Kami menghampiri bus stop untuk bas nombor 18. Tiket bas yang dibeli hanya valid lebih kurang 30 minit kalau tak silap. Macam biasa, bila berada di dalam bas, monitor akan paparkan route bas tersebut.
Bas membawa kami hinggalah ke Gopplismoosweg (kami naik bas nombor 19 sebab dah tertinggal bas nombor 18 tadi). Driver bas turunkan kami di simpang bersebelahan dengan restoran La Nonna ni sebelum ia meneruskan perjalanan terus ke atas.(Gambar bawah)
Disebabkan kami tiba lebih kurang jam 10 malam, jalan raya memang lengang (kami langsung tak nampak kereta di atas jalan raya). Waktu kami tertoleh-toleh pandang kiri kanan sebab tak tau macam mana nak ke hostel, kami nampak di seberang jalan, ada orang tunjukkan arah agar kami kena melintas jalan raya. So kami bertiga pun melintaslah. Bila dah melintas, kami tatau nak jalan arah mana. Sekali lagi, kelibat orang yang samar-samar tadi suruh kami berjalan ke arah bawah(turun bukit). Kami pun terpaksa menjerit ucapkan terima kasih padanya (jarak kami dengannya lebih kurang 50m). Nasiblah ada orang yang nampak kami terpingga-pingga. Else tido kat tepi jalan aje la kami aritu.
Dalam gambar bawah nilah arah yang kami kena lalu.Turun bukit pastu daki lagi hinggalah jumpa bangunan putih atas bukit tu.Tempat ni agak sunyi. Tambahan lagi tak de lampu jalan. Kalau orang yang biasa, mungkin ok kot. Berjalan di waktu yang gelap bukanlah sesuatu tugas yang mudah uols. Kami tercari-cari signage nak ke hostel, sebab katanya ada di pacakkan kat tepi jalan.
Bila kami berjalan arah naik bukit tu, barulah ternampak papan tandanya.. Omai.. Dah la pendek je ..confirm orang yang jalan mendongak tak perasan signage ni.
Bila dah sampai kat bangunan putih tadi, kita akan jumpa simpang ni pula. .... harus berhati-hati yer uols, sebab ambulans memang lalu jalan ni untuk ke hospital yang terletak di belah kiri gambar. Kami kena melintas jalan ni untuk ke hostel dan berjalan ke arah kereta-kereta tersebut.
Gambar ni semua kami ambil esok harinya. Sebab tu cerah. Jangan ingat pula pukul 10 malam kat sana masih cerah. Sebab kami pergi hujung autumn haruslah gelap awal.
Akhirnya.... sampai pun kami di Youthhostel Luzern. Bangunan ni terletak di sisi kanan uols waktu jalan tadi yer..Kerlas stay kat hostel muda remaja walaupun kami remaja purba.... eh?
Urusan check-in dan check-out mudah sangat. Walaupun kami dah bayar deposit waktu di Malaysia lagi, kami tetap kena bayar extra sebab kami bukan ahli youthhostel + tax.
Kami dapat bilik yang terletak di aras satu. Bilik kami ada 2 bunkbed yang kami bertiga conquer. hihihi..Ni yang untung kalau travel time off-season.
Macam biasa, setiap katil disediakan lampu bacaan, dan plug. Blanket, towel dan alas bantal semua tu...... kita kena angkut sendiri dari bawah. Di setiap bilik juga disediakan sebuah meja build-in cenggitu.
Hostel sediakan pantry untuk nak bancuh air. Dorang juga ada jual vegen maggi. Macam kes kami aritulah. Waktu tu, common hall agak penuh sebab semua tengah menggunakan wifi. Almaklumlah, wifi hanya available kat bawah ni aje. Bilik kami tu pun dapat sipi-sipi sebab berada di tingkat satu.
Shower dan toilet terletak asing-asing di setiap level dan agak spacious. Breakfast disediakan tapi sampai pukul 9 pagi aje. Kata bff besar juga cafe dorang. Syieda tak tau sebab skip breakfast. Al-maklumlah kepala masih senoneng lagi time tu.
Rate : CHF49.20++/pax
6 comments:
Salam syieda, saya ada hantar email, tolong buka...
Kak izan..saya dah reply. Sorry lambat sikit. Tak berapa sihat sgt.
saya pernah tido kat yha hostel masa gi sydney....mmg terbaekkk laaa....setakat ni mana2 hostel yg ai duduk tak leh nak lawan yg kat sydney...
yha ni meluas jugak jajahan takluknya...cuma kena hati2 sbb byk yg open bathroom (tak silap kat korea ada satu)...auuuuu maluuuu ai hihi
Liza....
Yha ni mcm familiar. Dulu pernah nak stay kat hk kalau x silap. Tapi mcm payah pulak nak reservenya. Ntah apa prob ntah.
Nanti nak try yg kat Sydney pulak la..
Cantik pemandangan kat sana..
Musim winter pulak tu... semua gambar sayu kesejukan jer hehahe :D
Kira ok la tingkat 1 dapat juga sipi2 wifi tu.. tak la blank jer hahaha..
Tt,
Musim sejuk mmg agenda setiap kali bercuti. Al maklumlah..panas yg hamat kat m'sia ni ha.
Post a Comment