5 Dec 2014.
Pagi ni bangun awal sikit sebab nak kena lenjan abis-abisan Kansai Tru Pass. So pagi ni plan nak ke Flower Expo Memorial Park Tsurumi Ryokuchi.
Direction:
Namba (M20) --> Shinsaibashi(M19) - Midosuji Line
Shinsaibashi (N15) --> Tsurumi Ryokuchi(N26) - Nagohori Tsurumi-Ryokuchi Line(arah Kadoma minami)
Exit #1
Shinsaibashi (N15) --> Tsurumi Ryokuchi(N26) - Nagohori Tsurumi-Ryokuchi Line(arah Kadoma minami)
Exit #1
Tsurumi Ryokuchi station ni ialah station yang kedua terakhir bagi Nagahori Tsurumi-Ryokuchi Line. Rasanya laluan ni paling tenang sebab tak ramai penumpang baik kat platform atau dalam tren. Tapi yang Syieda notice la kan..macam ramai warga emas je suka pergi sini. Pagi tu memang feel dewasa sangat taw.
# Osaka Manhole Cover |
Sebenarnya tak jauh pun dari station ni nak ke park. Dari stesen ni, naik tangga tinggi kat depan tuh, pastu belok kanan dan lintas jalan. Jangan lupa guna lintasan zebra okies. Ha lagi satu la kan yang Syieda noticed.... waktu isyarat orang hijau berjalan kat traffic light tu bernyala..... kereta pun sama gak nak jalan. Mula-mula tu cuak juga la kan. Teragak-agak nak melintas. Tapi rupa-rupanya dorang akan berhenti kalau ada orang melintas. Japanese slumber badak je melintas tak toleh kiri kanan. Syieda je kot yang dok toleh kiri kanan nak melintas.
Since park ni dibuka untuk expo bunga pada tahun 1990, jadinya kat lantai pun dorang guna jubin bunga-bunga. Wow...ai is super loike.
Bila dah melintas jalan, korang akan jumpa air pancut kat tengah-tengah park ni...pastu jalan lagi sampai korang jumpa tasik dan pagoda ni. Pintu masuk park ni ada kat belah kanan. Park ni sebenarnya telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut tema. Tapi aim Syieda hanya nak pergi kat area windmill je. Kenapa nak ke windmill je? Cantik uols bila dok google image park ni. Sila klik kat link belah atas tuh nak nengok GAMBARAN kecantikannya.
# Tsurumi Ryokuchi Koen Manhole Cover |
Waktu kat pintu pagar tu, masuk je ke belah dalam dan jalan terus. Tapi Syieda ikut laluan kat pintu kecil sebelahnya. Mana-mana nak lalu pun ok. Mesti sampai ke windmill tu. Jalan lebih kurang 3 minit gitu dah sampai.
Sedih hokei....dorang baru je tanam benih pokok bunga. Aish memang punah la harapan nak nengok winter tulip. Frust memang tak boleh blah. Tengah sibuk ambil gambar kat depan windmill tu, ada sorang pak cik tu tegur. Tak faham la apa yang dia dok cakap. Ingatkan dia nak minta tolong ambilkan gambar..sekali rupanya nak tunjuk gambar yang dia berjaya tangkap kot. Tak faham langsung. 'Hait' "Hait" je la.
Plan nak berpicnic kat sini terpaksalah diteruskan walaupun tak de tulip. Mendakilah bukit yang tak berapa nak tinggi kat sebelah windmill tu. Breakfast sorang-sorang dengan roti dan tuna import dari Malaysia. Kononnya nak muhasabah diri. Tapi muhasabah diri ntah kemana. Sejuk memang tak tahan uols. Menggigil-gigil seluruh badan........ nak nak bila angin tiba-tiba bertiup. Dah satu kerja pula nak menahan roti daripada terbang. Ish kalau ingatkan memang kelakar kot time tu bila tiba-tiba rasa macam diterbangkan angin. Pulak tu bila nengok cermin, awat la hidung ni macam clown. Merah sangat uols. Tapak tangan toksah cerita la..kering. Cuticle lagilah haru rupanya. Malu weiii..Walaupun sejuk , nak dekat setengah jam juga berpicnic kat atas tu. So menapaklah keluar dari park dengan sesal separuh nyawa. Eh? Hahahah
Ni kalau jumpa awal tram ni.. memang selamat Syieda naik dah. Ai is tak suka penat-penat menapak taw.
