk naik bas in case nak jalan-jalan sekitar pekan Interlaken. Bus stop ada kat depan tu aje. Jalan macam 50 langkah gitew...
So far Syieda rasa hostel ni ok. Cuma jauh sikit je la perjalanan nak ke sini. But still boleh jalan kaki. Macam kami aritu, nak ke train station, berjalan kaki ke Interlaken West. Sama juga macam perjalanan pergi kami aritu. Straight je. Cuma bagi Syieda, kat interlaken West ni macam banyak kedai makan halal dan kedai pun boleh tahan banyak. Tapi kena ingat tak semua route akan lalu Interlaken West. Macam kami aritu, kena naik tren semula ke Interlaken Ost sebelum memulakan perjalanan ke Jungfrau.
*free wifi*
*free towel*
*free towel*
Rate: CHF49.30++/pax
9 comments:
Kat malaysia ni bukan setakat tap water je rasa klorin.. tp kalau air paip yg dijerang sekalipun rasa klorin kottt huhu!
Ok...santek...review pasal hostel pun dh ada..berapa ratenya CHF49++ ek..ok2...dh ready itie ni...bila nk pegi tu pikir kemudian mana tahu menang peraduan ke...ye lah..mahu ada dalam simpanan 10k...tul tak?
Tetiba teringat filem Dilwale Dulhania Le Jayengge plak tgk gambar2 ni...:)
Salam syieda, boleh bagi email address tak, sbb nak tanya beberapa perkara, tk.
Dekdaa,
ha betul. Tapi seriyes tap water kat sana memang tAK rasa klorin. Siap boleh isi botol mineral penuh utk bekalan waktu travel.
Even kat Milan & paris pun tap water dorang tak rasa klorin.
JM,
insyaalah boleh travel walaupun duit tak banyak 10k. Tapi kena tahan sikit la. dok kat hostel dan travel time off-season.
Kak Nazuha,
Ha kannnn.. Sebab cerita tu jugak la saya teringin nak ke Swiss ni. hehehhe
Bannister Rd,
ok. ssyyiieeddaa@yahoo.com.my
Tapi kena bertabah sikit la yer.. sebab saya jarang bukak email. hihihi
Rasa mcm nak ripit jerrrrr......
Interlaken west aritu lnsung kitorang tak singgah...terus jer ke interlaken ost...emmmmm
JM jommmmmmm
Liza,
motif ajak jm sorang jek?? nak ikuttt
Liza! Jommmmm! Jm ni patang d ajak klau bab berjln laju je hiksss kita tggal syieda nk? Larikkkk
Jommm aaaa g ramai2 baru havoc :-)
JM,
ooo nak tinggalkan syieda pulak eh?? siap la Jm.. syieda panggil kakak gangster Sabahbie tu bantai jm. takut tak? hihihi
Post a Comment