Pada pagi hari ke-22 Euro trip aritu.... sempatlah breakfast kat hostel. Lepas berdandan ala-ala Che Ta (time tu sibuk cerita pasal majlis resepsi Che Ta) dalam pukul 10 pagi kami bertolak ke tren stesen. Kalau kat airport dapat kupon percuma untuk naik public transport, kat sini juga akan dapat kupon percuma untuk naik bas. Tapi tak semua hostel/hotel yang sediakan kemudahan begitu. Kira save sikit duit untuk bayar tambang. Yer tak?
Bus stop betul-betul di hadapan hostel. Sesambil menunggu bas, kami perhatikan ramai yang dok angkut alatan ski masing-masing. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai. Sudahnya kami berjalan ke tren stesen. Kalau semalam kami berjalan dari Interlaken Ost, tapi pagi ni kami berjalan ke Interlaken West. Jauh perjalanan lebih kurang sama je. Tapi kalau nak ikutkan perjalanan semalam view lagi cantik sikit kot.
Masih menggunakan Swiss Pass, kami terus ke Information Centre sebab kena beli tiket naik ke Jungfrau. Well, Syieda dah super excited time tu.... almaklumlah hilite percutian katanya. Swiss Pass kami hanya valid hingga ke Kleine Scheidegg je. Dari Kl Scheidegg ke Jungfrau, kena beli tiket lain.
Ni view tren stesen kat Interlaken. Aduh super cantikkan?? Memandangkan kami berada di Interlaken West, kami kena naik semula tren ke Interlaken Ost sebab Interlaken Ost tu kiranya macam central gitew. Tambang tak payah fikir sebab kami guna sehabis baik Swiss Pass. Owh yer, lupa nak bagitau.. Swiss Pass ni pakai la sampai lebam sebab tak payah nak fikirkan top up tau.
Sambil dok zikir excited...(eh?) kami layan la view kat luar tingkap. Memandangkan ini bukan kategori scenic route, makanya tingkap tak de lah seluas kereta api macam kat Montreux semalam tu. Tapi view masih cukup mengasyikkan.
Direction:
Interlaken Ost --> Lauterbrunnen/Grindelwald --> Wengen /Kleine Scheidegg --> Jungfrau
Dari Interlaken Ost, kami kena tukar tren kat Lauterbrunnen. Tak payah jalan jauh pun, tukar tren kat sebelah platform tu je. Kiranya Grindelwald ke Lauterbrunnen ke.. tetap boleh naik ke Jungfrau.Sekarang tren mulai naik gunung. View memang ohsem sesangat! Tapi harap maaflah, sebab gambar semua ke laut dek reflection lubang hidung la, jerawat la dan sebagainya..
Kemudian kami kena turun semula di Kleine Scheidegg sebab nak tukar tren. Time ni, kami beriya-iya lari sakan naik tren ke jungfrau sebab bengang dengan geng memekak dari mainland tadi. Rupa-rupanya dorang tu naik coach lain. Selamat la telinga kami. Penat la juga kami turun naik tren tak sudah-sudah walhal cuma tukar 3 tren je pun. Almaklumlah.. stamina memang dah hazab sangat time tu.
Maka bermulalah ke-excited-an kami untuk jejak Top of Europe katanya...Once naik je tren di Kleine Scheidegg , pelbagai info dipaparkan pada monitor. View toksah cakap la khenn.... ohsem tahap dewa uols! Tren bergerak betul-betul kat tepi orang main ski. Cemburu kami melihat orang skiing penuh gaya tuh!
Ni la tren kami di Kl Scheidegg yang terus membawa kita ke Top of Europe. Seat tak de la besar sangat. Kang tak mampu pula tren nak naik gunung.
Kebanyakan orang yang main ski ni bukan calang-calang orang tau... veteran uols! Kuat betul kederat dorang. Mohon agar daku pun memiliki kedrat macam dorang bila dah tua nanti..
Dalam perjalanan nak naik ke puncak Europe ni, tren akan berhenti di 2 stops. Setiap stop tu, kita boleh turun tren dan ambil gambar untuk 5 minit sahaja. Pun tak faham dah kenapa kami berlari-lari tak cukup tanah setiap kali nak turun each stop tu. Sudahnya sampai kat puncak kami memang flat abis! So pesanan Syieda, sila jalan relax-relax jer yer. Takkan lari gunung dikejar...eh?