Bunga kubis ni memang menjadi igauan sejak kali pertama jumpa kat Korea dulu....Dulu macam jakun kot bila nampak bersepah-sepah bunga kubis ni kat tepi jalan.
Dari park, Syieda plan nak ke Osaka Tenmangu Shrine. Banyak sangat kot shrine kat Japan ni. Memang Syieda tak berhajat pun nak pergi semuanya kecuali 1 atau 2 je. Sekadar nak ambil gambar dari luar. So salah satunya ialah Osaka Tenmangu Shrine.
Direction:
Tsurumi Ryokuchi (N26) --> Naghoribashi (N16) -Nagahori Tsurumi-Ryokuchi Line
Nagahoribashi(K16) --> Minamimorimachi(K13)- Sakaisuji Line
First time kot naik metro kat Osaka yang ada auto gate ni. Tetiba teringat kenangan tangan orang tersepit time kat Paris ritu. Hehehe.. Siapalah yang bernasib malang tu???? kikikiki
Gambar-gambar kat bawah ni rupa subway dorang. Untuk yang belum jejak Jepun...... mungkin boleh gunakan info kat bawah ni sebelum bertolak nanti.
#1 - Jangan lupa beratur kat tepi kotak kuning tu ye. |
#2 - Setiap line ada warna tersendiri dan ada nombor stesen. |
#3 - Papan tanda yang sangat senang nak cari kat subway. |
Sampai aje kat stesen K13 tu, macam hilang arah tujuan kot. Sebab tak jumpa pula arah nak ke shrine tu. Kita kasik redah je la. Sampai la tetiba ternampak signage ke sana.
Kena masuk laluan berbumbung. Gambar atas tu, seberang jalan. Jangan pula gi lalu sana. Memang confirm tak jumpa shrine. Laluan berbumbung ni (Tenjinbashi-Suji Shopping Street) dikatakan laluan berbumbung terpanjang di Jepun. Waktu kat sini, banyak je kedai belum buka sebab masih pagi kot. Dalam pukul 9 pagi. Pastu ntah mana ntah belok kiri jumpalah shrine tu. Dari jauh ramai sangat orang dok berhimpun depan shrine tu. Mesti semua alim-alim ni.....pagi-pagi lagi dah pergi ke shrine. Syieda just lalu depan tu aje. Ambil gambar lebih kurang. Pastu blah.
Kat sini kalau korang nak fefeeling zaman edo, boleh ke Osaka Museum of Housing & Living. Nak sewa kimono pun boleh kat sini. Tapi Syieda tak pergi pun, Sebab dah booked kat Tokyo nanti. Auww..
Dek tak tau yang Syieda nampak tu ialah Osaka Tenmangu Shrine ke tidak, moh la kita ke Shinsekai sebab nak cari Tsutenkaku Tower. Kalau baca kat Japan info, katanya area Tsutenkaku Tower ni macam banyak je jenayah. Kira macam tempat merbahaya. Memang time buat itinerary ritu, asyiklah dok tolak ke sana tolak ke sini nak pastikan waktu ke sini mesti siang. Walaupun katanya kalau malam lagi cantik sebab berlampu-lampu
Direction:
Minamimorimachi(K13) --> Dobutsuen-mae(K19) - Sakaisuji Line
Sampai je kat Dobutsuen-mae Station, tak tau nak ke kanan atau kiri. Saje cuba nasib ke kiri. Dari jauh nampak macam tower, sekali eh bukan pulak. Rupa-rupanya silap wei.. Patutnya dari station ke arah kanan. Aish..Silap pulak. Dalam 5 minit berjalan nanti korang nampak bangunan kat bawah ni belah kiri. Masuk pintu gerbang Sinsekai kat belah kanan korang. Pastu jalan je terus.Banyak je kedai kat sini. Ntah apa dorang jual pun tak tau. Macam kedai makan. Tapi motif gambar orang sumo ni kenapa? Ke makan sambil menonton sumo eh?
