Hello kawan-kawan maya sekalian.. Sihat semua? Semoga semuanya "Sihat dan sejahtera"(sebut mcm Jali dalam filem Ali Setan ok!)
Lama yang amat tak update cerita kat sini. Almaklumlah LANGSUNG tak de kejadian men"terbang"kan diri dalam tahun ni. Sedihnya hati saya!!!!
Bukannya dah mengundurkan diri dalam dunia travel... cuma memang tak berkesempatan langsung nak usha mana-mana tiket plus tabung yang asyiklah tak penuh-penuh. Hmmmppphh Sedih again!
Memandangkan cuti Diwali ni, kami cuti seminggu (DJ - Sekolah aku memang ramai murid India hokei!) dan dua tiga hari yang lalu....... terbacalah satu entry yang sangat menariks di SINI . Macam tau-tau aje kan tekak ni memang nak makan kek. So tanpa membuang masa terus ke kedai beli bahan-bahan.
Dan petang tadi siaplah kek tersebut dan dah tinggal suku je ni walaupun masam yang hamat! Hadoii ingat ni macam strawberry Korea ke?
Buah-buahan ni kalau jual kat Malaysia, memang payah la nak jumpa yang manis.Terpaksalah Syieda adjust sikit dalam resipi kat bawah ni.
Niari Syieda nak sharekan resepinya (Mohon halal yer Noor Hafirdaus) :-
Jem/Filling
1 pek berries (strawberry, blueberry, rasberry)
Lemon(dalam resipi asal suruh letak sebiji. Tapi Syieda rasa letak dalam 2 sudu besar dah ok kot)
Vanilla
5 sudu kordial strawberry (ni Syieda tak letak sebab tak ingat nak beli)
Sedikit air
Cara-cara:-
Masak semua bahan tersebut hingga pekat macam jem.
Sementara nak tunggu jem tersebut sejuk... mehlah kita buat keknya.
Kek
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil baking powder
5 biji telur
1/2 cawan air
vanilla
1/2 cawan minyak jagung
Cara-cara:-
1.Pukul gula ngan telur sampai gebu.
2.Masukkan ovallete
3.Masukkan tepung dan baking powder yang dah diayak bersama.
4.Masukkan air dan vanila
5.Berhentikan mixer dan masukkan minyak jagung (kaup-kaup je)
6.Bakar dalam ketuhar
7.Sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian. (Tapi tadi Syieda bahagikan adunan kepada 2 sebab ketuhar yang besar rosaklah pulekkk. Terpaksalah guna baby beilling)
Sandwich layer
A. Cream Cheese layer
150gm cream cheese
100gm butter
2 sudu jus lemon
1/2 cawan gula ising
Cara-cara:-
1. Pukul semua bahan KECUALI gula ising sampai gebu.
2. Masukkan gula ising
3. Sapukan pada kek
B. Whipping Cream Layer
150gm Whipping cream
Cara-cara:
1.Putar sampai gebu. Jangan putar lebih sangat. Nanti whipping cream tu rosak dan tak boleh guna.
2.Pastu layerkan atas cream cheese.
3. Sapukan jem pula kat atasnya.
4. Pastu tutup kek
5. Kat belah atas kek, Syieda guna dua-dua lebihan cream bersama-sama dengan buah-buahan.
6. Sebab dah tak tahan sangat nak travel, maka ayakkan icing sugar ala-ala snow tengah turun dengan lebat.
Sekian.. pastu dah boleh makan.
Terubatkah rinduku nak main salji bila nengok icing sugar?
Renung-renungkanlah...
muahahhahha
20 comments:
wowww...kalau mcmcnk nye rupa jgn kata sukk...kalau JM dpt ni LICIN!!
untunglah budak sekolah ramai india leh cuti lama..
psst : betul lah lama x update..alaa..lama x terbagn katanya..sikit hari lagi nk ke negara matahari terbit kan..
hamoi!! tgk icing pun dh nampak selaji...ahahaha
Telan air liur jer nengok.....nakkkkkkkk
Jm...
Haruslah tabur icing sugar banyak-banyak sebab dah tak sabar nak terbang katanya...
Amboiii jm tu tak lama lagi nak nengok pokok kuning merah kannnnnn....
Jeles I tau!
Liza...
Ala malu la I tau...meh dtg jb kita buatkan...
glupppp...sedap bangat
Zila..
Kikikiki..meh jamah sikit
..
Woi tabik spring kt ko mmpooo buat kek comel ni..klo aku, kelaut dah...hahaha
Dj..
Senang je la pon kek ni. Ko try sikit..
Baru lihat ja telan airliur..macam dapat rasa masam n manis.aauuummmm
Nampak sedap syieda..
Dah macam salji kat Harbin nampak memutih tu..hehe
Huntunglah kan orang tu reti buat sandwich cake. Walau masham strawberry nye.
Alaaa trip ko gi Art Street kat Penang tu, asal xupdate? Alasan tau kata x menerbangkan diri.
nak 1!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dap..dap...
Fuhyohhh gile temptingsssss!
Udahla semangat nak makan mencanak banak sekarang ni huhu.
Hmmm sama le kita, takde la terbang sgt, kalu ada pun tak update lg sbb bizi huhu.
cik nun,
hihihi..tapi rasa masam menguasai. sapa makan ni..mesti terkenyit-keyit je mata dia. kikiki
NIL,
macam salji kat Harbin....amboiii dah membakar semangat untuk travel ni...
Bie...
ko ni macam tak paham-paham pulak...tu maksudnya ..tapaukan aku barang sekotak dua stoberi lerr...
Emy,
jangankan satu..lima pon boleh. Meh la dtg JB sekali lagi.
Dekdaa..
ecehhh..sila update cerita shopping kat China tuh cepat sikit...tak sabar nak buat nota ni
bhahahhaa rajinnyaaa lahai. CT minat tapi tangan tak berapa nak berseni kekeke.
Ct. ..syieda minat sgt buat kek ke cookies ke. Tapi takat try sekali je la. Pastu malas dah. Kikikiki
Post a Comment