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami pun tiba di puncak setinggi 3,454 m dari aras laut ni. So sesiapa yang nak jejak Jungfrau ni, dinasihatkan datang awal atau pun stay semalam kat wengen (biasanya ada promo untuk hostel + jungfrau pass) sebab perjalanan dari Interlaken ke Jungfrau lebih kurang 3 jam dengan 3 kali turun naik tren!
Sila juga semak cuaca semasa. Sebab kadang-kadang Jungfrau ni tak boleh dilawati kalau cuaca teruk. Waktu kami naik puncak tu suhu -11 uols. Dan alhamdullilah aritu cuaca cerah sangat! So plan kami aritu , nak minimize kan beban yang diangkut. Kami gi simpan backpack kat locker. Jadi kami jalan lenggang kangkung aje...
Di Jungfrau ni terbahagi kepada beberapa section. Paling nak lawat ialah snow fun iaitu boleh main snow some more mau sledging! Tapi apakannnn daya......Tak cukup masa....
Mengikuti lorong "tour" yang agak scary tu....kami terus ke Sphinx ajer la.. Di sinilah kami jumpa dinding biru yang famous amos nih! Ok mari ambil gambar agar tak dikatakan propa... eh?
Gambar bawah ni lah bangunan yang membawa kita keluar ke Sphinx. Nampak macam tak caya jer sebab bangunan batu-batu je. Padahal kat dalam tu ...sangat la millinium dengan lift terlaju di Swiss katanya...
Indeks excited dah sampai bacaan 100 dah ni bila nampak platform terbentang luas! Memandangkan kami sampai pun dah lambat, orang pun tak ramai. Memang seronok la bergambar tak hingat dunia. Ntah napa la bff jadi penakut tak nak gi kat hujung platform tu. Mula la Syieda membebel suruh pergi ke hujung juga.. Almaklumlah kalau tak paksa dia sapa lagi nak tolong ambilkan gambar kaannnnn.
"Kita kena pergi sampai hujung sebab dah bayar mahal...bla..bla.." Giteww cara membebelnya...
Mohon jangan muntah lihat sepupu sebelah jiran punya anak sedara punya menantu Che Ta berposing.. wink..wink...
Tengah syiok berposing, Syieda konon-konon nak pusing area belakang platform pula.... time mau turun tangga .... tetiba ......jeng jeng jeng... ternampak punyalah tinggi platform tu dari celah jaring kat lantai. Terus pening tak pasal-pasal dan berjalan pegang dinding masuk ke dalam bangunan semula. Ya Allah time tu baru perasan platform tu tinggi yang tak terkata! Dan mulalah bff pulang paku buah keras bebel benda yang sama pada Syieda. *malu sendiri*Duduklah Syieda sorang-sorang kat dalam bangunan tu sementara menunggu bff berdua tu pusing satu Sphinx.
Syieda peminat water globe! So rasa macam nak angkut je yang besar ni. eh? Next kami decide nak cari juga snow fun tu. Tapi bila tengok jam dah nak pukul 4 petang dan last tren turun bawah ialah pada pukul 4.30 petang, maka terpaksalah lupakan ajer hasrat tersebut. Nampak tak kerugian di situ? Dalam perjalanan nak gi locker, kami sempat singgah ke panorama 360 je. Tak de pa pe pun sekadar macam pancaran slide/ laser pada dinding tentang Jungfrau.
Kami sempat menyinggah lobby untuk beli souvenir dan minum-minum. Dah nak balik ni barulah terasa kehausannya. Cafe pun dah nak tutup, so takat beli sebiji pisang dengan harga CHF1.5 dan coke CHF5.70. Kemainlah mahalnya. Kalau rajin silalah stamp passport anda di sini sebagai kenang-kenangan.
View dari cafe
Pukul 4.30 petang, kami pun turun lah semula ke Wengen. Satu coach pakat tidur. Penat sangat gamaknya. Bila nak tukar tren kat Wengen hari memang dah gelap. Dan perjalanan turun ke Lauterbrunnen memang agak menakutkan. Sebab lampu tren tak de la terang mana.. malap semacam dan tren dipandu dengan sangat slow. Nanti bila dah hampir sampai kat Lauterbrunnen barulah cantik sebab boleh nampak pekan Lauterbrunnen bermandikan cahaya.