Betul-betul kat tengah jalan tu boleh nampak Tsutenkaku Tower kat belah kiri. Memang ramai je orang bergambar kat situ. Ambil gambar lebih kurang terus ke plan terakhir untuk hari terakhir di Osaka ni.
Dari Shinsekai, Syieda plan nak ke USJ. Aww peminat theme park macam Syieda mestilah tazzabar hokei. Tapi bila kat Jepun ni, Syieda memang sengaja masuk lambat ke mana-mana theme park. Salah satu sebabnya malas nak berjemaah kat pintu masuk park. Kalau ikutkan...macam rugi kot masuk theme park bila dah tengah hari. Tapi apa boleh buat......Lagi satu, bila travel sorang ni, macam kurang kot feel nak happy sakan kat theme park. Sebab tu Syieda ke USJ dalam pukul 1 petang.
Direction:
Dobutsuen-mae (M23) --> Namba(M20) - Midosuji Line
Osaka-Namba--> Nishikujo - Hanshin Namba Line (arah Amagasaki)
Nishikujo --> Universal-city - JR Yumesaki Line @ JR Sakurajima Line
Bila turun kat Namba Station, berjalan kaki ke Osaka Namba. Pastu terus ke platform #3. Siap dah hafal platform #3 gara-gara kes ke Himeji semalam. Dari Nishikujo nak ke USJ, kena beli tiket lain sebab Kansai Tru Pass tak cover. So kenalah ¥160/1way. Mula-mula macam berdebar-debar kot sebab nak beli tiket guna mesin. Alamak... sekali senang je la wei guna mesin. Yang paling penting, klik menu english kat belah atas/tepi skrin. Pastu ikut je la apa yang mesin tu nak. Ha lagi satu, korang kena tau berapa fare untuk ke tempat yang korang nak pergi. Bukan macam LRT kita, klik kat nama tempat kita nak turunkan? Eh ke salah?
Tapi korang jangan risau, sebab kat atas mesin tu, memang ada sebesar alam map laluan tren sekali dengan fare. Pandai-pandailah korang baca. Time ni Syieda macam excited jugak kot. Almaklumlah 1st time kan nak naik JR. Sekali bila tren sampai..alahai..tak de la baru sangat pun tren tu. Lawa lagi metro Tsurumi pagi tadi.
Waktu sampai City Walk tu, awan dah gelap semacam. Takut hujan, cepat-cepat beli tiket. Eh sekali kat pintu gerbang ada Harry Potter. Wah ini sudah menggembirakan hati. So plannya nak terjah wizard world gitew..... Dengan pantas dan tuntas terus ke kaunter. Tanyalah budak kaunter tu pasal Harry Potter. Oleh sebab tak tau nak jawab ..... dia bagi pamphlet. Eh geram mak! So bayar ¥6980 ......dapat tiket tapi tak tau macam mana nak ke Hogwarts Castle tu. Pastu macam cerdik pergi simpan segala pamphlet bagai dalam beg. Sebab malas nak baca. Abis tuh kat tangan ada apa? Ada tiket je uols.
Dari kaunter tiket, memang kita dah nampak Hogwarts Castle tu kat belah kanan. Dek excited punya pasal terus ke kanan. Dengan confidentnya berjalan. Rupa-rupanya dah nak sampai ke parking bay. Apakah?
Waktu kembali ke pangkal jalan, nampaklah satu booth ni jual group ticket. Bila tanya kakak kaunter....barulah faham ... rupa-rupanya, memang Syieda kena masuk USJ entrance tu. Ingatkan macam kat Disneyland Paris dengan Disney Studio tu ..kena beli tiket asing-asing. Rupanya tidak la weii.. Harry Potter World ni ada dalam USJ. Cuma kena tambah harga tiket kalau nak masuk situ. Aishhh...
Bila dah masuk ke dalam USJ park ni..., kita kena cari kaunter untuk booked tour dalam Harry Potter World tu pulak. Eh..eh..eh..Katanya mesin untuk booked tour tu kat waterfront. Punyalah susah mencari. Padahal mesin-mesin tu memang betul-betul kat depan waterfront. Cuma macam tersorok sikit. Nasib baik ternampak staf dorang berbaju macam ahli sihir. Waktu nak booked tu, korang kena scan tiket dan pilih waktu tour. Nanti kena datang kat entrance Harry Potter World tu ikut masa yang korang dah booked. Paling hampir sekali, Syieda booked pukul 2.30 petang. Tanya staf tu camana nak ke sana. Rupa-rupanya tak de la jauh mana pun. Entrance nya dekat je dengan Wonderland dan Amity Village.
Sementara nak tunggu tour, sempat beli popcorn. Syieda ni bila beli popcorn kat taman tema ....memang jenis suka beli sekali dengan bekas yang comel-comel tuh. Kali ni pergi beli bekas hot balloon pulak. Dah la besar. Time tu boleh la pulak tak terfikir camana nak angkut bekas tu. Ye la kan.. bekas tu je dah makan ruang.
Dalam pukul 2.10 gitu dah gerak ke main entrance Harry Potter. Dorang akan check tiket kita sama ada betul tak waktu tour tuh. Sebabnya dorang nak elakkan sesak bila kat dalam nanti. Dari main entrance Harry Potter ni je dah jauh kena menapak ke dalam. Kiri kanan penuh pokok-pokok sebab buat kita fefeeling macam kat dunia wizard. Auww teruja mak!
Tadaaa... I is super duper loike bila nampak rumah penuh dengan snow kat bumbung tuh. Walaupun snow tipu...tapi Syieda happy je kat sini. Senyum sorang-sorang. Hehehehe...
Punyalah panjang manusia beratur nak minum butterbeer. Kali ni tak teruja langsung nak gi minum sebab ramai sangat jemaahnya. Tak pe I nak gi minum kat London sekali lagi. Eh? Berangan je letew..
Nampak je diagon alley ni lagilah perasaan happy yang tak boleh blah. Suker kemain taw! Jalan punya jalan.... wah nampak dah Hogwarts Castle yang Syieda dok cari dari luar USJ tadi. Ishh kat sini ko eh? Puaslah tadi aku gi cari ko sampai ke parking bay taw!
Kat sini lagilah hazabedah jemaahnya. Tapi sebab tak tau nak buat apa lagi... join je berjemaah. Beratur sampai kat luar castle. Sekali depan Syieda ada sorang kakak dengan baby. So staf kat sana bagi laluan kat dia. Yelah kan.. nak dekat setengah jam jugak kami beratur. Masih kat area luar castle. Dengan Syieda dan jemaah yang kat belakang pun join kakak tu. Ni mesti dapat privilege. So kami yang ikut kakak tu pun buat muka kekwat la... Ramai je barisan yang beratur sebelum tu macam pandang-pandang kitorang yang ramai ni. Ada lah dalam 20 orang kot yang join kakak tuh.
Akhirnya kami dapat masuk castle. Lega... Sebab panas sikit kat dalam ni. Lagi best untuk peminat siri Harry Potter je kot. Sebab korang boleh tau scene mana setiap tempat tu. Tapi tu la.. dalam nihon. Apa pun tak paham. Ingatkan lepas tour dalam castle terus ke roller coaster... sekali ambik ko.. kitorang terus ke souvenir shop. PRIVILEGE sangat! Rupa-rupanya staf tadi bagi akak tu laluan sebab kakak tu memang tak nak naik roller coaster. Phui. Syieda dah agak dah dari masa mula-mula staf tu bagi kami laluan. Sebab tu dalam castle macam gamble je if dapat naik ride.. I is ok.. if not pun ok. Cuma kesian yang belakang Syieda tu la. Sebab masa kat souvenir shop dorang macam terpinga-pinga. Siap bising sebab ingatkan terus ke ride.Hihihihihi.. Kesian
Keluar je dari castle tu, round area tu. Pastu sempat post beberapa keping post card di Owl Post. Omai.. mahal kot sekeping post card dalam ¥800 gitu. Yang bestnya, nanti dorang stamp gambar kepala tren. Waktu nak tulis post card tu pun, staf dorang bagi pinjam pen bulu burung . Wow I loike! Harry Potter sangat. Baik woii staf dorang ni. Siap tampalkan setem. Pastu bila nak tampal setem tuh .....siap ukur dulu. Tak nak senget. Kalau Syieda, belasah je la tampal camana pun..... Bukan dosa kalau senget ye dak?