Dari Lauterbrunnen nak ke Interlaken tak jauh sangat. Dalam 45 minit cengitu. Dan kami selamat tiba di Interlaken dalam pukul 7.30 malam. Keluar je dari tren dah ada announcement kat mana nak tunggu tren untuk ke Lucerne. Kami bertolak ke Lucerne pada pukul 7.55 malam dan tiba pada pukul 9.55 malam.
Sebenarnya cuak-ness semakin meningkat sebab kami tiba Lucerne dah agak lewat malam. Tempat tak biasa macam ni, Syieda prefer sampai waktu cerah. Senang sikit nak cari arah. Ni kalau dah gelap ....almaklum sahaja la..
Keluar dari tren stesen kami nampak pintu gerbang ni. Tersergam indah. So plannya nak naik bas ke hostel.
Disebalik arch ni ada banyak bus stop. Kami terus ke Platform F untuk naik bas nombor 18 terus ke Jugenderberge. Beli tiket kat mesin yang ada berhampiran bus stop. Kacang pis jek. Kat mesin tu kami main tekan-tekan je sampai jumpa perkataan Jugenderberge. Tiket tu valid dalam sejam cenggitu. Tengah beli tiket, boleh pulak bas 18 terlepas. Adoii.. Hujan renyai-renyai pulak tu.Sebenarnya cuak-ness semakin meningkat sebab kami tiba Lucerne dah agak lewat malam. Tempat tak biasa macam ni, Syieda prefer sampai waktu cerah. Senang sikit nak cari arah. Ni kalau dah gelap ....almaklum sahaja la..
Keluar dari tren stesen kami nampak pintu gerbang ni. Tersergam indah. So plannya nak naik bas ke hostel.
Selain naik bas nombor 18, boleh naik bas nombor 19. Tapi daripada email, katanya naik bas nombor 19 macam kena jauh jalan kaki. Kami bertabah je la tunggu bas nombor 18 juga. Tapi sudahnya kami tetap kena turun kat Gopplismoosweg. Kiranya ni serupa route bas nombor 19. Kami tatau nak berhenti kat mana. Memandangkan kat monitor ada perkataan Gopplismoosweg, kami bantai tekan loceng.
Bas berentikan kami betul-betul kat simpang. Waktu tu kami tak de arah tujuan. Semua kawasan tersebut lengang kecuali ada sebuah restoran betul-betul kat simpang tu. Tetiba dari jauh kami nampak seorang perempuan yang turun sama dengan kami tadi, bagi signal suruh lintas jalan. Kami pun lintas jalan, lepas tu kami tak tau nak g mana. Sekali lagi nampak perempuan tu bagi signal suruh terus. Tak berfikir panjang, kami ikut je arah yang diberi tu. Agak jauh juga nak sampai ke hostel. Nasib baiklah ada signage untuk ke hostel. Tapi signage tu kecil je. Memang tak perasan kalau jalan waktu malam.
Urusan check-in memang mudah. Letak je beg, kami terus gi kaunter nak tanya tempat makan. Area tempat makan macam jauh kat town sana. Lagi pun menurut kakak kaunter tu, hari Isnin memang banyak kedai tutup. Owh gitu...kalau kat sini, Ahad yang banyak kedai tutup kan??. Sana terbalik pula dah. Hasil perbincangan, yang paling dekat ialah pizzaria kat simpang kami turun bas tadi. So menapak sekali lagi ke pizzaria. Masuk je kedai tu, katanya nak tutup dah. adeh... kebarangkalian tak makan malam tu memang tinggi. Dah la pening kepala dek penangan Jungfrau tu tak habis-habis lagi. Sampai hostel, kakak kaunter pelik kami balik sekejap je. Lepas cerita masalah kami....dia offer veggie instant noodles. Daripada tak de...kami beli jugalah. Tidurlah kami malam tu dengan perut separa kenyang....
20 comments:
wow! tak sangka lama gak eh journey dr interlaken ke jungfrau ni. ingat dekat je.
tp bab berdiri kt platform tu actually seronok, tp kdg2 gayat plus duk jaga kamera ni takut terlepas. dah la sejukkkkk giler kan. kang terlepas, sajo je. tambah2 kalo handphone ni. risau! tp view awesome!