Dalam pukul 5 lebih baru keluar dari Wizard World tu. Padahal tour tu untuk 2 jam je. Keluar je dari Harry Potter ni, terus tembus kat Amity Village. Ada seekor jaws besar gilers tergantung kat situ. Terkejut mak! Sebenarnya time ni, tak tau nak pergi mana. Ni semua sebab tak study dulu punya pasal lah ni. So untuk lawatan kali ke-3 ke Universal Studio..... tempat wajib singgah ialah Shrek. Tatau la napa suka sangat masuk ke 4D Shrek ni. Lepas tu baru tergerak hati nak nengok map. Ya Allah, banyak lagi wei park baru yang tak de kat USS. Last Syieda pergi 2 ke 3 tahun lepas. tapi tatau la sekarang theme park USS dah sama dengan USJ.
Belek punya belek, Syieda decide ke Terminator Show di New York. Masa ni lagi 3 jam kot USJ nak tutup. Abis je tu, terus naik Spiderman ride. Nasib badanlah bila kena duduk kat seat paling depan. Belasah je la. Kuar je dari situ, macam nak pergi beberapa park lagi. Tapi time tu kaki sakit sangat sebab seharian berjalan. Duduk lepak kat area Hollywood sekejap sebab nengok magical show ke apa ntah namanya. Lepas tu terus keluar USJ.Time ni kena cepat. Nanti karang kena berebut seat dalam tren pulak.
Keluar dari USJ sempat lagi ke HR Shop sebab nak tambah koleksi. Hard Rock Shop tu kat depan pintu masuk USJ je. tak jauh pun. Lepas tu terus balik hostel.
~End of Day 3~
20 comments:
seronoknya travel
Banyaknya tmpat syieda cover in a day... sempat masuk USJ lagi... kite p USJ walk aja..he..he.. itupon dah malam... shopping kt Rock Shop.. baju mika mmg mueah sket la dari tmpat lain..mmg betol ape yg dibaca kat blog2..
Hai. Nk tanya nk msk harry potter world kena bayar ke? Berapa eh?
Thanks.
uwaaa.. x yah jauh2 nak tgk set Harry Porter kat London.. bole tgk kat Jepun je ekkk..... nak cari tiket jepun je la... hahaha
Hi zakiah. ...
Alhamdullillah diberi kesempatan utk melihat dunia luar...
FARIKICA. ..
Mula-mula pun tak terfikir nak masuk usj ni. Tetiba je nampak harry potter. Haruslah masuk....Hihihihi. .
¥6k tu utk masuk harry potter sekali dgn semua yg kat dalam park tuh.
Anil...
Pergi beli tiket cepattttttttttttttttttt. ....Tapi currency dorg tgh mahal skrg ni.
Aku dislike entry ni. Kenapa mesti dah 2 Hogwart ko gi. Huhuhu. Xpe nanti nak repeat Jepang...gitu kan condifent. Haha.
Harry potter ni baru je kan bukaknya? Tp teringt lak butterbeer tu.... uishhhh sedapnyaaaa!!!
Blh bygkan betapa penatnya brjalan hari tu kn... huk huk huk
Ai nampak harry potter nyer poster
terpampang besar dpn usj tp dah tak sempat nk masuk....sedihhhh
Bibie,
Jgn ar jeles. .....aku lagi jeles ngan ko. Living on a jet plane gitusss..
John..
Baru je bukak harry potter tuh. Tu yg gigih masuk sbb nak imbas kenangan masa kat London ritu la kononnya.
LIZA. .
Tak masuk pun x pe. Janji pergi Shirakawago ..eh?
Hahaha
Nice blog and articles. I read your Japan and you seem to have covered it all! Happy you enjoyed Osaka, I was there bulan December, sejuk giler! :)
David
ehh baru buka eh harry potter tu...aku pi dulu mcm takde jer...hehehe
Wah Harry Potter dah sambung belaja kat Jepun plak..hihi
Hello David.
Tq baca entry ni sir. Japan mmg sejuk sampai kering kulit.
Dj...
Mmg baru bukak la ko...tak pe ...dpt selju kat globe pun kira dah untong taw!
Jea....
Ko jgn x tau...dlm castle tuh Harry Potter berborak dgn geng dia guna nihon ko! Jgn x cayee. ..
Post a Comment