Ruginya dh dpt coupon free tp x leh guna pulak yek. OM G ni lah tempat yb john citer dulu ya allah bertuah lah saper yg tggal d sini view sgt lawa dan bertuah juga syieda dpt jejak kaki ke sini
wohohohoho europe tu babe!! sangat jeles hokeyyyyyy..nak pi jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk T T
Mana gambar ada reflection lubang hidung tu. Cer WA kat aku, boleh jadikan bahan untuk kita gelak bersama.
Cikgi oii! Lensa amatur tapi view tetap lawa je ko snap. Tengok sume rasa nak fefeeling Swiss membuak2.
Kami dah separa muflis masa sampai swiss...so that jungfraujoch ni tak naik....hahahah blh tak bg alasan gitu bagi mengubat hati yg sdg jeles....
Jom gi lagi syieda...
John,
Interlaken-jungfrau sehala jek 3 jam.. pergi balik dah 6 jam. nak dekat separuh semenanjung kita boleh cover.
Ha betul tu. Beria pergi hujung platform tu sebab tak perasan tingginya platform. Almaklumlah lantai ditutupi snow. Kalau tak... memang tak jejak hujung tu.
JM,
Sebenarnya syukur sesangat sebab hari tersebut sangat cerah. Cuma tu la silapnya... datang lambat. 2 jam mana la sempat nak explore semuanya...
Miss,
Gitewwww la rupanya top of europe. Jom la kita g sesama pulak.
Bie,
Ko sengaja letew nak bahan kan aku kalau aku WA ko gambo tu kan?? ngeng!
Sebab lensa amatur tu le aku kena mintak maaf awal-awal. Kang orang salahkan aku sebab post gambo tak cantik tapi cerita beria2 macam cantik sangat tempat tu. Realitynya tempat tu mmg cantik pun
Uihh tengok gambar2 ni semua rasa macam gatal jer nak repeat Europe. Lain kali Switz mesti masuk dalam senarai.
Liza,
Jungfrau ni Syieda naik sbb mmg dari Malaysia dok termimpi-mimpi aje. Kalau tak.. mmg jangan harap la nak g naik jungfrau ni.
yer mari kita g sama2. kali ni nak cover murren ngan lauterbrunnen yang liza dah g aritu.
Cik z,
Mesti masukkan swiss next trip tau!. Berbaloi-baloi. Tapi kawan syieda kata US lagi best drp Europe. Ntah betul ke tak.
syieda, brape lagik kene tambah utk naik ke jungfrau tu kalau dah ade swiss pass?
Hai syeida...sy terkilan xdpt nk p swis ni sbb xcukup budget...skrg kt london nk ke paris..he he he
Azra,
Chf131. Aritu nengok chf178 sekali ngan hostel.
Zila,
Bonjour! Wowwww..bestnya zila. Jeles nih. Ambik gambo banyak2 tau pastu up entry kat blog. X sabar nak baca! Have fun!
mahal jugak nak ke jungfrau ni even with swiss pass .. tapi kalau tak pegi mcm rugi plak rasenye
Azra..
Betul tu. Dah alang2 sampai tu..usahakan jugaklah. Korek la duit kocek kiri kanan. Kang kalo x g rasa menyesal pulak.
Wah dah sampai Jungfrau...best kan tempat ni...sampai sekarang terbayang-bayang kedinginan salji...
Saerah,
Tu la. Tapi x sempat nak rasa puas sbb ada kat atas sana kejap je.padan muka bangun lambat.
Hai syieda..salam perkenalan
best ye tengok syieda travel ke euro nie..Wah!naik semangat saya untuk menapak ke sana juga one day..huhu
Hi tapak kaki..salam perkenalan..
Dr nama glemer ni..mesti awak pun kaki travel jugak kan? Kikiki..sama le kita. Hiks..
Salam Syieda.. nk tanya.. kt jungfrau tu ada ke tmpt yg kita blh turun ke bawah? Maksud sy utk main2 salji? Syieda ke jungfrau tu bulan berapa ye?
hi su..
mmg ada satu part tu kita boleh main salji. Tak ingatla pulak namanye. tapi mmg ada. time syieda gi aritu bulan dec.
salam syieda..seronok baca pasal jungfrou..wishlist saya ni..hihi
nak tanya,brapa % diskaun price naik jungfrou klu beli swiss pass
tq
Post a Comment